Kita
ada mata fizikal yang melihat dan ianya mudah dirawat. Tetapi mata
hati kita tidak semestinya melihat seperti yang sepatutnya. Kita
biasanya melihat sesuatu peristiwa pada zahirnya sahaja, dan tidak
melihat kepada Pemberi peristiwa. In sha Allah dalam rancangan ini,
kita akan cuba melihat siapa kita, dari mana kita datang dan apakah
tujuan kita hidup kita – adakah semata-mata untuk memuaskan mata
fizikal sahaja? Tentulah tidak!
Kembali
kepada remaja tadi yang kesedihan kerana putus cinta dengan manusia.
Jika mata hatinya celik, dia pasti sedar yang dia mencari kasih yang
tidak kekal, daripada manusia yang juga tidak kekal. Alangkah
baiknya jika kita meningkatkan makanan rohani iaitu cinta kepada
Pencipta kita? Remaja tadi menangis kesedihan tetapi alangkah
baiknya jika air mata itu digunakan untuk melihat diri kita dan
takut kepada azab Allah.
Pada
malam Jumaat yang indah ini, mari kita renung diri. Orang yang bijak
selalu merenung dirinya sendiri dan tidak melihat orang lain. Orang
yang hebat akan selalu bertanya pada dirinya sendiri, “Adakah
benar apa yang saya lakukan ini?” Orang yang hebat akan memeriksa
dirinya daripada dalam ke luar. Segala apa yang berlaku di
sekelilingnya adalah hasil daripada apa yang ada di dalam jiwa kita.
'Tweet'
1 – “Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.
Kalau hati tidak tenang, tanya diri berapa kali kita mengingati
Allah”. – Prof. Dr Muhaya
Saya
ada mengumpulkan cerita inspirasi daripada pengalaman saya menjadi
doktor selama 27 tahun dalam sebuah buku. Apabila kita celik hati,
setiap yang berlaku akan dapat kita ambil pengajaran daripadanya.
Saya ingin petik kisah orang yang ajaib daripada buku ini. Orang
atau mukmin yang ajaib ialah seorang yang bersyukur apabila senang
dan bersabar apabila kesusahan. Ada satu kisah seorang berumur 40
tahun yang disahkan menghidap leukemia. Pada awalnya dia amat putus
asa dan kerap bertanya kenapa perkara itu berlaku pada dirinya.
Setelah mendapat nasihat yang baik, dia kemudiannya redha dan
Alhamdulillah kini, dia telah sembuh dengan baik, bahkan dia juga
menjadi lebih dekat kepada Allah SWT.
Ada
satu lagi kisah tentang seorang remaja yang kita boleh ambil
pengajaran. Pada suatu hari, saya ingin pergi ke satu wad tetapi
saya mendengar pekikan yang kurang menyedapkan hati. Apabila
dilihat, saya dapati ada seorang remaja lelaki yang sangat kacak,
tetapi terlantar kerana telah lumpuh seluruh badannya. Rupa-rupanya
dia kemalangan kerana memandu laju kereta yang baru diperolehi
daripada ayahnya yang sangat kaya. Ayahnya kaya tetapi tidak berjaya
mendidiknya dirinya dengan akhlak yang baik. Remaja itu tidak solat,
marah-marah dan bersikap kasar kepada kakitangan hospital yang
banyak membantu dirinya. Dia menyesal kerana ketika sihat dahulu
tidak pernah menggunakan kaki untuk solat dan ke masjid. Segala
nikmat yang Allah beri, Allah boleh ambil dalam sekelip mata sahaja.
Oleh itu, setiap detik dan nikmat yang Allah berikan, perlu kita
gunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala.
Mari
kita sama-sama fikir kembali – Adakah kita hidup ini untuk mencari
redha Allah atau penghargaan manusia? Apabila kita berbuat sesuatu,
pasti kita akan terfikir apa agaknya orang akan kata -> Mari kita
ubah persepsi dan sebaliknya memikirkan –> “Apa yang Allah
lihat dalam setiap perbuatan kita?!” Mari sama-sama kita pindahkan
diri daripada kiri ke kanan. Mari kita ubah daripada kehidupan
kesedaran keegoan (pentingkan apa yang kita ada, pakai, pangkat
kita) kepada kesedaran ketuhanan, iaitu fokus pada apa yang kita
boleh beri, bukan apa yang kita boleh dapat. Ibu bapa sekalian, cuba
perhatikan bagaimana kita didik anak kita. Adakah kita mengajar
mereka mencapai keputusan pelajaran yang baik untuk mendapat sanjung
manusia atau untuk memberi makna dalam kehidupan mereka?
Kita
jarang merenung diri. Cuba perhatikan – adakah kita ini seorang
yang banyak masalah atau banyak ujian? Jika kita banyak masalah,
kita akan mudah tenggelam dalam masalah itu. Mari renung diri dan
cuba hidup dari dalam ke luar. Apabila kita menjaga fikiran menjadi
positif, ianya akan menghasilkan emosi yang positif, yang kemudian
akan menghasilkan tindakan yang positif dan hasilnya juga in sha
Allah positif.
'Tweet'
2: “Jangan khuatir orang tidak menghargaimu, khuatirilah sama ada
kamu menghargai orang lain atau tidak” – Kung Fu Zhe
“Orang
tenang akan menang” - Orang yang tenang akan mengeluarkan
hormon-hormon yang baik dan merubah enzim badan kita kepada
kebaikan. Orang bukan Islam yang berharap pada Penciptanya juga akan
mendapat ketenangan.
Dalam
blok terakhir ini kita perlu melakukan transformasi diri. Untuk itu,
kita perlu ada pelan tindakan iaitu kita perlu sediakan skrip
kehidupan kita sendiri. Ada 5 prinsip yang perlu kita amalkan ada
kita berasa bahagia dan bersama pencipta kita:
Kasih
sayang tanpa syarat pada semua makhluk ciptaan Tuhan.
Memaafkan
semua orang – siapa yang kata payah untuk dilakukan, pasti akan
payahlah urusannya itu!
Sentiasa
murah hati – adakah orang kedekut yang tenang, dan orang murah
hati yang tidak tenang?
Tentukan
mempunyai hubungan yang rapat dengan Pencipta – walaupun badan
berada bersama manusia, tentukan yang hati kita bersama Pencipta
kita.
Setelah
melalui keempat-empat ini, in sha Allah akan sampai kepada tahap
kelima iaitu orang yang memiliki nafsu mutmainnah iaitu jiwa yang
tenang. Mereka ini akan mendapat syurga di dunia lagi.
Setelah
itu, tambah tiga prinsip lagi iaitu:
Waktu
terpenting ialah sekarang – oleh itu tak perlu risau yang telah
berlaku ataupun yang akan datang
Siapakah
orang terpenting? Itulah orang yang berada di hadapan kita. Oleh
itu, jangan lupa buat baik, terutama pada pasangan masing-masing,
kita tak tahu mungkin itu kali terakhir kita bersama.
Perbuatan
terbaik ialah buat baik, tak kita pada siapa sekalipun.
Di
samping itu, mari amalkan formula berikut: “Ada, beri,
dapat”. Kita hanya boleh beri apa yang kita ada. Jika
kita ada benda baik, baru kita boleh beri yang baik. Untuk ada benda
baik, kita perlu celik mata hati terlebih dahulu. Bila mata hati
sudah celik, barulah jelas tujuan setiap apa yang kita lakukan –
adakah mencari keredhaan Allah ataupun penghargaan manusia. Dalam
menghadapi situasi negatif, jangan fokus pada situasi itu, tapi
renungkan kepada Pemberi situasi. Contohnya, jika berlaku kecurian –
adakah kita ingin marah atau renung semula diri kita? Mungkin juga
kita telah terambil rezeki yang haram, dan kita sepatutnya berterima
kasih pada pencuri itu yang telah mengambil bahagian yang haram
daripada rezeki kita. Itulah sikap orang celik hati!
Buatlah
skrip kehidupan dan amalkan prinsip-prinsip yang telah disebutkan
tadi. Di samping itu, kita juga perlu jaga 3 perkara:
Apa
yang kita cakap pada diri sendiri? -> adakah perkara yang
positif atau negatif?
Apakah
tenaga di sekeliling kita? –> apakah rancangan TV yang kita
tonton, radio yang kita dengar, berita yang kita baca, ‘tweet’
yang kita ikuti dsb.
Apakah
manfaat yag telah kita berikan? – >tentukan apa yang kita
sebut, ‘post’, ‘tweet’ adalah perkara yang memberi
kebaikan.
Setiap
hari, kawal fikiran kita kerana ianya akan mengawal emosi dan
tindakan kita dan akan memberi kesan kepada kehidupan kita. Lihat
diri dan hidup dari dalam ke luar. Hentikan melihat orang lain.
Teruskan mencari ilmu dan bersama lagi minggu depan dengan tajuk –
“Belajar Menerima Cinta”.
♥ Ilmu sumber dari : http://keranakasihnabi.blogspot.com - Moga Allah memberi rahmat kepada pencatit nota. Aameen..