Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, 5 March 2016

♥ TUTORIAL MEMBUAT MADU RUQYAH

Sangat bagus diamalkan oleh:
- Mereka yang terkena gangguan sihir, jin, dan 'ain
- Penderita Penyakit-penyakit kritikal (kanser, tumor, dll)...

- Susah dapat anak
- Penghidap penyakit kulit
- Dan lain-lain.



Silakan cuba. Semoga bermanfaat.
Oleh Ustaz Eri Abdul Rohim

 
air minerl/air zamzam
madu
cawan
sudu plastik

 
cara2:
1) pastikan masa sblm buat, berwuduk dulu, solat hajat 2 rakaat atau buat selepas habis solat

2) madu bukan dimakan, mesti diminum (dicampur air).
3) masukkan satu atau dua sudu madu dalam cawan + masukkan 3) zamzam. kacau ikut arah lawan jam. sambil kacau boleh baca zikir. cth: 'lahaulawala Quwatailla billa hila'liazim.. atau..hasbunallah..etc.
4) mesti yakin dgn Al-Quran yang Allah telah turunkan sebagai penyembuh.
5) Baca Al-Fatihah + Ayat Qursi + Al-Ikhlas + Al-Falaq + An-Nas, baca ini pun sudah cukup. Diulang 3 kali. hembus pada air setiap kali habis surah dibaca. kemudian sebut niat kita dan sakit kita.
6) Jika ingin menambah surah, boleh ditambah surah Al-A'raf ayat 117-122 + surah yunus ayat 81-82 + surah Toha ayat 69 (ayat2 pembatal sihir)-baca ulang 3 kali.
7) ketika membaca itu boleh diselang2 sambil berdoa pada Allah. niatkan. ingat, doa adalah senjata kita utk melawan penyakit itu.
8) Biasanya akan ada sedikit reaksi dari badan selepas 7 minit, cth jika disihir mungkin akan menjerit sakit atau muntah. biarkan sahaja. In shaa Allah, akan baik sendiri.


Info dari FB Ustad Eri Abdul Rohim :
https://www.facebook.com/eriabdulrohimpage
http://eriabdulrohim.com/











Thursday, 11 February 2016

♥ FATIHAH UNTUK MOHON HAJAT



Sheikh Mahayuddin Bin Al Arabi Khadas Allah Serah berkata;
Siapa siapa ada hajat,hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali,selepas sembahyang
Maghrib,jangan ia bergerak dari tempat duduknya,hingga selesai membaca menurut
bilangan yang tersebut.
Setelah itu bermohon lah ia kepada Tuhan akan hajatnya insya Allah di qabulkan.
AMALAN INI TELAH DI BUAT SANGAT MUJARAB



Info : http://al-fatihaku.blogspot.my/2011_06_07_archive.html

Monday, 1 July 2013

♥ 4 Perkara Yang Dipandang Dikira Ibadah

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. tahukah sahabat sahabiah apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?
4 perkara itu ialah :
1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

Saturday, 16 March 2013

♥ Cara Mengerjakan Umrah

Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk mengerjakan ibadah umrah. Semoga ibadah kita diterima  oleh-Nya, Aameen..

Rukun Umrah

Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.
3. Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat

1. Memotong kuku;
2. Mencukur bulu kemaluan & bulu ketiak;
3. Merapikan rambut dan misai.
Cara-cara mengerjakan umrah adalah seperti imej dibawah:
Kredit to : http://www.umrahmalaysia.com

Saturday, 19 January 2013

♥ Perkara Yang Haram Dalam Ketika Haid - Ustaz Kazim Elias

1. Solat & bahagian2 yang berkenaan solat pun x boleh buat, termasuk sujud syukur.
2. Tawaf - Kerana ia sama seperti sembahyang (nabi kata ia ibarat menggantikan sembahyang) Tapi dalam tawaf boleh bercakap (perkataan yg baik2) selagi tidak lari dari niat tawaf. 
3. Tak boleh bawa & menyentuh Mushaf Al-Quran - jika ada terjemahan, boleh. Mesti ada wuduk jika nak pegang, mesti org yg bersih (berwuduk). Lapik pun x boleh kerana ia dikatakan 'menanggung' (kata Al-Hakim). Baca Al-Quran tanpa wuduk x mengapa, pegang kena ada wuduk. Kanak2 boleh pegang, kerana mereka suci. Kita boleh pegang jika keadaan darurat sahaja - takut kena najis, nampak org bukan Islam pegang etc. Dalam komputer @ handphone pegang x apa. boleh pegang.

Hadas Besar : Perkara haram bagi org yg Haid / orang berjunub (persetubuhan)
1. Talak / menceraikan - tunggulah sehingga bersih dan mandi dulu. Talak itu sah tapi berdosa. Begitu juga bila isteri dalam pantang / mengandung. Kalau tercerai dalam haid, jatuh talak tapi berdosa. Kalau nak cover dosa, kena rujuk balik. Selepas mandi dari haid, jgn bersetubuh sampailah haid seterusnya, baru boleh cerai. Ini dipanggil talak sunnah / sunni.
2. Tawaf
3. Tak boleh bawa & menyentuh Mushaf Al-Quran
4. Membaca Al-Quran, kalau baca pun niat sebagai zikir. Cth doa naik kenderaan.
5. Berhenti didalam masjid, jika ada ustaz atau ustazah yang ckp boleh masuk kerana tidak menitik (haid) - itu tidak betul.
6. Puasa - tetapi kena qada. Sebab ianya jarang-jarang. Berbeza bagi perempuan yang dtg haid & nifas, Allah sayang - sbb tu Allah x mewajibkan solat diganti - Allah bagi cuti.
7. Lalu didalam masjid (kalau takut menitik) - kalau x menitik x mengapa.
8. Jimak - sentuh2 x apa.

Soalan tambahan : Sembahyang menghormati waktu berlaku dalam keadaan darurat seperti tidak boleh ambil air sembahyang / tiada pakaian etc., tapi dikehendaki menggantikannya (qada) bila keadaan sudah kembali sediakala.

♥ Ketenangan - Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Sakinah.

Salah Sangka Tentaang Ketenangan Hidup.

Ketenangan Sebenar.

Kebahagiaan Yang Sebenar.

Kisah Ketenangan

Kisah Ummu Salamah

Pengalaman Keajaibaan Doa.

Hakikat Dukacita

Khusyuk Dalam Solat

Sunday, 13 January 2013

♥ 10 Sahabat Dijamin Syurga

Tahukah kita kisah-kisah para sahabat nabi yang dijamin syurga?
1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran

(Surah At-Taubah ayat ke-40)

sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dizaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahan nyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan strategi perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.


Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Thursday, 10 January 2013

♥ Rukun Qauli (Wajib Tau)


Refresh balik :: Rukun Qauli ialah rukun berkaitan bacaan di dalam solat.
Sekurang-kurangnya kena dengar bacaan itu ke telinga kita sendiri, jika kita sendiri tidak dengar, tidak sah solat kita itu), tak cukup kalau sekadar menggerakkan mulut atau di dalam hati aje.
Ada 5 perkara rukun Qauli:

1. Takbiratul ihram;
2. Membaca Al-Fatihah;
3. Membaca tahiyyat akhir;
4. Berselawat kepada Nabi s.a.w. di dalam tahiyyat akhir;
5. Mengucap salam yang terakhir.

P/S : Ramai orang kita yang x perasan ni... Jom kita pakat2 share!

Sunday, 6 January 2013

♥ Bagaimana Dapatkan Rahmat Dalam Rumahtangga

Di samping suami isteri merupakan factor utama dalam melahirkan rumahtangga bahagia, (adalah suatu hakikat yang tidak boleh dilupa bahawa Allah sahaja yang berkuasa penuh sama ada mahu memberi kebahagiaan atau tidak). Maka Allah SWT juga memberi panduan melalui RasulNya. Apakah perkara-perkara yang patut diamalkan agar saluran rahmat sentiasa menuju ke rumah kita, antara lain:

1. Hidupkan salam antara ahli keluarga. 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Wahai Anas, ucapkanlah salam kepada ahli rumah engkau nescaya dan ahli rumah engkau mendapat berkat.”

2. Banyakkan membaca Al-Quran dalam rumah. 
Kata Abu Hurairah RA : Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya, memberi kelapangan kepada ahlinya, banyak berkatnya dan ianya dikunjungi oleh para malaikat dan keluar darinya syaitan-syaitan dan sesungguhnya rumah yang tidak dibaca Al-Quran di dalamnya membuat kesempitan kepada penghuninya, sedikit berkatanya, keluar darinya oleh para malaikat dan masuk ke dalamnya oleh para syaitan.

3. Banyak sembahyang sunat di rumah.
Sebab itu Rasulullah SAW apabila hendak sembahyang sunat baginda pulang dan bersembahyang sunat di sudut rumahnya, kerana katanya Malaikat Rahmat akan memasuki rumah yang banyak dilakukan ibadat di dalamnya.

4. Hiasi rumah dengan benda-benda yang halal dan bersih.
Dari perhiasan haram kerana rumah yang dihiasi dengan benda-benda haram seperti patung-patung, gambar-gambar lucah dan sebagainya tidak akan dimasuki Malaikat, sedangkan Malaikat pembawa rahmat, rumah yang tidak dimasuki Malaikat ertinya tidak mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah-rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung-patung”.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah SAW pada tahun pembukaan Makkah apabila melihat gambar-gambar tergantung di rumah baginda tidak masuk sehingga baginda perintah supaya dihapuskan terlebih dahulu. Ini adalah menunjukkan gambar-gambar lucah adalah dibenci oleh Islam.
Demikian di antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para suami dan isteri untuk membentuk sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia.

♥ Cintai Rasulullah

Rasulullah saw bersabda : ''Barang siapa berselawat padaku pada waktu pagi sepuluh kali & pada waktu petang sepuluh kali, ia akan mendapat syafaat ku pada hari kiamat'' -HR Thabarani-

~Janganlah Kamu Merindui Kekasih Kamu lebih dari Dari Diri Mu Merindui Rasulullah~ ♥♥♥

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad 

Saturday, 5 January 2013

♥ Isteri Calon Neraka

-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kepada suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

♥ 10 Surah Yang Paling Berharga Dari Al-Quran

1-Surah Al-Fatihah : mencegah dari kemurkaan Allah SWT
2- Surah Yasin : mencegah dari kehausan pada hari Kiamat
3-Surah Ad-Dukhan : mencegah daripada huru-hara hari Kiamat
4-Surah Al Waqiah : mencegah daripada kefakiran
5-Surah Al-Mulk : mencegah daripada Azab Kubur
6-Surah Al-Kauthar : mencegah daripada perbalahan atau permusuhan
7-Surah Al-Kafirun :mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia
8-Surah Al-Ikhlas : mencegah daripada bersifat munafiq
9-Surah Al-Falaq : mencegah daripada perasaan hasad
10-Surah An-Nas :mencegah daripada terkena penyakit was-was

Friday, 4 January 2013

♥ Orang Jahil

 
"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".
-Imam Syafie-

♥ Jika Tak Ke Kuliah Maghrib?

Amalan yg boleh dilakukan selepas maghrib jika tidak pergi kuliah maghrib

1. Baca surah Yassin  :  Daripada Abdullah berkata: Rasulullah saw bersabda: " Sesiapa yang membaca Yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan baginya.." (HR Ibnu Katsir)

2. Baca surah Ad-Dukhan  :  Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda : " Sesiapa membaca surah Haamim Ad-Dukhan pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya" (HR Ibnu Katsir)

Mari kita amalkan ye.. Allahurabbi 
(Dipetik Dari :: 1001 Sirah Nabi Muhammad)

♥ Kelebihan Berzikir


MALAN membiasakan diri dengan berzikir setiap waktu dan ketika sangat besar fadilat nya dan kelebihan nya
 Satu satu nya cara yang terbaik sebagai AMALAN untuk membersihkan hati dan naluri dari sifat dan penyakit

Mazmuzah saperti hasad dengki, takbur, bongkak, sombong dan segala penyakit penyakit hati.

Berikut Adalah Antara Kelebihan2 Zikir:
1) Mendapat keredaan ALLAH dan memperolihi ketenangan pada hati serta dapat merasa kelazatan iman.

2) Mendapat kasih sayang ,kecintaan serta keampunan daripada ALLAH S.W.T,serta dimurahi rezeki

3) Mendapat pembelaan daripada ALLAH S.W.T apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

4) Menghampiri diri kepada ALLAH serta membuka seluas luasnya
pintu masuk segala kebaikan.

5) Mendapat penghormatan dan kemuliaan dan doa dari daripada sekelian malaikat

6) Dapat merasa keagungan kebesaran kehebatan dan kekuasaan
kerajaan ALLAH S.W.T.

7) Mendapat nur(cahaya) daripada ALLAHS.W.T di dunia dan ketika berada di alam barzakh dan ketika melalui titian sirat kelak.

8) Menjadi pendinding dan perisai dari seksa neraka.

9) Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan juga sifat buruk juga niat seseorang.


Dipetik dari Blog :: Rakan Sukses.

Tuesday, 1 January 2013

♥ 3 Sebab Tuntut Ilmu

1. Niat kerana Allah taala
2. Niat kerana nak hilangkan kejahilan
3. Belajar untuk menegakkan kalimah Allah SWT

♥ Apa Yang Ada Pada Tahun Baru?

1) Terima cuti baru.
2) Dapat cuti satu hari.

That all.. hihihi.. Sebagai tambahan, kat bawah ni ada kongsian yang dikopi-pes berkenaan Tahun Masihi dari blog Ustaz Zaharuddin. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa (http://zaharuddin.net/profile.html)

HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUSsecara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.

Namun hakikat hari ini sambutan tahun baru tidak lengkap kalau tiada konsert-konsert hiburan, samada di kaca TV ataupun di tempat sambutan tahun baru. Justeru itu ia lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas, ada yang mabuk dan bertindak liar merosakkan harta benda awam serta mengancam petugas-petugas keselamatan yang berkawal.  

Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diridaripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat dan HARAM.


Baca pandangan penuh Ustaz Zaharuddin di bawah.


Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

:: Nota hati : Hidup ini tenang apabila kita kawal apa kita nak fikir, rasa dan buat, dan jangan dipengaruhi faktor sekeliling fokus pada menuju Allah, cari redha Allah, minta kasih sayang Allah dan sentiasa usaha mengenal Allah". Moga Allah pelihara kita semua, aameen..