Saturday 23 November 2013

♥ Lasagna Mudah

Info : https://www.facebook.com/bukuresepi (Oleh:Khalida Kharudin)

Bahan-bahan :

Kepingan lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak)
Daging cincang/daging burger (sy guna daging burger Ramly satu peket)
Sos spageti (sy guna setengah botol, jenama Kimball)
Cendawan butang dalam tin
2 sudu sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano (optional)
Garam gula secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk tumis

Bahan-bahan untuk sos keju :
3 sudu mentega/butter
4 sudu tepung gandum 
Keju cheddar (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar. (Guna minyak sedikit sahaja, untuk elak daging jadi terlalu berminyak)
2) Masukkan sos spageti dan sos cili.
3) Masukkan cendawan butang, masak seketika.
4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama)
5) Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
7) Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus.
Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
9) Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair. 
10) Jika tiada oven, boleh cairkan keju cheddar (dgn teknik double boiler) dan curah perlahan-lahan atas lasagna. Sedap dimakan ketika panas-panas, dgn sos cili. 

♥ Petua Ceria - Dr Fadzilah Kamsah


  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. paling kurang 100 kali sebelum tidur.
  3. Rajin kerjakan solat sunat taubat.
  4. Amalkan baca Al-Quran.
  5. Bermaf-maafan sesama rakan setiap hari.
  6. Bisikan pada diri perkara-perkara yang positif.
  7. Reset minda dan cuci minda setiap hari.
  8. Cuba untuk lakukan puasa sunat.
  9. Selalu ingat mati sebab ia akan berlaku pada bila2 masa sahaja.
  10. Jaga pancaindera - mata, telinga, mulut. Elak perkara tidak bermanfaat.

♥ Aurat Ketika Bersalin - Semanis Kurma TV9

 
  1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan. 
  2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat. 
  3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan. 
  4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang. 
  5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran. 
Jika keadaan isteri sudah terlalu SAKIT, hilang punca, tak boleh berfikir, panik maka : 

PERANAN SUAMI 

  1. Sgt penting dan mustahak suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri. 
  2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad, bilik bersalin dan lain2 - tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan. ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yg keluar masuk wad 
  3. WAJIB, WAJIB dan WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yg mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN atau yang ketiga nurse perempuan 
Nota : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri.

Sunday 10 November 2013

♥ Aturan Allah Terbaik Buatku

Satu persatu ku terima hadiah dari Allah.. Alhamdulillah.... 

♥ 5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. 

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga. 

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya. 

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah. 

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah. 

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam. 

Kredit  : http://mysaffiyah.wordpress.com/

♥ Cara Nak Ubat Diri Sendiri



Ustazah Norhafizah Musa ( Surau JKR )
( Tak kira sakit fizikal atau spiritual )
 

1) Peluk diri sendiri – untuk keluarkan energy. 
Peluk macam mana kita nak org peluk kita. 

2) Sebut 3 perkara : 

a – ”Ya Allah, aku redha dengan segala pembahagian-Mu dan ketentuan-Mu untuk diri ini” ( Kena cakap betul2 & redha betul2 dalam hati ) 

b – ”Ya Allah, aku memaafkan dan mengampunkan kesemua kesalahan diriku dan aku yakin Engkau lebih-lebih lagi mengampunkan dosaku”  ( Jika kita tak terima sesuatu kesilapan itu sebagai satu takdir Allah, kita akan jadi negatif sgt2. Allah Maha mengaturkan sesuatu, jgn sesekali ungkit ) 

c – ”Ya Allah, aku menyayangi diriku sendiri lebih dari orang lain & Engkau yang Maha Menyayangi diri ini” 

3) Kemudian baca surah Al-Fatihah , sapu diseluruh badan. 

( :: Kredit to Kak Za, Food Lab ) 

♥ Sharing Is Caring