Showing posts with label Ustaz Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Muhammad. Show all posts

Saturday, 4 January 2014

♥ Bangkit dari ujian - Ustaz Muhammad

( 4 Disember 2013 - IKIM )

  1. Untuk mudahkan tidur - Baca Surah Al-Kahfi ( ayat 11 ) - Selawat dan ulang baca ayat ini 3 kali sebelum tidur.
  2. Untuk tenang - Baca Surah Takwir ( akhirnya... tanaffas ) - baca, tarik nafas dalam2.
  3. Kalau kita nak org suka dengar apa yang kita cakap - Baca Surah Ad-Dahri / Al-Insan ayat 1 & 2 - masa di "sami'an" ulang 7 kali. ( Baca lepas solat ) - Amalan ulama2 dahulu.
  4. Kalau dalam keadaan terbeban - Amalkan Surah Al-Insyirah
  5. Elakkan diri dari sihir, hatta dajjal sekalipun tak boleh buat apa2 - amalkan surah Al-Kahfi ayat 1 - 10.

Tuesday, 27 November 2012

♥ Kaedah Lahirkan Anak Cemerlang & Kisah Imam Shafie


Seminar bertempat di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur mengupas mengenai Kaedah melahirkan anak yang cemerlang. Tak sempat nak taip satu persatu. Jom dengar same2. Antara isi kandungan dalam seminar ini ialah adab ketika mengandung, saat kelahiran. apakah amalan-amalan yang sunnah dilakukan oleh para ibu & bapa. Kisah2 para nabi, ulama' terdahulu. Antaranya kisah Imam Syafie & susu kambing..Doa2 yang perlu dibaca @ diamalkan oleh para ibubapa n anak2..semoga video ini mendapat manfaat & kebaikan kepada kita semua insyaallah.

Monday, 1 October 2012

♥ 3 Sebab Manusia Jadi Hina

3 Sebabnya : 
  1. Kejahilan : Maka untunglah bagi mereka yang rajin menuntut ilmu. Jahil bo berlaku apabila jadi dua sebab iaitu malas menuntut ilmu & merasa cukup, seiring dengan itu juga dia rasa sombong dengan ilmu yang dia ada. Jdi kita kena jaga2 kerana kita dibekalkan dengan akal, cara kita memandang & cara kita merasa memerlukan ilmu untuk membentuk.
  2. Kelemahan dalaman (mazmumah) : Ia nature kita. Antara kita satu dengan yang lain adalah berbeza. Ada orang suka bertangguh, x amanah, x jujur, sombong - x kira kaya atau miskin, ada sombongnya, ada orang mazmumahnya panas baran. Jadi, kita kena kenal mazmumah kita, baru kita boleh atasi. Dua tindakan boleh kita ambil, yang pertama, cuba tingkatkan - dari x baik kepada baik. Yang kedua, jangan letakkan ditepi mazmumah, kalau disamping mesti tumbang. Cth, kalau mazmumah kita panas baran - jangan ikut. Kalau diikut, mazmumah itu akan makin membesar dan berkembang. Cth kedua, kalau kita rasa kita jenis x amanah, jangan sesekali kita terima amanah. Cuba elakkan. Hanya kita yang tahu kelemahan kita. Mintalah orang lain tegur kesalahan kita. Kalau kita nak tahu orang ikhlas ke tidak tegur kita, ada 5 cara nak tahu :
                 a) Sahabat baik kita. 
                 b) Guru kita 
                 c) Ibu dan ayah kita
                 d) Orang yang bijaksana
                 e) Musuh kita - ini yang tahu byk kelemahan diri kita.

Jadi :: Orang yang x kenal mazmumah diri, dia akan susah nak tingkatkan diri. 


  3. Nafsu : Dalam diri kita ni ada satu bahagian yang dipanggil 
      nafsu. Nafsu adalah   sebahagian daripada diri kita & kita x boleh 
      bunuh dia. Kita mesti didik. Menurut ulamak, nafsu ni macam budak2, 
      dia suka merengek2.. akan selalu memujuk kita supaya nak lagi, 
      nak lagi dan lagi.. Bisikkan syaitan adalah merancang. Cth, bila 
      sebelum jumpa isteri dah ada bisikan2 jahat, menyuruh kita cakap 
      yang bukan2..



++ Jika seseorang itu buat mazmumah, ditambah jahil dan nafsu, ada yang sampai x menyesal buat sesuatu. Ini akan membuatkan seseorang manusia itu menjadi serendah2 & sehina2 kejadian. Wallahua'lam...
 

Friday, 21 September 2012

♥ 10 Sebab Isteri Derhaka



Dipetik dari Blog : http://www.ustazamin.com/
Bicara Ilmu 41 – IKIM “ 10 Sebab Isteri Derhaka..” 

Apabila sebut mengenai isteri derhaka, tidak semua sebab terjadi demikian dari isteri. Tetapi ramai yang terus menyalahkan isteri dengan kesalahan 100% peratus diletakkan padanya.

1. Tidak berusaha untuk  iman. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa hatta ada isteri para Nabi juga ada yang tidak berusaha ke arah iman dan akhirnya menjadi derhaka bukan sahaja pada suaminya, bahkan pada Allah.

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat [1488] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". [1488] Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama (Surah at-Tahrim ayat 10)

2. Jahil : Ada isteri yang derhaka kerana tidak tahu sifat dan sikapnya itu adalah menderhaka pada suaminya. 

3. Keras Hati : Ada jenis yang memang keras hati dan tidak mahu mentaati suami dan perintah Allah. 

4. Takabbur : Kebanyakkan perkara keempat ini berlaku jika isteri lebih berkedudukan dari suami. Dia mudah memandang rendah suaminya. 

************

Di celah-celah perbahasan ini, kami mengambil soalan dari pendengar. 

Haji Hayyi dari Kelantan : Bagaimana ingin menjadikan anak-anak sekarang ada perasaan respect pada mak ayah

Haji Yaakub : Macam mana nak wujudkan rasa hormat menghormati jika isteri suka buat sesuatu tak bagitau suami? Suami selalu makan hati.

Puan Aida Amir : Saya lebih rela bangun qaimullail dari melayan suami, macam mana ustaz?

************************
.....Perbahasan kami di sambung lagi…


5.  Tiada Sifat Qanaah, akhirnya wujud membanding

6. Kurang tarbiah. Tidak semestinya orang kelulusan agama, dia mampu nak amalkan. Untuk mengamalkan sesuatu perlukan tarbiah. 

7. Wujud penasihat-penasihat yang jahat

8. Suami yang jahil : Ada isteri yang derhaka kerana suami yang jahil, bukan sahaja  tidak dapat mendidik isteri malahan menggalakkan isteri berbuat maksiat 

9.Suami yang dayyus : Ada suami yang terlalu takut pada isteri hingga isteri berbuat maksiat takut untuk ditegurnya. 

10. Suami yang zalim : Kadang kala, suami yang menzalimi isteri menjadikan isteri melawan kembali suami. 

Inilah 10 sebab kenapa isteri derhaka.

“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah