Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

♥ Ketenangan - Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

Sakinah.

Salah Sangka Tentaang Ketenangan Hidup.

Ketenangan Sebenar.

Kebahagiaan Yang Sebenar.

Kisah Ketenangan

Kisah Ummu Salamah

Pengalaman Keajaibaan Doa.

Hakikat Dukacita

Khusyuk Dalam Solat

Thursday, 10 January 2013

♥ Rukun Qauli (Wajib Tau)


Refresh balik :: Rukun Qauli ialah rukun berkaitan bacaan di dalam solat.
Sekurang-kurangnya kena dengar bacaan itu ke telinga kita sendiri, jika kita sendiri tidak dengar, tidak sah solat kita itu), tak cukup kalau sekadar menggerakkan mulut atau di dalam hati aje.
Ada 5 perkara rukun Qauli:

1. Takbiratul ihram;
2. Membaca Al-Fatihah;
3. Membaca tahiyyat akhir;
4. Berselawat kepada Nabi s.a.w. di dalam tahiyyat akhir;
5. Mengucap salam yang terakhir.

P/S : Ramai orang kita yang x perasan ni... Jom kita pakat2 share!

Thursday, 20 December 2012

♥ Fadhilat Solat Awal Waktu

 
1. Allah akan berkati rezekinya
2. Akan diangkat siksa kubur
3. Buku amalan akan diberikan melalui tangan kanan 
4. Dapat berjalan melintas titi sirat sepantas kilat 
5. Dimasukkan ke syurga Allah swt tanpa hisab.

Saturday, 1 December 2012

♥ Solat Witir

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. 
Tatacara perlaksanaannya ada dua :-
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
 
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.
 

Wednesday, 19 September 2012

♥ Kata - Kata Untuk Hari Ini 1


Saat kau bahagia, pujilah Allah,
 Saat kau kesusahan, mintalah pertolongan Allah,
 Saat kau kesunyian, beribadahlah kepada Allah,
 Saat kau menderita, percayalah kepada ketentuan Allah,
 Setiap saat, bersyukurlah kepada Allah.

 USAH TERLALU KAGUM dengan teknologi TANPA WAYAR sedangkan 
setiap hari kita berkomunikasi dengan ALLAH tanpa wayar.....

✿ Orang yang MERASAKAN dirinya TIDAK BERDOSA...itulah PETANDA dia 
BANYAK DOSA -Imam Al-Ghazali-

✿ If you constantly think of the worst, 
if you find that you're negative, 
if you don't believe that you can ever achieve anything, 
if you constantly complain, 
if you always see the worst in situations, 

if you regularly put others down,
if you're just a negative person you will develop
negative energy and in the end you'll
only attract more negative situations into your life.




 PESAN BUAT SUAMI ISTERI: Bila hati rasa tidak tenteram, bila jiwa rasa bercelaru, bila kerja serba tak menjadi, bila tidur tidak lena... itu tandanya sesuatu yang tak kena berlaku kepada diri & keluarga. Muhasabah segera & kembalilah kepada Allah & RasulNya, insyaALlah hidup kembali ceria, berjaya & bahagia... Amiin.

✿ "Sesiapa yang tidak menyayangi, maka tidak akan disayangi"
( Hadist Riwayat Bukhari & Muslim )