Gamba google
Bahan-bahan :• 1 cawan biji sagu
• 1 liter air
• 20 gm serbuk agar-agar
• 1 cawan gula pasir
• 3 helai daun pandan (tak de pon takpe,saje nk bau sedap)
• 1 tin susu cair
• 200 ml santan pekat (wawa guna ayam brand)
• 4 jenis pewarna kegemaran
• secubit garam(untuk rasa lemak2 manis)
## guna loyang 10"inc
Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
Note : untuk setiap lapisan masukkan ke dalam freezer (1-2 min) suhu max. supaya puding cepat membeku.
Sumber : Resepi Turun Menurun
Cantik puding...wat sendiri ke?
ReplyDelete:) Tak pun... tak sempat buat lagi. resepi ni saye ambil dari Facebook...
ReplyDelete