Sunday 31 March 2013

♥ Pintalah..


"Jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya" ~ Ustaz Pahrol ~

♥ Kitakah isteri yang dicari...?


Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.

Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..

Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P

[Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…]

Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu…

Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.

Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’…

Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.

Namun, apakah realiti yang sering berlaku…?
Bila suami baik…

“ Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit…” luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.

Bila suami bertanggungjawab…

“Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah..”

Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.

Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem ‘perempuankan’ diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..

Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya…?

Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?

Bila suami peramah..

“ Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang..”

Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.

Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh…

“Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!” ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.

Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..

Dan akhirnya meluahkan… “Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa..”

Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan ‘orang biasa’, mereka berharap pula mendapat ‘orang-orang agama’.

Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.

“Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran..”

“ Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi…”

“Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa…”

Sedangkan seorang suami itu- ‘orang agama atau orang biasa’ - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.

Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.



Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].

Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?

Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya…?

Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan…?

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.

Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).

Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..

Sekian perkongsian, harap bermanfaat..

Kredit : http://sisi-kehidupan.blogspot.com

Saturday 16 March 2013

♥ Persiapan Umrah - Senarai Barang Keperluan

Antara info dari sahabat2 blogger...

1) http://www.bahrulmazi.com.my/bmt/?page_id=24

2) http://go-umrah.blogspot.com/2009/11/umrah-1-minggu-sebelum-melaksanakan.html

3) http://naufalengine.blogspot.com/2012/06/umrah-finale.html

4) http://paklang67.blogspot.com/2011/07/check-list-barang-barang-yang-perlu.html

5) http://harmoni2u.com/index.php?option=com_content&view=article&id=210&Itemid=348

6) http://mar-ridz.blogspot.com/2011/07/persiapan-kembara-barang-yang-perlu.html

7) http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2011/06/travelog-umrah-bersama-anak-bab-5.html (persediaan emosi & fizikal)

8) http://diari-umrah2011.blogspot.com/2012/05/hari-1-persiapan-untuk-pergi.html

9) http://pabiyen.blogspot.com/2008/10/senarai-semak-barang2.html

10)http://akmalnadiahsite.wordpress.com/2013/02/03/list-barang-untuk-umrah/

♥ Persaksian Kamu



41-19:  Dan hari dikumpulkan musuh-musuh Allah ke dalam neraka lalu mereka dipisah-pisahkan. 

41-20:  Sehingga apabila mereka sampai ke sana, bersaksilah atas mereka pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan kulit mereka terhadap apa yang telah mereka kerjakan. 


41-21:  Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" (Kulit mereka) berkata: "Kami dijadikan berkata-kata oleh Allah yang menjadikan segala sesuatu berkata-kata, dan Dia (Allah) yang menciptakan kamu pada kali yang pertama, dan kepada-Nya (kepada Allah) kamu dikembalikan. 


41-22:  Dan tidaklah kamu dapat bersembunyi daripada persaksian pendengaran kamu, dan tidaklah penglihatan dan tidaklah kulit kamu, bahkan kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan daripada apa yang kamu kerjakan.  


41-23:  Dan yang demikian itu adalah prasangka kamu yang kamu sangkakan terhadap Rab (Tuhan) kamu bahawa Dia (Allah) telah menjerumuskan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang yang rugi.  


41-24:  Jika mereka bersabar, maka nerakalah tempat tinggal mereka, dan jika mereka meminta dikasihani, maka tidaklah mereka termasuk orang yang kasihani.  


41-25:  Dan Kami (Allah) tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang baik apa yang ada di antara hadapan mereka dan di belakang mereka, dan tetaplah atas mereka keputusan (sebagaimana) pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka daripada jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang yang rugi. 


41-26:  Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar kepada al-Qur’an ini, dan buatlah gangguan terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).”  


41-27:  Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan merasakan azab yang keras kepada orang kafir, dan Kami (Allah) akan membalas mereka dengan seburuk-buruknya bagi apa yang telah mereka kerjakan.  


41-28:  Demikianlah balasan (terhadap) musuh-musuh Allah, (iaitu) neraka. Bagi mereka mendapat di dalamnya adalah negeri yang kekal, sebagai balasan kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami (Allah).  


41-29:  Dan orang kafir berkata: "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Perlihatkan kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) daripada jin dan manusia, agar kami letakkan kedua-duanya di bawah telapak kaki kami, supaya kedua-duanya menjadi orang yang hina.” 


41-30:  Sesungguhnya orang yang mengatakan: "Rab (Tuhan) kami ialah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu.”  


41-31:  Kami (Allah) adalah pelindung-pelindung kamu dalam kehidupan dunia dan di akhirat, dan bagi kamu di dalamnya apa yang diinginkan oleh dirimu, dan bagi kamu di dalamnya apa yang kamu minta.  


41-32:  Hidangan daripada al-Ghafur (Yang Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). 

♥ Cara Mengerjakan Umrah

Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk mengerjakan ibadah umrah. Semoga ibadah kita diterima  oleh-Nya, Aameen..

Rukun Umrah

Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.
3. Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat

1. Memotong kuku;
2. Mencukur bulu kemaluan & bulu ketiak;
3. Merapikan rambut dan misai.
Cara-cara mengerjakan umrah adalah seperti imej dibawah:
Kredit to : http://www.umrahmalaysia.com

♥ Ubat Hati - Ustaz Haryanto

15th March 2013
1)  Ada 4 sebab hati rosak menurut Imam Nawawi
     a - Ambil hak orang
     b - Dosa silam - rasa diri hebat, lupa yang kita banyak dosa.
     c - Panjang angan2 - Kadang2 sanggup sihir orang lain & fitnah semata-mata 
          untuk berjaya.
     d - Memakan makanan yang haram & bersumberkan yang haram
          Nabi kata : "Hati itu dibina dengan apa yang dimakan".
    ::: Semua ini akan diterjemahkan melalui perbuatan.

2)  Cara ubati hati:
     a - Orang yang beriman akan tenang bila mengingati Allah. Ianya melalui :
          (i)  Zikir - Cth: baca doa yg telah diajar oleh nabi.
          (ii) Pandangan alim ulama : Cth. asma husna, 100x Ar Rahman - akan 
               lunakkan hati bila ada rasa yg x best dalam hati.
     a - Dekati orang yang soleh - secara tak langsung kita akan ikut sama 
          perangai yang baik2.
     a - Doa - sebab nabi kata hati kita berbolak-balik, jadilah mintalah 
          pertolongan dari Allah (Dalam surah Ar-Rahman - 8)
     a - Selalu duduk dalam majlis ilmu (usahakanlah)
     a - Patuh pada perintah Allah.

3)  Soalan : Macam mana nak hadapi orang yang keras hati?
     Jawapan : Kita dianjurkan oleh para alim ulama supaya mendoakan didalam 
     hati supaya Allah lembutkan hatinya.