Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

♥ Amny Teman Ummie


Aslkm semua… cewah.. mcm la ade yg nak baca blog ni. Bukan ape, memandangkan saya tidak pernah expose anak saya pada umum… huuhuuu.. da mcm artis pulak. Semalam nak dijadikan cerita, pengasuh anak saya ada hal. Tak tahu pula apa hal dia. Kebetulan pula mak ke rumah jiran, sebab ada kematian. Jadiiiiiiiii… dengan pantas dan cargas saya siapkan barang utk bawa anak ke pejabat. Saya sudahpun pesan pada suami untuk pasangkan car seat dan masukkan stroller dalam boot kereta. Alhamdulillah… sempat sampai juga pejabat walaupun lampu minyak dah menyala.. syukur sgt2..

Alamak! Lewat 3 minit… aduhh.. dah la makanan pun belum beli lagi. Tak pe… oat masih ade.. hihihi.. Amny pun dah mula bangun. Alhamdulillah, Amny tak meragam hari ni. Ramai peminat Amny rupanya.. ramai yang dukung & main2 dengan dia.. Amny pun apa lagi, suke la dia.. asik senyum je walaupun dia tgh demam.. check suhu pun takdelah tinggi sgt.. 37.2.. Part yang paling best bila tgk Amny lepak dalam stroller sambil tgk video Lagu Jangan Jangan Adik, nyanyian Rahmah Rahmat & P.Ramlee di Youtube. Amboi2… umi panggil pun buat tak tau ye.. cubit baru tau!
Nak dengar tak lagu peberet dia? :) ce klik bawah ni... hihihi

Monday, 14 July 2014

♥ Pregnancy - 37 Weeks

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

Hanya Allah yang tahu apa yang sedang bermain di fikiran saya ketika ini. Semakin berdebar menanti saat si kecil dilahirkan ke dunia. Hari ini appointment rutin di PPUM. Memandangkan usia kandungan saya sudah menjejak ke 9 bulan, maka saya dikehendaki untuk hadir berjumpa doktor setiap minggu. Seperti selalu, saya dan suami keluar rumah seperti biasa – jam 6.00 pagi, sementara menunggu jam 7.30 pagi untuk mengambil nombor panggilan, kami rehat sekejap didalam kereta. Suami saya memang selesa cara macam ni, berbanding keluar rumah lambat dan berhadapan dengan kesesakan lalulintas lagi – memang memeningkan dan menyesakkan kepala.

Tepat jam 7.20, kami ke tempat pendaftaran. 15 minit kemudian, nombor saya dipanggil. Dan seperti biasa, saya dikehendaki ke Kaunter Jururawat 1 (kaunter fail) untuk mengambil borang cek urine, tekanan darah dan berat badan. Selesai ketiga2 rutin ni, saya dan suami menunggu giliran untuk berjumpa doktor pula. Hampir 2 jam kami menunggu… tak senang duduk saya dibuatnya.. apa yang saya nampak, hanya 2 bilik sahaja yang beroperasi.. ini bermakna hanya 2 org doktor yang bertugas pada pagi ni. Sambil menunggu saya dengar sesi ceramah susu ibu yang diadakan diruangan menunggu itu juga. Suami saya sudah belayar entah kemana.. tidur bukan main nyenyak lagi. Jeles pula saya tengok. Saya cuba juga untuk lelapkan mata.. tapi tak berjaya.. susahnya mata ni nak tidur, padahal mlm tadi saya tidur lewat. Sempat lagi siap-siapkan bahan masak untuk sahur nanti. Ibu mertua saya sudah tidur awal.. penat membuat kuih raye sepanjang siang..
Lebih kurang jam 9.30, nombor saya dipanggil.. buat kedua kalinya saya dipanggil masuk kedalam bilik no-6. Kebetulan pula saya dapat berjumpa semula Dr Tan. Dr Tan merupakan Dr yang merawat saya di bahagian kecemasan semasa saya keguguran pada bulan Oktober tahun 2013 ( kandungan yang ke-2 ). Saya selesa dengan Dr Tan. Mungkin sebab dia selalu senyum agaknya. Dr Tan melihat carta paru-paru saya. Dia kata ok. Tapi dalam masa yang sama dia dia nak saya pergi ke tingkat 4 minggu depan untuk tengok carta jantung baby, dan dalam hari yg sama juga saya kena buat ultrasound di tingkat 1 untuk lihat pembesaran baby. Menurut Dr Tan, jika ritma jantung baby tak cantik, berkemungkinan saya akan dipaksa bersalin awal. Memandangkan saya penghidap penyakit asthma, risiko agak tinggi. Dr Tan juga cakap baby saya agak kecil – 2.3 kg. Mungkin ia disebabkan asthma saya… kesian baby.. sedih juga bila dengar doktor cakap macam tu… Apa-apa pun semua ni bergantung pada keputusan minggu hadapan. 

Ikut perkiraan doktor saya akan bersalin 18 hari lagi.. lebih kurang 2 minggu lebih lagi…18 Julai 2014 ( Jumaat ni ) saya mula cuti bersalin, memang sengaja saya ambil cuti awal 2 minggu. Bukan apa, saya sudah rasakan yang saya kena bersiap sedia fizikal & mental betul2. Perjuangan saya sedang bermula skrg. Tidur saya makin tak nyenyak.. perjalanan saya makin perlahan.. badan dah mula sakit2 terutama bahagian ari-ari dan di pinggang. Tumit kaki saya bagaikan menyucuk2. Kesian pada suami. Tak sampai hati pula nak mintak yang bukan2 pada dia. Suami ada tawarkan khidmat untuk urut.. tapi saya x nak manjakan diri sgt. Mane yang boleh saya buat, Insya Allah saya akan buat sendiri.

Kena doa banyak2.. mudah-mudahan semua dipermudahkan.. saya memang tak tahu nak cakap ape buat masa ni.. saya masih blur lagi sekarang..

Monday, 16 December 2013

♥ Pregnancy - 2nd Appointment 14/12/2012

Alhamdulillah, scan baby sihat.. da nampak jantungnya berdegup kuat. Mengalir air mata bila tgk degupan jantungnya. Memandangkan tarikh melahirkan tak dapat nak detect, jadi due date di anggarkan berdasarkan berapa besar baby. 

Setelah di imbas, due yang kami dapat 1 Ogos 2014. Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan.

Doktor ada beri beberapa pesanan yang agak berat. Antaranya :

  1. Jangan makan benda2 yang tajam.
  2. Elakkan bumper ketika memandu.
  3. Kalau boleh jangan 'bersama' buat masa ni.
  4. Banyakkan makan sayur.
  5. Elakkan makan suppliment yg banyak. Acid folid sudah mencukupi.
  6. Kalau anak buah datang, jangan dukung.
  7. Jangan angkat barang2 berat, cth baldi.. minta tlg suami angkatkan.
Pesanan oleh mak : Banyakkan rehat, janganla mkn benda2 yang terlalu masam sgt, doa & fikir positif, jgn stress2, elakkan bawa kereta, jangan naik motor.
Pesanan oleh ibu mertua : Perbanyakkan istighfar & zikir.
Pesanan dari Emi dari Kimia : Jangan lasak2, kalau boleh elakkan guna tandas cangkung, jangan angkat barang yang lebih dari 4 kg.

Sunday, 10 November 2013

Saturday, 27 July 2013

♥ Abang.. Allah Sayang Pada Kita..

(11.35 am - 22 Julai 2013)

Pernah tak rasa disatu saat dan ketika yang anda rasa sgt2 kosong?. Ya..saya pasti kita semua pernah rasa perasaan ni. Dan - tadi, saya rasa amat kosong sekali.. Kenapa? Emm..saya pun tak tahu nak jawap macam mana.. Ada la lebih kurang 5 minit perasaan itu datang.. air mata saya tak henti2 bergenang selama 5 minit, sampai orang lalu depan saya tadi pun saya tak tahu nak sorok perasaan tu macam mana.. saya tak tahu kenapa.. perasaan itu datang dengan tiba2.. walaupun disaat ini saya tak kurang apa2 dan Allah dah beri segala-galanya untuk saya..

Sudah 3 malam saya mimpikan ayah.. saya jadi tidak tentu arah.. Saya akui saya amat-amat rindukan ayah.. Selepas solat subuh, saya cuba untuk lelapkan mata..Tapi detik mandikan jenazah ayah tetap juga datang.. Hampir setiap hari saya ingat saat ini.. saya membayangkan ’andai detik itu -sekarang-’...air mata saya makin laju.. saya akan cuba untuk cium dahi ayah..cium tangan yang selalu cubit hidung saya..saya akan cuba untuk cium kaki ayah selalu kepenatan ketempat kerja hingga ke detik terakhir hidupnya..

Allah.. Ampunkanlah dosa ayah.. mudahkanlah perjalanan ayah untuk ke syurga.. Ya Allah, terimalah segala kebaikan yang telah ayah lakukan.. Ayah terlalu baik Ya Allah.. sampaikan ayah sanggup ketepikan keperluan diri sendiri... Saya harap apa yang saya kirimkan sampai pada ayah di-sana..


Ya, saya tahu suami saya pun tak keruan bila dapat msg saye tadi.. ’Maafkan ayg, abg...’ ..Allah.. saya bernasib baik kerana suami amat-amat faham.. Biarlah walau ada seorang dua yang membenci ’tidak sehaluan dan tidak sependapat’ dengan saya, tapi saya yakin yang menyayangi lebih ramai lagi diluar sana..  In Syaa Allah, saya akan ikut kata suami saya. Kami saling mendoakan.. dan kami sama-sama mengaminkan. Saya tahu Allah sayangkan saya dan suami, sebab itu Allah berikan ujian demi ujian untuk kami.. Ujian itu tanda Allah sayang kita.. Ya abg.. Allah amat sayang pada kita...

Wednesday, 5 June 2013

♥ Bersua Kembali

 
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ & lلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْl

Untuk kesekian kalinya kita berjumpa lagi…. Alhamdulillah, saya sudah pulang ke tanahair pada 13 Mei 2013.

Insyaallah, saya akan kongsi bersama sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 13 hari berada di Tanah Suci.

Thursday, 29 November 2012

♥ Tahniah MiZa !!

Bergambar kenangan bersama bonda tersayang.

Sempat lagi bergambar dalam kelas. Lepas ni mesti korang rindu kat kelas ni kan..

Correct me if i'm wrong... yang tengah Wilson, Zam, Thana, Nadia, Nawal, Uma, Randi & Nalia.. Wah! terrernye... tak sangka ingat semua kengkawan depa ni.. :)  Ni belum lagi masuk gamba geng2 Liza & geng zapin Mimi, mesti lagi meriah!! uhuhuhu...

 Mimi bersama Ruby & Hazel

 Elini

Liza sedang menunggu sebelum membuat persembahan sajak. Wilson dijemput untuk memainkan piano, sebagai lagu latar. Seriously, Memang tersentuh hati bila tengok video bacaan sajak Liza...Sedih..

Nak ikutkan hari ini hari yang agak sedih juga... sedih sgt rasa bila tak dapat saksikan Majlis Konvokesyen adik-adik kesayangan. Nasib baik adik lelaki ambil cuti untuk bawa mak & Budak Stoking Putih. Jauh disudut hati terlalu sayu bila terbayang wajah ayah.. Alangkah indahnya jika ayah berkesempatan saksikan semua ini..  

Last but not least, sebenarnya saya senasib dengan budak ni... hurmm.. memang sedih kan... Tapi bobot lain, dia bahagia dengan kehidupan dia walaupun tanpa Dhia disisi.. saya rasa la.. nampak macam bahagia je.. duduk kat mana pun dia tak kisah.. nasib baik muke comel. Patut lah, Rasulullah sayang sangat dengan tok nenek bobot... ^ . ^

Wahai Allah, permudahkan segala urusan mereka.. Bantulah adik-adikku Wahai Allah... Hanya dengan kudrat-Mu sahaja yang dapat bantu mereka. Tabahkanlah hati kami Wahai Allah dari fitnah yang kami hadapi.. Hanya pada-Mu tempat kami bergantung..Sesungguhnya Kau Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala-galanya... Aameen...

Thursday, 27 September 2012

♥ Bila Agaknya Ya..


Tadi selepas melawat kubur ayah, terserempak dengan seorang makcik.. Ku sapa, salam dan bertanya " makcik ziarah kubur siapa?".. Lantas dia menjawap kubur anaknya. Meninggal waktu sakit bersalin, babynya pun pergi sama2 dengan ibunya.. Terkedu aku seketika. Antara sedih bercampur terpegun.. Masya Allah, pertama kali berdepan dengan family yang kematian anak akibat bersalin.. "mati syahid".. itu yang terlintas difikiranku.. Mudah-mudahan rohnya bersama mereka yang beriman.. aameen..

Aku?? 
Bila agaknya waktu aku akan dijemput? Dikala aku masih terumbang ambing mencari arah.. Masih lagi teraba-raba mencari ilmu yang selama ini aku alpa.. Baru sebentar tadi aku buat nebuliser lagi. Ya Allah, berilah aku sedikit ruang untuk merubah diri.. Aku terlalu hina disisi-Mu.. Layakkah aku? aku masih tertanya-tanya.. terasa amat jahilnya diri.. Janganlah Kau jemputku dalam keadaan aku alpa pada-Mu Ya Allah.. Kau bimbinglah aku.. Janganlah Kau lepas tali keimanan dihatiku Ya Allah.. Kau campakkanlah perasaan kehambaan terhadap-Mu Ya Allah.. Aku ingin mencari bahagia.. Janganlah Kau berpaling dari memandang-Ku Ya Allah.. Ku mohon pada-Mu.. Ampunkanlah dosaku..Sesungguhnya Kau-lah Tuhan Maha Pengampun..

..aameen..

Wednesday, 19 September 2012

♥ Oksigen! Oksigen!


Apa ada pada hari ini? Tak ada yang menarik pun.. Nak ikutkan ada la lelah sikit, tapi malas nak layan sgt.. Demam pun mcm da ok, da peluh2.. Not a big deal. Aktiviti hari ni ke:

♥ Ke Jabatan Agama Islam, 
♥ Jabatan Kebajikan Masyarakat di bangunan Darul Ehsan - Next time kalau nak bawak nyek kena sediakan 2 salinan kad OKU & 2 salinan kad pengenalan + 2 keping gambar pasport.
♥ Tabung Haji, ada la masukkan cikit.. ok la tu, daripada x masuk langsung kan. Lain kali pg kat bank Islam je la, senang ckit daripada nak beratur panjang kat Tabung Haji Kelana Jaya.
♥ Last, ke kubur..

Tu je..