Friday, 7 December 2012

♥ Kaedah Menghafal Surah – Part2



Motivasi Pagi - Ustaz Ashraf IKIM (7.12.2012) 


1) Ustaz cerita kisah seorang makcik biasa yang macam kita, yang suka shopping. Makcik ni nak sangat menghafal surah-surah yang dia suka. Mula-mula ustaz suruh dia hafal surah 30. Tiga bulan kemudian makcik ni call, kata dia dah habis hafal. Tak lama lepas tu, dia call ustaz lagi, ustaz ingat dia dah lupa hafazan, rupa-rupanya dia nak tanya ustaz nak baca yang mana lagi pada ustaz. Point disini ialah, factor keadaan dan usia bukan halangan. Antara nak dgn tak nak aje.


2) Sambung dgn pelajaran semalam, sehari hafal 3 baris sahaja. Untuk berapa lama? Hanya perlu baca 30 minit sahaja. Kita nakkan konsisten, bukan hanya hebat pada awalnya sahaja.


3) Kita semua boleh, sebab ~ Allah dah cipta otak yang luar biasa untuk kita. Dia boleh ingat kalau benda tu dia nak ingat. Apa yang penting, perlu maintainkan hafazan.



4) Caranya dengan ada jadual yang tersusun.
         a- Sebelum solat – ulang bacaan
         b- ketika solat – baca hafazan
         c- bila pegi kerja – ulang balik bacaan
         d- masa solat – baca balik

5) Apa perlu buat kalau terlupa? Gantikan aje dengan surah lain. Kalau kita lupa masa solat tu maknanya kita dah dapat detect part mana yang kita lemah.     
  

No comments:

Post a Comment