Monday 31 December 2012

♥ Kata Hikmah : Ustaz Pahrol

Mutiara Kata Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :
  1. Jika tidak mampu menangis kerana dosa... jangan pula sampai ketawa dengannya!
  2. Mudah-mudahan kita tetap mengamalkan akhlak Rasulullah ketika menegur orang yang tidak berakhlak dengan Rasulullah... kerana begitulah yang ditunjukan oleh Rasulullah sendiri ketika menegur orang yang tidak berakhlak kepadanya! (sekadar satu renungan buat kita sesama umat Muhammad SAW.)
  3. Jangan sampai apa yang kita 'tidak ada'  menghalang kita menghargai apa yang kita ada! 
  4. Dosa itu satu yang meresahkan hati kita. Jika kita resah besar kemungkinan banyak dosa. Kita harus jaga hati orang sebagaimana kita jaga hati kita supaya bersih. Hati yang bersih dapat buat pilihan yang baik.
  5. Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!
  6. Siapa yang lebih menyayangi, dialah yang paling banyak memberi. Justeru, ibu lebih menyayangi anak... kerana ibu lebih banyak memberi berbanding anak. 
    Dan di atas segala-galanya, Allah jualah yang Maha Penyayang justeru pemberian nikmat yang tidak mungkin dapat dihitung. Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah sejauh mana dia telah memberi - perhatian, kemaafan, doa, pertolongan, masa dan pengorbanan. Siapa yang paling cinta dialah yang paling banyak memberi!
  7. Kita semua ialah orang 'berada' selagi berada di dunia. Kita sentiasa 'ada' untuk memberi, kerana Allah sentiasa memberi untuk kita boleh memberi!
  8. Dengan doa, kita mengharap sebaik takdir. Dengan usaha kita melaksanakan sebaik tadbir. Tadbir yang baik akan menggamit takdir yang baik... Allah tidak akan mengecewakan hambaNya.
  9. Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Sidia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita!
  10. ketika kita inginkan doa dimakbulkan dengan cepat... tidak terlambat, sebaliknya Allah dengan kasih sayangNya akan memakbulkan doa itu pada ketika yang TEPAT!
  11. Ya Allah, kurniakanlah kami sifat ramah mesra, kerendahan diri dan ketulusan budi di alam NYATA... bukan di alam maya. 
  12. Di kejauhan kelihatan seolah-olah segalanya kerana cintakan Nabi, namun bila didekati... rupa-rupanya hanya kerana kepentingan duniawi. Hasad menjadi lebih buruk, apabila berhujahkan agama!
  13. Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa. 
    a) Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta... terasa kemanisan semasa melakukannya. 
    b) Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa... terasa kelegaan selepas melakukannya. 
    Sebelum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan. Mujahadah itu awalnya susah... tetapi akhirnya indah!
  14. Guru ada dua, pertama yang terserlah kepandaiannya. Kedua, yang ingin 'memandaikan' kita. Pilihlah guru yang ingin 'memandaikan' kita. Bagaimana mengenal antara keduanya? 
    a) Guru yang terserlah kepandaiannya... diri terasa ingin menghargainya. 
    b) Guru yang 'memandaikan' pula.... diri terasa dihargai apabila bersamanya!
  15. Kita buat baik, bukan kerana kita sudah menjadi orang yang baik... tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik!
  16. Guru yang baik, membuat kita terasa 'kecil' bila melihat keluasan ilmunya. Tetapi guru yang hebat, diri terasa 'besar' bila kita dihargai dengan ketinggian akhlaknya!
  17. Untuk melakukan kebaikan sukar, untuk menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan jauh lebih sukar, namun untuk melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan adalah suatu yang paling sukar.
  18. All is well. Jika hujan, syukur. Jika panas, sabar. Yang penting 'cuaca' diri kita... sejauh mana hati ingat Allah. Ya Allah, bantulah aku sabar dalam sukar. Amin ya Rabb.
  19. Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya. Pertama, kerana kita tidak benar-benar inginkannya. Kedua, kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!"Ya Allah, kami malu meminta syurgaMU dengan tangan yang berdosa dan mengaku cinta dengan hati yang alpa... namun kami tetap mencintaiMU walaupun cinta itu sering terganggu!"
  20. Perkahwinan bukan sahaja menagih kebijaksanaan memanfaatkan PERSAMAAN tetapi memerlukan kesabaran menguruskan PERBEZAAN.
  21. Apabila cinta 'demam', tanggung jawablah yang akan menjaga perkahwinan sehingga cinta pulih semula! Perkahwinan diserikan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab.

♥ “All Is Well” – SEMUANYA BAIK BELAKA


Post yang terbaru dari Ustaz Pahrol (http://genta-rasa.com) :
Pernah saya katakan, kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…
Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya.
Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku, aku sedang diuji. Begitu juga dengan kamu, dan kita semua. Lalu untuk memujuk hati ketika menerima tarbiah Ilahi ini saya nukilkan tulisan ini untuk saya dan kita semuanya… Tajuknya: ALL IS WELL – semuanya baik belaka.      
“Ustaz kata kecemerlangan dunia itu bayangan kecemerlangan akhirat?”
“Ya, “akui saya pendek.
“Atas dasar apa?”
“Berdasarkan kata Imam Syafei, dunia itu adalah tanaman untuk akhirat.”
“Maksudnya?”
“Dunia tempat kita menyemai, akhirat tempat kita menuai. Jika kita hendak merasai buah yang manis dan banyak , sudah sewajarnya pokok yang kita tanam baik dan subur.”
“Saya belum faham…”
Saya merenung wajah pelajar yang sebaya dengan anak saya itu. Dia benar-benar inginkan penjelasan. Terasa masih jauh pendekatan dakwah saya berbanding ulama-ulama silam – yang bercakap dengan jelas, tepat dan lemah lembut.
“Begini nak… jika kita hendak menikmati buah yang manis di akhirat, mestilah pohon yang kita tanam di dunia subur. Maksudnya, di dunia lagi hidup kita mesti cemerlang, itulah petanda di akhirat nanti kita akan cemerlang.”
“Kalau begitu malanglah kalau kita jadi orang miskin, pekerjaan kita buruh, pangkat kita rendah dan kita jadi orang yang biasa-biasa sahaja di dunia.”
“Mengapa begitu?” saya bertanya kehairanan.
“Ya, bukankah orang miskin, marhein dan orang yang biasa-biasa itu dianggap tidak cemerlang di dunia?”
Saya mengurut dada. Mujur dia bertanya.
“Perspektif Islam mengenai kejayaan berbeza dengan takrifan majoriti masyarakat hari ini. Menjadi miskin, seorang buruh dan marhein setelah berusaha bersungguh-sungguh,  bukan bererti gagal. Itu hanya ujian dalam kehidupan.”
Di dalam hati saya bertekad ingin menjelaskan konsep hidup di dunia sebagai ujian terlebih dahulu. Setelah itu baru saya ingin menerangkan erti kejayaan dalam Islam. Ya, lulus ujian baru berjaya.
“Apa maksud dengan ujian kehidupan?” tanyanya lagi. Alhamdulillah, dia membuka ruang untuk saya memberi penjelasan.  Memang benar seperti yang selalu dikatakan, pertanyaan itu kunci kepada ilmu.
“Bila Allah beri kita kaya, belum bererti Allah memuliakan kita… Allah baru menguji kita. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita… itu bukan menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji kita. Bukan itu sahaja, apabila Allah kurniakan kuasa, menarik kuasa, rupa yang cantik, rupa yang buruk, ternama atau biasa-biasa sahaja, semuanya ujian untuk kita.”
“Ujian untuk apa ustaz?”
“Ujian sama ada kita mengingati-Nya atau tidak, mentaatinya atau tidak, “ jawab saya.
Melihat dia terdiam, saya menyambung penjelasan, “ orang miskin boleh berjaya jika dalam miskinnya dia mengingati Allah dengan kesabarannya. Orang kaya, mengingati Allah dengan kesyukurannya. Yang berkuasa, menegakkan keadilan kerana Allah. Yang marhein, patuh dan setia kerana Allah juga. Situasi dan kondisi yang kita hadapi dan alami  bukan penentu kejayaan kita tetapi respons kita terhadap kondidi itu yang lebih penting. Apakah kita bertindak balas dengan apa yang kita hadapi seperti selayaknya seorang hamba Allah? Seorang hamba Allah sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan, positif mahupun positif…”
“Maksudnya, yang negatif pun jadi positif?”
“Ya, semuanya baik, bergantung pada tindak-balas diri kita. ‘All is well’ – semuanya baik. Ya, semua yang datang dari Allah adalah baik belaka kerana semua itu hanya ujian buat kita. Jika kita menghadapinya dengan hati yang sabar, syukur atau redha… ya kita berjaya!”
“Jadi ada orang kaya, berkuasa dan ternama di dunia ini boleh dianggap gagal?”
“Bukan boleh dianggap gagal tetapi  mereka memang gagal. Sekiranya dengan ujian kesenangan, kekuasaan, kenamaan dan kecantikan itu mereka tidak bersuyukur, zalim, kufur,  malah takbur kepada Allah dan sesama manusia.  Sebaliknya orang miskin, marhein dan melarat itu hakikatnya berjaya sekiranya mereka mengingati Allah dalam kesabarannya.”
“Tetapi kalau mereka miskin kerana malas… tidak gigih mencari ilmu, menambah kemahiran  dan ilmu, lalu mereka sabar, apakah itu juga boleh dikatakan berjaya?”
Kritikal betul cara berfikir pelajar ni, bisik hati saya.
“Orang malas bukan orang yang ingat Allah. Sabar itu bukan pasif dan tidak produktif. Sabar itu aktif dan produktif.  Orang yang ingat Allah, akan ingat akhirat. Orang yang ingat akhirat akan sentiasa sibuk di dunia…”
“Orang yang ingat akhirat akan sibuk di dunia?”
“Ya, sebab dia sedar dia hendak menuai di akhirat, jadi sibuklah dia menanam di dunia. Dunia ini jadi kebunnya… Lihat orang berkebun, dia akan  sibuk menebas, menggempur, menyemai benih, memberi baja, mengairi, menjaga tanamannya dari serangga dan macam-macam lagi… Begitulah orang yang hendak menuai di akhirat, akan sibuk di dunia.”
“ Agaknya inilah yang dimaksudkan orang yang paling bijak ialah orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya…”
“Benar. Benar sekali. Sebaliknya, sipemalas ialah orang yang dungu, bukan orang yang sabar. Dia tidak akan dapat pahala sabar… sebaliknya mendapat dosa kerana kemalasannya.”
“Malas itu satu dosa?”
“Ya, malas itu satu dosa. Cara bertaubat dari dosa malas ialah dengan gigih bekerja. Kita adalah khalifah di muka bumi. Seorang khalifah wajib memberi kebaikan kepada diri, orang di sekelilingnya dan alam seketiranya. Untuk itu dia mesti rajin. Bagaimana seorang pemalas boleh melaksanakan tugasnya sebagai khalifah?”
Saya teringat khutbah yang baru saya dengar bulan lalu. Yang boleh saya simpulkan daripada kata khatib itu ialah, keadaan yang kita hadapi atau apa yang kita miliki, bukan pengukur kejayaan kita. Sebaliknya, kejayaan kita terletak kepada sejauh mana diri kita mengingati Allah ketika memiliki sesuatu atau semasa kita menghadapi suatu situasi.
Akan saya sampaikan semula apa yang saya terima kepada pelajar itu, insyaAllah. Ya, saya masih ingat ketika khatib itu menegaskan:” Kejayaan Nabi Ibrahim AS bukan kerana baginda tidak terjejas oleh api yang dinyalakan oleh Namrud tetapi kerana ketika di dalam nyalaan api itu Nabi Ibrahim mengingati Allah, kerana kalau kejayaan itu diukur pada tidak terjejas jasad baginda oleh api, apakah kita mengatakan bahawa ‘ashabul ukhdud’ yang terbakar kerana mempertahankan tauhid itu tidak berjaya? Apakah Masyitah dan anaknya yang terkorban apabila dihumban ke dalam api oleh Firaun itu tidak berjaya? “
Khatib itu menambah lagi:” Jika kita katakan, kejayaan itu kepada keadaan Nabi Ismail yang tidak jadi disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim AS dengan digantikan dengan seekor kibyas… apakah  Nabi Zakaria AS yang syahid dan terbelah dua kerana digergaji oleh musuh Allah itu tidak berjaya? Apakah Sumayyah yang mati ditusuk lembing oleh kafir Quraisy itu tidak berjaya?”
Tanpa disedari air mata mengalir apabila Khatib itu berkata, “tuan-tuan, Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria, Sumayyah dan Asyhabul Ukhdud semuanya berjaya… walaupun situasi ujian yang mereka hadapi berbeza. Justeru, yang menentukan suatu kejayaan  bukan situasi tetapi respons hati mereka ketika menghadapi  situasi itu. Respons hati mereka tetap sama, walaupun situasi yang mereka hadapi berbeza.”
“Respons hati mereka hanya mengingati Allah,” ujar pelajar itu.
“Ujian tidak akan menghina atau memuliakan kita tetapi reaksi atau respons kita terhadap ujian itulah yang memuliakan atau menghinakan kita. Yang sabar dan syukur, jadi mulia… lalu mereka berjaya. Yang putus asa dan takbur, jadi hina… lalu mereka gagal. Sering diungkapkan oleh bijak-pandai, jika dapat limau manis, bersyukurlah. Sebaliknya jika dapat limau masam, jangan kecewa… buatlah air limau!”
“Jadi berjaya di dunia itu letaknya pada hati?” rumus pelajar yang bijak itu.
“Ya. Terletak pada ‘qalbun salim’ – hati yang sejahtera. Hati yang boleh dimiliki oleh sikaya, simiskin, ternama, marhein, sicantik, yang hodoh, pemerintah mahupun rakyat. Hati itulah yang dinilai oleh Allah di Padang Mahsyar kelak ketika semua anak-pinak dan harta-benda tidak berguna lagi…”
Saya menambah lagi,“ Hati yang ingat Allah pada setiap masa, ketika dan keadaan apa pun jua. Itulah kejayaan! Allah Maha adil tidak meletakkan kejayaan kepada yang lain kerana ujian hidup manusia yang ditakdirkan berbeza-beza. Namun berbeza-beza ujian itu matlamatnya sama… sejauh mana kita merasakan kita hamba Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan!”
“Bukankah itu makna ucapan istirja’ -  innalillah wa in na ilaihi rajiun? – kami milik Allah, kepadaNya kami akan kembali,” balas pelajar itu.
Saya mengangguk perlahan, seraya berkata, “hati itulah anakku… yang perlu kita miliki sebelum kembali. Itulah ‘syurga’ di hati kita. Itulah kecemerlangan di dunia yang menjadi petanda kecemerlangan akhirat. Jika di hati kita belum ada syurga itu ketika hidup di dunia… maka sukarlah kita mendapat syurga yang kekal abadi di akhirat nanti!”
“Apa yang perlu kita lakukan ustaz?”
Saya terdiam. Di dalam hati terlalu sebak. Masih jauh hati ini dengan ‘syurga’ dunia. Dan alangkah jauhnya dengan syurga  akhirat.
“Anakku, kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana ujian ini masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Kalau gagal, kita masih berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia… kerana ada ‘syurga’ di sini, yang wajib kita miliki sebelum layak menikmati syurga di sana.”
“Syurga di hati kita…”
“Yang ditempa oleh setiap hamba Allah yang sejati… dengan keringat, dengan air mata dan sesetengahnya dengan darah. “
“Hidup di dunia untuk menderita?”
“Tidak anakku… hidup di dunia untuk diuji. Kita akan tenang, berjaya dan bahagia selagi Allah ada di hati kita. Ingat, ‘all is well’, kerana semuanya dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Bila diuji, jangan katakan.” ya Allah, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besar.”
‘Allah is bigger than your problems… insyaAllah, all is well!’ . Tetap adalah lautan kasihNya di sebalik ujianNya yang setitis.

Saturday 29 December 2012

♥ 11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci...

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat...

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah...

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)...

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah...

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat...

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah...

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan...

9. Orang yang membelanjakan harta (infak)...

10. Orang yang sedang makan sahur...

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit...



Friday 28 December 2012

♥ Ketika Hati Dirundung Sedih

  1. Meneguhkan kembali keimanan kepada Allah
  2. Memperbaiki amalan dengan melakukan hal2 yang diperintahkan Allah dan menjauhkan dari segala hal yang dilarang Allah
  3. Memperbanyakkan berbuat kebajikan terhadap sesama makhluk
  4. Mempersibukkan diri dengan pelbagai kegiatan yang memiliki nilai manfaat
  5. Tidak terlalu banyak mengingati dan memikirkan beban-beban dimasa lalu dan yang akan datang, tetapi lebih fokus terhadap hal yang sedang kita hadapi saat itu
  6. Memperbanyakkan berzikir kepda Allah s.w.t.
  7. Mengingati betapa banyaknya nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan, baik berupa nikmat yang zahir mahupun yang batin
  8. Selalu melihat orang yang kehidupannya dibawah kita dan mengindari dri melihat orang yang kehidupannya diatas kita
  9. Berusaha menghilangkan penyebab-penyebab kesedihan dan bersungguh-sungguh dalam meraih kegembiraan
  10. Berlindung dan berdoa kepada Allah s.w.t. berdasarkan tuntutan Rasul.

♥ Mengumpat

Jangan gelak!
Pada satu ketika Aisyah r.ha bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat pendek. lalu Aisyah berkata kepada Rasulullah, " Ya Rasulullah, pendeknya orang itu." Sabda Rasulullah s.a.w, " Ya Humairah, sesungguhnya kamu telah mengumpatnya."Aishah menafikannya dan mengatakan, " Itu benar Ya Rasulullah." Maka Rasulullah s.a.w bersabda, "Yang benar itulah yang dikatakan mengumpat. jika perkara itu tidak benar, maka itu dikatakan dusta dan makin bertambahlah dosa kamu." lalu Rasulullah menyuruh Aishah r.ha pergi memohon maaf kepada lelaki itu.

*** berapa banyak dosa mengumpat KITA????***


♥ Kenapa Sombong?

1st : 8hb November 2012 & 23hb Disember 2012

♥ "Tidak Akan Disentuh Api Neraka"


Kenalkah anda siapa lelaki beriman ini? Beliau ialah Pak Su Abdul Hamid b M.Ismail dikenali sebagai Paksu Mid. Beliau dari Pokok Sena, Kedah. Dikatakan, beliau mampu mengkhatam al Quran, tiga hari sekali. Allahu Akbar. 

Kisah tentang tangisan beliau.....

Satu rombongan datang menziarahi beliau. Di dalam rombongan tersebut terdapat orang alim dari Timur Tengah. Semasa mereka berbicara, tiba-tiba Paksu Mid menangis. Kemudian beliau menyapu airmatanya itu ke seluruh wajahnya.

Ditanya mengapa menyapu air matanya ke seluruh wajahnya. Beliau menjawab: “Sesungguhnya mana-mana kulit yang disentuh airmata yang mengalir kerana takutkan Allah itu tidak akan disentuh oleh api neraka.

♥ Kata-Kata Hikmah : Prof Dr Muhaya


1. Hati  tidak  boleh  dibedah  dengan  kekerasan .Hati hanya boleh dibedah dengan  iman.

2. Dalam  kehidupan tidak  ada  kegagalan  hanya keputusan  dan  cari solusi

3. Orang yang mencari solusi adalah orang yang pandai bercakap,orang yang hebat,banyak guna fikiran,orang yang berjaya dan luarbisa dunia akhirat.

4. Ingat semua kebaikan orang kepada kita dan ingat semua kejahatan kita kepada orang.

5. Lupakan kebaikan kita kepada orang dan lupakan  kejahatan orang kepada  kita.

6. Kita tidak  gagal setiap kegagalan adalah  feedback .Kita hanya  akan  gagal bila kita berhenti melakukannya.

7. Pencen kubur yang paling berharga adalah anak yang soleh dan solehah.

8. Orang yang baik adalah guru kepada orang yang jahat .Orang yang jahat
adalah  kertas kerja kepada orang yang baik

9. Orang yang tidak gembira tidak boleh mengembirakan orang yang lain

10. Bila nak tidur malam,ingatkan diri sendiri dan ajarlah anak-anak agar membersihkan diri dengan member kemaafan kepada orang lain.

11. Kemaafan itu  seolah-olah kaki yang memijak bunga ros lalu mengeluarkan bau yang harum.

12. Terhakis nya  GENIUS di minda manusia  kerana sikap menegakkan benang basah,tidak boleh menerima teguran dan suka menghukum orang lain

13. Ada 3 emosi yang meracuni manusia iaitu  KEMARAHAN,DENDAM & SESALAN

14. Mengapa kita hendak marah dengan kutukan orang yang hanya 5 minit,marah kita pula bertahun-tahun sebab dendam.Orang yang hebat akan buat tidak tahu bila  dikutuk atau diumpat.

15. 1. Ubudiah (kehambaan), 2. mas Uliah ( bertanggung jawab), 3. Itqan (buat kerja sebaik mungkin) - etika kerja Islam- Jom lakukan mulai esok jika mula bekerja. Kebahagiaan kita bergantung kepada falsafah hidup kita bukan keadaan ekonomi sebab falsafah akan mempengaruhi ekonomi kita. Jom audit

16. Semoga tahun ini kita melihat sesuatu perkara yang berlaku dan mengatakan " Saya bertanggung jawab" tidak ada lagi sifat menyalahkan orang lain. Semua peristiwa negatif dilihat sebagai ujian untuk lebih dekat dengan Allah dan tanya diri apa kita boleh belajar " Hentikan mengeluh dan mengadu nasib pada manusia tapi mengadu pada Allah, Ubah dunia dalaman untuk ubah hasil kehidupan

17. Lebih baik berseorangan Dari berkawan dgn orang yang berfikiran negatif

18. Prof Dr Muhaya::: Ucapkan selamat tinggal kepada negatif, stress, marah, dendam, dengki, umpatan, terlalu bersaing, menunjuk-nunjuk. Jom ubah semua Facebook status dan masa di gunakan di alam Siber kepada yang Allah redha. Selamat Datang kepada Kasih sayang, kesyukuran, kerja Sama, senyuman. Jom masuk zon Allah lari Dari zon Syaitan. Jom tukar highway kehidupan.

19. Cari ketenangan dengan Allah. Orang tenang selalunya menang. Doa Dapat keberkatan waktu dan ketenangan jiwa setiap Saat. Solat tepat pada waktu jadikan KPI kita setiap hari

20. Say daily, I am loving, I am kind, I am generous, I am gentle for 21 days and See the change

21. Ketahui segala ketidak seimbangan terhasil Dari pilihan cara kita berfikir. Ubah cara berfikir dan ubah kehidupan. Hentikan beri Alaskan dan rungutan. Cuba lihat sekeliling kita dan lihat kehidupan Orang yang suka mengeluh , merungut, mengumpat. Tentu kita Akan lihat korelasinya.

22. Banyakkan menghargai dan memuji anak anak dan pasangan dan lihat betapa bahagia dan membahagiakan kita nanti

23. Kepada semua penanya masaalah Jawapan ialah lihat diri , ubah diri dgn mencari ilmu. Sila ke ikim.fm Galeri audio dan download dan dgr ulang Kali. Kurang ilmu kurang tahu kurang sedar maka dada sempit, minda kecil, menjadi materialistic dan sgt mencari penghargaan manusia Punca seGala masaalah kerana redha Allah tak Jadi keutamaan.

24. Most people are looking for happiness outside, but happiness is what we are, how we think

25. Apa kita Fikir itu kita Dapat. Lihat apa hasil hidup kita dan itu lah cermin pemikiran kita. Jom audit diri. Henti cari Berita, cari ilmuuuuuu

26. We are the creator of our thoughts, and our thoughts creates our life, so we are responsible for our life outcome

27. Reshape our thinking and we reshape our life

28. Send out love and that's what you get

29. Semoga hari ini kita mendapat keberkatan waktu dan ketenangan jiwa. Mulakan dgn majlis ilmu

30. Ramai manusia menghabiskan tenaga ingin mengubah dunia TANPA mengubah diri sendiri. Jom audit

31. Buat bayangan imej positif suasana dan manusia kita jumpa dan diri kita hari ini dan lihat bagaimana suasana berubah. Fokus pada apa kita mahu bukan apa kita tidak mahu

32. Fokus tenaga pada kebaikan. Kebencian akan menambah kebencian. sayang akan menambah sayang

♥ Hikmah

“Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)

Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa. serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata, “takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri. Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.

Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti. Kenapa AKU yang diuji?

Ujian itu sebenarnya MANIS

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami? Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..
Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap

Perkongsian dari: http://akuislam.com <------ Klik, jgn x klik!

♥ Tasbih Kifarah

                               
“Kita sudahi majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr” Selesainya kuliah ‘Solat Sempurna’ di surau Jabatan, ade staff tanye kat ustaz ~ ape dalil nabi buat tasbih kifarah? Erk… ha’a la, tak penah te-pk pulak soalan tu. Selama ni tau baca & ikut je.. Dalam hati ‘Ya Allah, malunye…cetek sungguh ilmu aku...’ bila time giliran dok kaunter, laju je tangan tanye Pakcik Gugel pasal Tasbih Kifarah ni.. Klik..klik..klik… maka terkeluarlah page ni : http://mrskrengge.blogspot.com

Dan kat bawah ni adalah dalil yang ustaz bagitau..

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

”Sesiapa yang duduk dalam satu majlis dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum diameninggalkan majlis itu dia menyebut ”(ayat tasbih kifarah diatas)” maka diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”

Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda membacakan doa ini. Saya bertanya : Ya Rasulullah, kenapa tuan selalu baca doa ni? Baginda pun menjawap : “Seaiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis akan diampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut”

Dan yang ini pula hadist tambahan yang diambil dari page  http://mrskrengge.blogspot.com/2009/06/huda-tasbih-kifarah-tu-apaapa-bacaannya.html

*** Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis: ‘-Ayat Tasbih Kafarah-‘ Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis” ***

Nota Hati : See..!! nampak nampak mcm kecik je kan.. tapi fadhilatnya besar sgt. Semoga kita semua istiqomah untuk buat ye. Aameen..

♥ Tertawalah Pada Kesalahan Diri

Fokus!! Go! Go! Go!

Hiburlah hatimu yang terluka, bahagiakan ketika hatimu sedang sedih. Kalau bukan Allah dan dirimu sendiri yang membuatmu bahagia, siapa lagi? Allah tidak akan menguji kita di luar kesanggupan kita (QS 2: 286) dan Allah bersama orang-orang yang sabar.

Tertawalah dan maafkan kesalahan orang dan kesilapan diri sendiri. Hidup kita seperti buku. Jika halaman-halaman yang di depan sudah ada coretan yang tidak baik maka kita masih punya banyak halaman di belakang yang masih putih. Masa depan kita masih suci, bersih. Jadi, jangan tunda kebahagiaan kita di masa depan hanya kerana kesalahan kita di masa lalu.

Itu sebabnya cermin sisi lebih kecil daripada cermin depan kereta, kerana kita boleh sesekali lihat masa lalu sebagai pelajaran berharga. Namun, kita harus fokus pada masa depan.

Dipetik dari: http://akuislam.com
**** Yess!! Fokus! Fokus!...****

Thursday 27 December 2012

♥ Janji Allah

Apabila mata sentiasa melihat ayat-ayat al-quran , mata kita akan menjadi sihat , jelas dan terang .. walaupun usia semakin meningkat .. itulah janji ALLAH...

Peliharalah ALLAH (syariat Allah).. maka ALLAH akan pelihara kita..


Wednesday 26 December 2012

♥ Alahai Bobot

Kenapa la bobot lain je hari ni... masa masak sempat tinjau bobot. Nampak macam lemah sangat. Check punya check, beta perasan ada darah banyak kat lantai. Laaaaa.... kaki beliau cedera rupa-rupanya...

Ini lah barang kes  kaki yang cedera parah tu... tapi ni gamba selepas beta mengerjakan kaki baliau. Hari ini terpaksalah beta menerjunkan diri untuk menjadi bidan nurse. Gamba sebelum tak dak sebab tak te-pk pun nak tangkap gamba kaki beliau masa tengah bedarah teruk tu.. maklumlah, tekejut punya pasal kan... sebenarnya kaki budak ni beta balut, tapi tak sampai 5 minit lekat kat kaki dia, x boleh dok diam langsung! babab kang baru tau! :P


Inilah bilik keadaan bilik bedah tadi.... kat sini yang betul2 guna pun tisu + minyak gamat sahaja... air tu untuk cuci luka. Jenuh jugak main tarik-tarik kaki dengan beliau. Yela, takde sapa pun tolong mendangkan beta keseorangan kat umah ni... uhuk..uhuk..

IKLAN 1 : 25 Disember :: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan mak.. Terasa seperti ayah masih ada bersama kita..

IKLAN 2 : Tuning pakwe... :)

Tuesday 25 December 2012

♥ Good Husband


♥ Jadual Kuliah JKR

1 hal yang membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yang membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yang membuat kita KUAT adalah DO'A

♥ Ketika Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah SAW lagi :
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril as. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di surga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah karena sangat rindunya pada surga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril as.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril as akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah karena terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Wallahu a'lam.

----------

Doa Nabi Yusuf 'alaihis salam:

تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Ya Allah, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang shaleh.” (QS. Yuusuf: 101)

Monday 24 December 2012

♥ Petua Memperbaiki Kelemahan Diri Sendiri

1. Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.

2. Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa. Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.

3. Kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.

“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

4. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain tetapi jarang berani membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.

Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah.Oleh itu, bagaimana kaedah mengubah diri?

a. Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana kita boleh mengajak orang berubah, sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

b. Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

c. Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

d. Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

3. Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

f. Ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri
Dipetik dari : http://www.lamankongsi.com/