(IKIM – Usrati 12
June 2014 – 5.15 ptg)
1. Doa ialah kerja hati, bukan kerja mulut. Berdoa daripada
hati yang hidup dan yang telah dihadapkan dihadapan Allah, dan yang telah
dihinakan diri dihadapan Allah. Londehkanlah kuasa, jawatan kita dan segalanya dihadapan Allah.
2. Orang yang berdoa itu, mestilah bertaubat dengan kata
sebenar-benarnya dari sebarang dosa dan maksiat sebelum meminta daripada Allah
(taubat nasuha). Berkaitan dengan penyesalan dan keazaman. Itu yg lebih member
kesan pada taubat. Sebab tu kita kena byk muhasabah diri, tadahlah tangan pada
Allah. Ianya berkaitan dengan makanan kita, pandangan kita, langkah kaki kita,
tangan kita, pendengaran kita & etc. Kisah Imam Syafiei sendiri, jika
hafazannya bermasalah, dia akan cari punca dari segala sudut. Imam syafiei
ternampak kambing ibunya memakan makanan di kebun orang.
3. Bagaimana nak elak doa yang sama setiap hari sampai jemu?
: Doa itu adalah ibadah. Kebanyakan dalam buku doa adalah puji-pujian kepada Allah.
Sbb itu nabi sebut jaminan daripada nabi org yg bersyukur akan terlupa untuk
meminta kepada Allah kerana terlalu sibuk memuji Allah. Maka dgn itu,
nikmatilah puji-pujian kepada Allah dan selepas itu barulah memohon bantuan
daripada Allah. Marilah kita naikkan qualiti doa kita.
4. Bagaimana kita nak pastikan doa kita itu sbg ibadah? :
Lihat bagaimana cara org solat. Dia berbisik2 dalam solat. Jika seseorang itu
tidak menjaga solatnya baik2, mana mungkin kita boleh jadikan diri kita diluar
solat berdoa dgn bersungguh. Ianya bermula dengan latihan didalam solat. Jadi,
perbaikilah solat kita untuk bertambah intim dengan Allah. Dalam masa yang
sama, 15 hari terakhir sebelum ramadhan ini sebagai jambatan untuk kita
perbaiki diri.
No comments:
Post a Comment