Sunday 25 March 2012

♥ Cinta Baru Saye.... ( ^___^ )V


Akhirnya....

Saye temui cinta baru... Jeng..Jeng..Jeng.... hehehehe...

harap sangat2 lebih ramai kawan-kawan

kat luar sane yang join... Moh le ramai2 terjah 'FB' baru di http://www.isla.my/

Yang utamanya kita dapat berkongsi segala ilmu2 yang ada..

Inilah Laman Komuniti Islam yang mesti kita sokong...

Kredit untuk Dr. Hasanah dan suami kerana sedaya upaya merealisasikan

impian kita semua.... Jadi, sekarang terpulang pada korang semua...

semua terletak dihujung jadi anda... :D  JOMMMMM~!!!!!

♥ KENAPA WANITA ISLAM MENUTUP AURAT?


Seorang Lelaki Mat Saleh Bertanya Kepada Lelaki Melayu...

Lelaki Mat Saleh : Mengapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat?


***************


Lelaki Melayu Tersenyum Sambil Mengeluarkan 2 Biji Gula-Gula Dari Poketnya, Lalu Salah Satu Dibukakan Bungkusannya.. Kemudian Dia Meletakkan Kedua2 Gula-Gula Itu Ke Lantai.. Lalu Bertanya Ia Kepada Lelaki Mat Saleh Itu

***************

Lelaki Melayu : Antara Kedua2nya.. Yang Mana Satu Kamu Akan Pilih?

Lelaki Mat Saleh : Sudah Tentu Yang Masih Dalam Bungkusan.

Lelaki Melayu : Kenapa?

Lelaki Mat Saleh: Kerana Yang Terbuka Itu Telah Tercemar.

Lelaki Melayu : Begitulah Agama Kami Melihat Dan Menghormati Kaum Wanita Agar Mereka Lebih Terpelihara & Istimewa..

Lelaki Mat Saleh : Owh.. Saya Mengerti Sekarang...

♥ APA ITU PENGKHABARAN BUMI?


TAFSIR
Firman Allah SWT: “Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya”. (Az-Zalzalah 99:4)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: “Pada hari itu bumi menceritakan beritanya”. Kemudian baginda bertanya: “Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?” Para sahabat menjawab: “Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui”.

Baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Subhanallah.....

Sumber di copy paste dari web Ustaz Amal :
http://www.sahabatamal.com/www/2012/03/apa-itu-pengkhabaran-bumi/