Wednesday 9 April 2014

♥ Agenda 4 pagi (Ustazah Norhafizah – IKIM)

1. Rutinkan setiap hari dalam diri kita. Rutin yang sgt hebat sangat penting. Kalau kita mencari kekuatan sebenarnya tak perlu mencari2 kekuatan diluar, tapi hanya perlu bangun beberapa minit atau beberapa jam sebelum subuh. Ini adalah satu formula dari Allah swt.
2. Kalau kita tak buat ibarat kita x m
akan ubat walau ubat tu dah ada ditangan. Penawar ini Rasulullah dah ajar sejak dulu lagi.
3. Amanah kita terlalu banyak, sebagai isteri, sebagai anak, sebagai ibu - mana mana mungkin kita sudah cukup kuat untuk hadap hidup kita ni.
4. Al-Insan 25-26, Allah dah suruh kita menghidupkan malam.
5. Surah Qaf 40, Allah juga suruh kita bertasbih dan bersujud pada Allah.
6. Hadist : “Minta tolonglah walau apa pun pada Allah, jangan kamu jadi orang yang lemah”. Terutama dalam hal qada dan qadar. Jangan sampai ada seseorang daripada kalau mengatakan “kalaulah aku x buat mcm tu, mungkin aku takkan jadi macam ni” kerana kalau itu akan membuka jalan pada syaitan untuk menyesatkan kita lagi. Tapi katakanlah “sesungguhnya apa yang terjadi ini adalah ketentuan Allah”.
7. Sebab itu kalau kita bangun malam, kita kena aturkan agenda ini dengan tekad dihati. Bisikan hati akan didengar oleh Allah.
8. Surah al-muzammil, Allah menyeru orang yang berselimut iaitu Nabi Muhammad saw untuk beribadah pada waktu sepertiga malam. Kita memang dah diprogramkan sebenarnya untuk bangun pada waktu itu. Sehinggakan Allah merayu pada kita untuk merutinkan diri kita kalau tidak setiap malam, sekali seminggu pun x apa, kalau x sekali sebulan pun x apa. Pada ayat ke-7, Allah menyuruh kita tadabbur Al-Quran, kerana waktu ini hati kita akan buat dengan sepenuh-penuh hati zahir dan batin.
9. Insyaallah, kalau kita buat dan kita merubah jadual kita ini – performance hidup kita akan berubah pada siang hari.
10. Doa yang selalu dibaca nabi : “"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."- Kalau kita baca kita akan rasa keluasannya dan keberkesanannya. Kalau kit abaca sebelum kit abaca Al-Quran, kita akan lebih terasa didalam jiwa kita.
11. Walau kita ada masalah sekuat mana pun, kuatkanlah hubungan kita dengan Allah. Buatlah dengan sepenuh hati. Waktu itu kita boleh berfikir apa punca semua masalah ini. Allah akan beri rasa utk kuat didalam hati.
12. Keindahan saat kita baca Quran, kita akan dapat rasa yang Al-Quran itu adalah ubat penawar untuk kelukaan, jiwa dan sebagainya.
13. Sesiapa yang amalkan - wajah akan bercahaya, jiwa akan kuat dan pekerjaan akan dipermudahkan. Malaikat juga turut mendoakan untuk kita.
14. Hikmah : “Jangan menjadi seperti orang gila yang hendak keluar, padahal dia sudah diluar”. Kita selalu macam ni, selalu mengeluh pada orang. Sebenarnya Allah dah beri pertolongan, beri tunjuk dan beri pada dia
15. Hikmah yang ke-2 : “orang yang bergantung pada dahan yang rapuh, kerana ia takkan bertahan lama”.
16. Tafakurlah pada Allah, merintihlah pada Allah dan hinakanlah diri di hadapan Allah. Janganlah terlalu berharap pada makhluk. Janganlah terlalu meminta hak kita, tapi referlah pada dari apa yang sudah kita jalankan (tanggungjawap) dalam hidup kita.
17. Disaat yang sunyi ini, kita dapat rasa lapang dada kerana Allah bukakan petunjuk jalan.


Info : Channel IKIM.

♥ Fitnah Dajjal ( Kongsian Video Oleh Ustaz Haslin Bollywood )


Fitnah Dajjal.. Mohon kita dijauhkan....

1) Dajjal makhluk yg matanya buta sebelah, mata agak tersembul keluar.. dia akan mengaku dia tuhan dan dia merupakan ketua negara. . 


2)huruf kaf, fa & ro akan keluar bila dia dah mengaku dia tuhan.

ustaz cakap, ada 8 org ulama terkenal telah bermimpi yg dajjal telah keluar, tp x tahu kedudukannya dimana. setuju atau tidak, terpulang pada kita. sebab boleh jadi kemungkinan kerana sebelum dajjal keluar ada riwayat mengatakan yang bumi akan kering/kemarau 3 tahun berturut2.

Dajjal akan buat tawaran yg sgt besar pada manusia. Dia akan offer syurga pada kita. kalau kita tak kuat, kita akan ikut dia.

Ada riwayat mengatakan yg dia akan keluar diantara Syam & iraq - negara arab. dan dia akan bergerak keseluruh muka bumi melalui jet pejuang kecuali mekah & madinah (ada malaikat yg menjaganya).

Dalam hadist mengatakan dia turun ke satu tmpt dan mengaku dia tuhan. Siapa yg percaya akan diberi apa sahaja yg diminta.

Ditempat yg kedua, dia akan buat yg sama tapi org2 dikawasan itu x mau terima dia lalu dia pun pergi ke tempat lain. selepas dia pergi tempat itu menjadi tandus. tidak ada tumbuhan di kawasan tersebut.

Ulama' ada nasihat, belajarlah hidup seperti org dahulu. belajar hidup susah. belajarlah menggunakan alat2 yg tidak berkait dgn elektrik. kerana org yg hidup di zaman dajjal akan lalui kehidupan spt itu. Dugaannya cukup kuat.

Nabi sebut dajjal akan control semua makanan diseluruh muka bumi. Sehinggakan para sahabat bertanya pada nabi, "habis tu mcm mana dgn makanan umat islam di akhir zaman ya Rasulullah?" (Hadist) Baginda jawap : Org akhir zaman ketika itu akan BERTAHLIL LAILAHAILALLAH, BERTASBIH SUBHANALLAH, BERTAKBIR ALLAHUAKBAR, BERISTIGHFAR. zikir ini yg membuatkan org islam kuat dan sabar dalam menahan kelaparan.

Sapa yg boleh tahan Alhamdulillah. tapi bagi mereka yg x tahan dengan kelaparan, mereka akan mudah terikut dengan dajjal.

Nabi pesan : rajin rajinlah berpuasa sunat dan banyakkan baca surah al-kahfi ayat 1 - 10. supaya kita selamat dari ujian fitnah dajjal ini.

Dajjal akan ada dimuka bumi selama 40 hari sahaja. kemudian nabi isa akan turun utk membunuh dajjal. Yakjut makjut akan diperangi oleh umat islam sendiri. ketika itu akan kelihatan org islam akan bersama2 dgn nabi isa as. pihak lawan akan ikut dajjal. penentangan itu akan berlanjutan sampai kiamat. akan ada 2 golongan - yg sokong nabi isa & satu lagi puak sokong dajjal. sebab tu nabi suruh banyakkan doa supaya kita x termasuk dalam golongan dajjal.