Tuesday, 4 December 2012

♥ Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan santan 
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan
    adunan tidak berketul. - terus letak sikit pewarna kuning
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu
    sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula/lauk daging ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah
    hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

### utk cara berlauk selepas masuk lauk, tabur cili merah dan daun sup, kemudian baru ditutup

Bahan2 utk Lauk
1 Cawan Daging Hancur
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dipotong dadu
2 s/b serbuk kari.
Cili merah utk hiasan
Daun Sup utk hiasan

Cara2
  1. Tumis bawang besar dan putih, kemudian masuk rempah kari.biarkan sampai keluar minyak
  2. Masuk daging biar sampai masak dan perasakan garam gula.

Kredit to : ezadlieza.blogspot.com

No comments:

Post a Comment