Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Tuesday, 27 January 2015

♥ Ingatan buat Kita Yang Ada Anak Gadis


 
"Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis kita"
 
Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau. Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur. Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?. Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.
 
Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata.
 
Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah. Lalu saya menerjah-mengandung ke anak Puan? Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah-tak dapat dibendung lagi. Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3. Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja. Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ.
Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina. Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.
 
“Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”
 
Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur. Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya. Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya. Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah. Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.
 
Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.
 
Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini. Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
 
Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri. Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.
 
Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.
 
Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat.
 
Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.
 
Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang. Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak… Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah… Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah. Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.
 
Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.
 
  1. Bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.
  2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti.
  3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
  4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
  5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
  6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.
  7. Perbetulkan pakaiannya. Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.
 
Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.
 
Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
 
**Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
 
AJK Wanita Ikram WP

Sunday, 10 November 2013

♥ 5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. 

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga. 

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya. 

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah. 

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah. 

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam. 

Kredit  : http://mysaffiyah.wordpress.com/

Sunday, 4 August 2013

♥ Aku Tidak Bersendiri - Prof Muhaya (TV9)


Sebentar tadi ditunjukkan klip seorang remaja yang terasa dirinya sendirian dan amat gundah gulana. Tetapi, adakah kita benar-benar bersendirian? Mari kita renungkan semula, 20 tahun yang lampau, di manakah remaja tadi? Ketika itu, dia masih bayi yang comel dan ditatang dengan penuh kasih-sayang. Sembilan bulan sebelum itu, berlaku persenyawaan dalam rahim ibunya. Daripada 360 juta sperma ayahnya, cuma 1 yang terpilih untuk bersenyawa dengan ibunya untuk membentuk dirinya yang istimewa. Daripada 2 sel menjadi 4, 16 sehingga 100 billion sel kita sekarang ini – Siapakah yang menjaga sel itu? Siapakah yang menjaga sel itu untuk membentuk organ-organ yang tertentu? Itulah Allah bagi umat Islam dan Pencipta bagi penganut ugama lain. Ketika di alam roh, kita taat pada Pencipta kita dan tidak pernah menyoal mengapa belum dijadikan jantung atau telinga dan seumpamanya. Ketika dilahirkan, kita belum berakal tetapi bahagia dan senang dibahagiakan. Setelah berakal, barulah kita mula sedar akan kehidupan ini tidak lama dan kita perlu mencari apakah tujuan kehidupan ini.

Kita ada mata fizikal yang melihat dan ianya mudah dirawat. Tetapi mata hati kita tidak semestinya melihat seperti yang sepatutnya. Kita biasanya melihat sesuatu peristiwa pada zahirnya sahaja, dan tidak melihat kepada Pemberi peristiwa. In sha Allah dalam rancangan ini, kita akan cuba melihat siapa kita, dari mana kita datang dan apakah tujuan kita hidup kita – adakah semata-mata untuk memuaskan mata fizikal sahaja? Tentulah tidak!

Kembali kepada remaja tadi yang kesedihan kerana putus cinta dengan manusia. Jika mata hatinya celik, dia pasti sedar yang dia mencari kasih yang tidak kekal, daripada manusia yang juga tidak kekal. Alangkah baiknya jika kita meningkatkan makanan rohani iaitu cinta kepada Pencipta kita? Remaja tadi menangis kesedihan tetapi alangkah baiknya jika air mata itu digunakan untuk melihat diri kita dan takut kepada azab Allah.

Pada malam Jumaat yang indah ini, mari kita renung diri. Orang yang bijak selalu merenung dirinya sendiri dan tidak melihat orang lain. Orang yang hebat akan selalu bertanya pada dirinya sendiri, “Adakah benar apa yang saya lakukan ini?” Orang yang hebat akan memeriksa dirinya daripada dalam ke luar. Segala apa yang berlaku di sekelilingnya adalah hasil daripada apa yang ada di dalam jiwa kita.

'Tweet' 1 – “Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Kalau hati tidak tenang, tanya diri berapa kali kita mengingati Allah”. – Prof. Dr Muhaya

Saya ada mengumpulkan cerita inspirasi daripada pengalaman saya menjadi doktor selama 27 tahun dalam sebuah buku. Apabila kita celik hati, setiap yang berlaku akan dapat kita ambil pengajaran daripadanya. Saya ingin petik kisah orang yang ajaib daripada buku ini. Orang atau mukmin yang ajaib ialah seorang yang bersyukur apabila senang dan bersabar apabila kesusahan. Ada satu kisah seorang berumur 40 tahun yang disahkan menghidap leukemia. Pada awalnya dia amat putus asa dan kerap bertanya kenapa perkara itu berlaku pada dirinya. Setelah mendapat nasihat yang baik, dia kemudiannya redha dan Alhamdulillah kini, dia telah sembuh dengan baik, bahkan dia juga menjadi lebih dekat kepada Allah SWT.

Ada satu lagi kisah tentang seorang remaja yang kita boleh ambil pengajaran. Pada suatu hari, saya ingin pergi ke satu wad tetapi saya mendengar pekikan yang kurang menyedapkan hati. Apabila dilihat, saya dapati ada seorang remaja lelaki yang sangat kacak, tetapi terlantar kerana telah lumpuh seluruh badannya. Rupa-rupanya dia kemalangan kerana memandu laju kereta yang baru diperolehi daripada ayahnya yang sangat kaya. Ayahnya kaya tetapi tidak berjaya mendidiknya dirinya dengan akhlak yang baik. Remaja itu tidak solat, marah-marah dan bersikap kasar kepada kakitangan hospital yang banyak membantu dirinya. Dia menyesal kerana ketika sihat dahulu tidak pernah menggunakan kaki untuk solat dan ke masjid. Segala nikmat yang Allah beri, Allah boleh ambil dalam sekelip mata sahaja. Oleh itu, setiap detik dan nikmat yang Allah berikan, perlu kita gunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala.

Mari kita sama-sama fikir kembali – Adakah kita hidup ini untuk mencari redha Allah atau penghargaan manusia? Apabila kita berbuat sesuatu, pasti kita akan terfikir apa agaknya orang akan kata -> Mari kita ubah persepsi dan sebaliknya memikirkan –> “Apa yang Allah lihat dalam setiap perbuatan kita?!” Mari sama-sama kita pindahkan diri daripada kiri ke kanan. Mari kita ubah daripada kehidupan kesedaran keegoan (pentingkan apa yang kita ada, pakai, pangkat kita) kepada kesedaran ketuhanan, iaitu fokus pada apa yang kita boleh beri, bukan apa yang kita boleh dapat. Ibu bapa sekalian, cuba perhatikan bagaimana kita didik anak kita. Adakah kita mengajar mereka mencapai keputusan pelajaran yang baik untuk mendapat sanjung manusia atau untuk memberi makna dalam kehidupan mereka?

Kita jarang merenung diri. Cuba perhatikan – adakah kita ini seorang yang banyak masalah atau banyak ujian? Jika kita banyak masalah, kita akan mudah tenggelam dalam masalah itu. Mari renung diri dan cuba hidup dari dalam ke luar. Apabila kita menjaga fikiran menjadi positif, ianya akan menghasilkan emosi yang positif, yang kemudian akan menghasilkan tindakan yang positif dan hasilnya juga in sha Allah positif.

'Tweet' 2: “Jangan khuatir orang tidak menghargaimu, khuatirilah sama ada kamu menghargai orang lain atau tidak” – Kung Fu Zhe

“Orang tenang akan menang” - Orang yang tenang akan mengeluarkan hormon-hormon yang baik dan merubah enzim badan kita kepada kebaikan. Orang bukan Islam yang berharap pada Penciptanya juga akan mendapat ketenangan.

Dalam blok terakhir ini kita perlu melakukan transformasi diri. Untuk itu, kita perlu ada pelan tindakan iaitu kita perlu sediakan skrip kehidupan kita sendiri. Ada 5 prinsip yang perlu kita amalkan ada kita berasa bahagia dan bersama pencipta kita:
  1. Kasih sayang tanpa syarat pada semua makhluk ciptaan Tuhan.
  2. Memaafkan semua orang – siapa yang kata payah untuk dilakukan, pasti akan payahlah urusannya itu!
  3. Sentiasa murah hati – adakah orang kedekut yang tenang, dan orang murah hati yang tidak tenang?
  4. Tentukan mempunyai hubungan yang rapat dengan Pencipta – walaupun badan berada bersama manusia, tentukan yang hati kita bersama Pencipta kita.
  5. Setelah melalui keempat-empat ini, in sha Allah akan sampai kepada tahap kelima iaitu orang yang memiliki nafsu mutmainnah iaitu jiwa yang tenang. Mereka ini akan mendapat syurga di dunia lagi.
Setelah itu, tambah tiga prinsip lagi iaitu:
  1. Waktu terpenting ialah sekarang – oleh itu tak perlu risau yang telah berlaku ataupun yang akan datang
  2. Siapakah orang terpenting? Itulah orang yang berada di hadapan kita. Oleh itu, jangan lupa buat baik, terutama pada pasangan masing-masing, kita tak tahu mungkin itu kali terakhir kita bersama.
  3. Perbuatan terbaik ialah buat baik, tak kita pada siapa sekalipun.
Di samping itu, mari amalkan formula berikut: “Ada, beri, dapat”. Kita hanya boleh beri apa yang kita ada. Jika kita ada benda baik, baru kita boleh beri yang baik. Untuk ada benda baik, kita perlu celik mata hati terlebih dahulu. Bila mata hati sudah celik, barulah jelas tujuan setiap apa yang kita lakukan – adakah mencari keredhaan Allah ataupun penghargaan manusia. Dalam menghadapi situasi negatif, jangan fokus pada situasi itu, tapi renungkan kepada Pemberi situasi. Contohnya, jika berlaku kecurian – adakah kita ingin marah atau renung semula diri kita? Mungkin juga kita telah terambil rezeki yang haram, dan kita sepatutnya berterima kasih pada pencuri itu yang telah mengambil bahagian yang haram daripada rezeki kita. Itulah sikap orang celik hati!

Buatlah skrip kehidupan dan amalkan prinsip-prinsip yang telah disebutkan tadi. Di samping itu, kita juga perlu jaga 3 perkara:
  1. Apa yang kita cakap pada diri sendiri? -> adakah perkara yang positif atau negatif?
  2. Apakah tenaga di sekeliling kita? –> apakah rancangan TV yang kita tonton, radio yang kita dengar, berita yang kita baca, ‘tweet’ yang kita ikuti dsb.
  3. Apakah manfaat yag telah kita berikan? – >tentukan apa yang kita sebut, ‘post’, ‘tweet’ adalah perkara yang memberi kebaikan.
Setiap hari, kawal fikiran kita kerana ianya akan mengawal emosi dan tindakan kita dan akan memberi kesan kepada kehidupan kita. Lihat diri dan hidup dari dalam ke luar. Hentikan melihat orang lain. Teruskan mencari ilmu dan bersama lagi minggu depan dengan tajuk – “Belajar Menerima Cinta”.

♥ Ilmu sumber dari : http://keranakasihnabi.blogspot.com - Moga Allah memberi rahmat kepada pencatit nota. Aameen..

Friday, 28 June 2013

♥ Kawan atau Sahabat (1)


Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang
Tanyalah Ustaz – 26 June 2013

Bacaan Surah Al-Furqan, ayat 27-30 :


Ayat-ayat ini merupakan ayat orang yang menyesal kerana tersilap pilih kawan. Menurut Abdullah bin Abbas, dialog ini merujuk kepada seorang bernama Uqbah yang pernah memeluk Islam. Namun setelah itu, kawan lamanya bernama Umayyah datang dan memujuknya kembali meninggalkan Islam dan dia pun terpengaruh dan mengikutnya. Maka, dia akan menjadi orang yang menyesal di akhirat ini. Walaupun cerita ini berlaku kepada Uqbah, namun pengajarannya adalah bersifat umum dan kita semua perlu mengambil pengajaran daripadanya.

Oleh itu, kita perlu memilih kawan kerana Allah Ta’ala agar ianya menjadi satu ibadah bagi kita. Persahabatan sebegini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT. Salah satu keistimewaan sahabat yang berkawan kerana Allah akan mendapat perlindungan arasy Allah di akhirat nanti.

Ada ulama membuat perumpamaan bahawa:
Ada kawan seperti nasi – kita selalu perlukan dia
Ada kawan seperti ubat – kita perlukan sekali-sekala
Ada kawan seperti penyakit – kita perlu tinggalkan.

Hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa – “Seseorang itu berada di atas agama sahabatnya”. Oleh itu, amatlah penting untuk ibu bapa mengenali sahabat anak-anaknya. Kadang-kadang anak-anak pandai berpura-pura di hadapan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu bergaul dengan sahabat anak-anak, dan ibu bapa sahabat anak-anaknya.

Senarai soalan dan jawapan
S: Bagaimana cara memilih sahabat kerana sikap mereka sukar dinilai?
J: Mengikut Islam, sahabat yang baik ialah:
  • apabila kita duduk dengan dia, kita menjadi semakin dekat dengan Allah, kita semakin mudah mengingati Allah dan sahabat itu membuatkan kita semakin suka mentaati Allah
  • kita dan dia boleh saling-menasihati – jangan cari sahabat yang hanya suka mengikut kata-kata kita.
  • Sahabat yang mendoakan kita
S: Saya ada seorang kawan yang baik dan suka menolong orang tetapi meninggalkan solat. Bolehkah berkawan dengannya?
J: Kita perlu menjadi kawan yang baik dengan menasihatinya agar solat. Paling kurang kita memberikan contoh terbaik kepadanya dengan menunaikan solat. Jangan sampai kita pula yang terpengaruh dengan tabiat meninggalkan solatnya itu. Nabi SAW membuat perumpamaan – jika kita berkawan dengan orang yang baik, seumpama berkawan dengan penjual minyak wangi, pasti kita mendapat wanginya juga. Namun, jika berkawan dengan orang tidak baik, itu seumpama berkawan dengan tukang besi, kita pasti terbau dengan asapnya juga.
Jika kita pula terikut sikap rakan yang tidak solat itu, maka lebih baik tinggalkan rakan tersebut.

S: Seorang kawan mengadu suaminya melebihkan kawan-kawan berbanding dirinya. Apa pandangan ustaz?
J: Betul, ini banyak berlaku. Jika berterusan, akan menghakis kasih-sayang dan kepercayaan isteri dan anak-anak. Ada juga suami yang rajin belanja kawan tapi kedekut dengan anak isterinya. Oleh itu, para suami mesti menyeimbangkan dengan cara yang terbaik seperti yang baginda Nabi SAW tunjukkan.

S: Saya biasa membantu kawan dalam masalah kewangan, tetapi sekarang sudah menjadi tabiat baginya meminta wang daripada saya. Apa yang mesti dilakukan?
J: Ini adalah kawan yang mengambil kesempatan. Oleh itu, kita jangan bagi ‘ikan’ tapi bagi ‘pancing’ agar dia dapat berdikari. Bantu lihat apa kebolehanannya untuk mencari kerja sendiri.

S: Saya ada seorang kawan yang saya dapati selalu tidak jujur dalam urusan kerja. Adakah saya turut menanggung dosanya?
J: Perkara ini banyak berlaku contohnya – ‘claim’ lebih dari sepatutnya dan sebagainya. Bukan sekadar itu, dia bangga dan menunjuk-nunjuk pula maksiat yang dilakukannya. Nabi SAW bersabda bahawa dosa orang yang bertaubat akan diampunkan kecuali orang yang berbangga-bangga dengan maksiat yang dilakukannya. Oleh itu, sebagai kawan yang baik, kita perlu menasihati dia agar berhenti daripada melakukannya. Jika dia tidak mendengarnya, maka kita perlu melaporkan kepada pihak berwajib. Ini penting kerana kita perlu amal ma’ruf dan nahi mungkar. Jika dibiarkan, takut perbuatannya menjadi ikutan orang lain pula. Syaitan pasti membisikkan untuk kita membiarkan, tapi kita perlu kuat untuk melawannya.

S: Anak jiran suka bawa balik kawan-kawan sehingga lewat malam. Apabila dinasihati, ibu bapa membela anaknya.
J: Betul, ini kadang-kadang menganggu jiran dengan bunyi yang bising, kesesakan tempar parkir dan seumpamanya. Nabi SAW bersabda dalam satu hadis, “Tidak beriman, tidak beriman, tidak beriman orang yang jiran tetangganya menanggung kesusahan kerananya”. Oleh itu, perlu dinasihati dengan baik agar perkara sebegini dapat dielakkan.

S: Mohon pandangan ustaz tentang adab berkawan dalam FB?
J: Islam ialah agama yang terbuka menerima perkembangan tetapi ada kawalan untuk menguruskan dengan baik.  Antara adab yang penting:-
       
  • Jangan sampai lalai meninggalkan solat, dan hilang tumpuan dalam pekerjaan dan kehidupan
  • Haram berkongsi gambar mendedahkan aurat, tak kiralah dalam FB, twitter, whatsapp dan seumpamanya
  • Jangan berkongsi status bersifat terlalu peribadi terutamanya hal suami-isteri
  • Jangan ‘chatting’ atau bermesej yang menaikkan nafsu syahwat.

Tuesday, 25 June 2013

♥ Petua Sihat & Bahagia Dr Hamid Arshat

Health:  
1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants - eat fresh and raw foods, and do not / eat less food that is processed, heavily flavoured and highly sweetened meaning no more fast and junk foods.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for 5  prayers a day
6. Play more games
7. Read more books than you did in 2011
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours
10. Take a 10-30 minutes walk every day, at the end of it do deep breathing exercise for 5 - 10 minutes ---- and while you walk, smile

Personality: 

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
13. Don't over do ; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community: 

25. Call your family often especially your mother and father while they are alive.
26. Each day give something good to others, even just giving one ringgit.
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. ALLAH heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come, Insyaallah.
38. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Saturday, 16 March 2013

♥ Persiapan Umrah - Senarai Barang Keperluan

Antara info dari sahabat2 blogger...

1) http://www.bahrulmazi.com.my/bmt/?page_id=24

2) http://go-umrah.blogspot.com/2009/11/umrah-1-minggu-sebelum-melaksanakan.html

3) http://naufalengine.blogspot.com/2012/06/umrah-finale.html

4) http://paklang67.blogspot.com/2011/07/check-list-barang-barang-yang-perlu.html

5) http://harmoni2u.com/index.php?option=com_content&view=article&id=210&Itemid=348

6) http://mar-ridz.blogspot.com/2011/07/persiapan-kembara-barang-yang-perlu.html

7) http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2011/06/travelog-umrah-bersama-anak-bab-5.html (persediaan emosi & fizikal)

8) http://diari-umrah2011.blogspot.com/2012/05/hari-1-persiapan-untuk-pergi.html

9) http://pabiyen.blogspot.com/2008/10/senarai-semak-barang2.html

10)http://akmalnadiahsite.wordpress.com/2013/02/03/list-barang-untuk-umrah/

♥ Cara Mengerjakan Umrah

Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk mengerjakan ibadah umrah. Semoga ibadah kita diterima  oleh-Nya, Aameen..

Rukun Umrah

Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.
3. Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat

1. Memotong kuku;
2. Mencukur bulu kemaluan & bulu ketiak;
3. Merapikan rambut dan misai.
Cara-cara mengerjakan umrah adalah seperti imej dibawah:
Kredit to : http://www.umrahmalaysia.com

Wednesday, 9 January 2013

♥ Kesalahan Tajwid Dalam Al-Fatihah

1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf digantikan dengan huruf

7.
Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ditukar menjadi huruf

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ditukar menjadi huruf

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf tidak disabdukan.

17. Huruf ditukar menjadi huruf

18.
Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan , kemudian . Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian

21.
Huruf ditukar menjadi huruf

22.
Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf disebut dengan qalqalah.

24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf

26.
Huruf tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...

Kredit to : http://www.soutulmujahid.com
p/s : Sila berguru lagi dengan mendapatkan musyafahah dari guru yang muktabar