Sunday, 23 December 2012

Kata-Kata Hikmah Dr Rubiah & Prof Muhaya


Setelah mendengar kuliah Dr Robiah dan Prof Dr Muhaya di Radio IKIM setiap pagi sejak akhir-akhir ini, berikut adalah antara mutiara kata yang sungguh indah yang boleh dijadikan panduan :

1. Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.

2. Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.

3. Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Allah s.wt .

4. Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.

5. Orang dungu hanya tahu setelah terkena.

6. Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.

7. Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.

8. Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.

9. Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.

10. Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.Buat betul biar betul-betul.

11. Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!

12. Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.

13. Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.

14. Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.

15. Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.

16. Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.

17. Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.

18. Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.

19. Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.

20. Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.

21. Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !

22. Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.

23. Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.

24. Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.

25. Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.

26. Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal? Jawapannya: Sudut Pandangan!

27. Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.

28. Syukur andainya kita boleh bersyukur.

29. Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.

30. Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu,yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini; yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!

31. Puppet digerakkan oleh tali. Manusia punyai 'tali ghaib' yang menggerakkan hidup!

32. Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.

33. Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.

34. Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.

35. Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.

36. Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.

37. Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil, anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.

38. Sedetik menoleh kepada Allah s.wt , baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.

39. Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Allah s.wt .

40.  Cintakan Allah s.wt adalah naluri terindah.


41. Jangan kerap mengucapkan kesukaran di setiap perbuatan, selalu mengucap kesyukuran.

No comments:

Post a Comment