Wednesday, 19 November 2014

♥ Masa Yang Tepat Untuk Nasihatkan Anak Mengikut Sunnah - Ustazah Isdafiah (IKIM)

** Untuk elak bebel dirumah
 
  1. Dalam perjalanan kenderaan. Cth : Ke sekolah
  2. Waktu makan. Ustazah cerita kisah Umar bin Abi Salamah, a) supaya panggil nama anak dengan panggilan yang baik spt ghulam panggilan untuk anak muda. b) supaya ambil makanan yang paling dekat dgn kita, c) Jangan gelojoh. Tambahan : Kita boleh aturkan supaya anak tidak memegang gajet semasa makan.
  3. Sewaktu anak sakit / demam. Ada satu kisah, anak seorang Yahudi yang dinasihatkan nabi supaya peluk Islam, semasa itu anak tersebut sedang sakit. Allah telah lembutkan hati anak tersebut supaya memeluk Islam.
Tambahan...
  • selepas solat
  • sebelum tidur
Usahalah supaya tidak membebel kerana hati anak ibarat mangkuk, kalau tak diisi dengan perkara kebaikan, benda tak baik akan duduk.
 

Wednesday, 12 November 2014

♥ Resepi Cucur Kembang Manis

Kawan2... Try la resepi ni.. Amik dari group masakan.. Brg dia senang sgt2..
3 cawan tepung
3 cawan air panas 
1/2 cawan susu pekat 
secubit garam
Campo semua.. Kemudian gentelkan bulat2, jgn besar sgt.. Last goreng dgn api yg panas..
Hasil dia cucur rangup kat luar, lembut kat dlm.. Opah saye yg xde gigi suke sgt mkn... Betul ni!!! Try la buat..

Saturday, 25 October 2014

♥ Cupcake Coklat Kukus Confirm Jadi!


A : Digaul & dipanaskan hingga sedikit pekat
1 cawan koko
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan air panas dicampur 3 sudu susu pekat

B : Blend
3 biji telur
2 sudu ezen vanilla

C : Diayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1/2 sudu soda bicarbonate

Cara : 
Bila A sejuk, masukkan bahan B & C. Kemudian kuku 35 minit untuk loyang besar, kukus 8 minit untuk cupcake kecik.

♥ "KETIKA AKU SUDAH TUA" - Semanis Kurma


Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang semula...
Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku……
Ketika pakaianku terciprat sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu, ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarimu...
Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku...
Ketika kau kecil, aku selalu harus mengulang cerita yang telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur...
Ketika aku memerlukanmu untuk. memandikanku, jangan marah padaku. Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk membujuk mu mandi?
Ketika aku tak paham sedikitpun tentang tehknologi dan hal-hal baru, jangan mengejekku. Pikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap pertanyaan “mengapa” darimu...
Ketika aku tak dapat berjalan, ulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil...
Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting, asalkan kau di samping mendengarkan, aku sudah sangat puas...
Ketika kau memandang aku yang mulai menua, janganlah berduka. Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan...
Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku...
Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur, dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.
Pesan:
Hormati Ayah dan Ibumu sebelum mereka meninggalkan anda dengan kedukaan yang mendalam...

Wednesday, 16 July 2014

♥ Baby Kurang Gerak

Umra 5.00 ptg.. Cek jantung baby.. Dpt surat refer ke ppum..
6.30 sampai ppum - start buat ctg dlm bilik pink. Kene interview ngan dr 1 jam. Dr lim, dr aida & student um iliyas.. Dr ckp jantung baby ok.. Dr aida seluk bawah.. Dr lim amik darah 2 botol..
8.30 pm - dr lim ckp esok kalau x cukup gerak kena induce..mlm ni kene start cek gerakan baby..kene transfer ke tingkat 5 sementara tggu esok.

8.40 pm- naik tingkat 5, masuk bilik biru.. Waktu melawat 12-2 ptg, 5 - 8, cek jantung baby - 148
10.30 - nurse dtg.. Bg mkn obimin.. Cek jantung baby - 149. Mak msg, mak ckp kalau bole melawat mak nk dtg..tp x bole masuk.. Mak ckp mak dtg esok.. Mlm ni mak nak baca yassin & solat hajat
11.30 - nurse pasang ctg.. Nurse ckp graf ok..
11.50 - abg dtg anta brg.. Pakaikan stokin.. Abg ckp esok abg keje.. Ape2 nanti msg..
12.10 - alhamdulillah.. Nurse ckp baby aktif.. Nurse akan tunjuk kat dr graf tu.. Bole la tidur dgn tenang..mungkin berkat doa suami & mak.. Akak nurse suruh start kira balik pukul 9 pagi esok..



Monday, 14 July 2014

♥ Pregnancy - 37 Weeks

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

Hanya Allah yang tahu apa yang sedang bermain di fikiran saya ketika ini. Semakin berdebar menanti saat si kecil dilahirkan ke dunia. Hari ini appointment rutin di PPUM. Memandangkan usia kandungan saya sudah menjejak ke 9 bulan, maka saya dikehendaki untuk hadir berjumpa doktor setiap minggu. Seperti selalu, saya dan suami keluar rumah seperti biasa – jam 6.00 pagi, sementara menunggu jam 7.30 pagi untuk mengambil nombor panggilan, kami rehat sekejap didalam kereta. Suami saya memang selesa cara macam ni, berbanding keluar rumah lambat dan berhadapan dengan kesesakan lalulintas lagi – memang memeningkan dan menyesakkan kepala.

Tepat jam 7.20, kami ke tempat pendaftaran. 15 minit kemudian, nombor saya dipanggil. Dan seperti biasa, saya dikehendaki ke Kaunter Jururawat 1 (kaunter fail) untuk mengambil borang cek urine, tekanan darah dan berat badan. Selesai ketiga2 rutin ni, saya dan suami menunggu giliran untuk berjumpa doktor pula. Hampir 2 jam kami menunggu… tak senang duduk saya dibuatnya.. apa yang saya nampak, hanya 2 bilik sahaja yang beroperasi.. ini bermakna hanya 2 org doktor yang bertugas pada pagi ni. Sambil menunggu saya dengar sesi ceramah susu ibu yang diadakan diruangan menunggu itu juga. Suami saya sudah belayar entah kemana.. tidur bukan main nyenyak lagi. Jeles pula saya tengok. Saya cuba juga untuk lelapkan mata.. tapi tak berjaya.. susahnya mata ni nak tidur, padahal mlm tadi saya tidur lewat. Sempat lagi siap-siapkan bahan masak untuk sahur nanti. Ibu mertua saya sudah tidur awal.. penat membuat kuih raye sepanjang siang..
Lebih kurang jam 9.30, nombor saya dipanggil.. buat kedua kalinya saya dipanggil masuk kedalam bilik no-6. Kebetulan pula saya dapat berjumpa semula Dr Tan. Dr Tan merupakan Dr yang merawat saya di bahagian kecemasan semasa saya keguguran pada bulan Oktober tahun 2013 ( kandungan yang ke-2 ). Saya selesa dengan Dr Tan. Mungkin sebab dia selalu senyum agaknya. Dr Tan melihat carta paru-paru saya. Dia kata ok. Tapi dalam masa yang sama dia dia nak saya pergi ke tingkat 4 minggu depan untuk tengok carta jantung baby, dan dalam hari yg sama juga saya kena buat ultrasound di tingkat 1 untuk lihat pembesaran baby. Menurut Dr Tan, jika ritma jantung baby tak cantik, berkemungkinan saya akan dipaksa bersalin awal. Memandangkan saya penghidap penyakit asthma, risiko agak tinggi. Dr Tan juga cakap baby saya agak kecil – 2.3 kg. Mungkin ia disebabkan asthma saya… kesian baby.. sedih juga bila dengar doktor cakap macam tu… Apa-apa pun semua ni bergantung pada keputusan minggu hadapan. 

Ikut perkiraan doktor saya akan bersalin 18 hari lagi.. lebih kurang 2 minggu lebih lagi…18 Julai 2014 ( Jumaat ni ) saya mula cuti bersalin, memang sengaja saya ambil cuti awal 2 minggu. Bukan apa, saya sudah rasakan yang saya kena bersiap sedia fizikal & mental betul2. Perjuangan saya sedang bermula skrg. Tidur saya makin tak nyenyak.. perjalanan saya makin perlahan.. badan dah mula sakit2 terutama bahagian ari-ari dan di pinggang. Tumit kaki saya bagaikan menyucuk2. Kesian pada suami. Tak sampai hati pula nak mintak yang bukan2 pada dia. Suami ada tawarkan khidmat untuk urut.. tapi saya x nak manjakan diri sgt. Mane yang boleh saya buat, Insya Allah saya akan buat sendiri.

Kena doa banyak2.. mudah-mudahan semua dipermudahkan.. saya memang tak tahu nak cakap ape buat masa ni.. saya masih blur lagi sekarang..

Wednesday, 9 July 2014

♥ Masak Taucu Perak - ilmu dari Mak

Alhamdulillah.. pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu yang diturunkan oleh mak saya yang tersayang. Seingat saya, mak telah mengajar saya masakan ni masa saya habis belajar. Setelah di cuba baaaaaanyak kali, barulah saya berjaya masak masakan ini dengan jayanya.. ( erk.. kalau ikut standard tekak saye la.. tak tahulah orang lain pula mcm mane kan..hihihi ). Untuk pengetahuan semua juga, masakan ini juga adalah salah satu masakan kesukaan suami saya.. :)

Diharap ilmu ini akan berpanjangan...

Bahan-Bahannya :
4 ekor ikan kembong sederhana besar - digoreng garing bersama garam & kunyit (ketepikan)
2 biji bawang besar dipotong 4
4 ulas bawang putih (sebiji dibelah 3-kasar2)
1 inci halia dimayang halus (nak letak lebih pun x pe - sedap!)
5 biji cili hijau
2 peket taucu (saya suke jenama Bilal sebab tak masin sgt)
sedikit perahan air asam jawa (mcm dalam gambar atas - sikit je tau)
air lebih kurang 1 1/2 cawan
gula secubit (tak letak pun x pe)

Cara-Caranya :
1) Panaskan minyak - masukkan halia & 2 potongan bawang besar (masa masukkan halia ni selawat dalam hati)
2) Bila dah naik bau, terus masukkan 2 peket taucu & air asam jawa - goreng sampai naik bau taucunya.
3) Masukkan air, baki bawang besar, bawang putih & cili hijau... biar gelegak (lebih kurang 2 minit).
4) Masukkan ikan - kacau2.. agak2 je.. 
5) Boleh la rasa.. kalau agak masin, tambahkan sikit air.. 

Kalau nak lagi sedap, letakkan secubit gula. Jangan banyak tau. Gula ni sebagai pe-neutral garam saje. Tu yg mcm mak saye cakap la.. Orang dulu2 x guna serbuk aji pun. Garam x letak sebab taucu tu sendiri dah masin.

Thursday, 3 July 2014

♥ Alahan Ketika Mengandung

Dah lama sgt rasanya tak curahkan sesuatu dalam blog ni. Maklumlah, skrg agak sibuk.. ditambah pula di bulan Ramadahan ni. 

Nak update sikit.. minggu ini merupakan minggu ke 35 usia kandungan saya. Masa semakin hampir.. minggu depan dah masuk 9 bulan. Saya dah kena bersiap sedia fizikal dan mental bagi menghadapi saat yg amat2 penting dalam hidup saya. Saya akui yang saya amat-amat tertekan. Alhamdulillah, suami amat-amat memahami dan sangat membantu dari segala sudut. Terima kasih abang.. sejak dari keguguran Oktober tahun lepas sampailah masuk kandungan saya yang ini, abang tak pernah biarkan saya sendiri.. sampai kadang-kadang saya risau takut ‘termanja’ dengan layanan abang pada saya.. 

Tiba-tiba teringat pula waktu saya sedan galah teruk di awal kehamilan untuk kandungan kali ini. Macam-macam yang abg buat untuk bagi saya makan. Yelah, mana taknya.. saya langsung tak boleh bau, terutama sekali bau masakan. Sampaikan satu tahap, masakan jiran pun boleh saya bau busuk sgt. Sabun pun tak boleh. Seingat saya, bau yg tersangat saya benci ialah bau telur goreng.. kesian abang kena layan kerenah saya. Semua serba tak kena. Bau badan abang pun saya tak tahan. Boleh dikatakan hari-hari saya akan angin, tapi tak ada la sampai naik suara pada suami. Cuma banyak tunjuk muka la.. aduhai.. banyaknya dosa saya.. Bila balik rumah mak di Shah Alam pun macam tu juga. Tak boleh langsung masuk dapur.. Mak banyak beri nasihat pada saya. Minta saya bersabar banyak-banyak. Memang macam ni kalau mengandung. Kena tahan la sikit kalau bab bau, muntah etc. Mak cakap masa mak mengandungkan saya dulu lagi teruk, boleh terima apam aje ditekak. Nasib baik ayah rajin melayan. Petang2 ayah akan bawa mak jalan naik motor ( zaman tu tak ade kereta lagi ). Mak alah sampai 9 bulan. Lagi teruk. 

Lagi satu, alahan yang pelik ialah alahan bunyi… uuuu.. ini paling mencabar. Mana tidaknya, sampaikan bunyi nafas suami tidur pun saya tak boleh dengar. Puas saya tutup telinga dengan bantal, tapi masih dengar.. Sampaikan satu tahap suami belikan penyumbat telinga difarmasi untuk elak saya tak tidur malam. Saya naik angin kalau dengar bunyi walau sikit pun, apatah lagi bunyi handphone, bunyi tapak kaki.. malah bunyi air menitik pun tak boleh. Nak nangis rasa kalau terjaga dari tidur disebabkan benda2 macam ni.. serius! Ini bukan diri saya… 

Maafkan saya.. saya tak pernah alami benda-benda pelik macam ni. Kedua-dua kandungan saya sebelum ini saya tak pernah rasa.. suami saya yang alami alahan. Teruk juga suami saya alah dulu. Asik muntah aje. Tapi suami tak pernah merungut. Sekarang giliran saya pula. Kena la sabar baaaanyak-banyak.
Berikut adalah antara makanan yang disediakan oleh orang yg saya sayang :

 Saya mengidam buah ni.. Buah salak.. hihihi.. puas mak & suami cari. Akhirnya kawan opis suami yg dapat, itu pun dibelinya di Kelantan. Alhamdulillah.. ( Terima kasih nurul )

 Maggi!! Setelah puas memujuk suami.. akhirnya dapat jugak rasa.. uhuk uhuk..
 
Ayam goreng kunyit.. makan pun sikit2 je.. nasib baik boleh telan..

Buah untuk hilangkan loya.. memang sentiasa ada dalam peti ais.

Sup sayur. Hirup kuah ngan sayur je.. ayam x boleh masuk.. :(

This is my peberet! sedap sgt abg masak bihun tom yam.. teringat2 sampai skrg.. 

Kambing bakar.. siap tolong potong2 lagi.. gedik sungguh saya kan.. :D

Air ni dibeli di Giant Kinrara kot.. ok la.. dapat hilangkan loya kat tekak.. 
sayang rasa nak teguk banyak-banyak..

Ni lebih kurang macam coleslaw.. sedap, memang sedap - tapi minta maaf sgt2..
memang tak bole makan.. terus muntah... :(
sedih sgt rasa... 

Ada 2 lagi masakan yang saya tak sertakan gamba kat sini. Dua-dua masakan daripada mak saya.. dua-dua memang saya makan licin. 
  1. Nasi goreng kicap maveles
  2. Kari dal sayur lemungei (saya x tau eja nya mcm mane) ni sayur org india & jawa makan. memang sedap kalau dibuat kari. Masa arwah ayah ade dulu mak selalu masak kari ni. Saya minta tolong mak masak sebab saya mimpi makan kari ni... uuuu.. bagus sungguh mimpi ni... hihihi...
Mekasih mak.. abang... sebab melayan kerenah saya selama ni.. terharu sgt2...

Wednesday, 25 June 2014

♥ Menghadapi susah hati - Ustazah Norhafizah Musa

Fakta mengenai susah hati:

1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.
2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?
3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.
4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.
5. Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?
6. Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenar-nya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.
7. Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.
8. Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini.

Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.

Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat?
(Quran 55: 13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Ingatlah tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.

Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.

Senyum