Saturday 27 July 2013

♥ Abang.. Allah Sayang Pada Kita..

(11.35 am - 22 Julai 2013)

Pernah tak rasa disatu saat dan ketika yang anda rasa sgt2 kosong?. Ya..saya pasti kita semua pernah rasa perasaan ni. Dan - tadi, saya rasa amat kosong sekali.. Kenapa? Emm..saya pun tak tahu nak jawap macam mana.. Ada la lebih kurang 5 minit perasaan itu datang.. air mata saya tak henti2 bergenang selama 5 minit, sampai orang lalu depan saya tadi pun saya tak tahu nak sorok perasaan tu macam mana.. saya tak tahu kenapa.. perasaan itu datang dengan tiba2.. walaupun disaat ini saya tak kurang apa2 dan Allah dah beri segala-galanya untuk saya..

Sudah 3 malam saya mimpikan ayah.. saya jadi tidak tentu arah.. Saya akui saya amat-amat rindukan ayah.. Selepas solat subuh, saya cuba untuk lelapkan mata..Tapi detik mandikan jenazah ayah tetap juga datang.. Hampir setiap hari saya ingat saat ini.. saya membayangkan ’andai detik itu -sekarang-’...air mata saya makin laju.. saya akan cuba untuk cium dahi ayah..cium tangan yang selalu cubit hidung saya..saya akan cuba untuk cium kaki ayah selalu kepenatan ketempat kerja hingga ke detik terakhir hidupnya..

Allah.. Ampunkanlah dosa ayah.. mudahkanlah perjalanan ayah untuk ke syurga.. Ya Allah, terimalah segala kebaikan yang telah ayah lakukan.. Ayah terlalu baik Ya Allah.. sampaikan ayah sanggup ketepikan keperluan diri sendiri... Saya harap apa yang saya kirimkan sampai pada ayah di-sana..


Ya, saya tahu suami saya pun tak keruan bila dapat msg saye tadi.. ’Maafkan ayg, abg...’ ..Allah.. saya bernasib baik kerana suami amat-amat faham.. Biarlah walau ada seorang dua yang membenci ’tidak sehaluan dan tidak sependapat’ dengan saya, tapi saya yakin yang menyayangi lebih ramai lagi diluar sana..  In Syaa Allah, saya akan ikut kata suami saya. Kami saling mendoakan.. dan kami sama-sama mengaminkan. Saya tahu Allah sayangkan saya dan suami, sebab itu Allah berikan ujian demi ujian untuk kami.. Ujian itu tanda Allah sayang kita.. Ya abg.. Allah amat sayang pada kita...

Wednesday 17 July 2013

♥ Kesedaran Ketuhanan - Prof Muhaya

 
  1. Cepat marah
  2. Sentiasa nak betul dalam percakapan
  3. Dalam semua urusan, kita nak lebih
  4. Kita mesti lebih dari orang
  5. Sgt fikir apa org kata
  6. Bila capai kejayaan akan fikir, itu hasil usaha diri sendiri, bukan pemberian Allah dan org lain
  7. Sgt pentingkan title dan pangkat.

Kalau kita da ketujuh2 ciri ini, kita hidup dalam keegoan dan nafsu yang akan menyebabkan punca kerosakan minda & kesihatan manusia. Sebaliknya kita kena pindah pada 7 sifat kesedaran Ketuhanan.

  1. Tidak compete, tapi beri kerjasama
  2. Dari segi perbualan akan lebih jaga silaturahim
  3. Buat sesuatu dengan penuh kasih sayang
  4. Lebih memikirkan untuk beri manfaat pada org lain
  5. Sentiasa mencari kebaikan pada seseorang
  6. Sentiasa murah hati
  7. Menerima manusia seadanya.

Sumber : Video di FB Prof Muhaya

Saturday 13 July 2013

♥ Berhijrah Ke Alam Kubur - Ustaz Kazim Elias

  1. Roh akan kembali dalam kubur sambil duduk berlunjur. Sambil panggil nama kita, minta jangan tinggalkan dia. Roh dengar derap kaki kita meninggalkan dia. Selepas itu, malaikat munkar & nangkir pun datang. Derap kami munkar & nangkir lebih jelas didengar dari derap kaki kita. Sambil kedengaran bunyi seretan rantai. Bila datang pada roh, malaikat akan memanggil “Hai manusia”… bukan panggilan kita didunia lagi. Kita tidak ada apa2.
  2. Soalan pertama yang ditanya di dalam kubur : Apa pandangan kamu tentang Muhammad? Bukan Ma Robbuka…etc.. Bila kita pass jawapan pertama, malaikat pun bagitau..”tidurlah kamu disini seperti tidurnya pengantin”, tidak akan dikacau orang, mereka akan dipeluk oleh tanah seperti anak yang dipeluk ibu. Roh akan minta balik ke dunia untuk beritahu pada ahli keluarga supaya jangan tinggal solat. Malaikat akan cakap “tidak, dunia kamu disini”. 70 hasta diluaskan dan di beri cahaya bukan keadaan seperti didunia, alam sudah lain. Seperti juga kedaan kita didalam perut ibu. Kita tidak boleh khabarkan pada manusia. Tapi Rasulullah sudah cakap awal.. kitalah yang pilih nak nikmat atau azab. Itulah untungnya kita jadi umat nabi Muhammad.
  3. Ada org bertanya, kenapa Allah tak jadikan semua org Islam. Allah tak salah, Allah sudah beri peraturan dari dulu lagi. Sama lah seperti lampu isyarat, semua sama dan semua org faham..tapi mengapa masih ada org yang langgar? Kita sendiri yang pilih jalan tu.
  4. Ada org cerita org yang meninggal pulang kerumah. Ustaz kata itu bukan bukan arwah. Mungkin hantu raya, sebab orang yang sudah meninggal dunia sudah tidak ada urusan didunia. Mereka sudah di dunia lain.
  5. Boleh tak kita tahu macam mana keadaan org yng sudah meninggal dunia? Boleh. Melalui mimpi. Jika kita mimpi roh arwah memakai pakaian serba putih, itu menandakan dia didalam nikmat disana. Kalau mimpi arwah melampai tangan kearah kita, sambil tersenyum dan memakai pakaian putih, bersyukurlah, dia tenang didalam kubur.
  6. Kalau mimpi arwah memakai pakaian berwarna warni – tidak ada maksud apa2. Yang ada maksud hanya dua, warna putih atau hitam. Putih bermaksud berbahagia. Kalau kita mimpi arwah mak bapak kita pakai pakaian hitam, muka kusut masai – sila check adik beradik kita. Ada tak apa2 yang mereka buat sampai buatkan mak bapak kita jadi macam tu. Mungkin amanah yang tidak ditunaikankah? wasiat tidak diamalkankah? Puasa tak bayarkah? Zakat tak tolong bayarkah? Ada tak benda2 yang dia suruh kita buat tapi kita tak buat? Atau ada tak kita adik beradik yang makan harta pusaka kah? Tak perbetulkan harta pusaka mengikut hukum syarak kah? Betulkan balik, mungkin disebabkan apa yang kita buat tu akan buatkan mak bapak kita susah dialam barzakh. Jadi kena perbetulkanlah.
  7. Tolonglah buat persiapan untuk penghijrahan ini. Penghijrahan yang paling baik adalah melalui bekalan taqwa. Kita lihat nabi berhijrah dari Makkah ke Madinah, hijrah nabi bukan buta dan kosong. Ada strategi, nabi pindah sebab Allah yang perintah.
  8. Isteri kena sayang nabi dulu baru suami, sebab suami akan baik dgn kita waktu kita baik dengan dia aja. Tapi nabi tak, nabi akan tolong kita sampai hari akhirat. Sekarang dia tolong kita, dia bawak ajaran, Islam, agama, pendidikan dan akhlak pada kita supaya kita selamat. Dipadang Mahsyar nabi masih berkerja keras dan tak duduk diam tolong umatnya, tuang air bagi org minum.. nabi ada sebut sesiapa yang minum air telaga kauthar dia tidak akan dijilat api neraka. Sekejap nabi lari ke titi talian sirat, nabi Muhammad doakan untuk kita supaya mudah lalu titian sirat... Nabi pergi nekat neraca pula, nabi doakan pula untuk org2 yang duduk dineraca, bila timbangan kurang, nabi sanggup buka serban untuk beratkan timbangan, sehinggalah disaat umatnya dihisab, Nabi Muhammad sujud pada Allah..sampai Allah suruh angkat muka nabi Muhammad supaya jangan sujud pada aku pada hari ini wahai Muhammad, kerana hari ini bukan hari ibadat, hari ini adalah hari pembalasan. Sampai tahap macam tu nabi sayangkan kita. Sebab nak pastikan kita sebagai umat dia masuk syurga. Tiba-tiba kita sayang org lain lebih dari nabi… salah sangat..Letakkan 3 benda utama dalam hidup kita : Allah, Nabi & Jihad!
  9. Sebelum nabi berhijrah, nabi ada strategi kedua. Sebelum berpindah nabi berdakwah di Mina’, Arafah. Nabi berdiri diatas batu, nabi sebut “Hai manusia..Islam lah kamu, agama kita Islam, Tuhan kita Allah”… Orang baling nabi, orang hina nabi, orang tolak nabi.. Jemaah dari Madinah datang, mereka pandang nabi Muhammad..mereka tgk nabi orangnya baik, sopan, tapi mereka pelik kenapa org tolak nabi. Lalu selepas itu 15-16 orng pergi jumpa nabi, mereka pun berkata “Kalau mereka tak mahu kamu wahai Muhammad, marilah ikut kami ke Madinah..DiMadinah kami terima kamu dan kami jamin kamu tak akan dihina seperti ini”. Nabi pun kata “Bersabarlah, aku mahu berdakwah lagi..”. Disitu sudah ada bai’ah (perjanjian), nabi letakkan tangan, sahabat yang lain pun letakkan tangan atas tangan nabi, bertimpa2 tangan..sambil mereka berkata “Kami undang nabi ke Madinah, jom pindah kesana..” Strategi nabi yang pertama – nabi pastikan sudah ada kenalan disana, untuk bantu nabi.
  10. Kemudian nabi utuskan 2 org sahabat, seorang pemuda berumur 17 tahun – Namanya Mus’ad bin Oman, seorang lagi dewasa bernama Ibnu Makhtum, buta. Nabi arahkan mereka ke Madinah dan hebahkan tentang Al-Quran, Bacakan Quran, Ajarkan Quran..terangkan aqidah pada orang diMadinah. Musa’d meninggal dunia pada umur 18 tahun. Mus’ad anak orang kaya. Kayanya dia sampaikan minyak wangi yang dia guna hanya dia seorang yang pakai di Makkah kerana terlalu mahal. Kalau dia lalu, dan orang bau minyak wanginya org akan tau itu minyak wangi Mus’ad. Mak bapanya pernah pujuk Mus’ad supaya tinggal Islam dan pernah mak bapanya nak serahkan seluruh harta, jawap Mus’ad “Wahai mak, andai kata saya mati, kemudian saya hidup balik, kemudian saya mati dan hidup balik, walau seribu kali..saya takkan keluar dari Islam”, inilah yang nabi ajar dan org spt ini lah nabi lantik menjadi mubaligh pertama di Madinah Al-Munawarah. Dan org2 diMadinah pun tidak ada seorang pun yang  membantah Mus’ad, walaupun Mus’ad itu budak2.. Nak dibandingkan dengan kita, jauh sgt beza..contoh spt Imam Muda, dah ada banyak cerita dibelakang. Mus’ad cerita pada orang Madinah tentang Islam & nabi, sampai org jatuh cinta pada nabi..dan tak sabar2 nak jumpa nabi, dan asik bertanya bila nabi nak pindah.. Inilah strategi nabi yang kedua – War-warkan tentang Islam. Jadi kita kena contohi strategi nabi dengan kuatkan dengan Al-Quran.
  11. Strategi Nabi yang ketiga – Nabi telah pindahkan para sahabat berperingkat-peringkat. Ada yang secara terang-terangandan ada yang secara sembunyi-sembunyi. Dan bukanlah semua sahabat nabi pindah semua tinggalkan Makkah. Seorang sahaja sahabat nabi yang pindah secara terang-terangan, iaitu Umar Al-Khatab.. siap maklumkan pada orang-orang Makkah lagi yang dia nak pindah ke Madinah dan beritahu dia akan ikut jalan mana.
  12. Sudah semua selesai barulah nabi berpindah.. Disaat itulah org Makkah kepung rumah nabi dan nak bunuh nabi, masa itu lah sampai perintah Allah pada nabi..”Keluar wahai Muhammad”..sebagai hamba yang taat, nabi pun keluar. Sebab tu kita kena buat apa yang Allah perintahkan tanpa banyak soal. Benda yang wajib tak boleh bantah dan tak boleh buat istikharah. Masa nak keluar tu, Saidina Ali ada, nabi minta saidina Ali ganti nabi di tempat tidur nabi. Dan Saidina nabi pun seorang hamba yang taat juga. Dia pun setuju untuk tidur. Bila keluar, Allah tolong nabi Muhammad, dengan sebab kita tolong Allah, Allah pun tolong nabi. Tidak ada seorang pun yang dapat membunuh nabi dan sahabat. semua tentera lena tidur. Berkat menbaca Waj a’lnaminbaina aidihim sadda wamin khol fihim sadda fa aghshaina hum la yub sirun (Surah Yasin). Tapi kita skrg dah salah guna.
  13. Bila nabi sampai ke Madinah, org2 madinah sambut nabi dengan lagu Thola’al badrua’laina… baik org, yahudi, islam & bukan islam pun pakat keluar sambut nabi. Sebab nabi baik orgnya, sebab tu kedatangannya di nanti2 kan.. Musuh pun segan kerana akhlaknya bagus. Jadilah insan yang berakhlak.
  14. Bila sampai madinah, nabi dirikan masjid, nabi tubuhkan kerajaan islam, tubuhkan ekonomi islam. Nabi kuatkan ekonomi, bukan politik. Kita dah terbalik. Nabi tengok, org2 islam beli air pada org yahudi. Dikhuatiri diracun. Nabi beli telaga, dan wakafkan.. sehinggakan air yahudi tak laku, dan yahudi jual semua telaga pada islam. Strategi itu penting.
  15. Nabi baikkan kaum aus & khazraj, ditukar kepada bani ansar. Semua pakat baik. Sepatutnya kita ambil semangat nabi untuk satukan matlamat & tujuan. Saling pesan-memesanlah.
  16. Nak Berjaya kena khusyuk dalam solat. Kalau tak bersatu macam nak khusyuk. Sebab itulah kita tak Berjaya, tak ada kasih sayang satu sama lain.
  17. Kesimpulan : Buatlah apa2 pun lilla hi taala.. hanya kerana Allah. Kedua, carilah jalan untuk kuatkan ekonomi, bukan politik. Ketiga, kalau nak Berjaya kita kena banyak kawan.
Sumber : Ceramah di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=DZFO9HlaMDo

Thursday 4 July 2013

♥ Rahsia Surah Al-Fatihah

  1. AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  2. AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
  3. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
  4. AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
  5. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
  6. AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Ilmu ini dikongsi oleh sahabat saya dari Cawangan Johor :  terima kasih akak...
(FB) Azrilawati Adani

Wednesday 3 July 2013

♥ Cara Terbaik Nak Bantu Ibu Ayah Yang Sudah Meninggal Dunia.

Menurut hadis dalam al Musnad Imam Hanbali:
  1. Memohon keampuan untuknya 
  2. Melaksanakan amanah dan wasiatnya 
  3. Menyambung silaturrahim dgn sahabat taulannya  
  4. Selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya 
  5. Tolong buat haji kalau semasa hidupnya belum buat lagi 
  6. Bayar hutang 
  7. Bersedekah bagi pihak si mati 
  8. Jadilah anak soleh ini antara bekalan pada si mati

♥ Sudahkah Bersyukur - Ustazah Norhafizah Musa


Tanyalah Ustazah :

Bagaimana nak jadi hamba yang bersyukur:
1) Tafakur : selalulah lihat kebesaran Allah, terutama pada diri sendiri - lihat jari2 kita, etc.
2) Mengingati Allah. Dengan zikir. ustazah cerita ttg kawan ustazah yg share gambar strawberi, dan mengucapkan Suhanallah. Dan ustazah bertanya pada dia kenapa dgn strawberi tu? Kawannya cerita, dia nampak kebesaran Allah pada strawberi tu. corak & warnanya amat cantik, bila dipotong ada layer2 yang berlainan warna..Maha suci Allah. Smapai benda sekecil itupun Allah design cantik dan berseni. Belum lagi kta tgk benda2 lain lagi.
3) Al-A'raf-79 - Kisah orang yang kufur nikmat. Allah menyamakan mereka dengan haiwan kerana tidak menggunakan pandangan mata & hati untuk melihat baik & buruk. Jadi banyak-banyakkanlah lihat diri sendiri.


Tanda hamba yang bersyukur:
1) Sentiasa i'tiraf, cth dpt senyum utk suami, masak utk keluarga.. dapat apa2.. kena puji.. Sedar yg kita dapat nikmat semua ni kerana Allah. Kalau doa x makbul jgn komplen, sbb Allah dah beri pada kita lebih dari apa yng kita perlu.
2) Memuji Allah dengan nikmat tersebut.
3) Gunakan nikmat itu untuk berbakti pada Allah.
4) Adab : Merasa cukup dengan pemberian Allah. Kita boleh minta, tapi jgn komplen sebab Allah maha mengetahui apa yang terbaik utk kita.
5) Berkongsi nikmat dengan org lain.


Bagaimana nak mantapkan diri supaya jadi hamba yang bersyukur?
1) Lihat org yang lebih susah dari kita.
2) Rasakan kita ini hanya penjaga sahaja, harta benda bukan kita punya. Allah yang punya dan Allah ada hak untuk ambil semula semua.
3) Surah Toha - Pandai-pandailah jaga pandangan. Kalau kita tak jaga pandangan, kita akan sentiasa rasa x cukup.
4) Lihat bagaimana kita gunakan nikmat yang Allah beri. 

Tuesday 2 July 2013

♥ Petua Perkahwinan

Perkongsian dari FB :  Bercinta Selepas Nikah
Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.

Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.

* Sentuhlah tangannya selalu.

* Ajaklah dia mandi bersama.

* Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

* Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

* Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

* Tulislah nota cinta buat si dia.

* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

* Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

* Peluklah si dia sekerap mungkin.

* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.

♥ Para SUAMI ISTERI dan BAKAL jemput LIKE Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Monday 1 July 2013

♥ Tanyalah Ustaz - Benteng Diri Dari Maksiat

1 Julai 2013 - TV9 (7.00 pagi)

  1. Bacalah Al-Quran sebanyak mana kamu makan. Cth: kalau satu hari makan 3 kali, jadi bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya 3 kali juga.
  2. Membiasakan diri dengan membaca Al- Quran berserta maksudnya.
  3. Saling sokong menyokong terutama bagi suami isteri. Ingatkanlah jika pasangan terlupa.
  4. Carilah sahabat- sahabat yang saling ingat-mengingatkan.
  5. Penatkanlah diri dengan ibadah bukan penat dengan maksiat.
  6. Sentiasa berzikir dan biasakan lintaskan maksudnya sekali didalam hati.
  7. Biasakan diri dengan menziarahi org yang susah, sakit dan meninggal dunia. 
  8. Jangan bakhil, ia akan menjauhkan lagi hati dengan akhirat.
  9. Biasakanlah diri dengan memberi salam dan senyum.
  10. Rajinkanlah diri dengan Tahajjud. Satu-satunya masa kita paling dekat dengan Allah.

♥ 4 Perkara Yang Dipandang Dikira Ibadah

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. tahukah sahabat sahabiah apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?
4 perkara itu ialah :
1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).