Showing posts with label Hadist. Show all posts
Showing posts with label Hadist. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

♥ Cara Terbaik Nak Bantu Ibu Ayah Yang Sudah Meninggal Dunia.

Menurut hadis dalam al Musnad Imam Hanbali:
  1. Memohon keampuan untuknya 
  2. Melaksanakan amanah dan wasiatnya 
  3. Menyambung silaturrahim dgn sahabat taulannya  
  4. Selalu menjalin silaturrahim kepada keluarga kedua ibubapanya 
  5. Tolong buat haji kalau semasa hidupnya belum buat lagi 
  6. Bayar hutang 
  7. Bersedekah bagi pihak si mati 
  8. Jadilah anak soleh ini antara bekalan pada si mati

Monday, 1 July 2013

♥ 4 Perkara Yang Dipandang Dikira Ibadah

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. tahukah sahabat sahabiah apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?
4 perkara itu ialah :
1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

Sunday, 6 January 2013

♥ Cintai Rasulullah

Rasulullah saw bersabda : ''Barang siapa berselawat padaku pada waktu pagi sepuluh kali & pada waktu petang sepuluh kali, ia akan mendapat syafaat ku pada hari kiamat'' -HR Thabarani-

~Janganlah Kamu Merindui Kekasih Kamu lebih dari Dari Diri Mu Merindui Rasulullah~ ♥♥♥

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad 

Thursday, 3 January 2013

♥ Aku Bukanlah Yang Terbaik


"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri- 

“Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti (pahala yang diterima) pelakunya.” (Riwayat Tirmizi)

Apabila diri sentiasa berkata, "aku tidak punya apa-apa untuk diberikan...". Mungkin itu memang benar, kita tidak punya HATI! - Ustaz Pahrol