♥ Petua Memperbaiki Kelemahan Diri Sendiri
1. Kita terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai
orang menginginkan orang lain berubah. Malah, kadang-kadang kita
berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah.
Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi
malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.Kenapa kita tidak mampu
mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa
bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.
2. Rahsia
mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun
hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri
sendiri ia akan menjadi hampa. Kadangkala hasrat untuk mengubah orang
lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan
menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.
3. Kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah
apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak
tidak kita bina.
“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab.
Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani
berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat
kekurangan diri sendiri.
4. Ramai orang berani melihat
kekurangan orang lain tetapi jarang berani membincangkan kelemahan diri
sendiri. Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga
mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah
orang lain, perbuatannya yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat
bererti bagi orang lain.
Memang pengaruh dari kegigihan
mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan
membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan
terdorong juga untuk turut sama berubah.Oleh itu, bagaimana kaedah
mengubah diri?
a. Mulalah dengan mengubah diri sendiri.
Bagaimana kita boleh mengajak orang berubah, sedangkan kita tidak
berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti
cakap tidak serupa bikin.
b. Mulakan dengan melakukan perkara
yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan
memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi
bukit.
Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit
yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan
titik-titik hujan yang kecil.
c. Mulakan sekarang. Jangan
bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang
kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.
d. Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.
3. Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.
f. Ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri
Dipetik dari : http://www.lamankongsi.com/
No comments:
Post a Comment