Aslkm semua… cewah.. mcm la ade yg nak baca blog ni. Bukan ape,
memandangkan saya tidak pernah expose anak saya pada umum… huuhuuu.. da mcm
artis pulak. Semalam nak dijadikan cerita, pengasuh anak saya ada hal. Tak tahu
pula apa hal dia. Kebetulan pula mak ke rumah jiran, sebab ada kematian. Jadiiiiiiiii…
dengan pantas dan cargas saya siapkan barang utk bawa anak ke pejabat. Saya
sudahpun pesan pada suami untuk pasangkan car seat dan masukkan stroller dalam
boot kereta. Alhamdulillah… sempat sampai juga pejabat walaupun lampu minyak
dah menyala.. syukur sgt2.. Alamak! Lewat 3 minit… aduhh.. dah la makanan pun belum beli lagi. Tak
pe… oat masih ade.. hihihi.. Amny pun dah mula bangun. Alhamdulillah, Amny tak
meragam hari ni. Ramai peminat Amny rupanya.. ramai yang dukung & main2
dengan dia.. Amny pun apa lagi, suke la dia.. asik senyum je walaupun dia tgh
demam.. check suhu pun takdelah tinggi sgt.. 37.2.. Part yang paling best bila
tgk Amny lepak dalam stroller sambil tgk video Lagu Jangan Jangan Adik,
nyanyian Rahmah Rahmat & P.Ramlee di Youtube. Amboi2… umi panggil pun buat
tak tau ye.. cubit baru tau!
Nak dengar tak lagu peberet dia? :) ce klik bawah ni... hihihi
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Oh Tuhan Hamba-Mu ini kekeliruan Sukar mencari jalan yang benar Kerna dipaut hasut dunia Mencintai yang lain lebih dari-Mu
Oh Tuhan Hidayah-Mu pernah hadir Hingga kering airmataku menitis Namun terkadang aku berpaling Kerna mengejar nikmat dunia sementara Hari ini ku bimbangi Jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok Untuk ku bernafas Dan sujud mengabdi pada-Mu Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan Menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda Dan sengaja melupakanmu Hadirkan damai Sebelum di hujung nafasku
Oh Tuhan Berikan daku petunjuk-Mu Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu Izinkan daku mengulangi Janji-janji yang baru Taubat nasuha setulus untuk-Mu Oh Tuhan
Rahmat kasihMu Tuhan Ampunan-Mu ku damba
Tajuk Nasyid : Jika Terakhir Buatku Artis : Saujana Album : Nota Cinta
Entah macam mana tergerak hati nak buka FB tadi, teringat kat ira.. Ingatkan nak tanye khabar kat wall ira... Subhanallah, rupanya dah selamat melahirkan seorang puteri. Esok je la call, xde kredit nak msg malam ni... hehehe...
Buat sahabatku Irawati Mohd Nasir & suami, Ucapan tahniah dilayangkan khas buatmu. Semoga puteri kalian menjadi anak yang soleh & menjadi bekal diakhirat kelak.. Aameen...
Nanti jgn lupe upload gamba baby ye.. kite x saba nak tgk...
isyyy... x sabar nak cubit picit cium baby... ngeeeee... ツ
Hari ini genaplah 5 tahun usia pernikahan kita. Tanpa abg disisi terasa diri amat kosong sekali. Mengimbau kembali saat ayah menyerahkan ayg pada abg 5 tahun lalu, adalah antara saat-saat yang amat syahdu. Tahun demi tahun kita meniti kepayahan hidup suka duka bersama. Namun serasa masih ada ruang dan jarak antara kita.
Suamiku sayang,
diri ini tidak pernah meminta selautan emas mahupun segudang kemewahan, cukuplah jika kita bersama. Abg sering ucapkan yang abg lebih mengenali ayg... namun sehingga kini ayg masih lagi tercari-cari dimana pelabuhan kita yang sebenarnya. Terkapai-kapai di tengah gelombang kehidupan dikala diri ayg sedang diuji dengan begitu hebat sekali. Tercari-cari dimana tangan yang ingin digapai... Masih teraba-raba mencari bahu untuk tumpang menangis. Ayg tak mahu kehilangan abg buat kali kedua... Ke mana arah tujuan kita...
Kekasihku,
hari ini ayg begitu menanti abg. Sms ucapan selamat ulangtahun juga tidak dibalas. Siang dan malam pergi begitu sahaja. Makin jauh dirasa. Kad ucapan dan hadiah ayg simpan semula. Tak mengapa.. mungkin abg sibuk... ayg tak mahu ganggu abg.. ayg akan tunggu abg sampai bila-bila.
Teman tidurku,
moga Allah memberi petunjuk pada kita.. Kembalilah kita pada Dia. Walau apa jua jalan yang akan kita tempuh selepas ini, diharap untuk kebaikan kita semua. Sama-samalah kita berdoa..
Akhir kata dari ayg, happy anniversary... Moga Allah bantu kita...
Isterimu.
Kekasih Kala kurenungkan kembali Detik pertemuan Yang kita tak pernah terlintas di mimpi Kucuba hindari Namun bayanganmu kembali Menyirami luka Cinta yang kukuh bersemadi
Kau membawa sinar Kebahagian dalam hidup ini Tak sanggup lagi Kehilangan kasih
Hadirnya dirimu Kau iringkan dengan cinta murni Yang suatu masa Terdahulu aku mimpikan bersama Hadirnya hatimu Kasih sejati tak kuragui
Dimulakan dengan sesi memandikan ci bobot yang mucuk pada jam 9.00 pagi, yela dah janji nak mandikan dia. Nak ikutkan kemarin janjinye, tapi nak buat macam mane kan.. masa x mengizinkan.. Sorry la bot! Harap dia lega hari ni dapat tido dengan lena sebab dah pekena syampoo Michiko Flea, dalam kate lain syampoo kutu... huhuhu... sedap betul name kutu dorang kan.. :D
Ni bobot bila lepas mandi, x menyempat nak kering betul2 badannya, dia dah bantai tido.. penat sgt agaknya mandi..
Then mak kate nak pegi ke rumah cik mah untuk majlis pertunangan angah. Ok la, belakang rumah je.. walaupun tempoh eddah mak belum habis, tapi rasanya tak salah kalau setakat menjenguk ke majlis tu. Dalam pada masa tu beta dan geng makcik kantin sempat menyediakan sarapan "Mee Goreng Tak Hengat".. Walaupun x lah sesedap mee goreng USJ.. huhuhuu...
Nak dipendekkan citer, bila mak balik dari kenduri, mak ajak kami berhora2... hehehhe... Yela, esok da la cik mimi nak balik ke 'Mahligai Aman Bahagia', jadi amik la kesempatan untuk berpoya-poya hepi-hepi cikit hari nih... So, dengan pantas dan cargas kami semua bersiap ( walaupun dalam keadaan malas nak bersiap ). Sebelum keluar kami dah sepakat nak serbu Jusco Klang.. errrrr... xde tempat lain lagi ke? Sesampainya ke Jusco, kami isi perut lagi?? dulu.. Lepas makan, kami melepak kat MPH.. Adoiiiii.... Sampai melompat sambil berguling - guling kitorang kat kedai buku tu... Selautan buku ada kat sana... Naik juling mate beta..
Ini lah suasana kedai yang terbabit... Kesian jugak kat kedai ni sebab terpaksa terima pelanggan yang gila macam kami. Memang tak menang tangan dibuatnya. Mak bonda ntah hilang kemana... Budak Stoking Putih pun dah ghaib... Hadoooiii... nak cari dorang pun dah nak kena panggil ala-ala tarzan.. Memang pening kepala makcik bila sampai tempat macam ni. Masing-masing akan cari port sendiri. Ade yang layan perasaan, ada yang baca sambil mencangkung... pendek kata semua dah ada kat dunia lain.. Dalam tak sedar hampir 2 jam kami lepak kat situ... huhuhu... Tapi, beta dengan jayanya telah terselamat dari dugaan untuk membeli belah di kedai terbabit. Pergghhh... Selamat! ( err.. ye ke? )
Sesudahnya selesai aktiviti bersuka ria di kedai buku, kami serbu pulak kedai Sinma.. Ni memang dah jadi aktiviti wajib bagi kumpulan pom-pom cik tipah.. Banyak jugak la kami shopping.. heheh...
Ini lah barang yang kami shopping... banyak kan? ( ek eleh, banyak la sangat.. :P ) Lepas tu, kami menerima panggilan dari Dak Chabby, katanya dalam perjalanan ke KL dari Pahang.. Tak jangka pulak dorang nak join sekali kat Jusco.. Dan nak dijadikan cerita, hari ni kebetulan pulak hari jadi paksu.. Ok jugak dorang join, lagi meriah aktiviti cik joyah ni...
Lepas begayut, kami sambung lagi aktiviti menghabiskan bogheh duit di kedai kasut.. kat sini lagi gila! Cik liza yang pemalu telah bertukar menjadi dinasour yang sgt ganas!!! Dengan tidak semena-mena matanya menjadi liar, sampai tak tau nak pegang yang mana satu!! ..err.. acah je.. sebenarnya dia tetap maintain dengan gayanya yang ayu tu.. tapi last2, dia tidak berjaya juge untuk menyimpan duitnya yang berlipat kemas didalam woletnye.. kesian dia.. Di sebelah ini adalah gambar beliau bersama kasutnya yang cun iteww... ( Hurmm.. Maintain cun kan... hehehe... ) Actually, beta pun jeles bila beliau meyarungkan kasut berkenaan.. tapi, x pela... kasut beta pun lawa dan kacak lagi.. Sampai masa nanti, akan beta bungkus elok2 dan letak pelan2 dalam tong sampah.. ( syy... jgn ckp kuat2, nanti kasut beta merajuk )..
Habis satu bab....
Lebih kurang dalam pukul 8.00 malam, Chabby n da gang sampai.. bermulalah episod kedua, pada awalnya kami menikmati tarian bambu sampailah jam 8.30 malam.. best jugak tarian tu.. x penah pulak tgk depan mate tarian Sarawak ni.. Kitorang tengok sampai bersila.. Sehabisnya tgk persembahan tarian kebudayaan, kami ronda-ronda dalam Jusco pula.. Disinilah bermula bermacam-macam godaan... Sale disana sini.. beta beristghfar banyak-banyak dalam hati... Ya Allah, besar betul dugaan yang Kau berikan pada hamba-Mu yang lemah ini.. Langkah diatur dengan tenang... dalam hati dup dap, dup dap... Masya Allahhh.. Ku pegang satu persatu kasut... baju... dan seangkatan dengannya... Akhirnya, ku akui iman ku amat lemah... Tak perlulah beta detailkan disini berapa banyak RM yang beta korbankan.. Biarlah sengsara dihati ini geng cik kiah je yang tau... betapa sedihnya beta apabila tewas dengan godaan syaitan yang bernama 'Zalituun'... kena taubat banyak2 lepas ni..
CUTTTTT...!!!!
Cukuplah... x mo - x mo... x mo cedih2 lagi.. Sambung balik citer... Birthday boy ajak makan kat luar... Dan kami decide untuk beli kek, walaupun nak ikiutkan plannya esok..dah alang2 jumpa malam ni, potong je la malam ni...
Inilah antara babak2 yang best pada malam ni.. Hepi besday paksu.. Moga Allah merahmati & memberkati paksu sekeluarga.. Terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu disepanjang ketiadaan ayah.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik paksu sekeluarga.. Isy.. tacing la pulak.. ( sob..sob.. jap, nak lap ingus.. )
Tak ketinggalan geng jemputan khas dari USJ... nasib baik sempat merasa kek..
Gamba kotak sebelah tu merupakan hadiah istimewa yang ditempah khas dari Bombay... Tajaan Geng Pom-Pom Girl.. Walaupun x seberapa, harap paksu suke dengan adiah tu..
Akhir kata dari beta, Selamat hari wanita & Selamat hari lahir Pak Su... Lagu dibawah ni kami tuju khas buat paksu... Tata..
Masihku rasa hangat kasihmu ayah Betapaku rindukan redup wajahmu Hadir menemaniku Terbayang ketenangan Yang selalu kau pamerkan Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka Tika diriku terlanjur kata Tak pernah sekali kau tinggalkan Diriku sendirian Ketika ku dalam kedukaan Kau mendakap penuh pengertian Di saat diriku kehampaan Kau setia mengajarku Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan Dalam senyummu Melihatku berjaya Bilaku kegagalan Tak kau biarkan Aku terus kecewa
Dengan kata azimat Engkau nyalakan semangat Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan Yang selalu kau pamerkan Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan Hidupku ayah Tanpa engkau di sisi Semua kasih sayang Yang kau curahkan Tersemat di hati