1.
Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja
masing-masing.
2.
Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin
harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3.
Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
dilakukan.
4.
Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum
keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5.
Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia
tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6.
Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja
sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7.
Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah
politik semasa sebelum tidur.
8.
Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan
walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9.
Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca
akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10.
Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah
meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih
sayang.
11.
Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta
bersalam-salaman selepasnya.
12.
Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli
untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13.
Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa
tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu
pasangan pasti menyukainya.
14.
Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,
teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15.
Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan
anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16.
Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan
pasangan merasa jemu.
17.
Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk
menyelesaikannya.
18.
Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah
tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat
tersebut.
19.
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari
ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu
dan malu.
No comments:
Post a Comment