Showing posts with label Ape-ape aje. Show all posts
Showing posts with label Ape-ape aje. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

♥ Apa Yang Ada Pada Tahun Baru?

1) Terima cuti baru.
2) Dapat cuti satu hari.

That all.. hihihi.. Sebagai tambahan, kat bawah ni ada kongsian yang dikopi-pes berkenaan Tahun Masihi dari blog Ustaz Zaharuddin. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa (http://zaharuddin.net/profile.html)

HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUSsecara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.

Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.  

Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diridaripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat dan HARAM.


Baca pandangan penuh Ustaz Zaharuddin di bawah.


Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

:: Nota hati : Hidup ini tenang apabila kita kawal apa kita nak fikir, rasa dan buat, dan jangan dipengaruhi faktor sekeliling fokus pada menuju Allah, cari redha Allah, minta kasih sayang Allah dan sentiasa usaha mengenal Allah". Moga Allah pelihara kita semua, aameen..

Tuesday, 4 December 2012

♥ Nadia & Aaron Buat Perangai

Chhoooppppp...!! Abaikan tajuk diatas ye.. Gimik je tu..

Bila Am & Ain dah berdamai dah rasa malas nak tgk drama ni dah, yela.. pening kepala tgk perangai sasau si Johan. Anyway, ni gambar yang tak termasuk dalam slot citer Adam Hawa. Nadiya Nisa mmg giler2 org nye..mcm dalam filem cun, dia pegang watak manis. Aaron aziz pun giler2 jugak. Memang kena la dorang nih! :D kannnn....?

Wednesday, 3 October 2012

♥ Mereka Buat Bentuk Love Ketika Bercinta, So Sweet :)



Gambar tersebut menunjukkan dua ekor pepatung yang sedang bercinta dengan posisi tubuh menyerupai bentuk hati. Adalah Chelyapin Dmitry (46), seorang jurugambar amatur yang berjaya mengabadikan momen tersebut. Ketika itu, Dmitry sedang berkelah bersama keluarganya di pinggir tasik di Chelyabinsk, Rusia. Dari sudut matanya, dia terpegun melihat pasangan Capung yang menciptakan tanda universal cinta. Dmitry pun langsung meraih kamera untuk mengabadikan momen yang luar biasa itu. Padahal, saat fenomena itu berlaku Dmitry sedang makan. Keputusan jepretan Dmitry dengan sempurna menangkap bentuk hati yang dari gabungan badan pepatung berwarna biru cerah dan pasangannya yang berwarna hijau kecoklatan, di bawah sinar matahari di musim panas. "Hari itu adalah hari yang panas.

Maka itu saya dan keluarga memilih berkumpul dan berehat di pinggir tasik. Saya melihat pepatung dari sudut mata saya dan saya ketawa, "kata Dmitry, sebagaimana dilansir Dailymail , Jumat (29/7/2011). "Saya terkejut melihat mereka membuat bentuk hati, ini adalah bukan hal yang biasa. Saya fikir mungkin ini cara mereka menunjukkan cintanya dan mendedahkan betapa cinta seperti lingkaran yang tidak pernah ada akhirnya, "ujar Dmitry. "Tapi segala sesuatu dalam hidup terjadi kerana suatu alasan, saya percaya itu adalah tanda bahawa cinta di ada di mana-mana, "sambungnya. Dmitry pun menjuluki hasil jepretannya tersebut sebagai Yin dan Yang pepatung, setelah menghabiskan 20 minit menonton dan mengambil gambar mereka. "Alam ini memang dipenuhi cinta kasih, dan gambar yang saya dapat menunjukkan hal tersebut," tambahnya.

Sumber dari : En. Google ~ Chelyapin Dmitry

♥ Day 3


No one is in charge of your happiness except you. The best feeling in the world is realizing that you're perfectly happy without the thing you thought you needed. Believe in yourself. Have faith in your abilities. So, Let's BERGABUNG!!! Hehehe... 

P/S : (Just can't imagine when Ci Bobot BERGABUNG with Dhia.. :P )

Wednesday, 26 September 2012

Monday, 24 September 2012

♥ Biarkan Saye..


Tak ada apa nak update hari ni.. Hari ni x kemana2 pun, rasa badan x berapa ok. 
Apa2 pun, semoga esok menjadi hari yang indah..
Xmo fikir benda yang x best.. Biarkanlah saya dengan dunia fantasi saya..

Sunday, 23 September 2012

Friday, 21 September 2012

♥ I Want To Fly !!


 I keep wondering, if someday i can sit on the sky like all the cartoons do, and watch the Earth and humans do their chores and jobs. what would it feel like ?

♥ Panic?



Yes, you should feel panic..
you might be the person I am stalking around right ! Ngeeee...

Monday, 17 September 2012

♥ Eraser & Pencil


Pencil: I'm sorry.... 
Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 

Pencil: 
I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, 
you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you 
lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 

Eraser: 
That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I 
was made to help you whenever you do something wrong. Even though one 
day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm 
actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you 
sad. Smile

---------------- 

Are you the eraser or the pencil? nod 

Copy & paste from : http://ohbest.blogspot.com/2010/11/eraser-and-penc...

Thursday, 13 September 2012

♥ Jemu Satu Fitrah



Jemu itu satu fitrah...
Jemu itu satu anugerah...
Apabila Allah anugerahkan rasa jemu, itu isyarat supaya kita mencipta kebaikan yang baru!
♥ Pahrol Mohamad Juoi

Saturday, 1 September 2012

♥ BERSYUKURKAH KITA


Orang yg buta memendam keinginan untuk menyaksikan dunia,
Orang yg tuli memendam keinginan untuk mendengar suara.
Orang yg lumpuh memendam cita-cita untuk dapat berjalan walaupun hanya beberapa langkah.
Orang yg bisu memendam cita-cita untuk berkata walaupun beberapa perkataan.
Sedangkan anda lebih daripada mereka, boleh melihat, boleh mendengar, berjalan dan boleh berbicara...
**Maka, pandai-pandailah anda bersyukur kepadaNYA** BERSYUKURKAH KITA??