Showing posts with label Ustazah Rubiah. Show all posts
Showing posts with label Ustazah Rubiah. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

♥ Alhamdulillah..

Umi Robiah :: Alhamdulillah, syukur dipermudahkan. Anggaplah itu 'hadiah' daripada Allah. Terimalah dengan hati yang redha. Kita ibarat buah catur Allah. Semua ini atas mahunya Allah dan terimalah hanya kerana Allah. Inilah peta Allah, mungkin terjadinya ia untuk dekatkan kita lagi dengan Allah.

1) Al-Baqarah - Keselamatan rumah dan diri.
2) Ar-Rahmah - Untuk tenang
3) Al-Waqiah - Untuk dapat senang hati, lapang & mudah urusan
4) Al-Mulk - Untuk jadikan kita kuat (tabah)

Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku.. tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Sunday, 23 December 2012

Kata-Kata Hikmah Dr Rubiah & Prof Muhaya


Setelah mendengar kuliah Dr Robiah dan Prof Dr Muhaya di Radio IKIM setiap pagi sejak akhir-akhir ini, berikut adalah antara mutiara kata yang sungguh indah yang boleh dijadikan panduan :

1. Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.

2. Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.

3. Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Allah s.wt .

4. Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.

5. Orang dungu hanya tahu setelah terkena.

6. Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.

7. Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.

8. Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.

9. Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.

10. Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.Buat betul biar betul-betul.

11. Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!

12. Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.

13. Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.

14. Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.

15. Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.

16. Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.

17. Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.

18. Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.

19. Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.

20. Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.

21. Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas !

22. Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.

23. Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.

24. Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.

25. Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah? Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.

26. Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal? Jawapannya: Sudut Pandangan!

27. Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.

28. Syukur andainya kita boleh bersyukur.

29. Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.

30. Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu,yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini; yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!

31. Puppet digerakkan oleh tali. Manusia punyai 'tali ghaib' yang menggerakkan hidup!

32. Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.

33. Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernah menipu.

34. Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.

35. Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.

36. Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.

37. Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil, anak benih dengan tanah, perancangan dengan menuliskannya.

38. Sedetik menoleh kepada Allah s.wt , baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.

39. Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberian Allah s.wt .

40.  Cintakan Allah s.wt adalah naluri terindah.


41. Jangan kerap mengucapkan kesukaran di setiap perbuatan, selalu mengucap kesyukuran.

Sunday, 16 September 2012

♥ Sifat Pemaaf


Ustazah Dr Robiah (14 September 2012 - JKR Kuala Lumpur)
  1. Reset semual niat jika pergi kerumah orang, niatlah untuk berziarah bukan atas jemputan.
  2. Hari Raya ibadah agama, bukan budaya.
  3. Ajarkan anak salam bukan untuk dapatkan envelop (duit).
  4. Jaga etika - niatlah kerana Allah, bila jumpa jangan tak salam.
  5. Betulkan balik, jika bertanya selalu tanya 'dah makan ke belum?', tukarkan pada 'kita dah bermaafan ke belum?'.
  6. Ibadah Haji adalah kemuncak bagi penyucian jiwa. Buatlah betul2, bersihkan jiwa kalau hati kotor - rugi.
  7. Kalau nama untuk pergi haji x naik lagi maknanya x ada rezeki. Doalah banyak2 mohon pada Allah panjang umur, sihatkan badan untuk pergi kesana nanti.
Apa itu pemaaf?
  1. Situasi yang memerlukan maaf - bila tersinggung, buat muka, dendam, sakit hati & etc.
  2. Sakit jiwa terjadi bila dendan & sakit hati disimpan & dipendam terlalu banyak.
  3. Kita kena start tegur orang dulu - macam tu lah juga kita nak orang tegur kita juga.
  4. tetamu yang datang rumah membawa rezeki, doa, bawa keceriaan. Kalau nak orang datang rumah kita, kita kenalah pergi rumah orang dulu - ziarah ( ada rantaian ).
  5. Pegang tangan suami - gugur dosa2.
  6. Tanya diri senditi tersinggung tak bila orang x hidang, x layan kita, kalau kita umpat dia?. Macam tu juga orang rasa.
  7. Petanda hati kotor - terasa diri lebih, takut bila dikritik, angkuh, pandang hina pada orang & etc.
  8. Orang pemaag adalah orang yang punya jiwa.
  9. Kalau kita buat macam orang yang sakitkan hati kita, ibarat kita dgn dia adalah sama.
  10. Kalau secantik manapun ibadah, tapi kalau hati x bersih - x ada gunanya.
  11. Pada ayat 237 surah Al-Baqarah disebutkan bahwa :
    وَ أَنْ تَعْفُوْا أَقـْرَبُ لِلتـَّقـْوَى
    “..Dan jika kamu memaafkan, maka hal itu lebih dekat kepada takwa…”
  12. Jika majikan marah, maafkan dia. Aura yang baik akan sampai pada dia.
  13. Orang yang beriman & ikhlas ibarat 2 jari ( telunjuk & jari hantu ), sgt dekat dgn Allah.
  14. Latih dari skrg untuk kira dendam, dan delete.
  15. Dendam akan buatkan kita sakit - sakit saraf, migrain, lesu, energy x ada & etc.
  16. Maafkan diri sendiri sbb x dapat jadi isteri yang baik, maafkan suami sbb x dpt beri segala-nya, kita manusia.
  17. Geram, marah = x pemaaf. Akan tempah diri keneraka.
  18. Jangan simpan walaupun kecil. Kena cakap. Cakaplah dengan rela hati & ikhlas.
  19. Tolong guna talian hayat dengan Allah jika nak ubah diri. Mintalah tlg pada Allah untuk kuatkan semangat.
  20. Taqwa - merasa Allah lihat kita sentiasa. Secara tak langsung akan jaga segala tingkah laku walau ada dimana pun. Orang yang sunyi - Allah ada dgn kita.
  21. Latihlah diri untuk cari redha Allah. Cari ilmu kerana Allah, buat apa2 pun kerana Allah.
  22. Orang pemaaf kena jaga matlamat - bukan sebab nak menang, tapi hanya sebab nak dapat redha Allah.
  23. Bonus untuk orang yang pemaaf - senang hati, hati lapang, lembut dengan orang, x sakit, wajah awet muda & etc.
  24. Cara tegur orang pun kena ada gaya : cth - "mak seronok sgt kalau kamu.......", bukan "mak menyampah & tak suka kamu.....". Kena pandai sbb boleh motivate org untuk berubah.
  25. Kena rasa nikmat & nilai membuat sesuatu, nilai memberi & nilai menerima.
Kenapa Sulit Jadi Pemaaf?
  1. Manusia ada 2 nafsu - nafsu negatif & nafsu positif.
  2. Nafsu negatif biasanya bermain dalam fikiran akan bunuh nafsu positif - yang baik2.
  3. Tanda - tanda = kita sanggup ambil hak org, sombong, rasa lebih dari org lain, ego, sbb x percaya pada org (x harap kat org lain) & etc.
Bagaimana Nak Jadi Pemaaf?
  1. Senyumlah - untuk runtuhkan ego. Kita kena mulakan dulu.
  2. Terima org seadanya, terimalah kekurangannya. Jika ada sifat sombong kita akan hilang kawan & kita hilang mesra.
  3. Orang sombong ibadahnya tertolak.
Hadiah Bagi Si Pemaaf
  1. Jarang sakit, kalau sakit pun senang sembuh.
  2. Maaf itu ibarat air hujan, bayangkan kalau kita dapat mandi hujan.. lega je rasa, sejuk.
  3. Rasa paling bahagia kerana semua org suka dia.
  4. Allah akan angkat tarafnya.
  5. Banyak sahabat & ramai org nak berkawan dgn dia.

Thursday, 16 February 2012

♥ Ikhlas

Oleh Ustazah Rubiah  :  8 Mei 2009 (Surau JKR)
"Kenal Diri"
  1.   Apa yang kita fikir akan akan reflect diluarnya, fizikal & mulut.  
  2.  Kena selalu bersihkan fikiran - jauhi dari kuman-kuman & virus di fikiran.
  3.  Lihatlah sebarang musibah itu sebagai ingatan dari Allah.
  4.  Jangan fikir kita selamat walau kita berada didalam zon yang selesa.
  5.  Lihat "fokus hidup" anda selalu. 
  6.  Hanya orang yang pass ujian dari Allah akan dianggap sebagai berilmu.
  7.  Jadilah sahabat pada anak sendiri, jangan di marah. Takut rasa hormat 
       anak pada anda akan kurang.
  8.  Jangan simpan masalah terlalu lama - cuba cari orang yang dipercayai, 
       luahkan dan mintalah nasihat.


Apa sebab - sebab rasa terganggu ikhlas?
  1- a)  Kerana kepala kita cenderung kepada tak percaya & tak yakin 
            bahawa hidup ini nikmat & menenangkan.
      b)  Sebab tak syukur dengan erti kata yang sebenarnya.
      c)  Jangan fikirkan 'semalam', kerana ia sudah berlalu.
      d)  'Binalah keyakinan' - bangunkan keyakinan dalam perasaan & hati untuk hidup nikmat.


2 - a)  Rezeki sudah diatur dan cukup dari segi yang perlu dan yang tidak perlu - tidak ada kekurangan.
      b)  Kita mesti kekang kemahuan
      c)  Jagalah apa yang Allah beri pada kita, bukan fokus pada apa yang orang dapat.
      d)  Amalkan solat Dhuha (pancing rezeki).


3 - a)  Tidak percaya dan tidak yakin tubuh badan kita mampu sembuhkan 
           diri kita sendiri.
      b)  Badan kita sudah ada ubat untuk rawat semua sakit.
      c)  Buatlah dan amalkan sesuatu dengan keyakinan bukan dengan ilmu semata.






 sharing is caring