Wednesday, 9 April 2014

♥ Fitnah Dajjal ( Kongsian Video Oleh Ustaz Haslin Bollywood )


Fitnah Dajjal.. Mohon kita dijauhkan....

1) Dajjal makhluk yg matanya buta sebelah, mata agak tersembul keluar.. dia akan mengaku dia tuhan dan dia merupakan ketua negara. . 


2)huruf kaf, fa & ro akan keluar bila dia dah mengaku dia tuhan.

ustaz cakap, ada 8 org ulama terkenal telah bermimpi yg dajjal telah keluar, tp x tahu kedudukannya dimana. setuju atau tidak, terpulang pada kita. sebab boleh jadi kemungkinan kerana sebelum dajjal keluar ada riwayat mengatakan yang bumi akan kering/kemarau 3 tahun berturut2.

Dajjal akan buat tawaran yg sgt besar pada manusia. Dia akan offer syurga pada kita. kalau kita tak kuat, kita akan ikut dia.

Ada riwayat mengatakan yg dia akan keluar diantara Syam & iraq - negara arab. dan dia akan bergerak keseluruh muka bumi melalui jet pejuang kecuali mekah & madinah (ada malaikat yg menjaganya).

Dalam hadist mengatakan dia turun ke satu tmpt dan mengaku dia tuhan. Siapa yg percaya akan diberi apa sahaja yg diminta.

Ditempat yg kedua, dia akan buat yg sama tapi org2 dikawasan itu x mau terima dia lalu dia pun pergi ke tempat lain. selepas dia pergi tempat itu menjadi tandus. tidak ada tumbuhan di kawasan tersebut.

Ulama' ada nasihat, belajarlah hidup seperti org dahulu. belajar hidup susah. belajarlah menggunakan alat2 yg tidak berkait dgn elektrik. kerana org yg hidup di zaman dajjal akan lalui kehidupan spt itu. Dugaannya cukup kuat.

Nabi sebut dajjal akan control semua makanan diseluruh muka bumi. Sehinggakan para sahabat bertanya pada nabi, "habis tu mcm mana dgn makanan umat islam di akhir zaman ya Rasulullah?" (Hadist) Baginda jawap : Org akhir zaman ketika itu akan BERTAHLIL LAILAHAILALLAH, BERTASBIH SUBHANALLAH, BERTAKBIR ALLAHUAKBAR, BERISTIGHFAR. zikir ini yg membuatkan org islam kuat dan sabar dalam menahan kelaparan.

Sapa yg boleh tahan Alhamdulillah. tapi bagi mereka yg x tahan dengan kelaparan, mereka akan mudah terikut dengan dajjal.

Nabi pesan : rajin rajinlah berpuasa sunat dan banyakkan baca surah al-kahfi ayat 1 - 10. supaya kita selamat dari ujian fitnah dajjal ini.

Dajjal akan ada dimuka bumi selama 40 hari sahaja. kemudian nabi isa akan turun utk membunuh dajjal. Yakjut makjut akan diperangi oleh umat islam sendiri. ketika itu akan kelihatan org islam akan bersama2 dgn nabi isa as. pihak lawan akan ikut dajjal. penentangan itu akan berlanjutan sampai kiamat. akan ada 2 golongan - yg sokong nabi isa & satu lagi puak sokong dajjal. sebab tu nabi suruh banyakkan doa supaya kita x termasuk dalam golongan dajjal.

No comments:

Post a Comment