Showing posts with label Tahniah. Show all posts
Showing posts with label Tahniah. Show all posts

Saturday, 1 December 2012

♥ Majlis Bercukur Nur Aisyah Damia - PART 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seawal pagi, beta bersama mak bonda ke asrama cik mimi pom pom untuk menghantar kain langsir (skirt labuh) untuk dia pakai waktu mengacarakan Majlis Penutupan Semester bagi tahun 2012. Harap-harap ok la kain tu bila dia pakai. Bukan apa, risau pulak tak ok sebab dia x pernah try pun pakai kain ikan duyung tu. Dengan berbekalkan baju yang di beli khas dari Bin Nurdin, diharap dia akan rasa lebih confident.. *cough! Memandangkan tadi dia tengah breakfast, so kami tinggalkan aje kat encik guard.

Lepas tu, kami bergegas ke pasar seksyen 16... capailah ape yang patut. Jam masa tu dah menunjukkan pukul 9.45 am. Beli ikan, sayur & buah tembikai + oren kecik2.. buah2 tu untuk ira, yela hari ni hari istimewa untuk puteri kesayangan ira. Tak tau nak bagi apa. Erkk..isy, mcm tak sempat sgt rasa pagi tadi.. tapi, dalam tak sempat tu banyak pulak iklan2 kat pasar tu. Mana taknya, jumpa cikgu sekolah ~ Puan Norizan, jumpa cik zah shahril.. Dan yang paling best, siap makan nasik lemak lagi.. siap sembang2 ngan org sebelah.. rupa-rupanya jiran Cik Nasir kawan ayah. Makin rancaklah kami berborak.. Pakcik tu kerja kat JAIS, bini dia pun ada.. Baik orangnya. Bila dah makan, kami pun angkat kaki. 

Sebelum sampai umah, mak ajak ke seksyen 25 untuk beli bunga meja & ke kubur... mak aiii..memang tak sempat. Dah lambat sangat rasa, yela nanti nak potong tembikai lagi.. nak tukar baju lagi... uhuhuhuhu... mmg tak sempat! Sampai umah tadi pun dah pukul 10.25 am.. bergegas terus ke dapo untuk potong tembikai. Alhamdulillah, merah sangat tembikai tu.. memang rezeki ira. 

Lima minit lagi nak ke pukul 11.00 am, beta dan cik liza blink blink bergegas ke seksyen 24. Tak sangka senang rupanya nak ke rumah mak ira. Betul2 dekat dengan up town seksyen 24. Masuk je simpang, dah nampak dari tepi kemah cantik kaler pink maroon. Alhamdulillah, masa sampai belum mula lagi marhaban.. masa tu org2 lelaki tengah baca tahlil, ira kata tahlil untuk arwah abah ira. Sempat juga kami meng-amin-kan. Tak lama lepas tu, geng2 makcik marhaban pun sampai. Dorang diimport khas dari Seksyen 17. Ok jugak suara-suara dorang.. dan yang paling best, boleh pulak makcik yang nak sunatkan & cukur Aisyah join sama. Suara dia, perghhhh..bukan main sedap lagi.. mesti geng marhaban tu rasa tergugat kan... uhuhuhu... sedih sgt sebab tak bawak video cam. Memang frust sangat2... kalau tak, ada juga kenangan sepanjang majlis. Meriah sangat. Nak jugak merasa gunting rambut baby, sebab tak penah merasa pun gunting..tapi, seganlaa.. Keluarga ira semua baik-baik. Jadi takde lah rasa tersisih sangat. Bila tengok ira, memang happy sangat rasa.. senyum dari awal majlis sampai habis, kalau muke sedih pun mungkin masa Aisyah nak disunatkan kot.. adoii.. memang kami semua cuak masa tu. Ira kata, itu first time tgk acara sunat & bercukur. Beta pun same, itu yang seriau tu! Masa nak sunatkan Aisyah, Radzi kena kuar kejap. Yela, mane bole tengok kan... malu la Aisyah..huhu. Bila habis je sunat, barulah babahnya boleh masuk.. Lepas tu barulah rambut Aisyah dicukur. Ada la dalam 20 minit nenek tu membelek kepala Aisyah. Yang bestnya Aisyah tidur dengan lenanya. Mungkin sebab lega dah minum susu.. :D (Sedih sgt bila beta tertinggal handphone yang sedang di charge kat umah, tak boleh la beta nak tangkap gambar tuan puteri... memang sedih sangat2!!)

Bila semua dah selesai, perut pun sudah diisi, sampailah masa untuk beta dan dayang cik liza blink blink berangkat. Aisyah sedang dimandikan masa ni, so tak dapatlah nak  muah muah dia... miss lagi!! da la kat spital ari tu kena culik ngan kakak nurse. Tak pe, yang penting hari ni dapat pegang Aisyah lame sgt2.. terubat juga rindu ni.. hehehe.. Ya Allah, boleh pulak masa nak balik ira bagi lauk pauk + hadiah birthday.. Nak nangis pun ade masa tu. Tapi, ku tahankan juga ayaq mata ni supaya tak meleleh.. setelah salam mak ira & saudara mara ira, kami pun balik... ermm.. sorry, tak ade gamba.. sebab x bawak kamera... kite rase sedih gile2 ni.. x pe, nanti beta akan mintak belas ihsan tuanku permaisuri Ira ye.. berapa baanyak sedih daaaaa..... dah, jgn cedih2 lagi... pi lap ayaq mata tu..huduh rupa org tua menangih!

Bersambung di part-2... jeng jeng jeng...

Thursday, 29 November 2012

♥ Tahniah MiZa !!

Bergambar kenangan bersama bonda tersayang.

Sempat lagi bergambar dalam kelas. Lepas ni mesti korang rindu kat kelas ni kan..

Correct me if i'm wrong... yang tengah Wilson, Zam, Thana, Nadia, Nawal, Uma, Randi & Nalia.. Wah! terrernye... tak sangka ingat semua kengkawan depa ni.. :)  Ni belum lagi masuk gamba geng2 Liza & geng zapin Mimi, mesti lagi meriah!! uhuhuhu...

 Mimi bersama Ruby & Hazel

 Elini

Liza sedang menunggu sebelum membuat persembahan sajak. Wilson dijemput untuk memainkan piano, sebagai lagu latar. Seriously, Memang tersentuh hati bila tengok video bacaan sajak Liza...Sedih..

Nak ikutkan hari ini hari yang agak sedih juga... sedih sgt rasa bila tak dapat saksikan Majlis Konvokesyen adik-adik kesayangan. Nasib baik adik lelaki ambil cuti untuk bawa mak & Budak Stoking Putih. Jauh disudut hati terlalu sayu bila terbayang wajah ayah.. Alangkah indahnya jika ayah berkesempatan saksikan semua ini..  

Last but not least, sebenarnya saya senasib dengan budak ni... hurmm.. memang sedih kan... Tapi bobot lain, dia bahagia dengan kehidupan dia walaupun tanpa Dhia disisi.. saya rasa la.. nampak macam bahagia je.. duduk kat mana pun dia tak kisah.. nasib baik muke comel. Patut lah, Rasulullah sayang sangat dengan tok nenek bobot... ^ . ^

Wahai Allah, permudahkan segala urusan mereka.. Bantulah adik-adikku Wahai Allah... Hanya dengan kudrat-Mu sahaja yang dapat bantu mereka. Tabahkanlah hati kami Wahai Allah dari fitnah yang kami hadapi.. Hanya pada-Mu tempat kami bergantung..Sesungguhnya Kau Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala-galanya... Aameen...

Thursday, 20 September 2012

♥ Nur Aisyah Damia Si Merah Jambu


Terubat juga rasa dalam hati bila tgk Ira & baby Aisyah. Kalau x, Allah je yang tahu mcm mana rasa dalam hati ni bila x jumpa ira. Bila da tgk dgn mata kepala sendiri, baru la lega.. Alhamdulillah... Semuanya baik2 sahaja... inilah wajah buah hati pengarang jantung kawan kite, Irawati Mohd Nasir & suami, Nur Aisyah Damia ( entah betul ke x ejaan ni ).

Nak ikutkan tadi, pukul 10 da nak terkam melawat. Excited punya pasal, sampai x sempat nak tanya ira bila time melawat. Bila da sampai PPUM jam 10.15 am, guard cakap x bole masuk.. tepakse la makcik cover cun kuar pelan2.. uhuk uhuk.. sedih gak... Pak misai tu kate waktu melawat start pukul 12.00 tgh hari. Ok, fine..

Jeng..Jeng..Jeng! tepat jam pukul 12.00 tgh hari dengan pantas dan cargas mokcik capai kunci keta porche mokcik yang berwarna itam tu.. Alhamdulillah, memang Allah permudahkan perjalanan hari ni, parking pun senang sgt dpt.. dekat dgn pintu pulak tu. Sesampainya beta di wad bersalin tu (tingkat 6 - katil nombo 41), waaa... ramai pelawat rupanya, semua pakat kerumun ira & aisyah. Bila ira kenalkan, baru la tahu rupa-rupanya rakyat jelata dari Perpustakaan Komuniti Petaling rupanya.. Baik2 kawan ira. seronok pulak tgk dorang.. :D

Tak lama lepas tu, nak dekat pukul satu dorang pun minta diri untuk berangkat. Masa ni la mak ira, kak ipa, abg ira & anak buah ira sampai. Lepas tu baru la beta start interbiu artis..hihihi... best sgt dgr pengalaman ira. Ye la, nak tunggu diri sendiri ntah bila masa tah.. so, timba pengalaman la dulu.. Menurut ira, nak ikutkan kemarin start masuk ubat, tapi x berapa nak jalan.. Aisyah x nak kuar lagi. Jadi incik doktor decide start semula bagi ubat pagi semalam. Tak lama lepas tu ira kata baru la pintu buka, itupun 1 cm.. At last, Aisyah kena kuar ikut 'tingkap' je la.. hihihi.. bila dgr ira citer mcm seram je.. tapi bila tgk dia, selambe je.. mcm x sakit.. mungkin perasaan happy mengatasi segala-galanya kot. Mana taknya, bayangkan dah hampir sepuluh tahun ira & radzi tunggu Aisyah. 10 tahun bukan jangka masa yang singkat. Terlalu banyak dugaan, pahit manis dorang kena lalui. Sekarang, semua penantian berbayar.. Allah Maha Besar dan Allah x akan pernah menghampakan hambanya yang sabar. 

Cayalah ira, mmg steady.. kite tau, ira mmg kuat semangat.. walaupun tgh menahan sakit. Ni gamba ira tgh makan bubur + ikan kembung goweng + ikan bilis goweng + lada itam + bawang puteh goweng yang mak ira bawak.. nampak mmg meyelerakan. Sepanjang mokcik kat bilik tu, ira tak henti2 besembang, hepi sgt mokcik tgk.. Lawaknya pun makin menjadi2.. :D

Lebih kurang jam 1.30 pm doktor pun datang, check Aisyah.. Doktor kate Aisyah ade ruam cikit.. dan yang sedih sikit, 10 minit lepas tu kakak nurse datang culik Aisyah...huhuhu... ira kate dorang nak check gula dalam darah Aisyah, sebab Aisyah kurang gula dalam badan.. kiraan darah sebelum ni, 3.00.. mmg rendah..

Inilah gambar doktor terbabit.. cian baby kesejukan sampai terbersin.

Ini gambar Aisyah dan neneknya. Insya Allah, kalau semua ok Ira bole balik ke Shah Alam.. A'hah!! tadi sempat beta bertanya pada mak ira 'acik, baby ira cucu nombo berapa?', then mak ira bgtau ini cucu yang ke-10!! waaaaa...!! meriahnyee!! bayangkan nanti bila waktu raya.. pakat beratur ramai2 nak salam nenek... tu belum campo anak lin nanti... perrghhhhh!! mmg best! 

Memandangkan time melawat pukul 2 da nak abis, tak reti2 nak balik ke? beta pun mintak diri.. Perasaan x usah cakapla.. bercampur baur.. seronok + excited + sedih sbb x dpt tgk baby lagi + mcm2... Doa baiti untuk ira, semoga berbahagia bersama kakitangan ahli keluarga yg baru. Org kate, bila x ada anak ni lain cabarannya dan bila dah ada anak - lain pulak dugaannya.. Insya Allah Nur Aisyah Damia akan jadi anak yang solehah untuk ibu & babahnya.. aameen... Love U all... ♥

*********************
Choooppp!! ade lg, last sekali, errmmm... ini cerita sedih sikit la.. bole pulak selipar beta putus pulak...nampaknya balik ni kena jahit la.. sedih jugak sbb selipar ni cik mimi pom pom yang adiah untuk hari jadi beta baru2 ni.. beta suke sgt2 selipa ni.. 

Jeng3! inilah selipar berkenaan. Kasihan beliau.
Nanti kite jahit awak eh... da, x mo cedih2... 

♥ Tahniah Khas Buat Sahabat Yg Sgt Istimewa

19 / 9 / 2012 ~ 3.5 kg
Entah macam mana tergerak hati nak buka FB tadi, teringat kat ira.. Ingatkan nak tanye khabar kat wall ira... Subhanallah, rupanya dah selamat melahirkan seorang puteri. Esok je la call, xde kredit nak msg malam ni... hehehe...

Buat sahabatku Irawati Mohd Nasir & suami, Ucapan tahniah dilayangkan khas buatmu. Semoga puteri kalian menjadi anak yang soleh & menjadi bekal diakhirat kelak.. Aameen...
Nanti jgn lupe upload gamba baby ye.. kite x saba nak tgk... 
isyyy... x sabar nak cubit picit cium baby... ngeeeee...


Lagu ni khas buat ira...