Thursday 27 September 2012

♥ Bila Agaknya Ya..


Tadi selepas melawat kubur ayah, terserempak dengan seorang makcik.. Ku sapa, salam dan bertanya " makcik ziarah kubur siapa?".. Lantas dia menjawap kubur anaknya. Meninggal waktu sakit bersalin, babynya pun pergi sama2 dengan ibunya.. Terkedu aku seketika. Antara sedih bercampur terpegun.. Masya Allah, pertama kali berdepan dengan family yang kematian anak akibat bersalin.. "mati syahid".. itu yang terlintas difikiranku.. Mudah-mudahan rohnya bersama mereka yang beriman.. aameen..

Aku?? 
Bila agaknya waktu aku akan dijemput? Dikala aku masih terumbang ambing mencari arah.. Masih lagi teraba-raba mencari ilmu yang selama ini aku alpa.. Baru sebentar tadi aku buat nebuliser lagi. Ya Allah, berilah aku sedikit ruang untuk merubah diri.. Aku terlalu hina disisi-Mu.. Layakkah aku? aku masih tertanya-tanya.. terasa amat jahilnya diri.. Janganlah Kau jemputku dalam keadaan aku alpa pada-Mu Ya Allah.. Kau bimbinglah aku.. Janganlah Kau lepas tali keimanan dihatiku Ya Allah.. Kau campakkanlah perasaan kehambaan terhadap-Mu Ya Allah.. Aku ingin mencari bahagia.. Janganlah Kau berpaling dari memandang-Ku Ya Allah.. Ku mohon pada-Mu.. Ampunkanlah dosaku..Sesungguhnya Kau-lah Tuhan Maha Pengampun..

..aameen..

♥ The Reason Why..


Tajuk macam gempak je kan.. tapi disebalik kata2 dia sungguh dalam maksudnya. Bagi mereka dan keluarga mereka je yang memahami.. (chewah! ) It's true.. In fact, beta dapat gambar yang agak 'tacing' ini daripada fesbuk. For me ~ the fact is there, we can understand & understood just when we see the picture.. Nooooooo need to describe wth any detail..urm..

But for those yang x dapat rasa kebenaran fact tersebut.. plis check..check..and check ok. For me, insan yang kita panggil ayah, abah, papa, puppy (emm..mcm pelik je) daddy, dada, abi, walid  dan yang seangkatan dengannya ~ mempunyai hubungan sangat2 rapat  dengan insan yang bergelar anak, terutama girl.. beliv me!! Rata2 kawan, saudara mara & orang keliling kita saya amat2 percaya kenyataan ini.. walaupun x 100%. And then, anak lelaki akan lebih closed wth mak, mummy, mom, & etc.. eheeheheh.. (ade yg terasa x? sowree..x niat pun~ ayat nak cover.ngee..) 

With my experience, insan yang kita panggil ayah ni lebih ada naluri ke-hero-an (eh, btul ke word nih?) ..senang citer ~ like a hero la.. macam citer superman tu.. Waaaaa... betul ni!! tolong la pecaye.. *cough..cough.. 
Dari kecik sampai besar akan jadi superhero kita. X kira la walau anak pompuan mereka dah kawin sekalipun.. mereka tetap akan fikirkan anak pompuan mereka.. we can't deny it. 

Dulu, ayah saye selalu berkongsi masalah dengan saye.. begitu juga dengan saya. Kadang2 ada sampai kami menangis sama2.. selalunya kejadian yg mcm ni jadi bila time balik kerja sama2.. very unforgettable moment.. but, one more thing yang saye x pernah lupa ~ ayah selalu beri kata2 semangat pada saya, especially bila saye jadi magsa bully ditempat kerja.. (mmg sedih!) Disaat saye rasa keseorangan, rasa dalam tertekan.. he will make me comfort, with his magical words "Don't ever give up!".. even bila dah kawin pun ayah is still there.. yup, he is still there.. x pernah tinggalkan saye keseorangan.. saye amat rindukan pelukan ayah.. gelak ketawa ayah.. ayah sgt kuat, walau dalam keadaan tertekan dia masih mampu tersenyum untuk buat orang kelilingnya happy.. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.. ya, hanya Allah yang tahu.. isy, kenapa nangis nih!? haipppp!!! babab karang.. xmo cedih2 laa.. kite nak citer pasal gamba kat atas kan.. ( ^ 0 ^ )v

For ur information my superhero baru saje meninggalkan saye sekeluarga.. 'sad'.. that is the only word we can say.. Walaupun dah 3 bulan ayah tinggalkan kami, tapi kami masih rasakan ayah masih ada.. Nevertheless, kenangan plus kata2 semangat ayah tetap tersimpan rapi bersama kami.. Skrg kami dalam tempoh 'recover'.. By the way, thanxs a lot to all our mak+pak sedare.. banyak sgt membantu selama 3 bulan ni.. Saya kena aturkan semula ~ all over again.. banyak benda lagi kena buat.. yes, betul kata ayah " Don't ever give up!".. this is our life, we have to prove that we can.. Insya Allah.. 

Last but not least, saye nak tunjuk gambar superhero saye.. 


Jeng.. Jeng.. Jeng!! Waaaa.. hensem kan.. (^__^)v
Inilah buah hati, pengarang jantung mak saye.. 
Tiada yang layak menggantikan ayah dihati kami.. 
Sebelum saye sebut -end-, saye nak ajak kawan2 semua 
sedekahkan Al-Fatihah & doa untuk ayah saye 'Ridzuan b. Mustapa'..
Moga rohnya bersama roh orang2 yang beriman.. aameen..

- end -

Wednesday 26 September 2012

Monday 24 September 2012

♥ Hadiah Hari Lahir

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Sowree sgt2 sbb lambat update.. sebenarnya sepulangnya aku dari opis ada surprise kat umah..Walaupun dah dapat jangka...huhuhu.. ini adalah antara hadiah & babak yang sempat dirakam.. :)
Kad ucapan khas dari Mak.. Aameen..

Kenapa la tang nombo tu besa sgt... :P uhuhuhu

Banyak nyeee!!

Ini antara hadiah daripada semua..terima kasih tak terhingga.. dah lam sgt rasanya x disambut mcm ni.. biasanya keutamaan diberikan kepada kanak2 ribena mi-za-na.. Kali ni mmg x sangka.. terima kasih sgt2.. sob sob sob.. 

Banyak betul ucapan... huhuhu.. nasib baik x nangis... :D
Tak tahulah siapa yang sponsor.. rasa-rasa mcm tahu sape.. uhuk uhuk..

Ini adik lelaki tunggal saye.. skrg pada dialah tempat kami bergantung..

Adik ipar yang sporting.. TQ ina.. ;)



Paksu, Maksu & dak chabby pun ade.. kesian maksu, sempat lagi datang walaupun dah time masuk keje... mmg terharu sgt2..

Terima kasih semua.. Semoga Allah merahmati kamu semua.. 
 ♥ U All...

***********
Rasa mcm ada yang kurang... 2 orang yang penting dalam hidup saye tidak ada bersama..  :'(

♥ Bunga Dari Ayah

Sudah 5 bulan bunga pemberian ayah kepada mak terletak elok diatas meja. Sebenarnya ayah hadiahkan mak bunga ni untuk pujuk mak.. dah lupa pulak kenapa. Biasala, kalau isteri merajuk memang diminta untuk dipujuk, walaupun x diminta..tapi dalam hati bagai berbunga-bunga bila dipujuk suami. Sayu rasa hati bila tgk bunga rose ayah.. walaupun dah kering, tapi nilai sentimennya masih tersimpan disitu. Kebetulan pula kemarin aku tengok kereta ayah dibengkel seksyen 25. Masa nak balik aku singgah kejap dikedai bunga.. 

Inilah bunga yang kubeli, sebagai ganti bunga pemberian ayah untuk mak. Walaupun lain.. tapi jauh disudut hati ingin ku kenang kembali sisa2 kenangan yang ayah tunjukkan didepan kami. Moga ayah tenang disana. Kami sentiasa doakan ayah. Al-Fatihah..
 

♥ Happy Birthday To Me :P

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 

7 September 2012 ~ Genaplah usiaku yang ke 32 tahun.. emm.. makin tua.. makin hampir untuk kembali pada Maha Pencipta. Cuma masa dan ketikanya sahaja yang tak tahu. Bersediakah aku? Tidak Ya Allah.. terlalu banyak dosaku pada-Mu. Berikanlah sedikit masa lagi untuk hamba-Mu ini.. Ku mohon pada-Mu Ya Allah..

Bersempena hari yang bersejarah ini, ingin sekali ku menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Tak salah rasanya kan.. :) Hadiah yang begitu bermakna sekali. Mudah-mudahan ia dapat memberikan satu suntikan semangat buat diri ini.

Ini adalah antara isi kandungan yang terdapat dalam buku ini. Subhanallah, terasa seolah-olah ada disana bila diselak satu persatu helaian buku ini. 


InsyaAllah, akan ku telusuri setiap apa yang tercatat didalam buku ini sebagai peringatan buat diri sendiri. Sesungguhnya aku didalam memperbaiki diri Ya Allah.. Kau berikanlah kesempatan padaku... Hanya pada-Mu termpatku bergantung.. Hanya pada-Mu tempat ku memohon pertolongan.. Semoga Kau permudahkan perjalananku Ya Allah.. Aameen Ya Robbal a'lamin..

♥ Al-Kuliyyah : Berhias (Ciri-ciri Wanita Solehah)


Jom dengar same2..! :)

♥ Peringatan Untuk Kita semua.


Ya Allah, bagaimana pandangan-Mu pada hasil kerjaku..?
Halalkah disisi-Mu..?
 

♥ Biarkan Saye..


Tak ada apa nak update hari ni.. Hari ni x kemana2 pun, rasa badan x berapa ok. 
Apa2 pun, semoga esok menjadi hari yang indah..
Xmo fikir benda yang x best.. Biarkanlah saya dengan dunia fantasi saya..

Friday 21 September 2012

♥ Disaat Kita Bersama Al-Quran


Ingin ku abadikan disini peringatan dari salah seorang sahabat ditempatku bekerja. Email dihantar pada 13 Apr 2011. Aku simpan sehingga kini sebab kata-katanya benar2 memberi kesan buatku sehingga kini. Semoga Allah sentiasa merahmati & memberkati SITI NOR AFEZA BINTI ARIFFIN sekeluarga, beliau merupakan salah seorang kakitangan daripada Unit Kewangan, bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia. Berikut adalah butirannya :

      Saat kita membawa Al-Quran – Syaitan tengok jer / biasa2jer 

      Saat kita membuka Al-Quran – Syaitan mulai curiga 

      Saat kita membaca Al-Quran – Syaitan resah &gelisah 

      Saat kita memahami Al-Quran – Syaitan kekejangan 

      Saat kita mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian – Syaitan stroke 

      Selamat Beramal…. 


♥ 10 Sebab Isteri Derhaka



Dipetik dari Blog : http://www.ustazamin.com/
Bicara Ilmu 41 – IKIM “ 10 Sebab Isteri Derhaka..” 

Apabila sebut mengenai isteri derhaka, tidak semua sebab terjadi demikian dari isteri. Tetapi ramai yang terus menyalahkan isteri dengan kesalahan 100% peratus diletakkan padanya.

1. Tidak berusaha untuk  iman. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa hatta ada isteri para Nabi juga ada yang tidak berusaha ke arah iman dan akhirnya menjadi derhaka bukan sahaja pada suaminya, bahkan pada Allah.

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat [1488] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". [1488] Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama (Surah at-Tahrim ayat 10)

2. Jahil : Ada isteri yang derhaka kerana tidak tahu sifat dan sikapnya itu adalah menderhaka pada suaminya. 

3. Keras Hati : Ada jenis yang memang keras hati dan tidak mahu mentaati suami dan perintah Allah. 

4. Takabbur : Kebanyakkan perkara keempat ini berlaku jika isteri lebih berkedudukan dari suami. Dia mudah memandang rendah suaminya. 

************

Di celah-celah perbahasan ini, kami mengambil soalan dari pendengar. 

Haji Hayyi dari Kelantan : Bagaimana ingin menjadikan anak-anak sekarang ada perasaan respect pada mak ayah

Haji Yaakub : Macam mana nak wujudkan rasa hormat menghormati jika isteri suka buat sesuatu tak bagitau suami? Suami selalu makan hati.

Puan Aida Amir : Saya lebih rela bangun qaimullail dari melayan suami, macam mana ustaz?

************************
.....Perbahasan kami di sambung lagi…


5.  Tiada Sifat Qanaah, akhirnya wujud membanding

6. Kurang tarbiah. Tidak semestinya orang kelulusan agama, dia mampu nak amalkan. Untuk mengamalkan sesuatu perlukan tarbiah. 

7. Wujud penasihat-penasihat yang jahat

8. Suami yang jahil : Ada isteri yang derhaka kerana suami yang jahil, bukan sahaja  tidak dapat mendidik isteri malahan menggalakkan isteri berbuat maksiat 

9.Suami yang dayyus : Ada suami yang terlalu takut pada isteri hingga isteri berbuat maksiat takut untuk ditegurnya. 

10. Suami yang zalim : Kadang kala, suami yang menzalimi isteri menjadikan isteri melawan kembali suami. 

Inilah 10 sebab kenapa isteri derhaka.

“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah


♥ Sesungguhnya..



Article kat bawah ni saye petik dari http://saifulislam.com 

 “Teringat saya kepada sebuah kisah perumpamaan, bagaimana seorang perempuan yang baru pulang dari pasar, terkejut apabila mendapati rumahnya terbakar. Dia menjerit ketakutan kerana anak kecilnya berada di dalam rumah. Tanpa berlengah, perempuan itu merempuh api, bagai tidak pernah terfikir tentang keselamatan dirinya demi menyelamatkan anak yang terperangkap di dalam rumah. 

Apabila anak kecilnya berjaya diselamatkan, perempuan itu dan anaknya dikejarkan ke hospital. Semasa terlantar sendirian di katil, barulah perempuan itu tersedar bahawa tubuhnya luka melecur dan sakitnya amat terasa.

Sesungguhnya… Ketika kita berfikir tentang orang lain, terutamanya mereka yang kita kasihi, kita tidak berasa sakit. Kita nekad melakukan apa sahaja. Tetapi apabila mula berfikir tentang diri sendiri, datanglah segala sakit, pedih dan derita.”

P/S : Minda saye bagai dijentik oleh kata-kata Ustaz Hasrizal. Memang saya setuju sesangat. No words to say… Hurmm..

♥ 8 Pintu Rezeki



Rancangan : Tanyalah Ustaz TV9

Tadi masa nak balik kerja sempat lagi jenguk2 folder dalam PC, tejumpa nota yang diambil dari rancangan tanyalah ustaz di TV9 mengenai “Murah Rezeki”. Tak tau la ceramah ni tahun bila punya. Sempat juga beta copy & paste ke dalam pendrive Kimia yang canggih tu.. uhuk uhuk... Berikut adalah notanya..

Antara 8 Pintu Murah Rezeki Ialah :

  1. Jangan Derhaka Dengan Ibu Bapa
  2. Jangan Bergaduh Dengan Saudara Mara
  3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji”
  4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha
  5. Jangan tidur selepas solat subuh
  6. Baca Surah Al- Waqiah
  7. Rezeki ada dalam perkhawinan
  8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya”
...that's all..


♥ Ya Allah.. :(


Kerdil sungguh rasa diri.... Siapalah aku disamping-Mu...


♥ Hai Abang Part 1.


Aslkm abg! :D abg bz ke hari ni? Emm.. hari ni ayg pakai baju yang abg belikan utk ayg raya 2 tahun lepas. Ha? X ingat? Ala baju yang abg beli kat Tesco Meru tu.. Ni munge dia.. 

Hari ni x ada yang menarik sgt pun. Saje nak sembang2 dgn abg. Da lama x sembang. Rindu nak sembang mcm dulu2. Dulu best, abg byk mulut & kelakar. Abg selalu buat lawak dgn muka selambe abg. Skrg ni kalau nak cok cek pun dgn bobot je la.
Liza da rajin melayan TV skrg, ade citer baru tu.. err.. ape tah tajuk dia.. Adam Hawa kot.. suke hati dia la nak buat ape pun.

Ada apa pada hari ini? Hari agak kelambatan bangun tidur, pukul 5.50.. kunci jam pukul 5.40 am.. beriya je.. mcm la bole bangun awal.. bila bunyi alarm ayam bekokok tu, rasa lagi lena tido.. keh keh keh.. chit! apa daa.. sebenarnya mmg liat nak  bgn pagi pun.. tu la penyakit dari zaman dulu kale lagi.. Mak kate dari semalam lagi ayg asik megelat bgn awal. Semalam bangun lagi lambat, pukul 6.10 am.. isy, makin menjadi pulak.

Oppps! sambung balik.. lepas bangun, mandi, siap2, solat... betolak ppegi keje jam 6.30 am. Masuk keta, ustaz zahazan da start tafsir Quran.. errk! Lewat sgt da ni. Lepas je tol Batu 3, terus masuk jalan Subang tol RM1.60.Alhamdulillah, sempat juga sampai jam 7.00 tepat.. uhuhuhu.. walaupun time masuk keje pukul 7.30 am, tapi 30 minit kene reserve utk cari parking kat area Kimia ni & untuk breakfast, wajib ok!

A’hah! Lupa nak kasitau lagi sekali.. hari ni ayg ada kuliah lagi kat JKR, macam biasa.. emm, hari ni Ustazah Bahyah yang ngajar.. Tajuk sambung yang minggu lepas, bab "12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman", hari ni sambung point yang ke-3. Insya Allah kalau ada masuk ayg masukkan dalam ni. Lagi satu, start last week ayg ade geng baru ke JKR, 2 orang.. Sorang tu pegawai sains, namanya Puan. Sarminah, lagi sorang Ketua Unit Bahagian Halal, namanya Puan Rohanah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ayg ade peneman dalam pejalanan. Bukan apa, risau juga kalau apa2 kat atas jalan nanti kan.. namapun pompuan.. uhuk uhuk..

Ni gamba ustazah tadi.. Gamba x clear sgt sebab dok belakang.. ^_^'

Abg, semalam ayg tengok anak ira, comel sangat2.. abg da tengok ke gamba dia? Ayg ade letak semalam kat sini. Radzi kirim salam kat abg. Dia nampak kekok lagi, berbeza dengan ira.. da ala2 pro pulak bila pegang baby.. hihihi.. 


♥ I Want To Fly !!


 I keep wondering, if someday i can sit on the sky like all the cartoons do, and watch the Earth and humans do their chores and jobs. what would it feel like ?

♥ Panic?



Yes, you should feel panic..
you might be the person I am stalking around right ! Ngeeee...

Thursday 20 September 2012

♥ Naskah Cinta

Balik dari melawat Ira di PPUM, saye menerima hadiah khas datang jauh dari Cawangan Penang. Memang tak sangka dapat. Terharu sgt2. Beliau merupakan salah sorang guru mengaji di tempat keje saye. Walaupun umurnya masih muda, tapi mmg kagum sgt dengan personaliti beliau. Nama beliau Nur Haeirina Sharifudin, bekerja di makmal bahagian Industri Klasifikasi Tarif Dagangan. Kami panggil dengan panggilan 'Reen'. Mungkin Reen berpindah ke Cawangan Penang atas sebab mengikut suami. Terasa juga bila Reen x ada, kurang lagi seorang sahabat. Apa-apa pun, saye doakan Reen dan suami sentiasa bahagia. Moga rumahtangga yang dibina diberkati & dirahmati Allah selalu. Aameen..

Dibawah ni saye sertakan gambar ape yang terkandung didalam Naskah Cinta ini..

 Dalamnya terkandung kata-kata hikmah.


 Ada 4 buku : 1) Surah Yaasin & Tahlil
2) Surah2 Amalan
3) Al-Ma'thurat
4) Al-Asma Al-Husna & terjemahan


Insya Allah, segala ilmu & budi Reen akan ku kenang sampai bila2.

♥ Nur Aisyah Damia Si Merah Jambu


Terubat juga rasa dalam hati bila tgk Ira & baby Aisyah. Kalau x, Allah je yang tahu mcm mana rasa dalam hati ni bila x jumpa ira. Bila da tgk dgn mata kepala sendiri, baru la lega.. Alhamdulillah... Semuanya baik2 sahaja... inilah wajah buah hati pengarang jantung kawan kite, Irawati Mohd Nasir & suami, Nur Aisyah Damia ( entah betul ke x ejaan ni ).

Nak ikutkan tadi, pukul 10 da nak terkam melawat. Excited punya pasal, sampai x sempat nak tanya ira bila time melawat. Bila da sampai PPUM jam 10.15 am, guard cakap x bole masuk.. tepakse la makcik cover cun kuar pelan2.. uhuk uhuk.. sedih gak... Pak misai tu kate waktu melawat start pukul 12.00 tgh hari. Ok, fine..

Jeng..Jeng..Jeng! tepat jam pukul 12.00 tgh hari dengan pantas dan cargas mokcik capai kunci keta porche mokcik yang berwarna itam tu.. Alhamdulillah, memang Allah permudahkan perjalanan hari ni, parking pun senang sgt dpt.. dekat dgn pintu pulak tu. Sesampainya beta di wad bersalin tu (tingkat 6 - katil nombo 41), waaa... ramai pelawat rupanya, semua pakat kerumun ira & aisyah. Bila ira kenalkan, baru la tahu rupa-rupanya rakyat jelata dari Perpustakaan Komuniti Petaling rupanya.. Baik2 kawan ira. seronok pulak tgk dorang.. :D

Tak lama lepas tu, nak dekat pukul satu dorang pun minta diri untuk berangkat. Masa ni la mak ira, kak ipa, abg ira & anak buah ira sampai. Lepas tu baru la beta start interbiu artis..hihihi... best sgt dgr pengalaman ira. Ye la, nak tunggu diri sendiri ntah bila masa tah.. so, timba pengalaman la dulu.. Menurut ira, nak ikutkan kemarin start masuk ubat, tapi x berapa nak jalan.. Aisyah x nak kuar lagi. Jadi incik doktor decide start semula bagi ubat pagi semalam. Tak lama lepas tu ira kata baru la pintu buka, itupun 1 cm.. At last, Aisyah kena kuar ikut 'tingkap' je la.. hihihi.. bila dgr ira citer mcm seram je.. tapi bila tgk dia, selambe je.. mcm x sakit.. mungkin perasaan happy mengatasi segala-galanya kot. Mana taknya, bayangkan dah hampir sepuluh tahun ira & radzi tunggu Aisyah. 10 tahun bukan jangka masa yang singkat. Terlalu banyak dugaan, pahit manis dorang kena lalui. Sekarang, semua penantian berbayar.. Allah Maha Besar dan Allah x akan pernah menghampakan hambanya yang sabar. 

Cayalah ira, mmg steady.. kite tau, ira mmg kuat semangat.. walaupun tgh menahan sakit. Ni gamba ira tgh makan bubur + ikan kembung goweng + ikan bilis goweng + lada itam + bawang puteh goweng yang mak ira bawak.. nampak mmg meyelerakan. Sepanjang mokcik kat bilik tu, ira tak henti2 besembang, hepi sgt mokcik tgk.. Lawaknya pun makin menjadi2.. :D

Lebih kurang jam 1.30 pm doktor pun datang, check Aisyah.. Doktor kate Aisyah ade ruam cikit.. dan yang sedih sikit, 10 minit lepas tu kakak nurse datang culik Aisyah...huhuhu... ira kate dorang nak check gula dalam darah Aisyah, sebab Aisyah kurang gula dalam badan.. kiraan darah sebelum ni, 3.00.. mmg rendah..

Inilah gambar doktor terbabit.. cian baby kesejukan sampai terbersin.

Ini gambar Aisyah dan neneknya. Insya Allah, kalau semua ok Ira bole balik ke Shah Alam.. A'hah!! tadi sempat beta bertanya pada mak ira 'acik, baby ira cucu nombo berapa?', then mak ira bgtau ini cucu yang ke-10!! waaaaa...!! meriahnyee!! bayangkan nanti bila waktu raya.. pakat beratur ramai2 nak salam nenek... tu belum campo anak lin nanti... perrghhhhh!! mmg best! 

Memandangkan time melawat pukul 2 da nak abis, tak reti2 nak balik ke? beta pun mintak diri.. Perasaan x usah cakapla.. bercampur baur.. seronok + excited + sedih sbb x dpt tgk baby lagi + mcm2... Doa baiti untuk ira, semoga berbahagia bersama kakitangan ahli keluarga yg baru. Org kate, bila x ada anak ni lain cabarannya dan bila dah ada anak - lain pulak dugaannya.. Insya Allah Nur Aisyah Damia akan jadi anak yang solehah untuk ibu & babahnya.. aameen... Love U all... ♥

*********************
Choooppp!! ade lg, last sekali, errmmm... ini cerita sedih sikit la.. bole pulak selipar beta putus pulak...nampaknya balik ni kena jahit la.. sedih jugak sbb selipar ni cik mimi pom pom yang adiah untuk hari jadi beta baru2 ni.. beta suke sgt2 selipa ni.. 

Jeng3! inilah selipar berkenaan. Kasihan beliau.
Nanti kite jahit awak eh... da, x mo cedih2... 

♥ Tahniah Khas Buat Sahabat Yg Sgt Istimewa

19 / 9 / 2012 ~ 3.5 kg
Entah macam mana tergerak hati nak buka FB tadi, teringat kat ira.. Ingatkan nak tanye khabar kat wall ira... Subhanallah, rupanya dah selamat melahirkan seorang puteri. Esok je la call, xde kredit nak msg malam ni... hehehe...

Buat sahabatku Irawati Mohd Nasir & suami, Ucapan tahniah dilayangkan khas buatmu. Semoga puteri kalian menjadi anak yang soleh & menjadi bekal diakhirat kelak.. Aameen...
Nanti jgn lupe upload gamba baby ye.. kite x saba nak tgk... 
isyyy... x sabar nak cubit picit cium baby... ngeeeee...


Lagu ni khas buat ira...


Wednesday 19 September 2012

♥ It's Funny Ha..


It's funny how people say they miss you, but don't even make an effort to see you...

♥ Kata - Kata Untuk Hari Ini 1


Saat kau bahagia, pujilah Allah,
 Saat kau kesusahan, mintalah pertolongan Allah,
 Saat kau kesunyian, beribadahlah kepada Allah,
 Saat kau menderita, percayalah kepada ketentuan Allah,
 Setiap saat, bersyukurlah kepada Allah.

 USAH TERLALU KAGUM dengan teknologi TANPA WAYAR sedangkan 
setiap hari kita berkomunikasi dengan ALLAH tanpa wayar.....

✿ Orang yang MERASAKAN dirinya TIDAK BERDOSA...itulah PETANDA dia 
BANYAK DOSA -Imam Al-Ghazali-

✿ If you constantly think of the worst, 
if you find that you're negative, 
if you don't believe that you can ever achieve anything, 
if you constantly complain, 
if you always see the worst in situations, 

if you regularly put others down,
if you're just a negative person you will develop
negative energy and in the end you'll
only attract more negative situations into your life.




 PESAN BUAT SUAMI ISTERI: Bila hati rasa tidak tenteram, bila jiwa rasa bercelaru, bila kerja serba tak menjadi, bila tidur tidak lena... itu tandanya sesuatu yang tak kena berlaku kepada diri & keluarga. Muhasabah segera & kembalilah kepada Allah & RasulNya, insyaALlah hidup kembali ceria, berjaya & bahagia... Amiin.

✿ "Sesiapa yang tidak menyayangi, maka tidak akan disayangi"
( Hadist Riwayat Bukhari & Muslim )