Di samping suami isteri merupakan factor utama dalam melahirkan
rumahtangga bahagia, (adalah suatu hakikat yang tidak boleh dilupa
bahawa Allah sahaja yang berkuasa penuh sama ada mahu memberi
kebahagiaan atau tidak). Maka Allah SWT juga memberi panduan melalui
RasulNya. Apakah perkara-perkara yang patut diamalkan agar saluran
rahmat sentiasa menuju ke rumah kita, antara lain:
1. Hidupkan salam antara ahli keluarga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Wahai Anas, ucapkanlah salam kepada ahli rumah engkau nescaya dan ahli rumah engkau mendapat berkat.”
2. Banyakkan membaca Al-Quran dalam rumah.
Kata Abu Hurairah RA :
Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya,
memberi kelapangan kepada ahlinya, banyak berkatnya dan ianya dikunjungi
oleh para malaikat dan keluar darinya syaitan-syaitan dan sesungguhnya
rumah yang tidak dibaca Al-Quran di dalamnya membuat kesempitan kepada
penghuninya, sedikit berkatanya, keluar darinya oleh para malaikat dan
masuk ke dalamnya oleh para syaitan.
3. Banyak sembahyang sunat di rumah.
Sebab itu Rasulullah SAW apabila
hendak sembahyang sunat baginda pulang dan bersembahyang sunat di sudut
rumahnya, kerana katanya Malaikat Rahmat akan memasuki rumah yang banyak
dilakukan ibadat di dalamnya.
4. Hiasi rumah dengan benda-benda yang halal dan bersih.
Dari
perhiasan haram kerana rumah yang dihiasi dengan benda-benda haram
seperti patung-patung, gambar-gambar lucah dan sebagainya tidak akan
dimasuki Malaikat, sedangkan Malaikat pembawa rahmat, rumah yang tidak
dimasuki Malaikat ertinya tidak mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Malaikat tidak akan memasuki rumah-rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung-patung”.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah SAW pada tahun pembukaan
Makkah apabila melihat gambar-gambar tergantung di rumah baginda tidak
masuk sehingga baginda perintah supaya dihapuskan terlebih dahulu. Ini
adalah menunjukkan gambar-gambar lucah adalah dibenci oleh Islam.
Demikian di antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para suami
dan isteri untuk membentuk sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia.
No comments:
Post a Comment