Monday, 14 July 2014

♥ Pregnancy - 37 Weeks

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

Hanya Allah yang tahu apa yang sedang bermain di fikiran saya ketika ini. Semakin berdebar menanti saat si kecil dilahirkan ke dunia. Hari ini appointment rutin di PPUM. Memandangkan usia kandungan saya sudah menjejak ke 9 bulan, maka saya dikehendaki untuk hadir berjumpa doktor setiap minggu. Seperti selalu, saya dan suami keluar rumah seperti biasa – jam 6.00 pagi, sementara menunggu jam 7.30 pagi untuk mengambil nombor panggilan, kami rehat sekejap didalam kereta. Suami saya memang selesa cara macam ni, berbanding keluar rumah lambat dan berhadapan dengan kesesakan lalulintas lagi – memang memeningkan dan menyesakkan kepala.

Tepat jam 7.20, kami ke tempat pendaftaran. 15 minit kemudian, nombor saya dipanggil. Dan seperti biasa, saya dikehendaki ke Kaunter Jururawat 1 (kaunter fail) untuk mengambil borang cek urine, tekanan darah dan berat badan. Selesai ketiga2 rutin ni, saya dan suami menunggu giliran untuk berjumpa doktor pula. Hampir 2 jam kami menunggu… tak senang duduk saya dibuatnya.. apa yang saya nampak, hanya 2 bilik sahaja yang beroperasi.. ini bermakna hanya 2 org doktor yang bertugas pada pagi ni. Sambil menunggu saya dengar sesi ceramah susu ibu yang diadakan diruangan menunggu itu juga. Suami saya sudah belayar entah kemana.. tidur bukan main nyenyak lagi. Jeles pula saya tengok. Saya cuba juga untuk lelapkan mata.. tapi tak berjaya.. susahnya mata ni nak tidur, padahal mlm tadi saya tidur lewat. Sempat lagi siap-siapkan bahan masak untuk sahur nanti. Ibu mertua saya sudah tidur awal.. penat membuat kuih raye sepanjang siang..
Lebih kurang jam 9.30, nombor saya dipanggil.. buat kedua kalinya saya dipanggil masuk kedalam bilik no-6. Kebetulan pula saya dapat berjumpa semula Dr Tan. Dr Tan merupakan Dr yang merawat saya di bahagian kecemasan semasa saya keguguran pada bulan Oktober tahun 2013 ( kandungan yang ke-2 ). Saya selesa dengan Dr Tan. Mungkin sebab dia selalu senyum agaknya. Dr Tan melihat carta paru-paru saya. Dia kata ok. Tapi dalam masa yang sama dia dia nak saya pergi ke tingkat 4 minggu depan untuk tengok carta jantung baby, dan dalam hari yg sama juga saya kena buat ultrasound di tingkat 1 untuk lihat pembesaran baby. Menurut Dr Tan, jika ritma jantung baby tak cantik, berkemungkinan saya akan dipaksa bersalin awal. Memandangkan saya penghidap penyakit asthma, risiko agak tinggi. Dr Tan juga cakap baby saya agak kecil – 2.3 kg. Mungkin ia disebabkan asthma saya… kesian baby.. sedih juga bila dengar doktor cakap macam tu… Apa-apa pun semua ni bergantung pada keputusan minggu hadapan. 

Ikut perkiraan doktor saya akan bersalin 18 hari lagi.. lebih kurang 2 minggu lebih lagi…18 Julai 2014 ( Jumaat ni ) saya mula cuti bersalin, memang sengaja saya ambil cuti awal 2 minggu. Bukan apa, saya sudah rasakan yang saya kena bersiap sedia fizikal & mental betul2. Perjuangan saya sedang bermula skrg. Tidur saya makin tak nyenyak.. perjalanan saya makin perlahan.. badan dah mula sakit2 terutama bahagian ari-ari dan di pinggang. Tumit kaki saya bagaikan menyucuk2. Kesian pada suami. Tak sampai hati pula nak mintak yang bukan2 pada dia. Suami ada tawarkan khidmat untuk urut.. tapi saya x nak manjakan diri sgt. Mane yang boleh saya buat, Insya Allah saya akan buat sendiri.

Kena doa banyak2.. mudah-mudahan semua dipermudahkan.. saya memang tak tahu nak cakap ape buat masa ni.. saya masih blur lagi sekarang..

No comments:

Post a Comment