Wednesday, 25 June 2014

♥ Menghadapi susah hati - Ustazah Norhafizah Musa

Fakta mengenai susah hati:

1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.
2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?
3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.
4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.
5. Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?
6. Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenar-nya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.
7. Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.
8. Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini.

Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.

Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat?
(Quran 55: 13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Ingatlah tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.

Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.

Senyum

Tuesday, 24 June 2014

♥ Bagaimana nak seronok ditempat kerja? - Dato' Dr Fadillah Kamsah

1) Relaks - jgn terlalu serius, ceriakan diri sendiri. Jangan sebab org lain kita bad mood.
2) Jadikan kerja sebagai satu permainan - cuba seronokkan org sekitar. Tgk mcm aznil hj nawawi, kita tgk pun dah happy. "Orang yang seronok tidak semestinya senyum, tapi org yang senyum-senyum-dan senyum, Insyaallah seronok.
3) Ketawalah - ia a
dalah pengikat kemesraan bersama
4) Bantulah org lain - dalam masa yang sama kita pun akan seronok juga
5) Apabila kita seronok, secara x langsung orang lain pun akan seronok juga.
6) Bentuk suasana yang ceria, cth warna yang ceria, letak gambar family, card ucap selamat etc.
7) Kalau tgh seronok, hebahkan.. cth suami berhenti merokok, kongsi dgn family & kawan2.
8) Buang perkara2 yang buatkan kita x ceria, contohnya fedup kat org, menyampah kat org.
9) Sebelum tidur malam, programkan otak , pejam mata dan sebut dalam otak : "Ya Allah, esok jika aku masih panjang umur, kejutkanlah aku dalam keadaan ceria, good mood dan seronok nak pergi kerja, dan sekiranya esok aku mati, matikanlah aku dalam iman". Sebab apa yang kita sebut dalam tidur akan diulang2 didalam otak sepanjang tidur.
10) Sebelum pergi kerja sebut "aku nak buat yang terbaik, aku nak ceriakan diriku, aku nak ceriakan org lain"
11) Jangan ada dendam, jangan ada sakit hati, jangan ada fedup di tempat kerja - mudah kita seronok walaupun ada muka yang boleh buat kita fedup kalau x maafkan mereka.
12) Syukur sebab kita da kerja.
13) Tukar rutin - bgn lebih awal.
14) Cari kawan, buat kawan dan jadilah kawan. sebab kalau kita banyak kawan kita akan jadi seronok.
15) Pasang niat nak pergi kerja tu utk ape? : cari rezeki yang halal, nak cari kawan baru, nak mengukuhkan dengan kawan yang lama, nak cari keberkatan, nak buang dosa.
16) Kata Nabi : "Barangsiapa yang kerja kuat sampai penat, semua dosanya terampun". Jadi jgn takut, jika kita kerja dgn redha dan bersyukur ada kerja dan niat dgn betul, insyaallah semua akan ok.

"setiap orang akan dapat mencapai kejayaan dalam hal apa sahaja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan"

INFO : http://www.youtube.com/watch?v=3gfqamzBegc

Monday, 16 June 2014

♥ Doa Buat Kekasih - Ustazah Norhafizah Musa


(IKIM – Usrati 12 June 2014 – 5.15 ptg)
1. Doa ialah kerja hati, bukan kerja mulut. Berdoa daripada hati yang hidup dan yang telah dihadapkan dihadapan Allah, dan yang telah dihinakan diri dihadapan Allah. Londehkanlah kuasa,  jawatan kita dan segalanya dihadapan Allah.
2. Orang yang berdoa itu, mestilah bertaubat dengan kata sebenar-benarnya dari sebarang dosa dan maksiat sebelum meminta daripada Allah (taubat nasuha). Berkaitan dengan penyesalan dan keazaman. Itu yg lebih member kesan pada taubat. Sebab tu kita kena byk muhasabah diri, tadahlah tangan pada Allah. Ianya berkaitan dengan makanan kita, pandangan kita, langkah kaki kita, tangan kita, pendengaran kita & etc. Kisah Imam Syafiei sendiri, jika hafazannya bermasalah, dia akan cari punca dari segala sudut. Imam syafiei ternampak kambing ibunya memakan makanan di kebun orang.
3. Bagaimana nak elak doa yang sama setiap hari sampai jemu? : Doa itu adalah ibadah. Kebanyakan dalam buku doa adalah puji-pujian kepada Allah. Sbb itu nabi sebut jaminan daripada nabi org yg bersyukur akan terlupa untuk meminta kepada Allah kerana terlalu sibuk memuji Allah. Maka dgn itu, nikmatilah puji-pujian kepada Allah dan selepas itu barulah memohon bantuan daripada Allah. Marilah kita naikkan qualiti doa kita.
4. Bagaimana kita nak pastikan doa kita itu sbg ibadah? : Lihat bagaimana cara org solat. Dia berbisik2 dalam solat. Jika seseorang itu tidak menjaga solatnya baik2, mana mungkin kita boleh jadikan diri kita diluar solat berdoa dgn bersungguh. Ianya bermula dengan latihan didalam solat. Jadi, perbaikilah solat kita untuk bertambah intim dengan Allah. Dalam masa yang sama, 15 hari terakhir sebelum ramadhan ini sebagai jambatan untuk kita perbaiki diri.