Wednesday, 11 April 2012

♥ Apa Ada Pada Hari Ini..?


Termaktublah dalam sejarah buat kali keduanya Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki tahta tertinggi negara kita yang tercinta ini. Disini saya kongsikan sedikit cerita tentang Tuanku. 

Choooppppp!! Sebelum tu, saye nak mintak kawan2 semua tgk gambar kat atas ni... Siapakah gerangan Sultan yang kacak & bergaya di sebelah Duli Yang Maha Mulia ?.. Tidak lain dan tidak bukan adalah sultan kesayangan hambe.. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan negeri Perak, negeri kelahiran hambe. Perghhh! bangge sungguih hambe... Upssss..!! Terlebeh sudaaa.... 

OK - OK... sambung balik cerita pasal Tuanku Yang Dipertuan Agong yang baru buat 2012... Sumber dipetik dari http://thestar.com.my/lifestyle/story.. Jom selam! Gedebushhh!!

**********

Sultan Abdul Halim 84 tahun, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Tuanku Halim mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan baginda  dengan Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman – kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri DiRaja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.
Tunku Sarina mangkat pada tahun 1991 manakala Sultanah Bahiyah mangkat pada tahun 2003 pada usia 73 tahun.   Tuanku Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada bulan Disember 1975 dan diisytiharkan sebagai Sultanah pada bulan Januari 200

Pertama kali dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabalkan  buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975 semasa berusia 43 tahun.

Baginda menyatakan kegembiraan kerana telah berkhidmat pada tahun  70-an apabila Tun Abdul Razak menjadi  perdana menteri dan kini baginda  kembali bertakhta untuk kali kedua semasa anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib  pula menjadi  perdanan menteri.
Dengan pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 ini, maka Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.



 DAULAT TUANKU..!!

No comments:

Post a Comment