Sunday 20 January 2013

♥ Pintalah Pada Allah

 “Pesan saya ialah pesan yang selalu saya bisikan pada diri saya sendiri… jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Allah lebih besar daripada masalah kita. Pintalah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!” ~ Ustaz Pahrol

Saturday 19 January 2013

♥ Perkara Yang Haram Dalam Ketika Haid - Ustaz Kazim Elias

1. Solat & bahagian2 yang berkenaan solat pun x boleh buat, termasuk sujud syukur.
2. Tawaf - Kerana ia sama seperti sembahyang (nabi kata ia ibarat menggantikan sembahyang) Tapi dalam tawaf boleh bercakap (perkataan yg baik2) selagi tidak lari dari niat tawaf. 
3. Tak boleh bawa & menyentuh Mushaf Al-Quran - jika ada terjemahan, boleh. Mesti ada wuduk jika nak pegang, mesti org yg bersih (berwuduk). Lapik pun x boleh kerana ia dikatakan 'menanggung' (kata Al-Hakim). Baca Al-Quran tanpa wuduk x mengapa, pegang kena ada wuduk. Kanak2 boleh pegang, kerana mereka suci. Kita boleh pegang jika keadaan darurat sahaja - takut kena najis, nampak org bukan Islam pegang etc. Dalam komputer @ handphone pegang x apa. boleh pegang.

Hadas Besar : Perkara haram bagi org yg Haid / orang berjunub (persetubuhan)
1. Talak / menceraikan - tunggulah sehingga bersih dan mandi dulu. Talak itu sah tapi berdosa. Begitu juga bila isteri dalam pantang / mengandung. Kalau tercerai dalam haid, jatuh talak tapi berdosa. Kalau nak cover dosa, kena rujuk balik. Selepas mandi dari haid, jgn bersetubuh sampailah haid seterusnya, baru boleh cerai. Ini dipanggil talak sunnah / sunni.
2. Tawaf
3. Tak boleh bawa & menyentuh Mushaf Al-Quran
4. Membaca Al-Quran, kalau baca pun niat sebagai zikir. Cth doa naik kenderaan.
5. Berhenti didalam masjid, jika ada ustaz atau ustazah yang ckp boleh masuk kerana tidak menitik (haid) - itu tidak betul.
6. Puasa - tetapi kena qada. Sebab ianya jarang-jarang. Berbeza bagi perempuan yang dtg haid & nifas, Allah sayang - sbb tu Allah x mewajibkan solat diganti - Allah bagi cuti.
7. Lalu didalam masjid (kalau takut menitik) - kalau x menitik x mengapa.
8. Jimak - sentuh2 x apa.

Soalan tambahan : Sembahyang menghormati waktu berlaku dalam keadaan darurat seperti tidak boleh ambil air sembahyang / tiada pakaian etc., tapi dikehendaki menggantikannya (qada) bila keadaan sudah kembali sediakala.

♥ JUST LISTEN… (hanya dengan mendengar!) - Ustaz Pahrol



Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.

Dari saya, hanya seraut catatan.

HANYA DENGAN  MENDENGAR…
Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa?
Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?
 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

Dipetik dari :  http://genta-rasa.com

♥ Ketenangan - Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Sakinah.

Salah Sangka Tentaang Ketenangan Hidup.

Ketenangan Sebenar.

Kebahagiaan Yang Sebenar.

Kisah Ketenangan

Kisah Ummu Salamah

Pengalaman Keajaibaan Doa.

Hakikat Dukacita

Khusyuk Dalam Solat

Friday 18 January 2013

♥ Mana Milik Kita


Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani

Sunday 13 January 2013

♥LipaS

Nak cakap ape pun x tau... :(

♥ 10 Sahabat Dijamin Syurga

Tahukah kita kisah-kisah para sahabat nabi yang dijamin syurga?
1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran

(Surah At-Taubah ayat ke-40)

sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dizaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahan nyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan strategi perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.


Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

♥ Roti Manis

Resepi
500gram tepung gandum,
1 sudu teh baking powder,
3/4 caw gula(larut dlm 1/2 caw air),
1 bungkus yis kering(mauripan)
1 sudu kecil shortening,
3 sudu besar marjerin,
2 biji kentang(rebus dan lecek )
1/2 biji telur(1/2 biji lg utk sapu)
air secukupnya utk uli

Cara
  1. gaulkan tepung,baking powder,kentang dan mauripan, 
  2. masukkan air gula tadi...uli...
  3. masukkan shortening dan marjerin..uli hingga lembut...
  4. sambil tambah air sikit2 secukupnya...
  5. perap selama 1/2 hingga naik sekali ganda....
  6. tumbuk adunan semula..
  7. bulat2kan susun dalam loyang pembakar yg dah di glis...
  8. sapu telur dan tabur gula dan kismis kalau suka...
  9. bakar 20minit ke 1/2 jam...
  10. dah masak sapu butter atasnya
  11. Tunggu 10 minit dalam loyang, kemudian baru masuk oven.
Sumber : Resepi Turun Menurun

♥ Puding Roti Marble


Bahan-bahan
10 gm agar2 serbuk - plain
8 keping roti gardenia/sandwich
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
5 gelas air
2 sm serbuk coklat/milo - bancuh dgn air
5 sm gula - jumlah ikut suka
1 biji telur
2 sm marjerin
Sedikit esen vanila

Cara-cara
1. Blend roti bersama 1 tin susu cair & 1 gelas air hingga hancur
2. Dalam kuali masak serbuk agar2 bersama lebihan air.
3. Masukkan bhn yg diblend kedlm kuali agar2 yg sdg dimasak td.
4. Masukkan sekali susu pekat,gula,marjerin,telur & esen vanila
5. Masak hingga mendidih.
6. Adunan dibahagi 2.Bhgn 1 biarkan warna asal & bhgn 2 campurkan bancuhan coklat 
7. Tuang sesenduk besar adunan plain kat tengah2 acuan.Buat perkara yg sama utk
adunan coklat.
8. Ulang proses yg sama sehingga semua adunan habis.


Sumber : Resepi Turun Menurun

♥ Allah Akan Kirimkan...


1) Prof Muhaya : Just observe our thoughts and catch our negative thoughts and replace it with positive ones
2) Beribu-ribu kali dah kita buat silap, tidak pernah pun kita benci dekat diri sendri. Tapi bila org lain buat silap, baru sekali, sudah benci dan pendam dendam itu seumur hidup..... Tapis mata kita. Pandang kelemahan diri dan perhatikan kebaikan orang lain bukan sebaliknya. Kerana disebalik itu Ada Teguran dan petunjuk Allah bagi untuk menyedarkan kita..
3) PILIHLAH JODOH DENGAN DUA CARA
-- Pertama, jadilah orang yang baik. Insya Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.
-- Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.


4) Prinsip jodoh itu :
Berikanlah yang terbaik untuk Allah maka Allah akan berikan yang terbaik untukmu... Cintailah Allah sungguh-sungguh (QS. 3:31)... maka Allah akan kirimkan orang yang mencintaimu karena Allah... Sayangilah Allah dengan segenap jiwa ragamu... Maka akan Allah kirimkan orang yang menyayangimu segenap jiwa raganya... (QS. 24:26)
 Follow twitter: @kutipanhikmah
 

♥ Berkat Memikat Dalam Rumahtangga


  1. Keupayaan dlm rumah tangga dlm memperkenalkan diri masing2
  2. Fahami satu sama lain, karektor etc
  3. Pastikan memberikan kedudukan istimewa dalam hati
  4. Kemampuan & keupayaan menyambungkan hati keluarga pada Allah
  5. Usaha menjadikan pasangan sebagai ajen kebaikan
  6. Beri peluang pd anggota keluarga utk meluahkan perasaan yang gembira mahupun dukacita
Meluruskan jiwa tauhid adalah tunjang dalam diri. Kalau bermasalah jiwa tauhid, nescaya ibadah yang lain akan bermasalah.

Jiwa Tauhid yang lurus dapat dilihat melalui :
  1. Lihat adakah kita mudah memaafkan org yg buat salah dgn kita. Al-Imran 154.
  2. Bertambah keyakinan pada qada & qadar
  3. Keyakinan pd keburukan yg terjadi pd kita adalah penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Akan lebih rasional.
  4. Munculkan kesedaran atas kekurangan diri.
  5. Sentiasa memuji Allah, bukan kita dijadikan org yg zalim bukan kita yg menzalimi org. Bersyukurlah.

♥ Kata-Kata Hikmah - Prof Dr Muhaya Muhammad

  1. Bila kita rasa tenang dan positif tentang diri kita hampir mustahil utk orang lain membuat kita marah, Sedih Atau rendah diri. Ketenangan diri hanya Datang apabila sentiasa merasa Allah Bersama kita. Jika hubungan dgn Allah tidak mantap bagaimana mungkin hidup ini bahagia. Hentikan semua kedegilan pada Allah. Kaum Wanita Jom jaga aurat dan Kaum lelaki jaga mata dan jaga keluarga
  2. Hari ini Cuba renung diri dan hentikan melihat dan menghukum orang lain dan tanya diri apakah Allah redha dengan segala yang kita lakukan. Jom 
  3. Jika kita sentiasa merasakan hidup ini sementara dan sentiasa ingin mencari redha Allah dan bebas Dari mencari penghargaan manusia tentu Akan tenang, tidak membuat perkara sia sia
  4. Jika pencapaian orang lain menjadi kayu ukur kejayaan kita maka orang lain telah mengawal hidup dan ketenangan kita. Kejayaan sebenar ialah mendapat syurga Allah. Buat amalan mendekatkan diri pada syurga Allah maka kejayaan mendekati kita dunia akhirat in Shaa Allah
  5. Jika kita rasa penyelesaiannya di luar diri kita sedang khan masaalah di dalam jiwa kita maka hidup kita suatu Illusi. Jom lihat diri dan bersihkan jiwa.
  6. Hanya orang bermasaalah yang banyak masaalah. Betulkan diri utk betulkan kehidupan
  7. Masaalah sebenarnya dalam jiwa kita, beg itu juga penyelesaiannya. Jom audit
  8. Orang panas Baran selalunya marah pada diri dan kurang yakin diri. Cuba perhatikan jika ini benar. Isteri dgn suami panas baran, Cuba sentiasa Puji dan hargai dan sebut kebaikan mereka.
  9. Ibu bapa panas baran Akan melahirkan anak anak panas baran. Jom buang Perangai Haiwan ini. Orang dengan kesedaran ketuhanan yg rendah dan kesedaran keegoaan yg Tinggi Akan cepat marah
  10. If you are not confident of yourself, get up and do something to improve yourself
  11. Believe it and you see it, not see it and you believe it. Seeing the unseen is a sign of Faith
  12. Bila kita rasa tenang dan positif tentang diri kita hampir mustahil utk orang lain membuat kita marah, Sedih Atau rendah diri. Ketenangan diri hanya Datang apabila sentiasa merasa Allah Bersama kita. Jika hubungan dgn Allah tidak mantap bagaimana mungkin hidup ini bahagia. Hentikan semua kedegilan pada Allah. Kaum Wanita Jom jaga aurat dan Kaum lelaki jaga mata dan jaga keluarga
  13. Hari ini mata wang akhirat kita, Jom guan utk kebaikan dan mendapat pahala dan redha Allah
  14. Cara kita menilai sesuatu menentukan samaada ia suatu masaalah Atau nikmat
  15. Tidak Ada Siapa boleh mengawal apa kita rasa kecuali kita yang membenarkan. Orang yang tidak yakin diri adalah mereka yang selalu membayangkan imej negatif tentang diri mereka dan terkesan dengan apa orang kata
  16. Orang yang tidak Ada had - no limit person , Akan sibuk buat kebaikan tetapi orang neurotic sibuk mencari Kesilapan orang lain
  17. Love is For Giving and love is Forgiving.
  18. Orang yang tidak Ada had - no limit person , Akan sibuk buat kebaikan tetapi orang neurotic sibuk mencari Kesilapan orang lain
  19. Kita menasihati dgn perubatan lebih berkesan Dari perkataan. Ramai orang ingin menasihati orang lain TANPA menasihati diri sendiri dan menjadi contoh dgn akhlak mereka. Jom audit akhlak kita sebelum melihat akhlak orang lain. Ini jawapan semua soalan di tanya bagaimana nak ubah orang lain. Mesti ingat tiada orang jahat cuma tak tahu nak Jadi baik. Jom Nasihat dgn akhlak dan Jadi contoh yg baik.
  20. Hidup hari ini seolah olah tidak Ada esuk. Lihat bagaimana kita tidak Akan Fikir masa Lalu dgn menyesal, merungut, marah tetapi Akan sibuk buat kebaikan tanpa Fikir apa orang lain buat.
  21. Betapa ramai orang yang menyesal apabila menerima balasan atas amalan Maksiat mereka masa Muda dulu. Kaum Muda sekelian, jangan buat Maksiat. Gunakan tenaga mencari ilmu dan buat amalan dgn Ikhlas. Lihat bagaimana tenang dan bahagia hidup ini.
  22. Kepada suami yang panas Baran dan tidak solat bayangkan Api neraka yang menunggu di akhirat nanti
  23. Kita merana kerana ingin mengubah sesuatu di luar diri tetapi tidak mahu mengubah diri sendiri. Jika kita rasa kita dah baik, ini amat bahaya. Sentiasa perbaiki diri.
  24. Hari ini Cuba renung diri dan hentikan melihat dan menghukum orang lain dan tanya diri apakah Allah redha dengan segala yang kita lakukan. Jom
  25. Merungut adalah aktiviti yang sia sia
  26. Kita tidak boleh beri apa kita tidak Ada dalam diri kita. Jika tiada Kasih sayang tentu tidak boleh beri Kasih sayang. Jom audit
  27. Kualiti hidup sebenar bukan bergantung kepada harta yang di Kumpul tetap apa manafaat yang kita beri kepada makhluk Allah
  28. Jika kita sentiasa merasakan hidup ini sementara dan sentiasa ingin mencari redha Allah dan bebas Dari mencari penghargaan manusia tentu Akan tenang, tidak membuat perkara sia sia
  29. Semoga kita semua tidor dgn tenang dan memaafkan semua orang dan bersyukur sentiasa. Kesyukuran hari ini menjanjikan kebahagiaan esuk hari in shaa Allah
  30. It is not what life hand to you but what you do with it. Recall how strong we were when we were toddlers where we can do everything                 

♥ Mufti Ismail Menk

  1. "The affairs of a believer are amazing. During ease he is grateful so it's best for him & during hardship he is patient so it's best for him." - Muhammad pbuh 
  2.  Everything is measured or weighed differently. The true weight of a human being is measured by piety & character.
  3. Your wealth, looks, intelligence, position, health etc will ultimately be of no use but your humility, character & piety will always be remembered & come to your rescue.
  4. Be very humble at all times with all people & be conscious of your Maker.
  5. A true believer is always seeking ways to improve his link with his Maker no matter what level he may be upon.
  6. When travelling, mostly ones patience is tested, but losing it would only make matters worse. Be calm!
  7. Blessed is he whose inner self is even better than his good appearance.
  8. Concealing the defect of a product when selling it is a major sin.
  9. Be honest & enjoy the blessings with your wealth.
  10. Giving up smoking for the Pleasure of the Almighty is far more rewarding than waiting for your health to force you to quit.
  11. When people only understand a good message negatively, always missing the whole point, they need urgent help.
  12. Each morning we awaken to, brings forth a new opportunity to turn to the Almighty, but what guarantee do we have that we will see tomorrow, or even the end of this day?
  13. Those who say they are not yet ready or choose to leave it for another time, might never see that time.
  14. The sweetness of obedience is tasted by those who recognise their Maker & realise they have to return to Him shortly.
  15. "But you give preference to the life of this world when the hereafter is better & everlasting." Surah 87:16,17
  16. When something seems impossible, remember that for the Almighty it is simple & easy. Call out to Him truly & witness the great miracle!
  17.  If you don't occupy your tongue with goodness, it will keep you occupied with evil.
  18. The cut of a knife can heal,
    And perhaps you might conceal,
    But that of the tongue will peel
    Much more than you can heal.
  19. "People's pronouncements about me don't matter because the Almighty will not ask for their opinion about what He should do with me when I meet Him." - Yawar Baig
  20. Knowledge is an ocean with no coast, so those who arrive at a coast or think they know everything have something besides knowledge.        
  21. The worst condition is when one is rejected by the Almighty due to his evil & keeps thinking he is on the right path. (Surah 18:103,104) 
  22. A win win situation. "The affairs of a believer are amazing. During ease he is grateful so it's best for him & during hardship he is patient so it's best for him." - Muhammad pbuh

Saturday 12 January 2013

♥ My Dear BoBoT's Cradle

Hari ini bermulalah langkah pertama dalam hidupku.. Terima kasih maklang kerana memberi semangat. Ati tau kita mesti buat sesuatu untuk hidup kita. Dan itu memerlukan dorongan yang kuat. Kalau tak kita yang ubah hidup kita, siapa lagi kan.. Ya, jom kita sama2 mulakan!
 

 
 

Thursday 10 January 2013

♥ Rukun Qauli (Wajib Tau)


Refresh balik :: Rukun Qauli ialah rukun berkaitan bacaan di dalam solat.
Sekurang-kurangnya kena dengar bacaan itu ke telinga kita sendiri, jika kita sendiri tidak dengar, tidak sah solat kita itu), tak cukup kalau sekadar menggerakkan mulut atau di dalam hati aje.
Ada 5 perkara rukun Qauli:

1. Takbiratul ihram;
2. Membaca Al-Fatihah;
3. Membaca tahiyyat akhir;
4. Berselawat kepada Nabi s.a.w. di dalam tahiyyat akhir;
5. Mengucap salam yang terakhir.

P/S : Ramai orang kita yang x perasan ni... Jom kita pakat2 share!

♥ Pure Marine Collagen Tu Ape?

Inilah rupa Pure Marine Collagen yang saya maksudkan... Collagen ni saya dapatkan dari Puan Azizah dari Petaling Jaya. Ini merupakan percubaan pertama saya dalam menangani masalah penghadaman saya. Harap sangat sesuai dgn saya. Memandangkan Puan Azizah sendiri telah mencubanya, dan ternyata hasilnya tersangatlah positif. Terima kasih sebab sudi berkongsi dengan saya.

Menurut Puan Azizah, Pure Marine Collagen ni merupakan 100% asli. Collagen ni bersifat antioksida dan boleh membantu membaik pulih struktur kulit dengan cepat walaupun hanya dengan penggunaan peket yang pertama. Uhuhuhu... sungguh teruja sgt2.. Berikut ialah bijik butir yang saya salin semula dari bungkusan Collagen :

Khasiat :
  1. Membuang toksin dalam badan
  2. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  3. Mencantikkan kulit dan payudara
  4. Menghilangkan jeragat 
  5. Menghaluskan tumit kaki
  6. Bersifat anti penuaan
  7. Memperbaiki masalah kulit dan rambut
  8. Meningkatkan metabolisme
  9. Meningkatkan peredaran darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengisi rawan antara sendi
  12. Menguatkan tulang, sinus dan ligamen   
Cara Penyediaan : 
  1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 2-3 kali 
  2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman 
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 2-3 kali ~ toskan 
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus   
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 3-4 minggu) 
 Cara Pengambilan
  1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur) - boleh juga dicampurkan dengan sunquick atau air kosong 
  2. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat ye... ^__^
Cara Membuat Masker
  1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas 
  2. Sapu sedikit Collagen di seluruh muka
  3. Biarkan selama sejam
  4. Bilas muka dengan air suam 
  5. ** Hasilnya kulit muka akan terasa lembut & pori2 muka akan mengecil.
Perhatian!!

  1. Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.. 
  2. Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong.. 

Macam mana nak dapatkan????
Senang je.. kawan2 boleh call Puan Azizah sendiri. Kalau nak tanye pun bole...
Ni nombonye... 019-2231254