" Untuk melihat gemerlapan bintang, kita perlukan kepekatan malam untuk menghayatinya...."
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts
Saturday, 5 March 2016
Thursday, 11 February 2016
♥ FATIHAH UNTUK MOHON HAJAT
Sheikh Mahayuddin Bin Al Arabi Khadas Allah Serah berkata;Siapa siapa ada hajat,hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali,selepas sembahyang
Maghrib,jangan ia bergerak dari tempat duduknya,hingga selesai membaca menurut
bilangan yang tersebut.
Setelah itu bermohon lah ia kepada Tuhan akan hajatnya insya Allah di qabulkan.
AMALAN INI TELAH DI BUAT SANGAT MUJARAB
Tuesday, 17 November 2015
♥ Mahukan Anak Cemerlang ? Ini Petua dari Dato' Terlajak Laris..
Ape yg menarik dgn kehidupan Dato terlajak laris n Datin yg dikongsikan?
1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.
2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.
3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).
4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.
5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.
4. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.
5. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.
6. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.
7. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita.
Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.
Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.
8. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.
~jom kita ambil yg baik2 sbg contoh berguna utk diamalkn dlm kehidupan bersama keluarga.
.moga 1 hr nanti dpt berMentor kan Dato & Datin..hehe..
*perkongsian dr Dato & Datin dlm Wanita Hari Ini 17/11/2015.
Saturday, 4 January 2014
♥ Bangkit dari ujian - Ustaz Muhammad
( 4 Disember 2013 - IKIM )
- Untuk mudahkan tidur - Baca Surah Al-Kahfi ( ayat 11 ) - Selawat dan ulang baca ayat ini 3 kali sebelum tidur.
- Untuk tenang - Baca Surah Takwir ( akhirnya... tanaffas ) - baca, tarik nafas dalam2.
- Kalau kita nak org suka dengar apa yang kita cakap - Baca Surah Ad-Dahri / Al-Insan ayat 1 & 2 - masa di "sami'an" ulang 7 kali. ( Baca lepas solat ) - Amalan ulama2 dahulu.
- Kalau dalam keadaan terbeban - Amalkan Surah Al-Insyirah
- Elakkan diri dari sihir, hatta dajjal sekalipun tak boleh buat apa2 - amalkan surah Al-Kahfi ayat 1 - 10.
Saturday, 23 November 2013
♥ Petua Ceria - Dr Fadzilah Kamsah
- Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
- Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. paling kurang 100 kali sebelum tidur.
- Rajin kerjakan solat sunat taubat.
- Amalkan baca Al-Quran.
- Bermaf-maafan sesama rakan setiap hari.
- Bisikan pada diri perkara-perkara yang positif.
- Reset minda dan cuci minda setiap hari.
- Cuba untuk lakukan puasa sunat.
- Selalu ingat mati sebab ia akan berlaku pada bila2 masa sahaja.
- Jaga pancaindera - mata, telinga, mulut. Elak perkara tidak bermanfaat.
Thursday, 10 January 2013
♥ Pure Marine Collagen Tu Ape?
Inilah rupa Pure Marine Collagen yang saya maksudkan... Collagen ni saya dapatkan dari Puan Azizah dari Petaling Jaya. Ini merupakan percubaan pertama saya dalam menangani masalah penghadaman saya. Harap sangat sesuai dgn saya. Memandangkan Puan Azizah sendiri telah mencubanya, dan ternyata hasilnya tersangatlah positif. Terima kasih sebab sudi berkongsi dengan saya.
Menurut Puan Azizah, Pure Marine Collagen ni merupakan 100% asli. Collagen ni bersifat antioksida dan boleh membantu membaik pulih struktur kulit dengan cepat walaupun hanya dengan penggunaan peket yang pertama. Uhuhuhu... sungguh teruja sgt2.. Berikut ialah bijik butir yang saya salin semula dari bungkusan Collagen :
Khasiat :
- Membuang toksin dalam badan
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Mencantikkan kulit dan payudara
- Menghilangkan jeragat
- Menghaluskan tumit kaki
- Bersifat anti penuaan
- Memperbaiki masalah kulit dan rambut
- Meningkatkan metabolisme
- Meningkatkan peredaran darah
- Mencegah anemia
- Mengisi rawan antara sendi
- Menguatkan tulang, sinus dan ligamen
- Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 2-3 kali
- Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
- Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 2-3 kali ~ toskan
- Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
- Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 3-4 minggu)
- Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur) - boleh juga dicampurkan dengan sunquick atau air kosong
- Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat ye... ^__^
- Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
- Sapu sedikit Collagen di seluruh muka
- Biarkan selama sejam
- Bilas muka dengan air suam
- ** Hasilnya kulit muka akan terasa lembut & pori2 muka akan mengecil.
- Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..
- Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..
Macam mana nak dapatkan????
Senang je.. kawan2 boleh call Puan Azizah sendiri. Kalau nak tanye pun bole...
Ni nombonye... 019-2231254
Friday, 4 January 2013
♥ Petua Rawatan Islam - Sakit Kepala
1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)
NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. (Dipetik Dari :: 1001 Sirah Nabi Muhammad)
Bonus!! :: Mulakan pagi anda dengan bacaan ini..
بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ،
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: ‘Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan
dengan nama-Nya sama ada di bumi mahupun di langit, dan Dialah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui’Bacalah bacaan ini setiap pagi dan petang
sebanyak TIGA kali. Nescaya Nabi menyatakan TIADA sesuatu perkara dapat
memudaratkannya.
(Dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Hasan Li Ghayrihi)
Subscribe to:
Posts (Atom)











