- Roh akan kembali dalam kubur sambil duduk berlunjur. Sambil panggil nama kita, minta jangan tinggalkan dia. Roh dengar derap kaki kita meninggalkan dia. Selepas itu, malaikat munkar & nangkir pun datang. Derap kami munkar & nangkir lebih jelas didengar dari derap kaki kita. Sambil kedengaran bunyi seretan rantai. Bila datang pada roh, malaikat akan memanggil “Hai manusia”… bukan panggilan kita didunia lagi. Kita tidak ada apa2.
- Soalan pertama yang ditanya di dalam kubur : Apa pandangan kamu tentang Muhammad? Bukan Ma Robbuka…etc.. Bila kita pass jawapan pertama, malaikat pun bagitau..”tidurlah kamu disini seperti tidurnya pengantin”, tidak akan dikacau orang, mereka akan dipeluk oleh tanah seperti anak yang dipeluk ibu. Roh akan minta balik ke dunia untuk beritahu pada ahli keluarga supaya jangan tinggal solat. Malaikat akan cakap “tidak, dunia kamu disini”. 70 hasta diluaskan dan di beri cahaya bukan keadaan seperti didunia, alam sudah lain. Seperti juga kedaan kita didalam perut ibu. Kita tidak boleh khabarkan pada manusia. Tapi Rasulullah sudah cakap awal.. kitalah yang pilih nak nikmat atau azab. Itulah untungnya kita jadi umat nabi Muhammad.
- Ada org bertanya, kenapa Allah tak jadikan semua org Islam. Allah tak salah, Allah sudah beri peraturan dari dulu lagi. Sama lah seperti lampu isyarat, semua sama dan semua org faham..tapi mengapa masih ada org yang langgar? Kita sendiri yang pilih jalan tu.
- Ada org cerita org yang meninggal pulang kerumah. Ustaz kata itu bukan bukan arwah. Mungkin hantu raya, sebab orang yang sudah meninggal dunia sudah tidak ada urusan didunia. Mereka sudah di dunia lain.
- Boleh tak kita tahu macam mana keadaan org yng sudah meninggal dunia? Boleh. Melalui mimpi. Jika kita mimpi roh arwah memakai pakaian serba putih, itu menandakan dia didalam nikmat disana. Kalau mimpi arwah melampai tangan kearah kita, sambil tersenyum dan memakai pakaian putih, bersyukurlah, dia tenang didalam kubur.
- Kalau mimpi arwah memakai pakaian berwarna warni – tidak ada maksud apa2. Yang ada maksud hanya dua, warna putih atau hitam. Putih bermaksud berbahagia. Kalau kita mimpi arwah mak bapak kita pakai pakaian hitam, muka kusut masai – sila check adik beradik kita. Ada tak apa2 yang mereka buat sampai buatkan mak bapak kita jadi macam tu. Mungkin amanah yang tidak ditunaikankah? wasiat tidak diamalkankah? Puasa tak bayarkah? Zakat tak tolong bayarkah? Ada tak benda2 yang dia suruh kita buat tapi kita tak buat? Atau ada tak kita adik beradik yang makan harta pusaka kah? Tak perbetulkan harta pusaka mengikut hukum syarak kah? Betulkan balik, mungkin disebabkan apa yang kita buat tu akan buatkan mak bapak kita susah dialam barzakh. Jadi kena perbetulkanlah.
- Tolonglah buat persiapan untuk penghijrahan ini. Penghijrahan yang paling baik adalah melalui bekalan taqwa. Kita lihat nabi berhijrah dari Makkah ke Madinah, hijrah nabi bukan buta dan kosong. Ada strategi, nabi pindah sebab Allah yang perintah.
- Isteri kena sayang nabi dulu baru suami, sebab suami akan baik dgn kita waktu kita baik dengan dia aja. Tapi nabi tak, nabi akan tolong kita sampai hari akhirat. Sekarang dia tolong kita, dia bawak ajaran, Islam, agama, pendidikan dan akhlak pada kita supaya kita selamat. Dipadang Mahsyar nabi masih berkerja keras dan tak duduk diam tolong umatnya, tuang air bagi org minum.. nabi ada sebut sesiapa yang minum air telaga kauthar dia tidak akan dijilat api neraka. Sekejap nabi lari ke titi talian sirat, nabi Muhammad doakan untuk kita supaya mudah lalu titian sirat... Nabi pergi nekat neraca pula, nabi doakan pula untuk org2 yang duduk dineraca, bila timbangan kurang, nabi sanggup buka serban untuk beratkan timbangan, sehinggalah disaat umatnya dihisab, Nabi Muhammad sujud pada Allah..sampai Allah suruh angkat muka nabi Muhammad supaya jangan sujud pada aku pada hari ini wahai Muhammad, kerana hari ini bukan hari ibadat, hari ini adalah hari pembalasan. Sampai tahap macam tu nabi sayangkan kita. Sebab nak pastikan kita sebagai umat dia masuk syurga. Tiba-tiba kita sayang org lain lebih dari nabi… salah sangat..Letakkan 3 benda utama dalam hidup kita : Allah, Nabi & Jihad!
- Sebelum nabi berhijrah, nabi ada strategi kedua. Sebelum berpindah nabi berdakwah di Mina’, Arafah. Nabi berdiri diatas batu, nabi sebut “Hai manusia..Islam lah kamu, agama kita Islam, Tuhan kita Allah”… Orang baling nabi, orang hina nabi, orang tolak nabi.. Jemaah dari Madinah datang, mereka pandang nabi Muhammad..mereka tgk nabi orangnya baik, sopan, tapi mereka pelik kenapa org tolak nabi. Lalu selepas itu 15-16 orng pergi jumpa nabi, mereka pun berkata “Kalau mereka tak mahu kamu wahai Muhammad, marilah ikut kami ke Madinah..DiMadinah kami terima kamu dan kami jamin kamu tak akan dihina seperti ini”. Nabi pun kata “Bersabarlah, aku mahu berdakwah lagi..”. Disitu sudah ada bai’ah (perjanjian), nabi letakkan tangan, sahabat yang lain pun letakkan tangan atas tangan nabi, bertimpa2 tangan..sambil mereka berkata “Kami undang nabi ke Madinah, jom pindah kesana..” Strategi nabi yang pertama – nabi pastikan sudah ada kenalan disana, untuk bantu nabi.
- Kemudian nabi utuskan 2 org sahabat, seorang pemuda berumur 17 tahun – Namanya Mus’ad bin Oman, seorang lagi dewasa bernama Ibnu Makhtum, buta. Nabi arahkan mereka ke Madinah dan hebahkan tentang Al-Quran, Bacakan Quran, Ajarkan Quran..terangkan aqidah pada orang diMadinah. Musa’d meninggal dunia pada umur 18 tahun. Mus’ad anak orang kaya. Kayanya dia sampaikan minyak wangi yang dia guna hanya dia seorang yang pakai di Makkah kerana terlalu mahal. Kalau dia lalu, dan orang bau minyak wanginya org akan tau itu minyak wangi Mus’ad. Mak bapanya pernah pujuk Mus’ad supaya tinggal Islam dan pernah mak bapanya nak serahkan seluruh harta, jawap Mus’ad “Wahai mak, andai kata saya mati, kemudian saya hidup balik, kemudian saya mati dan hidup balik, walau seribu kali..saya takkan keluar dari Islam”, inilah yang nabi ajar dan org spt ini lah nabi lantik menjadi mubaligh pertama di Madinah Al-Munawarah. Dan org2 diMadinah pun tidak ada seorang pun yang membantah Mus’ad, walaupun Mus’ad itu budak2.. Nak dibandingkan dengan kita, jauh sgt beza..contoh spt Imam Muda, dah ada banyak cerita dibelakang. Mus’ad cerita pada orang Madinah tentang Islam & nabi, sampai org jatuh cinta pada nabi..dan tak sabar2 nak jumpa nabi, dan asik bertanya bila nabi nak pindah.. Inilah strategi nabi yang kedua – War-warkan tentang Islam. Jadi kita kena contohi strategi nabi dengan kuatkan dengan Al-Quran.
- Strategi Nabi yang ketiga – Nabi telah pindahkan para sahabat berperingkat-peringkat. Ada yang secara terang-terangandan ada yang secara sembunyi-sembunyi. Dan bukanlah semua sahabat nabi pindah semua tinggalkan Makkah. Seorang sahaja sahabat nabi yang pindah secara terang-terangan, iaitu Umar Al-Khatab.. siap maklumkan pada orang-orang Makkah lagi yang dia nak pindah ke Madinah dan beritahu dia akan ikut jalan mana.
- Sudah semua selesai barulah nabi berpindah.. Disaat itulah org Makkah kepung rumah nabi dan nak bunuh nabi, masa itu lah sampai perintah Allah pada nabi..”Keluar wahai Muhammad”..sebagai hamba yang taat, nabi pun keluar. Sebab tu kita kena buat apa yang Allah perintahkan tanpa banyak soal. Benda yang wajib tak boleh bantah dan tak boleh buat istikharah. Masa nak keluar tu, Saidina Ali ada, nabi minta saidina Ali ganti nabi di tempat tidur nabi. Dan Saidina nabi pun seorang hamba yang taat juga. Dia pun setuju untuk tidur. Bila keluar, Allah tolong nabi Muhammad, dengan sebab kita tolong Allah, Allah pun tolong nabi. Tidak ada seorang pun yang dapat membunuh nabi dan sahabat. semua tentera lena tidur. Berkat menbaca Waj a’lnaminbaina aidihim sadda wamin khol fihim sadda fa aghshaina hum la yub sirun (Surah Yasin). Tapi kita skrg dah salah guna.
- Bila nabi sampai ke Madinah, org2 madinah sambut nabi dengan lagu Thola’al badrua’laina… baik org, yahudi, islam & bukan islam pun pakat keluar sambut nabi. Sebab nabi baik orgnya, sebab tu kedatangannya di nanti2 kan.. Musuh pun segan kerana akhlaknya bagus. Jadilah insan yang berakhlak.
- Bila sampai madinah, nabi dirikan masjid, nabi tubuhkan kerajaan islam, tubuhkan ekonomi islam. Nabi kuatkan ekonomi, bukan politik. Kita dah terbalik. Nabi tengok, org2 islam beli air pada org yahudi. Dikhuatiri diracun. Nabi beli telaga, dan wakafkan.. sehinggakan air yahudi tak laku, dan yahudi jual semua telaga pada islam. Strategi itu penting.
- Nabi baikkan kaum aus & khazraj, ditukar kepada bani ansar. Semua pakat baik. Sepatutnya kita ambil semangat nabi untuk satukan matlamat & tujuan. Saling pesan-memesanlah.
- Nak Berjaya kena khusyuk dalam solat. Kalau tak bersatu macam nak khusyuk. Sebab itulah kita tak Berjaya, tak ada kasih sayang satu sama lain.
- Kesimpulan : Buatlah apa2 pun lilla hi taala.. hanya kerana Allah. Kedua, carilah jalan untuk kuatkan ekonomi, bukan politik. Ketiga, kalau nak Berjaya kita kena banyak kawan.
" Untuk melihat gemerlapan bintang, kita perlukan kepekatan malam untuk menghayatinya...."
Saturday, 13 July 2013
♥ Berhijrah Ke Alam Kubur - Ustaz Kazim Elias
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment