Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

♥ Amny Teman Ummie


Aslkm semua… cewah.. mcm la ade yg nak baca blog ni. Bukan ape, memandangkan saya tidak pernah expose anak saya pada umum… huuhuuu.. da mcm artis pulak. Semalam nak dijadikan cerita, pengasuh anak saya ada hal. Tak tahu pula apa hal dia. Kebetulan pula mak ke rumah jiran, sebab ada kematian. Jadiiiiiiiii… dengan pantas dan cargas saya siapkan barang utk bawa anak ke pejabat. Saya sudahpun pesan pada suami untuk pasangkan car seat dan masukkan stroller dalam boot kereta. Alhamdulillah… sempat sampai juga pejabat walaupun lampu minyak dah menyala.. syukur sgt2..

Alamak! Lewat 3 minit… aduhh.. dah la makanan pun belum beli lagi. Tak pe… oat masih ade.. hihihi.. Amny pun dah mula bangun. Alhamdulillah, Amny tak meragam hari ni. Ramai peminat Amny rupanya.. ramai yang dukung & main2 dengan dia.. Amny pun apa lagi, suke la dia.. asik senyum je walaupun dia tgh demam.. check suhu pun takdelah tinggi sgt.. 37.2.. Part yang paling best bila tgk Amny lepak dalam stroller sambil tgk video Lagu Jangan Jangan Adik, nyanyian Rahmah Rahmat & P.Ramlee di Youtube. Amboi2… umi panggil pun buat tak tau ye.. cubit baru tau!
Nak dengar tak lagu peberet dia? :) ce klik bawah ni... hihihi

Saturday, 1 December 2012

♥ Majlis Bercukur Nur Aisyah Damia - PART 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seawal pagi, beta bersama mak bonda ke asrama cik mimi pom pom untuk menghantar kain langsir (skirt labuh) untuk dia pakai waktu mengacarakan Majlis Penutupan Semester bagi tahun 2012. Harap-harap ok la kain tu bila dia pakai. Bukan apa, risau pulak tak ok sebab dia x pernah try pun pakai kain ikan duyung tu. Dengan berbekalkan baju yang di beli khas dari Bin Nurdin, diharap dia akan rasa lebih confident.. *cough! Memandangkan tadi dia tengah breakfast, so kami tinggalkan aje kat encik guard.

Lepas tu, kami bergegas ke pasar seksyen 16... capailah ape yang patut. Jam masa tu dah menunjukkan pukul 9.45 am. Beli ikan, sayur & buah tembikai + oren kecik2.. buah2 tu untuk ira, yela hari ni hari istimewa untuk puteri kesayangan ira. Tak tau nak bagi apa. Erkk..isy, mcm tak sempat sgt rasa pagi tadi.. tapi, dalam tak sempat tu banyak pulak iklan2 kat pasar tu. Mana taknya, jumpa cikgu sekolah ~ Puan Norizan, jumpa cik zah shahril.. Dan yang paling best, siap makan nasik lemak lagi.. siap sembang2 ngan org sebelah.. rupa-rupanya jiran Cik Nasir kawan ayah. Makin rancaklah kami berborak.. Pakcik tu kerja kat JAIS, bini dia pun ada.. Baik orangnya. Bila dah makan, kami pun angkat kaki. 

Sebelum sampai umah, mak ajak ke seksyen 25 untuk beli bunga meja & ke kubur... mak aiii..memang tak sempat. Dah lambat sangat rasa, yela nanti nak potong tembikai lagi.. nak tukar baju lagi... uhuhuhuhu... mmg tak sempat! Sampai umah tadi pun dah pukul 10.25 am.. bergegas terus ke dapo untuk potong tembikai. Alhamdulillah, merah sangat tembikai tu.. memang rezeki ira. 

Lima minit lagi nak ke pukul 11.00 am, beta dan cik liza blink blink bergegas ke seksyen 24. Tak sangka senang rupanya nak ke rumah mak ira. Betul2 dekat dengan up town seksyen 24. Masuk je simpang, dah nampak dari tepi kemah cantik kaler pink maroon. Alhamdulillah, masa sampai belum mula lagi marhaban.. masa tu org2 lelaki tengah baca tahlil, ira kata tahlil untuk arwah abah ira. Sempat juga kami meng-amin-kan. Tak lama lepas tu, geng2 makcik marhaban pun sampai. Dorang diimport khas dari Seksyen 17. Ok jugak suara-suara dorang.. dan yang paling best, boleh pulak makcik yang nak sunatkan & cukur Aisyah join sama. Suara dia, perghhhh..bukan main sedap lagi.. mesti geng marhaban tu rasa tergugat kan... uhuhuhu... sedih sgt sebab tak bawak video cam. Memang frust sangat2... kalau tak, ada juga kenangan sepanjang majlis. Meriah sangat. Nak jugak merasa gunting rambut baby, sebab tak penah merasa pun gunting..tapi, seganlaa.. Keluarga ira semua baik-baik. Jadi takde lah rasa tersisih sangat. Bila tengok ira, memang happy sangat rasa.. senyum dari awal majlis sampai habis, kalau muke sedih pun mungkin masa Aisyah nak disunatkan kot.. adoii.. memang kami semua cuak masa tu. Ira kata, itu first time tgk acara sunat & bercukur. Beta pun same, itu yang seriau tu! Masa nak sunatkan Aisyah, Radzi kena kuar kejap. Yela, mane bole tengok kan... malu la Aisyah..huhu. Bila habis je sunat, barulah babahnya boleh masuk.. Lepas tu barulah rambut Aisyah dicukur. Ada la dalam 20 minit nenek tu membelek kepala Aisyah. Yang bestnya Aisyah tidur dengan lenanya. Mungkin sebab lega dah minum susu.. :D (Sedih sgt bila beta tertinggal handphone yang sedang di charge kat umah, tak boleh la beta nak tangkap gambar tuan puteri... memang sedih sangat2!!)

Bila semua dah selesai, perut pun sudah diisi, sampailah masa untuk beta dan dayang cik liza blink blink berangkat. Aisyah sedang dimandikan masa ni, so tak dapatlah nak  muah muah dia... miss lagi!! da la kat spital ari tu kena culik ngan kakak nurse. Tak pe, yang penting hari ni dapat pegang Aisyah lame sgt2.. terubat juga rindu ni.. hehehe.. Ya Allah, boleh pulak masa nak balik ira bagi lauk pauk + hadiah birthday.. Nak nangis pun ade masa tu. Tapi, ku tahankan juga ayaq mata ni supaya tak meleleh.. setelah salam mak ira & saudara mara ira, kami pun balik... ermm.. sorry, tak ade gamba.. sebab x bawak kamera... kite rase sedih gile2 ni.. x pe, nanti beta akan mintak belas ihsan tuanku permaisuri Ira ye.. berapa baanyak sedih daaaaa..... dah, jgn cedih2 lagi... pi lap ayaq mata tu..huduh rupa org tua menangih!

Bersambung di part-2... jeng jeng jeng...

♥ Akanku Hadapi..


inluv

Thursday, 29 November 2012

♥ Tahniah MiZa !!

Bergambar kenangan bersama bonda tersayang.

Sempat lagi bergambar dalam kelas. Lepas ni mesti korang rindu kat kelas ni kan..

Correct me if i'm wrong... yang tengah Wilson, Zam, Thana, Nadia, Nawal, Uma, Randi & Nalia.. Wah! terrernye... tak sangka ingat semua kengkawan depa ni.. :)  Ni belum lagi masuk gamba geng2 Liza & geng zapin Mimi, mesti lagi meriah!! uhuhuhu...

 Mimi bersama Ruby & Hazel

 Elini

Liza sedang menunggu sebelum membuat persembahan sajak. Wilson dijemput untuk memainkan piano, sebagai lagu latar. Seriously, Memang tersentuh hati bila tengok video bacaan sajak Liza...Sedih..

Nak ikutkan hari ini hari yang agak sedih juga... sedih sgt rasa bila tak dapat saksikan Majlis Konvokesyen adik-adik kesayangan. Nasib baik adik lelaki ambil cuti untuk bawa mak & Budak Stoking Putih. Jauh disudut hati terlalu sayu bila terbayang wajah ayah.. Alangkah indahnya jika ayah berkesempatan saksikan semua ini..  

Last but not least, sebenarnya saya senasib dengan budak ni... hurmm.. memang sedih kan... Tapi bobot lain, dia bahagia dengan kehidupan dia walaupun tanpa Dhia disisi.. saya rasa la.. nampak macam bahagia je.. duduk kat mana pun dia tak kisah.. nasib baik muke comel. Patut lah, Rasulullah sayang sangat dengan tok nenek bobot... ^ . ^

Wahai Allah, permudahkan segala urusan mereka.. Bantulah adik-adikku Wahai Allah... Hanya dengan kudrat-Mu sahaja yang dapat bantu mereka. Tabahkanlah hati kami Wahai Allah dari fitnah yang kami hadapi.. Hanya pada-Mu tempat kami bergantung..Sesungguhnya Kau Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala-galanya... Aameen...

Monday, 24 September 2012

♥ Hadiah Hari Lahir

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Sowree sgt2 sbb lambat update.. sebenarnya sepulangnya aku dari opis ada surprise kat umah..Walaupun dah dapat jangka...huhuhu.. ini adalah antara hadiah & babak yang sempat dirakam.. :)
Kad ucapan khas dari Mak.. Aameen..

Kenapa la tang nombo tu besa sgt... :P uhuhuhu

Banyak nyeee!!

Ini antara hadiah daripada semua..terima kasih tak terhingga.. dah lam sgt rasanya x disambut mcm ni.. biasanya keutamaan diberikan kepada kanak2 ribena mi-za-na.. Kali ni mmg x sangka.. terima kasih sgt2.. sob sob sob.. 

Banyak betul ucapan... huhuhu.. nasib baik x nangis... :D
Tak tahulah siapa yang sponsor.. rasa-rasa mcm tahu sape.. uhuk uhuk..

Ini adik lelaki tunggal saye.. skrg pada dialah tempat kami bergantung..

Adik ipar yang sporting.. TQ ina.. ;)



Paksu, Maksu & dak chabby pun ade.. kesian maksu, sempat lagi datang walaupun dah time masuk keje... mmg terharu sgt2..

Terima kasih semua.. Semoga Allah merahmati kamu semua.. 
 ♥ U All...

***********
Rasa mcm ada yang kurang... 2 orang yang penting dalam hidup saye tidak ada bersama..  :'(

Thursday, 20 September 2012

♥ Nur Aisyah Damia Si Merah Jambu


Terubat juga rasa dalam hati bila tgk Ira & baby Aisyah. Kalau x, Allah je yang tahu mcm mana rasa dalam hati ni bila x jumpa ira. Bila da tgk dgn mata kepala sendiri, baru la lega.. Alhamdulillah... Semuanya baik2 sahaja... inilah wajah buah hati pengarang jantung kawan kite, Irawati Mohd Nasir & suami, Nur Aisyah Damia ( entah betul ke x ejaan ni ).

Nak ikutkan tadi, pukul 10 da nak terkam melawat. Excited punya pasal, sampai x sempat nak tanya ira bila time melawat. Bila da sampai PPUM jam 10.15 am, guard cakap x bole masuk.. tepakse la makcik cover cun kuar pelan2.. uhuk uhuk.. sedih gak... Pak misai tu kate waktu melawat start pukul 12.00 tgh hari. Ok, fine..

Jeng..Jeng..Jeng! tepat jam pukul 12.00 tgh hari dengan pantas dan cargas mokcik capai kunci keta porche mokcik yang berwarna itam tu.. Alhamdulillah, memang Allah permudahkan perjalanan hari ni, parking pun senang sgt dpt.. dekat dgn pintu pulak tu. Sesampainya beta di wad bersalin tu (tingkat 6 - katil nombo 41), waaa... ramai pelawat rupanya, semua pakat kerumun ira & aisyah. Bila ira kenalkan, baru la tahu rupa-rupanya rakyat jelata dari Perpustakaan Komuniti Petaling rupanya.. Baik2 kawan ira. seronok pulak tgk dorang.. :D

Tak lama lepas tu, nak dekat pukul satu dorang pun minta diri untuk berangkat. Masa ni la mak ira, kak ipa, abg ira & anak buah ira sampai. Lepas tu baru la beta start interbiu artis..hihihi... best sgt dgr pengalaman ira. Ye la, nak tunggu diri sendiri ntah bila masa tah.. so, timba pengalaman la dulu.. Menurut ira, nak ikutkan kemarin start masuk ubat, tapi x berapa nak jalan.. Aisyah x nak kuar lagi. Jadi incik doktor decide start semula bagi ubat pagi semalam. Tak lama lepas tu ira kata baru la pintu buka, itupun 1 cm.. At last, Aisyah kena kuar ikut 'tingkap' je la.. hihihi.. bila dgr ira citer mcm seram je.. tapi bila tgk dia, selambe je.. mcm x sakit.. mungkin perasaan happy mengatasi segala-galanya kot. Mana taknya, bayangkan dah hampir sepuluh tahun ira & radzi tunggu Aisyah. 10 tahun bukan jangka masa yang singkat. Terlalu banyak dugaan, pahit manis dorang kena lalui. Sekarang, semua penantian berbayar.. Allah Maha Besar dan Allah x akan pernah menghampakan hambanya yang sabar. 

Cayalah ira, mmg steady.. kite tau, ira mmg kuat semangat.. walaupun tgh menahan sakit. Ni gamba ira tgh makan bubur + ikan kembung goweng + ikan bilis goweng + lada itam + bawang puteh goweng yang mak ira bawak.. nampak mmg meyelerakan. Sepanjang mokcik kat bilik tu, ira tak henti2 besembang, hepi sgt mokcik tgk.. Lawaknya pun makin menjadi2.. :D

Lebih kurang jam 1.30 pm doktor pun datang, check Aisyah.. Doktor kate Aisyah ade ruam cikit.. dan yang sedih sikit, 10 minit lepas tu kakak nurse datang culik Aisyah...huhuhu... ira kate dorang nak check gula dalam darah Aisyah, sebab Aisyah kurang gula dalam badan.. kiraan darah sebelum ni, 3.00.. mmg rendah..

Inilah gambar doktor terbabit.. cian baby kesejukan sampai terbersin.

Ini gambar Aisyah dan neneknya. Insya Allah, kalau semua ok Ira bole balik ke Shah Alam.. A'hah!! tadi sempat beta bertanya pada mak ira 'acik, baby ira cucu nombo berapa?', then mak ira bgtau ini cucu yang ke-10!! waaaaa...!! meriahnyee!! bayangkan nanti bila waktu raya.. pakat beratur ramai2 nak salam nenek... tu belum campo anak lin nanti... perrghhhhh!! mmg best! 

Memandangkan time melawat pukul 2 da nak abis, tak reti2 nak balik ke? beta pun mintak diri.. Perasaan x usah cakapla.. bercampur baur.. seronok + excited + sedih sbb x dpt tgk baby lagi + mcm2... Doa baiti untuk ira, semoga berbahagia bersama kakitangan ahli keluarga yg baru. Org kate, bila x ada anak ni lain cabarannya dan bila dah ada anak - lain pulak dugaannya.. Insya Allah Nur Aisyah Damia akan jadi anak yang solehah untuk ibu & babahnya.. aameen... Love U all... ♥

*********************
Choooppp!! ade lg, last sekali, errmmm... ini cerita sedih sikit la.. bole pulak selipar beta putus pulak...nampaknya balik ni kena jahit la.. sedih jugak sbb selipar ni cik mimi pom pom yang adiah untuk hari jadi beta baru2 ni.. beta suke sgt2 selipa ni.. 

Jeng3! inilah selipar berkenaan. Kasihan beliau.
Nanti kite jahit awak eh... da, x mo cedih2... 

Sunday, 16 September 2012

♥ Alhamdulillah

Syukur Ya Allah, sesungguhnya janji-Mu adalah benar...
Terima kasih kerana menghantar insan2 yang baik hati dan memahami..
Kau telah aturkan segalanya Ya Allah...

Rahmatilah & berkatilah hidup mereka Ya Allah.. Aameen.. 

Sunday, 26 August 2012

♥ Selamat Hari Wanita & Hepi Bufdey Paksu

Permulaan hari yang tak dapat dijangka...

Dimulakan dengan sesi memandikan ci bobot yang mucuk pada jam 9.00 pagi, yela dah janji nak mandikan dia. Nak ikutkan kemarin janjinye, tapi nak buat macam mane kan.. masa x mengizinkan.. Sorry la bot! Harap dia lega hari ni dapat tido dengan lena sebab dah pekena syampoo Michiko Flea, dalam kate lain syampoo kutu... huhuhu... sedap betul name kutu dorang kan.. :D

Ni bobot bila lepas mandi, x menyempat nak kering betul2 badannya, dia dah bantai tido.. penat sgt agaknya mandi..

Then mak kate nak pegi ke rumah cik mah untuk majlis pertunangan angah. Ok la, belakang rumah je.. walaupun tempoh eddah mak belum habis, tapi rasanya tak salah kalau setakat menjenguk ke majlis tu. Dalam pada masa tu beta dan geng makcik kantin sempat menyediakan sarapan "Mee Goreng Tak Hengat".. Walaupun x lah sesedap mee goreng USJ.. huhuhuu... Wink 

Nak dipendekkan citer, bila mak balik dari kenduri, mak ajak kami berhora2... hehehhe... Yela, esok da la cik mimi nak balik ke 'Mahligai Aman Bahagia', jadi amik la kesempatan untuk berpoya-poya hepi-hepi cikit hari nih... So, dengan pantas dan cargas kami semua bersiap ( walaupun dalam keadaan malas nak bersiap ). Sebelum keluar kami dah sepakat nak serbu Jusco Klang.. errrrr... xde tempat lain lagi ke? Sesampainya ke Jusco, kami isi perut lagi?? dulu.. Lepas makan, kami melepak kat MPH.. Adoiiiii.... Sampai melompat sambil berguling - guling kitorang kat kedai buku tu... joy Selautan buku ada kat sana... Naik juling mate beta.. 



Ini lah suasana kedai yang terbabit... Kesian jugak kat kedai ni sebab terpaksa terima pelanggan yang gila macam kami. Memang tak menang tangan dibuatnya. Mak bonda ntah hilang kemana... Budak Stoking Putih pun dah ghaib... Hadoooiii... nak cari dorang pun dah nak kena panggil ala-ala tarzan.. Memang pening kepala makcik bila sampai tempat macam ni. Masing-masing akan cari port sendiri. Ade yang layan perasaan, ada yang baca sambil mencangkung... pendek kata semua dah ada kat dunia lain.. jump Dalam tak sedar hampir 2 jam kami lepak kat situ... huhuhu... Tapi, beta dengan jayanya telah terselamat dari dugaan untuk membeli belah di kedai terbabit. Pergghhh... Selamat! ( err.. ye ke? )

Sesudahnya selesai aktiviti bersuka ria di kedai buku, kami serbu pulak kedai Sinma.. Ni memang dah jadi aktiviti wajib bagi kumpulan pom-pom cik tipah.. Banyak jugak la kami shopping.. heheh...


Ini lah barang yang kami shopping... banyak kan? 
( ek eleh, banyak la sangat.. :P ) Lepas tu, kami menerima panggilan dari Dak Chabby, katanya dalam perjalanan ke KL dari Pahang.. Tak jangka pulak dorang nak join sekali kat Jusco.. Dan nak dijadikan cerita, hari ni kebetulan pulak hari jadi paksu.. Ok jugak dorang join, lagi meriah aktiviti cik joyah ni... 

Lepas begayut, kami sambung lagi aktiviti menghabiskan bogheh duit di kedai kasut.. kat sini lagi gila! Cik liza yang pemalu telah bertukar menjadi dinasour yang sgt ganas!!! Dengan tidak semena-mena matanya menjadi liar, sampai tak tau nak pegang yang mana satu!! ..err.. acah je.. sebenarnya dia tetap maintain dengan gayanya yang ayu tu.. tapi last2, dia tidak berjaya juge untuk menyimpan duitnya yang berlipat kemas didalam woletnye.. kesian dia.. Di sebelah ini adalah gambar beliau bersama kasutnya yang cun iteww... ( Hurmm.. Maintain cun kan... hehehe... ) Actually, beta pun jeles bila beliau meyarungkan kasut berkenaan.. tapi, x pela... kasut beta pun lawa dan kacak lagi.. Sampai masa nanti, akan beta bungkus elok2 dan letak pelan2 dalam tong sampah.. ( syy... jgn ckp kuat2, nanti kasut beta merajuk ).. 


Habis satu bab....

     


Lebih kurang dalam pukul 8.00 malam, Chabby n da gang sampai.. bermulalah episod kedua, pada awalnya kami menikmati tarian bambu sampailah jam 8.30 malam.. best jugak tarian tu.. x penah pulak tgk depan mate tarian Sarawak ni.. Kitorang tengok sampai bersila.. Sehabisnya tgk persembahan tarian kebudayaan, kami ronda-ronda dalam Jusco pula.. Disinilah bermula bermacam-macam godaan... Sale disana sini.. beta beristghfar banyak-banyak dalam hati... Ya Allah, besar betul dugaan yang Kau berikan pada hamba-Mu yang lemah ini.. Langkah diatur dengan tenang... dalam hati dup dap, dup dap... Masya Allahhh.. Ku pegang satu persatu kasut... baju... dan seangkatan dengannya... Akhirnya, ku akui iman ku amat lemah... Tak perlulah beta detailkan disini berapa banyak RM yang beta korbankan.. Biarlah sengsara dihati ini geng cik kiah je yang tau... betapa sedihnya beta apabila tewas dengan godaan syaitan yang bernama 'Zalituun'... kena taubat banyak2 lepas ni.. sadness

CUTTTTT...!!!!

Cukuplah... x mo - x mo... x mo cedih2 lagi..  Sambung balik citer... Birthday boy ajak makan kat luar... Dan kami decide untuk beli kek, walaupun nak ikiutkan plannya esok..dah alang2 jumpa malam ni, potong je la malam ni...


Inilah antara babak2 yang best pada malam ni.. Hepi besday paksu.. Moga Allah merahmati & memberkati paksu sekeluarga.. Terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu disepanjang ketiadaan ayah.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik paksu sekeluarga.. Isy.. tacing la pulak.. ( sob..sob.. jap, nak lap ingus.. )


Tak ketinggalan geng jemputan khas dari USJ... nasib baik sempat merasa kek.. welcomesignplz
Gamba kotak sebelah tu merupakan hadiah istimewa yang ditempah khas dari Bombay... Tajaan Geng Pom-Pom Girl.. Walaupun x seberapa, harap paksu suke dengan adiah tu.. 

Akhir kata dari beta, Selamat hari wanita & Selamat hari lahir Pak Su... Lagu dibawah ni kami tuju khas buat paksu... Tata..



Friday, 22 June 2012

♥ MESTI BELI AL-QURAN WAQAF & IBTIDA'!!

yaayplz Pagi tadi tengok paper utusan, dalam 'FOKUS MEGA".. katanya Al-Quran ni sesuai bagi mereka yang berumur dan mempunyai nafas pendek. Sangat-sangat menarik! Try surf di Telaga Biru.net, tapi x dimasukkan lagi dalam blog. Harap-harap sgt dapat miliki dengan harga promosi RM50. Dipanjangkan disini bagi sahabat2 yang berminat. Excited sangat bukan ape, sebab aku ni jenis nafas x dalam, yela..semput la katakan.. lagipun aku & suami dalam proses belajar lagi. Kami selalu berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu. Alhamdulillah, tergerak hati nak baca surat khabar pagi ni.. Subhanallah. 

Ini serba sedikit info yang diambil dari Utusan Malaysia, Jumaat (22 Jun 2012) 

Judul : Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf & Ibtida' 
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd 
Kod Produk : TBAQ1002 
ISBN : 9555056300266 
Harga : RM75.00 (Harga Di Malaysia) 

Sempena bulan Ramadhan, pihak Telaga Biru akan mengadakan jualan gudang pada 13, 14 dan 15 Julai 2012, dengan harga upah istimewa RM50.00. Untuk makluman lanjut, hubungi 

03-6275 4070.

Sunday, 13 May 2012

♥ Selamat Hari Ibu

 Permulaan hari yang baik. Pagi, cik abg syg awal-awal lagi dah ke tempat kerja.. katanya ada gotong royong. So, bermula jam 10 pagi beta bersama wirak telah memulakan tugas yang memang benar-benar mencabar - iaitu aktiviti pencerahan (clearkan) bilik tidur kami. Perghh... dah lama x buat aktiviti ini. Kitorang siap jemur tilam & bantal lagik... huhuhu.. sungguh bekerja keras! Jam 12.30 tengah hari, cik abg syg sudah pulang.. bagai mengantuk disorongkan bantal, bertambah lagi kakitangan bertugas - untuk memindahkan barang2 dibilik utama ke bilik kecik yang mana bilik kami tidur skrg ini. Kiranya kami nak pindah ke bilik yang lebih besar la ni. Dengan perasaan yang berkobar-kobar, kami melakukan kerja dengan tangkas x hengat! Akhirnya kami berjaya menghabiskan kerja tepat jam 4.00 petang. Masa ni sempat lagi tegolek2 kat bilik baru... alahai.. kesian sungguh.. yela, mana taknya - selama 2 tahun lebih tinggal kat sini, inilah kali pertama tidur kat bilik utama ni. Perasaan berbunga-bunga macam dalam pilem industan pulak... tu yang tergolek2.. berguling2 haa... macam dalam taman munge.. nasib baik cik abg syg kejutkan dari lamunan yang terawang-awang itu... kalau x, mau hero pilem Bobby pulak sampai karang... ha ha ha.... CUT!!!! 

Dipendekkan cerita.... yela, hari ni pun korang musti tau kan - merupakan hari terulung buat insan2 istimewa yang sudah mempunya anak.. yela anak la, bukan anak tekak atau anak kucing tau mcm ci bobot atau wirak tu ok! 

Jadi, geng2 Pom2 Genuak telah calling-calling beta dan satu kampung telah sepakat untuk menyambut  hari ini dengan meriah kerna kebetulan pulak opah ade kat cini. Langkah yang pertama telah diambil oleh Ketua Sorak iaitu Cik Mimi atau lebih glamer dengan panggilan cik Mok bersama Ketua Pok Amai-Amai iaitu cik Liza, name glamernye cik Pol telah membeli card yg tersangat-sangat-sangat-sangatla kiut! Siap ade munge Rose lagik! Beta tersangatla suke dan jatuh chinta bila tatap card tersebut. Inila cardnye... santik kan?  ^__^


 Cik Mok telah menemani beta dalam misi kali ini, manakala Cik Pol sebagai 'backup' dirumah merangkap reporter pada kami... hehehe.. tengok! Cik Mok memberikan post yang terbaik di depan kedai apek di Seksyen 25, Shah Alam.

Ini merupakan orang kuat pinggan mangkuk cik kiah, tak lain dan tak bukan Budak Stoking Putih, bersama dengan geng rapatnya Chabby. Cian Chabby, ummi dan ayahnye keje. Kalau x boleh join geng Pom2 kite kan... hehhehehe... x pe, next time ok! class u all buat kerja!

Makanan yang cukup untuk satu kampung! Perghhhhh!! Siap ade apam balik (peberet budak stoking putih), popia basah (kegemaran cik mok & cik pol)... hehehehe....

Kek yang tak seberapa untuk rakyat jelata sekalian... Yang penting kiut! kan?

Opah bersame munge. So sweet..... ^__^

 Mak bersama maknye... heheheh... Sukenye dieee...
        
 Wahhhh!!!! Team Pom2 tumpang glamer nampak!! :P
  
 Macam tak cukup jeeee.... ye la, cameraman x masuk... siannye abg... Jgn merajuk ek. Nak ikutkan malam ni ade 1 team lagi, tapi ade kecemasan pulak... Takpe, kite bagi chan kat team pengantin baru utk kali ini. Dikhabarkan abg iparnya accident, harap2 x ada apa2 yang memudaratkan la ye.. Oh ya, lupe nak kenalkan.. yang pakai kopiah kat gambar kat atas ni merupakan buah hati opah beta, manakale yang di tepi cik mok, 2 dari kanan merupakan ayahanda beta merangkap kekasih hati mak beta. Hah! Cukup satu kampung kan!! hehehehe..

 Ciuman kasih dari seorang anak pada ibunye yang dikasihi... Kasih hingga ke Syurga...

 Bunge yang sangat cantik untuk insan yang cantik dihati kami.

 Oiiiiiittttt!!!! Ape yang korang gossip tu ha!? Pott pett.. Pott Pett...
X ajakkkkkkk ponnnn!!

 Ini post ala2 budget cun khas dari Budak stoking Putih, Cik Rosalina kite.

Sudah selesai kecoh di Shah Alam, tibalah masanya buat surprise untuk mak metue pula.. Kebetulan pulak sampai 5 minit sebelum pukul 12.00.. kira ok la tu kan... menjadi jugak. Walaupun sederhana, kami sambut dengan penuh rasa kasih sayang. 


Selamat hari ibu mak... Dua-dua mak memang saye sayang... Nak ikutkan hari-hari adalah hari ibu, tapi hari ni special cikit. Rasanya x salah kan kalau kita sambut hari yang betul2 buat kita kenang semula dimana asal kita, siapa insan yang melahirkan kita, adakah kita ingat kepahitan mereka dalam membesarkan kita? adakah kita menghargai insan2 yang istimewa ini?... Subhanallah, Ya Allah.. Kau lindungilah mereka Ya Allah... Aku benar-benar cintakan mereka Ya Allah...

Dengan ini, ku persembahkan lagu yang sangat-sangat istimewa untuk insan yang istimewa..