Sunday 29 April 2012

♥ Ci BoboT Demam

Berikutan dengan vaksinasi yang diterima oleh budak Ci Bobot & Wirak, didapati kesihatan Ci Bobot agak merosot pada hari ini. Ciannye diee... urm... tak pe la, harap-harap sehari dua lagi dia sihat semula. Semalam pun doktor memang da bagitau awal-awal lagi yang dorang mungkin akan demam. Hopefully, Wirak kat umah will be okey! Windu nak main-main ngan korang lagi... ^___^'

♥ CooL !!


..▓▓..▓▓  
..▓▓......▓▓
..▓▓......▓▓..................▓▓▓▓
..▓▓......▓▓..............▓▓......▓▓▓▓          Mesti korang nak tau ape menatang ni kan?
..▓▓....▓▓..............▓......▓▓......▓▓         Sebenarnye ni la yang selalu orang copy untuk
....▓▓....▓............▓....▓▓....▓▓▓....▓▓   buat tulisan yang cantik-cantik dalam FB, Twitter,
......▓▓....▓........▓....▓▓..........▓▓....▓     Blog & etc... Sape cakap kite tak bole buat?
........▓▓..▓▓....▓▓..▓▓................▓▓      heheh.. Jom try nak?!
........▓▓......▓▓....▓▓
.......▓......................▓
.....▓.........................▓
....▓......^..........^........▓           αḉαм➸м@ḉαм ฿øℓε♄ тυłїṧ Ḳα☂ ṧḯηḯ
....▓............♥.............▓          Ḳґ℮тḯḟ ḱ@η⁇ ℌεнℯ
....▓..........................▓           J◎ღ ℓ@ ☂я¥❣ тαḱ ¢υ♭α ☂αк ☂αυ
......▓..........ٮ..........▓       

♥ Sayang Palsu


♥ Jangan hanya sujud ke " Sejadah " saat susah.
♥ Jangan hanya mengenal " Telekung " & " Kopiah " saat sesak.
♥ Jangan hanya memandang " Kiblat " saat payah.
♥ Jangan hanya teringat " Wudhu' " saat lemas.
♥ Jangan hanya mengenal " Tasbih " saat hanyut.
♥ Jangan hanya memandang " Alam " saat alpa.
♥ Sayang yang tak kelihatan ada pada Hati, letaknya Iman.
♥ Carilah sayang yang Agung itu.

Agar sayang tak lagi palsu... ^___^'

♥ Nombor Cantik

Dalam sedar tak sedar...

Saturday 28 April 2012

♥ Kutu Telinga???

Hari ni saye dan cik abg syg bawak wirak & ci bobot ke Klinik Haiwan di Seksyen 16, Shah Alam. Klinik tu betul-betul dekat dengan pasa basah seksyen 16.

Nak ikutkan hari ni nak bawak wirak appointment doktor untuk problem cacing. Takpela, lagipun da janji ngan Bobot nak belanja dia enjet & vitamin. Nasib baik cik abg syg x keje ari ni, dapatla tulun hambe bawak dua beradik ni.
 
Ni Ci Bobot tengah tunggu doktor dengan sabarnye. Si Wirak kena masukkan dalam bakul sebab tak bole duduk diam. Aduhaiii... tak berenti mulutnya mengiau, mungkin sebab tau nak kena enjet kot.. hehehe...

Sambil tunggu giliran kita usya-usya dulu klinik. Manyaknyeeeee makanan. Nasib baik Wiark & Bobot tak pandai merengek mintak bukan-bukan... ^___^'

Giliran Bobot da sampai. Mulanya Bobot cool je, tapi bila start doktor yang cantik korek telinga dia mula keluarkan suara.. Hehehe.. bukan senang nak dengar suara dia ni. Mungkin sakit la kot, yela x penah korek telinga selama ni. Doktor kate bobot kena kutu telinga, punyala banyak khazanah keluar. Eiiiii... seriau pulak tengok. cian bobot. Sorry ye bobot, x dapat nak belanje mandi spa sbb ongkosnya agak tidak mengizinkan. Ingatkan kena RM50 je, tapi RM80!! Perghhhh... duit makan satu minggu tuuu... kita mandi kat umah je la ek. Lepas cuci telinga, doktor enjet vaksin. Untuk elakkan daripada mudah terkena janggkitan sebarang penyakit macam demam, selsema, batuk, denggi.. eh, acah je.. heheh.. 

NEXT!

Tiba giliran abang wirak. Selaku abang, wirak tak macam adiknya ci Bobot. Lepas enjet, doktor check badan & suhu wirak. Doktor kate Wirak kuat, tak sakit ape-ape pun. Telinga pun bersih. Kalau dia paham tu, mesti dia bangga dengar. Bonus untuk Wirak, Doktor cantik belanje vitamin!! Wuhuuuuu...!!Tahniah wirak!

Sambil tunggu card appointment, bobot sempat buat spot check jalan-jalan tengok 
pesakit yang lain.

 Next appointment on 28th May 2012



Ni ubat telinga untuk bobot. Kena pakai selama 7 hari. Doktor kate dorang tak boleh mandi seminggu. Kalau untuk injection vacination, mungkin dorang akan demam. Kalau demam, kena bagi dorang minum manyak-manyak. Kalau dorang x nak minum, kita paksa jugak! Hehehe..


"Tunggu jap abang, nak tangkap gambar.. Smile!"

Ni kena take note, senang kalau nak mai next time!

Babai Dokterrr..!! Kite jumpe lagi mulan depan ekkk.... ^___^'




♥ Teng kiu Cik Mok & Cik Pol !!

 Baru lepas balik dari klinik bawak ci Bobot & Wirak tadi, singgah kejap la kat umah mak ayah, tak sangka pulak dapat present dari cik Mok & cik Pol. Katanya khas buat Permaisuri Debab... Wah!! tekezut beta! Dapat cekelat special, katanya untuk kesuburan. ChocMirifica namanya. Packaging pun lawa. 

 Bila bukak dalam, waaaaa.... siap bentuk2 love lagik! Sannntikkk sangat2! Rasa sayang pulak nak telan..uhuhuhuhu... 

Siap ade cara makan lagi... ^____^* Terharu sangat rasa... Tengkiu so much korangggg.. Esok kite bepoya-poya ek! Uppppppssssss..! lupe pulak korang ade appointment ngan kak Ramlah Ram & 3 artis undangan istimewa dari Brickfields, KL kan?. Well, hope u all enjoy. Btw, thanks again ek. Love you so muchhhhh!!!

Friday 27 April 2012

♥ Maksud Bacaan Dalam Solat


 Berapa orang antara kita yang benar-benar memahami apa yang kita baca dalam solat? Semalam saya ikuti kuliah "Formula Solat Sempurna" anjuran PEMURNI di Jabatan. Menurut Ustaz Solehuddin, Solat dari segi bahasanya bermaksud "doa yang baik-baik". Bila kita uruti maksud-maksudnya, MasyaAllah... benar-benar boleh buatkan kita mengalir air mata. Subhanallah..

Sama-sama lah kita perbaiki ibadah kita ye kawan-kawan

 **********************
Takbiratul Ihram Dan Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud 
  Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "

♥ Kek PoP ??? Hehehehe..

MENARIK! TERTARIK DA BOOM!!

 Waaaaaa...!!! Cayangnye nak maman kalau kek santik cenggini. Pandainya makcik-makcik ni buat kan? Bila la agaknya mood geng Pom-Pom Nyenyek nak buat kan.. Daku rasa last buat kek tawon lepas. Nie... Urmmm... Jap! rasa macam nak mimpi jap... uhuk uhuk.. ngee..

♥ Gurindam Jiwa Ku


 

Hari ni memang rasa penat giler what the hellnye kerne badanku mogok buat hal berikutan semalam majlis berkampung untuk majlis menyambut menantu utk abang pada Mok, Dempol & Dak Stoking Putih. Yela, next week da nak sanding kat Ca Alam. For your information, dorang da nikah sebulan da. Jadi untuk majlis sambut menantu ni our Big Bos dah decide nak buat majlis untuk 1000 jemputan. Kali ni lauk pauk akan disediakan oleh Mah Katering... Berbeza dengan majlis kawin hambe dulu. Lebih pada masak ala-ala kampung. Nak ikutkan lagi seronok kalau masak ramai-ramai. Tapi bila memikiorkan kakitangan yang veteran2, kasi la dorang relax kali ni. Tapi! semua ni tak akan mematahkan semangat kami untuk menjadikan majlis ini grand! (Grand sangat ke? huhuhu..) Tak kisah lah ape orang kate, as long as we are happy dengan apa yang kami rancang, kan? 

Harap-harapla sangat masa majlis tu x jadi apa-apa yang tak diingini. Teringat pulak time nak besanding dulu, mak bonde kelam kabut carik baju pengantin (baju aku la tu) untuk dicampakkan kebumbung rumah. Hehehe..mesti korang tau untuk ape tindakan itu diambilkan? Yessss... betul skali! untuk minghindarkan ujan daripada turun. nak ikutkan memang tak logik akal kepala otak pun, apa ke jadahnya melayangkan baju pengantin keatas atap itew..huhuhu.. tapi, itu lah ikhtiar namanye.. mungkin inilah hubungan antara alam dan manusia. Signal berbentuk getaran akan dihantar dari otak ke awan dan awan menerima isyarat agar membawa dirinya ketempat lain supaya tidak memerah dan mencurah isi perutnya  ke khemah kenduri mak pengantin. (Betulkah?) Waaaaaa... menganga Wirak dan ci Bobot dengar cerita nenek kebayan nih! Fuuhhhhh!! Hebat sungguh sains beta kan! huhuhu...

Wokey lah! Hari ni nak layan lagu Klasik ckit.. Mood santai hari ni. Jom Layan!! 
Gedebuusssshhhhhh!!!!!


Friday 20 April 2012

Sunday 15 April 2012

♥ KPI Kita?


Di keheningan pagi... jam 1:35 pagi...

Pernah tak kita terfikir akan Key Performance Indicator (KPI) kita selama dah berpuluh tahun Allah beri modal nafas, badan dan hayat? 

Ada sepuluh point yang ada tersenarai, berapa peratus yang kita dah capai? 90%? 50%? atau 100%? Alhamdulillah sekiranya dah tercapai...

Tetapi...

Iman kita sentiasa berbolak balik... Hati kita sentiasa ada pasang surutnya... Rindu pada-Nya senantiasa ada naik turunnya... Bagaimanakah caranya kita nak maintainkan amanah yang diberi.. Sesungguhnya hidup ini antara dua keadaan, semasa lahirnya dan semasa matinya.... Ibarat helaan nafas... 

Adakah kita pasti yang sebentar lagi tarikan oksigen oleh paru-paru akan diikuti dengan hembusan karbon dioksida? Saya ulang pertanyaan saya... 

ADAKAH ANDA PASTI??

Saturday 14 April 2012

♥ Apa Ada Pada Shopping?



Adoiiii......!!! Penatnya hanya Allah yang tahu... kaki dah lembik da ni... Ni yang rasa nak nyanyi lagu patriotik nih.. ( patriotik kah? huhuhuhu )... Ayuh kawan - kawan! kita  menyanyikan lagu ini.. da lama sgt x dengar lagu ni.. Tadi masa shopping bersama Gemok dan Gedempol rasa mcm terngiang - ngiang lagu ni... hentah kenapa entah... mau saja dinyanyikan di telinga mereka berdua... tapi ku kontrolkan jua perasaan ini.. 

Hari ini, beta Permaisuri Debab, selaku ketua kumpulan sorak Kumpulan Genuak, ingin menyatakan betapa gumbiranya dihati, tatkala impian untuk memiliki baju glamour menjadi kenyataan (glamour kah?.. YA - itu persoalan yang masih menjadi persoalan di otak ini) Baju berwarna merah menyala, amat sesuai bagi kulitku yang mulus ini ( Cheh! perasan! ).. 

Tapi apa yang lebih penting, dapatlah beta bergaya sakan bersama Gemok dan Gedempol nanti.. di harap Budak Stoking Putih dapat join sama bagi mengimarahkan dan memeriahkan majlis yang sungguh Super The Grand pada 5 Mei ini... Waduh2!!... sudah tidak kesabaran lagi nihh... 

Ayuh! Mari selam beramai2!! Gedebushhhhhhhhh!!!


Wednesday 11 April 2012

♥ Kek Tuan Puteri Yang Cantik Sangat - Sangat!

JOM TERJAHHHHH...!!!!!!


Uhuhuhuhu..... Sooooooo Ohsemm!!!

♥ Apa Ada Pada Hari Ini..?


Termaktublah dalam sejarah buat kali keduanya Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki tahta tertinggi negara kita yang tercinta ini. Disini saya kongsikan sedikit cerita tentang Tuanku. 

Choooppppp!! Sebelum tu, saye nak mintak kawan2 semua tgk gambar kat atas ni... Siapakah gerangan Sultan yang kacak & bergaya di sebelah Duli Yang Maha Mulia ?.. Tidak lain dan tidak bukan adalah sultan kesayangan hambe.. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan negeri Perak, negeri kelahiran hambe. Perghhh! bangge sungguih hambe... Upssss..!! Terlebeh sudaaa.... 

OK - OK... sambung balik cerita pasal Tuanku Yang Dipertuan Agong yang baru buat 2012... Sumber dipetik dari http://thestar.com.my/lifestyle/story.. Jom selam! Gedebushhh!!

**********

Sultan Abdul Halim 84 tahun, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.
Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Tuanku Halim mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan baginda  dengan Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman – kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri DiRaja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.
Tunku Sarina mangkat pada tahun 1991 manakala Sultanah Bahiyah mangkat pada tahun 2003 pada usia 73 tahun.   Tuanku Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada bulan Disember 1975 dan diisytiharkan sebagai Sultanah pada bulan Januari 200

Pertama kali dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabalkan  buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975 semasa berusia 43 tahun.

Baginda menyatakan kegembiraan kerana telah berkhidmat pada tahun  70-an apabila Tun Abdul Razak menjadi  perdana menteri dan kini baginda  kembali bertakhta untuk kali kedua semasa anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib  pula menjadi  perdanan menteri.
Dengan pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 ini, maka Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.



 DAULAT TUANKU..!!

♥ Sombong & Buta Hati




Kata - kata yang sungguh terkesan di hati saya...

Mudah -mudahan kita dapat muhasabah diri & saling ingat - mengingatkan

pada diri yang mudah lupa ini...

♥ Sayangilah..

 ❤   Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja sebut sayang..Tapi bila dengan ibubapa segan-segan pula
❤   Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja berpeluk-pelukan..Tapi bila dengan ibubapa malu-malu pula
❤   Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja ucap maaf..Tapi bila dengan ibubapa susah-susah pula
❤   Kalau dengan kekasih senang-senang sahaja ajak keluar..Tapi bila dengan ibubapa lebih suka mereka pergi sendiri pula
•••► Hargailah ibubapa selagi mereka masih ada.. Cintailah mereka lebih dari cintakan kekasih anda   (^__^) ♥
 P/S : Nak mengingatkan diri sendiri sebenarnya... ^_^'