Friday 31 August 2012

♥ Ujian Cinta


Untuk peringatan buatku....
**************************************
Urutannya tidak seperti biasa. Kali ini agak perlahan dan kurang bermaya. Sambil mengurut, dia bercerita. Cerita sedih yang dialaminya menjelang Hari Raya. “Wak” begitulah panggilan mesra saya kepadanya. Dia seorang pendatang dari negara seberang yang bekerja sebagai buruh binaan di projek perumahan berhampiran dengan rumah saya.
“Saya tidak sangka ustaz, isteri saya buat begini…” katanya sambil mengurut tangan kanan saya. Saya mula mengenali Wak sejak anak lelaki saya tergeliat kakinya dan kami sama-sama mencari tukang urut. Kami temui Wak melalui perbualan dengan seorang kawan tentang adanya seorang tukang urut yang ‘handal’ di pinggir taman tempat kami tinggal. Sejak hari itu, dia akan datang mengurut secara tetap sebulan sekali di rumah saya. Kadangkala bukan kerana sakit, tetapi hanya untuk mengekalkan hubungan saudara seagama.
“Hampir sepuluh tahun saya bekerja di sini, hampir semua hasil pendapatan saya kirimkan kepadanya. Ustaz pun lihat betapa saya begitu berjimat kerana hendak menyenangkan hidup isteri di kampung.”
“Wak memang suami yang setia…” balas saya.
“Malangnya, isteri saya tidak ustaz. Saya dikhianati!”
Setelah sepuluh tahun bekerja di Malaysia, Wak tekad untuk membawa isterinya hidup bersama diperantauan. Biar susah senang, hidup bersama. Begitu azam Wak. Lalu dia bekerja lebih keras lagi, mengumpul wang untuk mendapat visa, tambang dan segala prasarana buat isteri tinggal bersama di Malaysia. Disediakannya bilik dan segala peralatan yang perlu di celah-celah rumah kongsi di tepi tapak projek perumahan dia bekerja. Wak impikan isteri menjadi ‘ratu’ penghias istana hatinya!
Akhirnya Wak berjaya membawa isterinya ke Malaysia. Betapa gembiranya dia saat itu dapat saya rasakan semasa dia mengurut saya sebaik sahaja pulang daripada ‘mengambil’ isterinya.
“Isteri saya sudah di rumah sekarang. Bulan hadapan dia akan mula bekerja.”
“Tahniah Wak,” kata saya sambil merenung matanya yang bersinar. Bayangkan selama sepuluh tahun berjauhan (pulang hanya sekali setahun), kini Wak tinggal bersama isteri. Biarlah bilik di rumah kongsi itu sempit, tetapi bagi Wak, dapat bersama isteri itupun sudah satu kelapangan.
Namun sayang, hanya 6 bulan kemudian… Menjelang Hari raya…
“Dia lari ikut lelaki lain ustaz. Saya ditinggalkan. Saya dapat tahu juga semua harta yang saya belikan untuknya di kampung halaman kami pun turut dijualnya. Saya kosong ustaz. Hati saya kosong, harta saya kosong,” luah Wak hampir menangis.
Spontan tangan saya memegang tangannya. Saya pegang dan genggam erat tangannya. Saya terlupa bahawa saya masih diurut.
“Wak… Allah ada, akhirat ada.”
Itu sahaja yang dapat saya katakan. Saya juga kehilangan kata-kata.
“Ustaz, saya tak layak bersamanya… Saya tak segak. Saya tak kaya. Saya hanya buruh.”
“Tidak Wak. Bukan Wak yang tidak layak dengannya tetapi dia yang tidak layak untuk Wak!” jawab saya tegas. Mata Wak yang redup saya renung. Kulit tangannya yang kasar dan lengannya yang calar balar kerana bekerja keras itu saya pegang. Terasa dia seperti adik sendiri. Ya Allah, berikan ketabahan buat hamba-Mu yang satu ini.
Bukan sehari dua saya mengenal Wak. Dia kuat berpegang kepada agama. Dia tidak merokok, berjudi, minum arak jauh sekali. Solat dan puasanya dijaga. Walaupun dia tinggal bersama kawan-kawan yang berbagai-bagai ragam, di tempat yang terdedah dengan pelbagai kejahatan dan maksiat… tetapi Wak ada ‘class’ tersendiri. Dia umpama permata di celahan kaca. Jangkamasa sejam, kadangkala sampai mencecah dua jam, sepanjang mengurut saya sering dipenuhi oleh ‘diskusi’ agama. Saya dapat banyak maklumat dan ilmu tentang Islam di kampung halamannya.
Wak juga sebenarnya pelajar ‘separuh jalan’ pesantren (semaam pondok agama) di kampungnya. Kesempitan hidup ditambah kedua orang tuanya yang tidak mampu bekerja lagi menyebabkan Wak merantau ke Malaysia. Dia ‘talian hayat’ untuk membantu keluarganya yang melarat.  Bayangkan, dengan rezeki hasil membanting tulang empat keratnya, akhirnya dia bukan sahaja dapat membina rumah untuk orang tuanya tetapi dapat menghantar ayahnya mengerjakan haji.
“Wak ingat cita-cita Wak yang pernah Wak ceritakan pada saya?” kata saya memecah kesunyian akibat melayan fikiran dan lamunan maing-masing.
“Ingat ustaz, saya ingin menunaikan haji!”
“Ya, inilah masanya. Sekarang Wak hanya ada satu cita-cita sahaja… pergi haji. Pergi menuju Allah,” giat saya bersemangat.
“Wak, Allah sedang uji Wak… Uji cinta namanya,” tambah saya lagi.
“Ah, ustaz… saya sudah tua. Cinta bukan untuk saya lagi,” kata Wak tersenyum. Gembira hati saya melihat dia senyum, walaupun saya percaya itu susah sungguh. Tetapi bagi saya itulah senyum yang paling mahal… senyum ketika diasak kesedihan. Kulit pipi Wak yang kering kerana sentiasa dipanah sinar matahari sewaktu bekerja itu nampak berseri.
“Allah putuskan cinta Wak dengan isteri untuk Wak menyambung cinta dengan Allah.”
“Ustaz, saya tak pernah salahkan Tuhan atas apa yang menimpa saya ini. Saya sabar ustaz. Mesti ada yang baik-baik, yang belum saya ketahui di sebalik yang pahit-pahit ini.”
“InsyaAllah, Wak. Kita yakin Tuhan tidak menzalimi kita. Tetapi Tuhan sedang dan sentiasa mendidik kita. Kita usaha jadi orang baik Wak, insyaAllah orang yang baik-baik akan menjadi pendamping kita. Nak jadi baik, susah… nak dapat yang baik pun susah…perlu diuji.”
“Itulah ustaz, ada kawan-kawan saya datang mengapi-apikan saya…”
“Apa mereka kata Wak?”
“Mereka cadangkan saya bertindak. Cari lelaki dan isteri saya dan hukum atas kecurangan itu.”
“Apa kata Wak?”
“Bukan mudah mencari mereka. Malaysia luas. Masa dan pergerakan saya terbatas. Kerja saya banyak. Lagipun, ibu saya di kampung sakit… perlu biaya. Saya perlu terus bekerja. Kalau saya caripun, jika dapat, tapi kalau hati dia sudah tidak suka pada saya, apa gunanya? Saya sudah banyak kehilangan masa, harta disebabkan dia. Biarlah ustaz.”
“Wak, dia tidak layak buat Wak. Sekarang tekad, pertama cinta Allah. Kedua, cinta ibu-bapa. Kumpul duit untuk dua perkara itu saaja. Satu, untuk pergi haji. Kedua, untuk biaya berbakti buat orang tua. Jaga Allah Wak, nanti Allah jaga kita…” kata saya memberi semangat. Jauh di lubuk hati saya, saya berharap akan ada orang yang akan berkata begitu apabila saat saya diuji. Saat itu pasti tiba, kerana hidup memang untuk diuji.
“Apa doa atau bacaan untuk tenangkan hati ustaz?”
“Wak jaga solat. Kemudian, kuatkan doa. Doa pertama, minta supaya Allah beri kecintaanNya. Kedua, minta Allah berikan cinta orang yang menyintaiNYa. Dan ketiga, minta diberi segala jalan dan perbuatan yang boleh membawa kepada kecintaanNya. Pokok pangkalnya ini semua doa cintalah Wak!”
Wak termenung. Diam. Tetapi wajahnya tidak semuram sebelumnya.
“Wak, luka hati ini mengambil masa sedikit… tetapi saya yakin Wak akan sembuh dengan cepat.  Bila susah, datang rumah ni. Saya nak urut lagi. Kerja pun satu cara penyembuhan. Bila sibuk kerja, tak sempat rasa sedih.”
“Betul ustaz. Saya urut badan, ustaz urut hati saya…”
Saya senyum. Tetapi di dalam hati diterjah satu pertanyaan. Saya? Siapa pula yang urut hati saya apabila diuji? Justeru, bukan sahaja Wak yang telah diuji. Kita semua pasti diuji… ujian cinta!
Dipetik dari hasil tulisan Tuan Guru Ustaz Pahrol : http://genta-rasa.com/2012/08/29/ujian-cinta/

Wednesday 29 August 2012

♥ Ustaz Kazim nasihat Datin Sri Rosmah.


Dalam islam perlu kita saling ingat mengingati dan berpesan pesan sebagaimana dalam surah al asr tapi mengaibkan orang secara terang terangan dilarang oleh syarak....semuga kita diberi petunjuk oleh Allah SWT

♥ Siapa Kamu Untuk Menilai ??


Sekalipun dia punyai BANYAK DOSA pada Allah, siapa kamu untuk MENCELANYA? Sedangkan DOSAMU BERTIMBUN dan PENGAKHIRANMU belum pasti DIBERI SYURGA..


♥ Diam



   Apabila kata-kata semakin berbisa...
   Apabila tingkah sering jadi tersalah...
   Itu didikan Allah untuk kita supaya DIAM

   Diam itu perisai kebodohan
   Diam itu penghias kebijaksanaan

   Tak perlu kata apa-apa, tidak perlu buat apa-apa...
   raihlah pahala dan hindarilah dosa hanya dengan DIAM!

Sunday 26 August 2012

♥ Selamat Hari Wanita & Hepi Bufdey Paksu

Permulaan hari yang tak dapat dijangka...

Dimulakan dengan sesi memandikan ci bobot yang mucuk pada jam 9.00 pagi, yela dah janji nak mandikan dia. Nak ikutkan kemarin janjinye, tapi nak buat macam mane kan.. masa x mengizinkan.. Sorry la bot! Harap dia lega hari ni dapat tido dengan lena sebab dah pekena syampoo Michiko Flea, dalam kate lain syampoo kutu... huhuhu... sedap betul name kutu dorang kan.. :D

Ni bobot bila lepas mandi, x menyempat nak kering betul2 badannya, dia dah bantai tido.. penat sgt agaknya mandi..

Then mak kate nak pegi ke rumah cik mah untuk majlis pertunangan angah. Ok la, belakang rumah je.. walaupun tempoh eddah mak belum habis, tapi rasanya tak salah kalau setakat menjenguk ke majlis tu. Dalam pada masa tu beta dan geng makcik kantin sempat menyediakan sarapan "Mee Goreng Tak Hengat".. Walaupun x lah sesedap mee goreng USJ.. huhuhuu... Wink 

Nak dipendekkan citer, bila mak balik dari kenduri, mak ajak kami berhora2... hehehhe... Yela, esok da la cik mimi nak balik ke 'Mahligai Aman Bahagia', jadi amik la kesempatan untuk berpoya-poya hepi-hepi cikit hari nih... So, dengan pantas dan cargas kami semua bersiap ( walaupun dalam keadaan malas nak bersiap ). Sebelum keluar kami dah sepakat nak serbu Jusco Klang.. errrrr... xde tempat lain lagi ke? Sesampainya ke Jusco, kami isi perut lagi?? dulu.. Lepas makan, kami melepak kat MPH.. Adoiiiii.... Sampai melompat sambil berguling - guling kitorang kat kedai buku tu... joy Selautan buku ada kat sana... Naik juling mate beta.. 



Ini lah suasana kedai yang terbabit... Kesian jugak kat kedai ni sebab terpaksa terima pelanggan yang gila macam kami. Memang tak menang tangan dibuatnya. Mak bonda ntah hilang kemana... Budak Stoking Putih pun dah ghaib... Hadoooiii... nak cari dorang pun dah nak kena panggil ala-ala tarzan.. Memang pening kepala makcik bila sampai tempat macam ni. Masing-masing akan cari port sendiri. Ade yang layan perasaan, ada yang baca sambil mencangkung... pendek kata semua dah ada kat dunia lain.. jump Dalam tak sedar hampir 2 jam kami lepak kat situ... huhuhu... Tapi, beta dengan jayanya telah terselamat dari dugaan untuk membeli belah di kedai terbabit. Pergghhh... Selamat! ( err.. ye ke? )

Sesudahnya selesai aktiviti bersuka ria di kedai buku, kami serbu pulak kedai Sinma.. Ni memang dah jadi aktiviti wajib bagi kumpulan pom-pom cik tipah.. Banyak jugak la kami shopping.. heheh...


Ini lah barang yang kami shopping... banyak kan? 
( ek eleh, banyak la sangat.. :P ) Lepas tu, kami menerima panggilan dari Dak Chabby, katanya dalam perjalanan ke KL dari Pahang.. Tak jangka pulak dorang nak join sekali kat Jusco.. Dan nak dijadikan cerita, hari ni kebetulan pulak hari jadi paksu.. Ok jugak dorang join, lagi meriah aktiviti cik joyah ni... 

Lepas begayut, kami sambung lagi aktiviti menghabiskan bogheh duit di kedai kasut.. kat sini lagi gila! Cik liza yang pemalu telah bertukar menjadi dinasour yang sgt ganas!!! Dengan tidak semena-mena matanya menjadi liar, sampai tak tau nak pegang yang mana satu!! ..err.. acah je.. sebenarnya dia tetap maintain dengan gayanya yang ayu tu.. tapi last2, dia tidak berjaya juge untuk menyimpan duitnya yang berlipat kemas didalam woletnye.. kesian dia.. Di sebelah ini adalah gambar beliau bersama kasutnya yang cun iteww... ( Hurmm.. Maintain cun kan... hehehe... ) Actually, beta pun jeles bila beliau meyarungkan kasut berkenaan.. tapi, x pela... kasut beta pun lawa dan kacak lagi.. Sampai masa nanti, akan beta bungkus elok2 dan letak pelan2 dalam tong sampah.. ( syy... jgn ckp kuat2, nanti kasut beta merajuk ).. 


Habis satu bab....

     


Lebih kurang dalam pukul 8.00 malam, Chabby n da gang sampai.. bermulalah episod kedua, pada awalnya kami menikmati tarian bambu sampailah jam 8.30 malam.. best jugak tarian tu.. x penah pulak tgk depan mate tarian Sarawak ni.. Kitorang tengok sampai bersila.. Sehabisnya tgk persembahan tarian kebudayaan, kami ronda-ronda dalam Jusco pula.. Disinilah bermula bermacam-macam godaan... Sale disana sini.. beta beristghfar banyak-banyak dalam hati... Ya Allah, besar betul dugaan yang Kau berikan pada hamba-Mu yang lemah ini.. Langkah diatur dengan tenang... dalam hati dup dap, dup dap... Masya Allahhh.. Ku pegang satu persatu kasut... baju... dan seangkatan dengannya... Akhirnya, ku akui iman ku amat lemah... Tak perlulah beta detailkan disini berapa banyak RM yang beta korbankan.. Biarlah sengsara dihati ini geng cik kiah je yang tau... betapa sedihnya beta apabila tewas dengan godaan syaitan yang bernama 'Zalituun'... kena taubat banyak2 lepas ni.. sadness

CUTTTTT...!!!!

Cukuplah... x mo - x mo... x mo cedih2 lagi..  Sambung balik citer... Birthday boy ajak makan kat luar... Dan kami decide untuk beli kek, walaupun nak ikiutkan plannya esok..dah alang2 jumpa malam ni, potong je la malam ni...


Inilah antara babak2 yang best pada malam ni.. Hepi besday paksu.. Moga Allah merahmati & memberkati paksu sekeluarga.. Terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu disepanjang ketiadaan ayah.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik paksu sekeluarga.. Isy.. tacing la pulak.. ( sob..sob.. jap, nak lap ingus.. )


Tak ketinggalan geng jemputan khas dari USJ... nasib baik sempat merasa kek.. welcomesignplz
Gamba kotak sebelah tu merupakan hadiah istimewa yang ditempah khas dari Bombay... Tajaan Geng Pom-Pom Girl.. Walaupun x seberapa, harap paksu suke dengan adiah tu.. 

Akhir kata dari beta, Selamat hari wanita & Selamat hari lahir Pak Su... Lagu dibawah ni kami tuju khas buat paksu... Tata..



Friday 24 August 2012

♥ Jiwa Kosong...


Lonely...

Again I plunge into sadness
Knowing that I am all alone
I had tried to grip on happiness
But it would go, I had always known.


Sometimes I tell myself to search
Search the moments of joy hidden in some corner
Search the moments that I love so much
Little moments, little minutes, however minor.


I cling to my last pleasures
As nothing is permanent
Happy memories hurt me now to unknown measures
And I try hard to live in the present.


I feel everyone whom I love
Who are so close to me
Going further; further away they move
I can’t pull’em back; just let it be…


I feel lonely, deeply lonely
And suffocate in the vacuum all around
Everyone talks harshly, angrily
I weep to my bed and keep mum.


I feel I have become a recluse
A vexing realisation
My own self, I feel to lose
A hollow sensation.

Saturday 4 August 2012

♥ IKIM - SOLAT


Kebetulan pula tadi dengar tajuk segmen ‘Solat’ di IKIM waktu rehat pukul 10.00 pagi tadi.

Banyak juga persoalan2 menarik yang diutarakan untuk Ustaz Yamani. Berikut adalah antara bijik butir yang sempat dicatit. Ada jugak yang terlepas sebab tak sempat. Tapi kira ok la, less is better than nothing kan…
( ^ . ^ )’
Mukaddimahinluv

Di bulan Syaaban ini, marilah sama-sama kita memperelokkan solat kita. Solat diibaratkan seperti pakaian, jika pakaian kita tak elok, kita akan rasa tak selesa, begitu juga dengan solat.

Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3, diawalnya merupakan musim rahmat bagi kita. Musim pertengahan merupakan musim pengampunan manakala musim yang ketiga adalah musim penutup. Sama-samalah kita manfaatkannya.

Soalan2: neutral

1) Kalau imam rasa nak kentut semasa solat, macam mana cara nak undur?

Jawapan : Kalau boleh atasi masalah sebelum solat. Selesaikan dulu hajat sebelum solat. Kalau tak nanti tak khusyuk. Kalau rasa dalam solat, elok hentikan solat dan undur, cakaplah pada orang belakang supaya supaya gantikan jadi imam. Kita boleh cakap, sebab dah niat batalkan solat tadi.

2) Macam mana pula kalau solat jemaah berdua seperti suami imamkan isteri?

Jawapan : Ada 3 keadaan; a – Makmum (isteri) kena teruskan solat dan gantikan niat solat sendirian, b – Isteri boleh tunggu suami atau c – Niat hentikan solat.

3) Bagaimana keadaan baca Yassin beramai-ramai sebenarnya?

Jawapan : Surah Yassin kalau boleh baca sendirian, jika beramai-ramai mestilah berpandukan ketua. Tujuannya supaya ianya boleh jadi panduan bagi mereka yang tidak berapa pandai baca Quran.

4) Bagaimanakah cara berwuduk bagi mereka yang kaki bersimen?

Jawapan : 4 anggota wuduk kena basuh dengan sempurna. Eloknya sebelum simen ambil wuduk dahulu. Kalau bersimen untuk jangka masa yang lama – bertayamum, tepuk debu 2 kali sapu ditangan, sapu 2 kali di muka. Di Malaysia debu yang bersih ada dijual.
.
5) Bagaimana kedudukan solat kita yang dulu-dulu tak sah? Cth : Tak mandi wajib sebelum solat Sekarang baru tahu, sebab dah belajar.

Jawapan : Tak berdosa atas sebab kejahilan, tapi wajib qada.

6) Sahkah solat jika menangis?

Jawapan : Tidak batal kalau sekadar mengalir, walaupun teresak-esak. Tapi jika sampai mengeluarkan suara – batal solat.

7) Macam mana kalau masjid blackout, imam dah sujud. Bila ada lampu nampak imam dah bangun.

Jawapan : Tidak mengapa, makmum boleh teruskan sebab tak tahu.

8) Hukum isbal - menutup mata kaki (buku lali)?

Jawapan : Makruh

9) Bagaimana kalau Al-Fatihah suami tak betul walau dah banyak kali ajar, tapi masih berulang?

Jawapan : Jika disebabkan lidah suami pendek dan hanya itu bacaan yang terbaik dia boleh baca maknanya sah solatnya, tapi dia hanya boleh imamkan orang-orang yang seangkatan dengannya sahaja. Jika suami tidak ada masalah apa-apa, nasihatilah suami baik-baik supaya belajar.

10) Apa hukum bersin sampai bergegar badan dalam solat?

Jawapan : Tidak sengaja tak apa, begitu juga jika menggigil kesejukan.

11) Apa hukum sapu muka?

Jawapan : Solat sah sebab sudah selesai solat.

12) Bagaimana solat jemaah bagi wanita?

Jawapan : Perempuan juga dituntut untuk berjemaah tapi tidaklah dituntut seberat lelaki. Bacaan mesti diperlahankan bila ada ajnabi. Kedudukan imam hanya depan sedikit sahaja daripada makmum. Tidak seperti kedudukan imam lelaki. Kadar suara hanya sekadar dapat didengari makmum. Bila didalam rumah nyaring sedikit pun boleh.

13) Wuduk orang yang tak boleh jalan, boleh tak guna spray?

Jawapan : Tangan dan kaki mesti dibasuh dengan kata lain mesti dialirkan dan diratakan air. Jika setakat spray tidak memadai sebab air tidak dialirkan, jadi tidak sah.

14) Berdehem dalam solat.

Jawapan : Tak boleh berdehem. Kalau tak sengaja tak mengapa.

15) Bolehkah jadikan air mineral untuk berwuduk jika dalam stadium x cukup air sebab terlalu ramai?

Jawapan : Boleh. Jika takut x cukup juga, memadailah buat yang wajib sahaja iaitu basuh sekali setiap anggota wuduk.
p/s : Pada kawan2 yang ada dengar, boleh la top-up2 info. Tak semua dapat ditulis tadi..ballooonplz