Showing posts with label Ustaz Don. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Don. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

♥ Petua Untuk Mudah Bangun Subuh - Ustaz Don

1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu 
    anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu, isteri atau suami, atau rakan 
     untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air 
     atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

Thursday, 13 September 2012

♥ Petua Jadikan Anak Soleh


Dari Prof Dr Muhaya:" Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?  Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami" SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya. Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? 


Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

Saturday, 1 September 2012

♥ Bersyukur dlm Bersabar



~ ♥ Ustaz Don 19 Dec 2011, 11.30pm.

* Sgt dititik berat dlm Islam 
* Cara bersyukur adalah dgn bersabar pada ujian yg Allah beri pada kita, 
   x kira ujian baik atau tidak kerana ia adalah yg terbaik untuk kita, ibarat ubat, 
   bukan ubat jika tidak pahit.
* Selalulah berdoa " Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan orang yang bersabar".
* Sabda Nabi " Aku kagum terhadap seorang muslim, jika tertimpa musibah, 
   dia mengharap pahala dari Allah dan dia bersabar. Apabila ia memperolehi 
   kebaikan, maka dia memuji kepada Allah dan bersyukur. Sesungguhnya 
   orang muslim itu dalam segala sesuatunya diberi pahala, hingga makanan 
   yang disuapkan kedalam mulutnya." (Hadist Riwayat Al-Baihaqi).