Thursday 11 February 2016

♥ KEAJAIBAN SEDEKAH SUBUH





CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH +... NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH


APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?
Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu


TUGAS ANDA SEKARANG?
1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini - saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA - siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan...
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..


Info : FB Ustaz Nasir

♥ Khasiat Pokok Belalai Gajah

Assalammualaikum wrh wbh...
Mohon dikurniakan kesihatan yang baik bagi para pembaca sekalian. Sudah sekian lama saya tidak menaip sesuatu utk kita semua. Pada hari ini ingin sekali saya bercerita perihal "BELALAI GAJAH". Ramai diantara kita yang masih tidak mengetahui khasiat daun Belalai Gajah. Sebelum ini saya juga begitu. Memang boleh dikatakan zero info berkenaan dengan pokok ini. Sehinggalah saya terbaca perkongsian sahabat melalui WhatsApp.. berikut adalah antara khasiatnya..


Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.



Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 

- Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.
- Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.


Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :

 - Stage 1 : 30 daun setiap hari
- Stage 2 : 50 daun setiap hari
- Stage 3 : 100 daun setiap hari
- Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
· masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
· masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
· tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
· masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
· masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
· blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
· jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
· Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.


Info diambil dari : http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.my/2014/01/khasiat-daun-belalai-gajah-pengalaman.html





♥ FATIHAH UNTUK MOHON HAJAT



Sheikh Mahayuddin Bin Al Arabi Khadas Allah Serah berkata;
Siapa siapa ada hajat,hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali,selepas sembahyang
Maghrib,jangan ia bergerak dari tempat duduknya,hingga selesai membaca menurut
bilangan yang tersebut.
Setelah itu bermohon lah ia kepada Tuhan akan hajatnya insya Allah di qabulkan.
AMALAN INI TELAH DI BUAT SANGAT MUJARAB



Info : http://al-fatihaku.blogspot.my/2011_06_07_archive.html