That's is love..
" Untuk melihat gemerlapan bintang, kita perlukan kepekatan malam untuk menghayatinya...."
Showing posts with label Sayang. Show all posts
Showing posts with label Sayang. Show all posts
Tuesday, 15 January 2013
Friday, 21 December 2012
♥ Dialog Imam Syafie ra Dan Isterinya
"Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" isterinya bertanya.
"Ya tentu saja, dirimu sebahagian dalam hidupku." jawab Imam Syafie ra.
Mendengar itu isterinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai ALLAH?
Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta
kepada ALLAH dan juga mencintaiku?"
Imam Syafie ra tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut dan penuh kasih sayang...
"Kerana cintaku kepada ALLAH, maka aku mencintai makhlukNYA,
memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku,
anak-anakku dan sesama lainnya. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada
ALLAH."
Friday, 21 September 2012
♥ Sesungguhnya..
Article kat bawah
ni saye petik dari http://saifulislam.com
“Teringat
saya kepada sebuah kisah perumpamaan, bagaimana seorang perempuan yang baru
pulang dari pasar, terkejut apabila mendapati rumahnya terbakar. Dia menjerit
ketakutan kerana anak kecilnya berada di dalam rumah. Tanpa berlengah,
perempuan itu merempuh api, bagai tidak pernah terfikir tentang keselamatan
dirinya demi menyelamatkan anak yang terperangkap di dalam rumah.
Apabila anak
kecilnya berjaya diselamatkan, perempuan itu dan anaknya dikejarkan ke
hospital. Semasa
terlantar sendirian di katil, barulah perempuan itu tersedar bahawa tubuhnya
luka melecur dan sakitnya amat terasa.
Sesungguhnya… Ketika kita berfikir tentang orang lain,
terutamanya mereka yang kita kasihi, kita tidak berasa sakit. Kita nekad
melakukan apa sahaja. Tetapi apabila mula berfikir tentang diri
sendiri, datanglah segala sakit, pedih dan derita.”
P/S : Minda saye
bagai dijentik oleh kata-kata Ustaz Hasrizal. Memang saya setuju sesangat. No
words to say… Hurmm..
Subscribe to:
Posts (Atom)