Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

♥ Keajaiban Al-Quran (Sesi Video di MOSTI)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 

(19 Jun 2013 - 2.30 petang)


Abad ke - 7, masyarakat x ada teknologi. Dulu-dulu masyarakat mempercayai bumi ini rata dan tiada tiang. Tapi bila Al-Quran turun (Ar-Rad : 2), ia telah mengubah pandangan sisi manusia. Semua aspek telah dinyatakan dalam Al-Quran.

1) Penciptaan Alam Semester
  • Al-An'am : 101 - Menceritakan tentangpenciptaan bumi
  • Teori Big Bang, isu jisim, tenaga dan masa telah ada dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu.
2) Perkembangan Alam Semester
  • Permulaan abad 20 menyatakan yang alam semester sentiasa berkembang, tetapi dalam Al-Quran sudah pun dinyatakan dalam surah Adh-Dhariyat : 47.
3) Orbit
  • Surah Al-Anbiya' : 33 - Menceritakan tentang planet mengelilingi matahari.
  • Surah Yassin : 38 - Matahari beredar dalam orbitnya - 17 juta 280,000 km sehari bergerak. Semuanya terancang.
  • Ad-Dhariyat : 7 - tentang galaksi, semua berjalan dengan terancang dan harmoni.
4) Bumbung Yang Dilindungi
  •  Al-Anbiya' : 32 - tentang atmosfera sebagai pelindung bumi.
  • Ianya terbahagi kepada beberapa lapisan untuk menapis sinaran matahari.
  • Berfungsi sebagai pengstabil suhu dengan ruangan angkasa.
  • Medan magnet bumi sebagai pelindung daripada dilanggar oleh bendasing di angkasa.
5) Langit Yang Kembali
  • Al-Tariq : 71 - Menghantar balik / memantulkan ke angkasalepas kembali sinaran yang bahaya.

6) Lapisan Atmosfera
  • Al-Baqarah : 29 - Ada 7 lapisan
  • Al-Fusilat : 11 - 12

7) Fungsi Gunung
  • Al-Anbiya' : 31 - Sebagai penahan gegaran
  • Gunung mencantumkan plak bumi, ia mengukuhkan lagi kerak bumi.
  • Sebagai pasak bumi

8) Pergerakan Gunung
  • An-Naml : 88
  • 1980-an ada kajian tentang hanyutan benua, dalam Al-Quran sudah pun disebut.

9) Misteri Besi
  • Al-Hadid : 25 - menceritakan tentang kelebihan besi.
  • Logam besi yang ditemui dalam bumi adalah hasil dari hentaman tahi bintang yang menghentam bumi.
  • Ada 2 kod matematik - '26' kod untuk besi.

10) Bahagian Hujan
  • Al-Hajr : 22 - Cerita bagaimana kejadian hujan
  • Abad 20 baru menjumpai yang angin ejen air hujan - sebagai penyubur bumi.

11) Lautan Tidak Bergaul / Bercampur Antara Satu Dengan Yang Lain
  • Ar-Rahman : 19 : 20 - cerita tentang air masin dan air tawar tidak bercampur
  • Baru-baru ini National Geography baru menjumpai kebenaran ini.

12) Jantina Bayi 
  • An-Najm : 45 : 46 - jantina ditentukan oleh lelaki
  • Al-Alaq : 1 : 3 - Kejadian manusia
  • 'Allah' - menerangkan sesuatu yang berpaut pada sesuatu.
13) Cap Jari
  • Al-Qiyamah : 4 - penekanan pada 'satu jari'.
  • Setiap orang dengan yang lain mempunyai satu set cap jari yang lain dari yang lain.

14) Otot Yang Membaluti Tulang
  • Al-Mukminun : 14 - tentang penciptaan manusia didalam rahim

15) Tiga Tahap Pembesaran Bayi Dalam Rahim
  • Az-Zuma : 6 - Kehidupan dalam rahim ia terbahagi mengikut tahap pembesaran bayi.

16) Kemenangan Kerajaan Byzantine

  • Ar-Rum : 2 : 4 - menceritakan tentang kekalahan & kemenangan empayar Byzantine.
  • Pengumuman tentang fakta geografi - kawasan terendah di bumi ( Ayat ke - 3 ) "Edna" bermaksud rendah.
  • Ia dapat dikesan hanya dengan menggunakan teknologi moden.

17) Pengulangan Perkataan
  • Hari - disebut 365 kali
  • Jamak - disebut 30 kali
  • Hukum - disebut 117 kali
  • Pengampunan - disebut 117 kali
  • Dunia - disebut 115 kali
  • Akhirat - disebut 115 kali
  • Iman - disebut 25 kali
  • Kufur - disebut 25 kali
  • Zakat - disebut 32 kali
  • Rahmat - disebut 32 kali
  • Langit - disebut 7 kali
  • Syurga - disebut 7 kali
  • Dan banyak lagi...

Thursday, 4 July 2013

♥ Rahsia Surah Al-Fatihah

  1. AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  2. AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
  3. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
  4. AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
  5. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
  6. AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Ilmu ini dikongsi oleh sahabat saya dari Cawangan Johor :  terima kasih akak...
(FB) Azrilawati Adani

Wednesday, 5 June 2013

♥ 11 Surah Dan Keistimewaannya

DATUK SHARIFAH AINI (The Official Fan Page)
Kongsian oleh : DATUK SHARIFAH AINI (The Official Fan Page)
Semoga Bermunafa’at. Insya ALLAH.
Salam santun Ukhuwah Fillah dari Kak Pah & Ummie Sharifah.
SILA SHARE:

11 SURAH AL-QUR'AN YANG MEMILIKI KEISTIMEWAAN TERTENTU
  1. Surah Al-Fatihah : dapat Memadamkan Kemurkaan ALLAH SWT.
  2. Surah Yasin : dapat Menghilangkan rasa Dahaga atau Kehausan pada hari KIAMAT.
  3. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian AllahSWT pada hari KIAMAT. 
  4. Surah Al-Waqiah : dapat Melindungi kita dari KESUSAHAN atau FAKIR.
  5. Surah Al-Mulk : dapat Meringankan AZAB ALAM KUBUR.
  6. Surah Al-Kauthar : dapat Membuat hati kita menjadi LEMBUT dan KHUSYUK.
  7. Surah Al-Kafirun : dapat Menghalangi kita menjadi KAFIR ketika Menghadapi KEMATIAN.
  8. Surah Al-Ikhlas : dapat Menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga SAKRATUL MAUT…Menyelamatkannya dari GELAP GELITA KUBUR dan Tragedi-Tragedi hari KIAMAT 
  9. Surah Al-Falq : dapat Menghapuskan PERASAN HASAD DENGKI. 
  10. Surah An-Nas : dapat Melindungi kita dari penyakit WAS-WAS.
  11. Surah Yusuf : dapat membuat kita Mendapatkan kesan yang Baik dan diSayang dalam Masyarakat…dan dapat membuat WAJAH MENJADI BERSERI-SERI....Tapi jangan tinggal kan SOLAT ya!

    Wassalam.

Saturday, 16 March 2013

♥ Persaksian Kamu



41-19:  Dan hari dikumpulkan musuh-musuh Allah ke dalam neraka lalu mereka dipisah-pisahkan. 

41-20:  Sehingga apabila mereka sampai ke sana, bersaksilah atas mereka pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan kulit mereka terhadap apa yang telah mereka kerjakan. 


41-21:  Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" (Kulit mereka) berkata: "Kami dijadikan berkata-kata oleh Allah yang menjadikan segala sesuatu berkata-kata, dan Dia (Allah) yang menciptakan kamu pada kali yang pertama, dan kepada-Nya (kepada Allah) kamu dikembalikan. 


41-22:  Dan tidaklah kamu dapat bersembunyi daripada persaksian pendengaran kamu, dan tidaklah penglihatan dan tidaklah kulit kamu, bahkan kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan daripada apa yang kamu kerjakan.  


41-23:  Dan yang demikian itu adalah prasangka kamu yang kamu sangkakan terhadap Rab (Tuhan) kamu bahawa Dia (Allah) telah menjerumuskan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang yang rugi.  


41-24:  Jika mereka bersabar, maka nerakalah tempat tinggal mereka, dan jika mereka meminta dikasihani, maka tidaklah mereka termasuk orang yang kasihani.  


41-25:  Dan Kami (Allah) tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang baik apa yang ada di antara hadapan mereka dan di belakang mereka, dan tetaplah atas mereka keputusan (sebagaimana) pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka daripada jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang yang rugi. 


41-26:  Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar kepada al-Qur’an ini, dan buatlah gangguan terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).”  


41-27:  Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan merasakan azab yang keras kepada orang kafir, dan Kami (Allah) akan membalas mereka dengan seburuk-buruknya bagi apa yang telah mereka kerjakan.  


41-28:  Demikianlah balasan (terhadap) musuh-musuh Allah, (iaitu) neraka. Bagi mereka mendapat di dalamnya adalah negeri yang kekal, sebagai balasan kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami (Allah).  


41-29:  Dan orang kafir berkata: "Rabbana (wahai Tuhan kami)! Perlihatkan kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) daripada jin dan manusia, agar kami letakkan kedua-duanya di bawah telapak kaki kami, supaya kedua-duanya menjadi orang yang hina.” 


41-30:  Sesungguhnya orang yang mengatakan: "Rab (Tuhan) kami ialah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu.”  


41-31:  Kami (Allah) adalah pelindung-pelindung kamu dalam kehidupan dunia dan di akhirat, dan bagi kamu di dalamnya apa yang diinginkan oleh dirimu, dan bagi kamu di dalamnya apa yang kamu minta.  


41-32:  Hidangan daripada al-Ghafur (Yang Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). 

Wednesday, 9 January 2013

♥ Kesalahan Tajwid Dalam Al-Fatihah

1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf digantikan dengan huruf

7.
Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ditukar menjadi huruf

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ditukar menjadi huruf

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf tidak disabdukan.

17. Huruf ditukar menjadi huruf

18.
Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan , kemudian . Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian

21.
Huruf ditukar menjadi huruf

22.
Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf disebut dengan qalqalah.

24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf

26.
Huruf tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...

Kredit to : http://www.soutulmujahid.com
p/s : Sila berguru lagi dengan mendapatkan musyafahah dari guru yang muktabar

Sunday, 6 January 2013

♥ Bahasa Syurga

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira) @ Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

Saturday, 5 January 2013

♥ 10 Surah Yang Paling Berharga Dari Al-Quran

1-Surah Al-Fatihah : mencegah dari kemurkaan Allah SWT
2- Surah Yasin : mencegah dari kehausan pada hari Kiamat
3-Surah Ad-Dukhan : mencegah daripada huru-hara hari Kiamat
4-Surah Al Waqiah : mencegah daripada kefakiran
5-Surah Al-Mulk : mencegah daripada Azab Kubur
6-Surah Al-Kauthar : mencegah daripada perbalahan atau permusuhan
7-Surah Al-Kafirun :mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia
8-Surah Al-Ikhlas : mencegah daripada bersifat munafiq
9-Surah Al-Falaq : mencegah daripada perasaan hasad
10-Surah An-Nas :mencegah daripada terkena penyakit was-was

Friday, 4 January 2013

♥ Petua Rawatan Islam - Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. (Dipetik Dari :: 1001 Sirah Nabi Muhammad)
Bonus!!  :: Mulakan pagi anda dengan bacaan ini..

بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ،
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: ‘Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan nama-Nya sama ada di bumi mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’Bacalah bacaan ini setiap pagi dan petang sebanyak TIGA kali. Nescaya Nabi menyatakan TIADA sesuatu perkara dapat memudaratkannya.

(Dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Hasan Li Ghayrihi)

Friday, 28 December 2012

♥ "Tidak Akan Disentuh Api Neraka"


Kenalkah anda siapa lelaki beriman ini? Beliau ialah Pak Su Abdul Hamid b M.Ismail dikenali sebagai Paksu Mid. Beliau dari Pokok Sena, Kedah. Dikatakan, beliau mampu mengkhatam al Quran, tiga hari sekali. Allahu Akbar. 

Kisah tentang tangisan beliau.....

Satu rombongan datang menziarahi beliau. Di dalam rombongan tersebut terdapat orang alim dari Timur Tengah. Semasa mereka berbicara, tiba-tiba Paksu Mid menangis. Kemudian beliau menyapu airmatanya itu ke seluruh wajahnya.

Ditanya mengapa menyapu air matanya ke seluruh wajahnya. Beliau menjawab: “Sesungguhnya mana-mana kulit yang disentuh airmata yang mengalir kerana takutkan Allah itu tidak akan disentuh oleh api neraka.

Thursday, 27 December 2012

♥ Janji Allah

Apabila mata sentiasa melihat ayat-ayat al-quran , mata kita akan menjadi sihat , jelas dan terang .. walaupun usia semakin meningkat .. itulah janji ALLAH...

Peliharalah ALLAH (syariat Allah).. maka ALLAH akan pelihara kita..


Monday, 17 December 2012

♥ Miliki Mahligai Dengan Cara Yang Mudah

Harga rumah teres sekarang, secara purata dalam RM300,000 sebuah... kalau banglo, harganya boleh mencecah jutaan ringgit..

Untuk mengumpul wang jutaan ringgit itu pula, mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun. Selepas berjaya dan dapat beli banglo..

Kita akan tinggal di dalam rumah banglo itu.. paling lama.. 80 tahun..

Lepas itu meninggal dan masuk ke kubur. Kemudian ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat yang tempoh hidupnya adalah selama-lamanya..

Persoalannya.. Bagaimana pula rumah kita di akhirat kelak?
**********
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”

Dunia => Usaha 10 tahun => Banglo (untuk 80 tahun)
Akhirat => Usaha 15 mnit => Istana (untuk selama-lamanya)

Friday, 7 December 2012

♥ Kaedah Menghafal Surah – Part2



Motivasi Pagi - Ustaz Ashraf IKIM (7.12.2012) 


1) Ustaz cerita kisah seorang makcik biasa yang macam kita, yang suka shopping. Makcik ni nak sangat menghafal surah-surah yang dia suka. Mula-mula ustaz suruh dia hafal surah 30. Tiga bulan kemudian makcik ni call, kata dia dah habis hafal. Tak lama lepas tu, dia call ustaz lagi, ustaz ingat dia dah lupa hafazan, rupa-rupanya dia nak tanya ustaz nak baca yang mana lagi pada ustaz. Point disini ialah, factor keadaan dan usia bukan halangan. Antara nak dgn tak nak aje.


2) Sambung dgn pelajaran semalam, sehari hafal 3 baris sahaja. Untuk berapa lama? Hanya perlu baca 30 minit sahaja. Kita nakkan konsisten, bukan hanya hebat pada awalnya sahaja.


3) Kita semua boleh, sebab ~ Allah dah cipta otak yang luar biasa untuk kita. Dia boleh ingat kalau benda tu dia nak ingat. Apa yang penting, perlu maintainkan hafazan.



4) Caranya dengan ada jadual yang tersusun.
         a- Sebelum solat – ulang bacaan
         b- ketika solat – baca hafazan
         c- bila pegi kerja – ulang balik bacaan
         d- masa solat – baca balik

5) Apa perlu buat kalau terlupa? Gantikan aje dengan surah lain. Kalau kita lupa masa solat tu maknanya kita dah dapat detect part mana yang kita lemah.     
  

Thursday, 6 December 2012

♥ Menghafal Kaedah Jibril - Part 1

Motivasi Pagi - Ustaz Ashraf IKIM (6.12.2012 ~ 7.30 am)

1) Mudah nak menghafal bagi sesiapa yang nak.

2) Mana ada buku dalam dunia yang boleh orang hafal bulat-bulat 100% tanpa faham
    maknanya. Inilah mukjizat Al-Quran. Allah dah design khas untuk manusia.

3) Persoalan : a- susah sangat nak ingat / melekat walaupun dah bertahun baca.
                       b- kalau dah hafal pun, kdg2 bila try baca balik bercampur aduk bacaan.
                       c- asik lupa je kalau nak baca balik, terutama bila time solat.

Kaedah Jibril :
1) Jangan banyak terlalu banyak baris. Baca 3 baris sahaja sehari. (Ustaz cerita kisah 
    arnab & kura2) Biar lambat janji konsisten sebab kehidupan kita tak mngizinkan. 
    Ikutlah reality semasa. Slow & steady.

2) Dalam seminggu hanya hafal 5 hari sahaja, 2 hari lagi ulang selalu apa yang dihafal. 
    Khaskan pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Praktikkan dalam solat.

3) Insya Allah, dalam sebulan kita boleh menghafal 3 muka surat ayat Al-Quran.

Saturday, 24 November 2012

♥ Fadilat Al-Kursi

Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda nabi "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan ( mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”.

Namun jangan tersilap memahami hadis ini bahawa tiada tanggungjawab, kewajiban dan larangan yang perlu di buat dan jauhi ye. Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.
 

Friday, 21 September 2012

♥ Disaat Kita Bersama Al-Quran


Ingin ku abadikan disini peringatan dari salah seorang sahabat ditempatku bekerja. Email dihantar pada 13 Apr 2011. Aku simpan sehingga kini sebab kata-katanya benar2 memberi kesan buatku sehingga kini. Semoga Allah sentiasa merahmati & memberkati SITI NOR AFEZA BINTI ARIFFIN sekeluarga, beliau merupakan salah seorang kakitangan daripada Unit Kewangan, bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia. Berikut adalah butirannya :

      Saat kita membawa Al-Quran – Syaitan tengok jer / biasa2jer 

      Saat kita membuka Al-Quran – Syaitan mulai curiga 

      Saat kita membaca Al-Quran – Syaitan resah &gelisah 

      Saat kita memahami Al-Quran – Syaitan kekejangan 

      Saat kita mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian – Syaitan stroke 

      Selamat Beramal…. 


Saturday, 4 August 2012

♥ IKIM - SOLAT


Kebetulan pula tadi dengar tajuk segmen ‘Solat’ di IKIM waktu rehat pukul 10.00 pagi tadi.

Banyak juga persoalan2 menarik yang diutarakan untuk Ustaz Yamani. Berikut adalah antara bijik butir yang sempat dicatit. Ada jugak yang terlepas sebab tak sempat. Tapi kira ok la, less is better than nothing kan…
( ^ . ^ )’
Mukaddimahinluv

Di bulan Syaaban ini, marilah sama-sama kita memperelokkan solat kita. Solat diibaratkan seperti pakaian, jika pakaian kita tak elok, kita akan rasa tak selesa, begitu juga dengan solat.

Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3, diawalnya merupakan musim rahmat bagi kita. Musim pertengahan merupakan musim pengampunan manakala musim yang ketiga adalah musim penutup. Sama-samalah kita manfaatkannya.

Soalan2: neutral

1) Kalau imam rasa nak kentut semasa solat, macam mana cara nak undur?

Jawapan : Kalau boleh atasi masalah sebelum solat. Selesaikan dulu hajat sebelum solat. Kalau tak nanti tak khusyuk. Kalau rasa dalam solat, elok hentikan solat dan undur, cakaplah pada orang belakang supaya supaya gantikan jadi imam. Kita boleh cakap, sebab dah niat batalkan solat tadi.

2) Macam mana pula kalau solat jemaah berdua seperti suami imamkan isteri?

Jawapan : Ada 3 keadaan; a – Makmum (isteri) kena teruskan solat dan gantikan niat solat sendirian, b – Isteri boleh tunggu suami atau c – Niat hentikan solat.

3) Bagaimana keadaan baca Yassin beramai-ramai sebenarnya?

Jawapan : Surah Yassin kalau boleh baca sendirian, jika beramai-ramai mestilah berpandukan ketua. Tujuannya supaya ianya boleh jadi panduan bagi mereka yang tidak berapa pandai baca Quran.

4) Bagaimanakah cara berwuduk bagi mereka yang kaki bersimen?

Jawapan : 4 anggota wuduk kena basuh dengan sempurna. Eloknya sebelum simen ambil wuduk dahulu. Kalau bersimen untuk jangka masa yang lama – bertayamum, tepuk debu 2 kali sapu ditangan, sapu 2 kali di muka. Di Malaysia debu yang bersih ada dijual.
.
5) Bagaimana kedudukan solat kita yang dulu-dulu tak sah? Cth : Tak mandi wajib sebelum solat Sekarang baru tahu, sebab dah belajar.

Jawapan : Tak berdosa atas sebab kejahilan, tapi wajib qada.

6) Sahkah solat jika menangis?

Jawapan : Tidak batal kalau sekadar mengalir, walaupun teresak-esak. Tapi jika sampai mengeluarkan suara – batal solat.

7) Macam mana kalau masjid blackout, imam dah sujud. Bila ada lampu nampak imam dah bangun.

Jawapan : Tidak mengapa, makmum boleh teruskan sebab tak tahu.

8) Hukum isbal - menutup mata kaki (buku lali)?

Jawapan : Makruh

9) Bagaimana kalau Al-Fatihah suami tak betul walau dah banyak kali ajar, tapi masih berulang?

Jawapan : Jika disebabkan lidah suami pendek dan hanya itu bacaan yang terbaik dia boleh baca maknanya sah solatnya, tapi dia hanya boleh imamkan orang-orang yang seangkatan dengannya sahaja. Jika suami tidak ada masalah apa-apa, nasihatilah suami baik-baik supaya belajar.

10) Apa hukum bersin sampai bergegar badan dalam solat?

Jawapan : Tidak sengaja tak apa, begitu juga jika menggigil kesejukan.

11) Apa hukum sapu muka?

Jawapan : Solat sah sebab sudah selesai solat.

12) Bagaimana solat jemaah bagi wanita?

Jawapan : Perempuan juga dituntut untuk berjemaah tapi tidaklah dituntut seberat lelaki. Bacaan mesti diperlahankan bila ada ajnabi. Kedudukan imam hanya depan sedikit sahaja daripada makmum. Tidak seperti kedudukan imam lelaki. Kadar suara hanya sekadar dapat didengari makmum. Bila didalam rumah nyaring sedikit pun boleh.

13) Wuduk orang yang tak boleh jalan, boleh tak guna spray?

Jawapan : Tangan dan kaki mesti dibasuh dengan kata lain mesti dialirkan dan diratakan air. Jika setakat spray tidak memadai sebab air tidak dialirkan, jadi tidak sah.

14) Berdehem dalam solat.

Jawapan : Tak boleh berdehem. Kalau tak sengaja tak mengapa.

15) Bolehkah jadikan air mineral untuk berwuduk jika dalam stadium x cukup air sebab terlalu ramai?

Jawapan : Boleh. Jika takut x cukup juga, memadailah buat yang wajib sahaja iaitu basuh sekali setiap anggota wuduk.
p/s : Pada kawan2 yang ada dengar, boleh la top-up2 info. Tak semua dapat ditulis tadi..ballooonplz