" Untuk melihat gemerlapan bintang, kita perlukan kepekatan malam untuk menghayatinya...."
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Saturday, 5 March 2016
Sunday, 13 April 2014
Sunday, 13 January 2013
♥ 10 Sahabat Dijamin Syurga
Tahukah kita kisah-kisah para sahabat nabi yang dijamin syurga?
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain
itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam,
pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga
didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana
berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah
telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah)
mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang
(Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia
berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah
bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan
membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah
menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat
Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah
seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya.
Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh
kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun
keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah
satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish
terhadap diri Nabi dan sahabat. Dizaman kekhalifaannya, Islam berkembang
seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi
Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau
meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan
dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang
terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahan nyalah seluruh
tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul
hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah
ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci)
sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82
tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan strategi perang dan
ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib
juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti
Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat
menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64
tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif
disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah
yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang
musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam
Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64
tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak
dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur
dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan,
pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu
bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang
meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang
Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh
rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia
70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti
semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2
kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun),
dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada
periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw.
Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan
dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh
kaum Muslimin.
Sunday, 6 January 2013
♥ Cintai Rasulullah
Rasulullah saw bersabda : ''Barang siapa berselawat padaku pada waktu pagi sepuluh kali & pada waktu petang sepuluh kali, ia akan mendapat syafaat ku pada hari kiamat'' -HR Thabarani-
~Janganlah Kamu Merindui Kekasih Kamu lebih dari Dari Diri Mu Merindui Rasulullah~ ♥♥♥
Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad
Friday, 28 December 2012
♥ Mengumpat
Jangan gelak!
Pada satu ketika Aisyah r.ha bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat pendek. lalu Aisyah berkata kepada Rasulullah, " Ya Rasulullah, pendeknya orang itu." Sabda Rasulullah s.a.w, " Ya Humairah, sesungguhnya kamu telah mengumpatnya."Aishah menafikannya dan mengatakan, " Itu benar Ya Rasulullah." Maka Rasulullah s.a.w bersabda, "Yang benar itulah yang dikatakan mengumpat. jika perkara itu tidak benar, maka itu dikatakan dusta dan makin bertambahlah dosa kamu." lalu Rasulullah menyuruh Aishah r.ha pergi memohon maaf kepada lelaki itu.*** berapa banyak dosa mengumpat KITA????***
Monday, 17 December 2012
♥ Tips Hilangkan Panas Baran (Cara Rasulullah)
MENGUBAH POSISI
******************
******************
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|
BERWUDUK
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|
BERWUDUK
***********
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|
MEMBACA TA'AWUZ
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|
MEMBACA TA'AWUZ
*******************
⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|
BERZIKIR
*********
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|
BERZIKIR
*********
⇨Banyak berselawat,berzikir,bertah mid,bertahlil dan bertakbir.
KAWAL LISAN
*************
KAWAL LISAN
*************
⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana
ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan
pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.
MINUM AIR
***********
⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
BERKATA KEPADA DIRI
**********************
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.
P/S : SUMBER : SOLUSI ISU 49
MINUM AIR
***********
⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
BERKATA KEPADA DIRI
**********************
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.
P/S : SUMBER : SOLUSI ISU 49
♥ Miliki Mahligai Dengan Cara Yang Mudah
Harga rumah teres sekarang, secara purata dalam RM300,000 sebuah... kalau banglo, harganya boleh mencecah jutaan ringgit..
Untuk mengumpul wang jutaan ringgit itu pula, mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun. Selepas berjaya dan dapat beli banglo..
Kita akan tinggal di dalam rumah banglo itu.. paling lama.. 80 tahun..
Lepas itu meninggal dan masuk ke kubur. Kemudian ke alam barzakh dan
seterusnya ke alam akhirat yang tempoh hidupnya adalah selama-lamanya..
Persoalannya.. Bagaimana pula rumah kita di akhirat kelak?
Lepas itu meninggal dan masuk ke kubur. Kemudian ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat yang tempoh hidupnya adalah selama-lamanya..
Persoalannya.. Bagaimana pula rumah kita di akhirat kelak?
**********
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau
berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang solat
dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”
Dunia => Usaha 10 tahun => Banglo (untuk 80 tahun)
Akhirat => Usaha 15 mnit => Istana (untuk selama-lamanya)
“Sesiapa yang solat
dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”
Dunia => Usaha 10 tahun => Banglo (untuk 80 tahun)
Akhirat => Usaha 15 mnit => Istana (untuk selama-lamanya)
Wednesday, 5 December 2012
♥ Detik-II Rasulullah s.a.w Menghadapi Sakaratul Maut.
Pagi
itu,walaupun langit tlh mulai menguning, burung2 gurun enggan
mengepakkan sayapnya. Waktu itu, Rasulullah s.a.w dgn suara terbatas
m'berikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dlm kekuasaan Allah
& cinta kasih-Nya. Maka,taati & b'takwalah kpda-Nya. Ku wariskan
2 perkara kpd kalian,Al-Quran & Sunnahku. Barangsiapa mencintai
sunnahku,bererti mencintai aku & kelak orang2 yg mencintaiku akan
masuk syurga bersama2 aku." Khutbah singkat itu diakhiri dgn pandangan
mata Rasulullah yg tenang & penuh minat menatap sahabatnya 1
persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dgn berkaca2,Umar dadanya naik turun menahan nafas & tangisnya. Usman menghela nafas panjang & Ali menundukkan kepalanya dlm2. Isyarat itu tlh datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugas di dunia.
Abu Bakar menatap mata itu dgn berkaca2,Umar dadanya naik turun menahan nafas & tangisnya. Usman menghela nafas panjang & Ali menundukkan kepalanya dlm2. Isyarat itu tlh datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugas di dunia.
Tanda-II itu semakin kuat, tatkala Ali & Fadhol dgn
cergas menangkap Rasulullah yg berkeadaan lemah & goyah ketika turun
dr Mimbar. Disaat itu,kala mampu, seluruh sahabat yg hadir disana pasti
akan menahan detik2 b'lalu.
Matahari kian tinggi,tp pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedangkan di dlmnya, Rasulullah sedang t'baring lemah dgn keningnya yg berkeringat & m'basahi pelepah kurma yg m'jadi alas tidurnya.
Tiba2 dari luar pintu, terdengar seorang yg berseru mengucapkan Salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tp,Fatimah tak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata fatimah yg m'balikkan badannya menutupi pintu. Kemudian, ia kembali menemani ayahnya yg ternyata sudah membuka mata & bertanya kpd Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dgn pandangan yg m'getarkan, seolah2 bhgn demi bhgn wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yg m'hapuskan kenikmatan sementara, dialah yg memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tdk ikut sama menyertainya. Kemudian, dipanggillah Jibril yg sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah & penghulu dunia ini.
"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hdpn Allah?" tanya Rasulullah dgn suara yg amat lemah. "Pintu-II langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi, itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" tanya Rasulullah.
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah m'dengar Allah berfirman kpdku; Ku haramkan bagi sesiapa sahaja kecuali umat Nabi Muhammad tlh berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-II itu semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat2 lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul ini," perlahan Rasulullah mengadu. Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan mukamu wahai Jibril?" tanya Rasulullah kpd malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian, t'dengar Rasulullah memekik krn sakit yg tak tertahankan lagi. "Ya Allah, dasyat nian maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kpdku, jgn pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin,kaki & dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak m'bisikkan sesuatu, Ali segera m'dekatkan telinganya. "uushiikum bis shalati wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat & peliharalah orang2 lemah di antaramu).
Dluar pintu, tangis mulai t'dengar bersahut,shbt saling b'pelukan,Fatimah menutupkan tgn dwajahnya & Ali kembali m'dekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yg mulai kebiruan. "ummatii..3x(umatku3x)". Dan berakhirlah hdp Rasulullah...
Matahari kian tinggi,tp pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedangkan di dlmnya, Rasulullah sedang t'baring lemah dgn keningnya yg berkeringat & m'basahi pelepah kurma yg m'jadi alas tidurnya.
Tiba2 dari luar pintu, terdengar seorang yg berseru mengucapkan Salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tp,Fatimah tak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata fatimah yg m'balikkan badannya menutupi pintu. Kemudian, ia kembali menemani ayahnya yg ternyata sudah membuka mata & bertanya kpd Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dgn pandangan yg m'getarkan, seolah2 bhgn demi bhgn wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yg m'hapuskan kenikmatan sementara, dialah yg memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tdk ikut sama menyertainya. Kemudian, dipanggillah Jibril yg sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah & penghulu dunia ini.
"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hdpn Allah?" tanya Rasulullah dgn suara yg amat lemah. "Pintu-II langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi, itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" tanya Rasulullah.
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah m'dengar Allah berfirman kpdku; Ku haramkan bagi sesiapa sahaja kecuali umat Nabi Muhammad tlh berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-II itu semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat2 lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul ini," perlahan Rasulullah mengadu. Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan mukamu wahai Jibril?" tanya Rasulullah kpd malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian, t'dengar Rasulullah memekik krn sakit yg tak tertahankan lagi. "Ya Allah, dasyat nian maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kpdku, jgn pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin,kaki & dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak m'bisikkan sesuatu, Ali segera m'dekatkan telinganya. "uushiikum bis shalati wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat & peliharalah orang2 lemah di antaramu).
Dluar pintu, tangis mulai t'dengar bersahut,shbt saling b'pelukan,Fatimah menutupkan tgn dwajahnya & Ali kembali m'dekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yg mulai kebiruan. "ummatii..3x(umatku3x)". Dan berakhirlah hdp Rasulullah...
Sunday, 17 June 2012
♥ Rindu Pada Mu... (Israk Mikraj & Selamat Hari Bapa)
2 ucapan ingin ku ucapkan pada hari ini....
1) Selamat Hari Bapa.
Hari sungguh sepi tanpa ayah disisi. Seperti yang kami plan sebelum ini, nak hadiahkan ayah sesuatu.. Tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Hari ni kami mengadakan projek besar-besaran untuk mengasingkan segala fail-fail Aircraft Tyre yang ayah tinggalkan. Rabu lepas aku menerima panggilan dari Datuk Hj Ishak, katanya nak beri bayaran hasil kerja ayah sepanjang di China & ingin mengambil semua dokumen2 syarikat yang ayah buat selama ini. Nak diikutkan, Ayah & the Gang (Datuk Hj Ishak, ayah, Mr Yang & Dr Muni) kena pegi ke sana lagi bulan Mei lepas. Memandangkan bulan mei merupakan bulan sibuk, terpaksa ayah ketepikan kerjanya. Tak tahulah nak cakapkan macam mana.. terlalu banyak yang kami mesti lakukan demi ayah. Sekarang baru kami tahu apa yang ayah lakukan demi mencari sesuap nasi untuk kami. Ayah, kami amat merindui ayah... Insya Allah, petang ini kami akan hadiahkan sesuatu untuk ayah. Moga apa yang kami hadiahkan disini akan membantu ayah 'disana'.. Al-Fatihah.
2) Selamat Hari Israk Mikraj.
( Article ini dipetik dari : iluvislam.com )
Sesungguhnya besar sungguh pengorbanan penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w. Jom kita refresh semula kisah & pelajaran sepanjang penerokaan Nabi di Masjidil Aqsa hinggalah ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh.. Subhanallah.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
Subhanallah....Besar sungguh pengorbanan Rasulullah.... Allahuakbar... Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T.
Sebagai penutup, saya ingin hadiahkan sebuah lagu bertajuk Insan Yang Mulia. Khas buat insan-insan yang terlalu istimewa dihatiku....
Lirik Lagu: Insan Yang Mulia - Voices of Ummi
Sanggup berkorban jiwa dan nyawa
Sanggup meredah setiap derita
Hanya semata ingin melihat
Anaknya bahagia
Pada solatnya tak pernah lupa
Doa kepada yang maha esa
Moga anaknya diberi berkat
Sepanjang usia
Insan yang mulia
Yang dinamakan ibu ayah
Kasih nya khusus
Membesarkan kita semua
Janganlah kita
Walau sesaat menderhaka
Sesungguhnya
Tinggi nilai pengorbanan
Ibu ayah
Thursday, 16 February 2012
♥ PETUA IMAM SYAFIE
Sumber : Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
♥ sharing is caring ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)