“Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)
Apabila, ada orang datang mengadu pada kita
tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup
tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata,
cukup lengkap boleh kita hulur.
Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta
pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah,
bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.
serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang
pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak
upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata, “takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati
dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri. Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir
balik. reflek diri.
Kenapa
aku diuji? kenapa, AKU?
Lalu,
masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak
diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan
hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya
terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita
rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.
Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita
lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar,
betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian
sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar
tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat
kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita
sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti. Kenapa AKU yang diuji?
Ujian itu sebenarnya MANIS
Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi?
mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang
datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah
mengalami? Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah
menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan
ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang
tergalas di bahu kita.
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha
membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba
hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..
Cepat atau lambat, hikmah itu bakal
tersingkap
Perkongsian dari: http://akuislam.com <------ Klik, jgn x klik!
No comments:
Post a Comment