Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

♥ Kata Hikmah : Ustaz Zawawi

 
Oleh : FB Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
  1.  Supaya malaikat mendatangi rumah kita.. 1. adakan majlis ilmu 2. bykkan zikir n baca al quran 3. ada tetamu yg berkunjung rumah kita.. 
  2. Hasan bin Ali (anak saidina Ali berkata) berkata, “Demi Allah mengumpat itu lebih cepat meruntuhkan agama seseorang mukmin daripada pendengki. 
  3. Hanya ikhlas yg bole tundukkan jin dan syaitan. 
  4. Hidup terlalu singkat tak patut kita siksa diri kita sendiri...maafkanla pd mereka mnyiksa kita. 
  5. Allah itu bukan sahaja ada, malah menyintai kita, dekat, mendekat, memerhati, mendengar dan menolong, mintalah cintaNYa..mohonlah bantuanNya..segera mendekatiNya,,,makin dekat makin cepat dapat. 
  6. Cubalah mengasihi walaupun disakiti. 
  7. Sakit hati itu adalah petanda 'hati sakit'. 
  8. Anda boleh beli JAM tapi anda tak boleh beli MASA, anda boleh beli BUKU tapi anda tak boleh beli ILMU.. anda boleh beli DARAH tapi tak boleh beli NYAWA...duit perlu tapi bukan segalanya.. hai duit dengar cakap aku..bukannya aku dengar cakap kamu 
  9. Tak kenal maka tak benci. 
  10. Cintailah pasangan anda kerana kelebihannya serta sayangilah mereka kerana kekurangannya... Allah maha pencinta dan maha Penyempurna. 
  11. Bila sunyi, ada rindu yang berputik. Bila sepi, ada resah yang terbit. kesunyian dan kesepian amat merimaskan. Jiwa sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa Hati sepi, mungkin kerana kurangnya amal. Jiwa sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa. sepi di dunia masih ada teman tapi sepi di kub...ur n akhirat merana selama. Allah tpt melepas rindu, aquran pembela, zikir teman abadi. 
  12. Sesiapa yg tidak bersyukur dgn yang sedikit pasti tak akn bersyukur bila dpt byk banyak. 
  13. Seseorang akan melupakan ilimunya kerana dosa2 yg di lakukan.. ya allah takutnya..ilmu cahaya ,, tak akan duduk di hati yang kotor dgn dosa. 
  14. Susahnya nak puas kan hati manusia.... "eleh dia tu pakai tudung konon... dulu pakai sendat bukan main"... tak tutup aurat pun komen..tutup aurat pun komen..manusia mmg tak puas2.. yg penting jaga kehendak allah puaskan hati utk taat Allah. 
  15. Syaitan sering kali mengalahkan kita, sebabnya dia tak pernah PUTUS ASA kita yg kalah sebab selalu PATAH ASA.. JGN PUTUS DAN JGN PATAH HATI... 
  16. Kalau buat salah kita minta maaf itu jiwa mulia tetapi yg memberi maaf setelah disakiti lebih mulia di sisi Allah..pejam mata sejenak ..ingatkan org yg pernah sakiti kita dan kemudian maafkanlah mereka .. kita akan tenang dan rasa bahagia sgt2. 
  17. Ada org punya kuasa tapi tak ada pengaruh.. ada pula yg tak ada kuasa tapi punya pengaruh..rasuluullah ada pengaruh n kuasa serta n ada contoh yg teramat baik..cintailah rasulullah. 
  18. Berusahlah, bergeraklah. Roda yang tidak bergerak saja akan selalu berada di kedudukan yang sama. Kalau kita terus bergerak dan bergerak, pastilah yang bawah akan naik ke atas.
  19.  pernah tak terfikir anda bermulut celupar? Sudah berapa ramai kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? DIAM adalah ubatnya...kita selamat org lain pun selamat...
  20. Cakap besar depan manusia namanya takbur tapi cakap besar pada diri sendiri namanya motivasi.. akau mmg hebat. aku pun apa kurangnya.. aku memang boleh. 
  21. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. iaitu Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya :1. keluarganya akan mencintainya,     
    2. diperluas baginya rezeki,     
    3. ditambah umurnya dan     
    4. Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii).

Tuesday, 8 January 2013

♥ Kata Hikmah Hari Ini 2

Prof Muhaya : Jika ingin tahu hasil kehidupan kita lihat bahasa kita

Ustaz Zawawi : Jgn kata kau benci pd nya selagi tak rela biarkan dia pergi ......mngayat.... ada yg kata demi cinta ..lautan api sanggup ku renangi... jgn sampai api nerakq..di renangi demi cinta rendah.. 

Ustaz Azhar Idrus : Jadilah suami yang penyayang. Suami yang baik ialah suami yang dapat menerima kekurangan isteri.

Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Raihan : Terdapat 7 jenis zikir dalam kehidupan ::
1) zikir mata dengan menangis takutkan Allah 
2) zikir telinga..mendengar alunan ayat2 suci Al Quran dan kata2 yg baik
3) zikir lidah .. memuji2 Allah 
4) zikir tangan dengan bersedekah...menyediakan makanan utk keluarga
5) zikir badan...solat
6) zikir hati takutkan Allah dengan mengharapkan keampunan 
7) zikir roh .. redha dengan Allah s.w.t.atas kurniaNYA --

Thursday, 3 January 2013

Tuesday, 1 January 2013

♥ Kata Hikmah : Sabar (Sayidina Ali)

"Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak" 
(Sayidina Ali bin Abi Thalib).

Monday, 31 December 2012

♥ Kata Hikmah : Ustaz Pahrol

Mutiara Kata Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :
  1. Jika tidak mampu menangis kerana dosa... jangan pula sampai ketawa dengannya!
  2. Mudah-mudahan kita tetap mengamalkan akhlak Rasulullah ketika menegur orang yang tidak berakhlak dengan Rasulullah... kerana begitulah yang ditunjukan oleh Rasulullah sendiri ketika menegur orang yang tidak berakhlak kepadanya! (sekadar satu renungan buat kita sesama umat Muhammad SAW.)
  3. Jangan sampai apa yang kita 'tidak ada'  menghalang kita menghargai apa yang kita ada! 
  4. Dosa itu satu yang meresahkan hati kita. Jika kita resah besar kemungkinan banyak dosa. Kita harus jaga hati orang sebagaimana kita jaga hati kita supaya bersih. Hati yang bersih dapat buat pilihan yang baik.
  5. Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!
  6. Siapa yang lebih menyayangi, dialah yang paling banyak memberi. Justeru, ibu lebih menyayangi anak... kerana ibu lebih banyak memberi berbanding anak. 
    Dan di atas segala-galanya, Allah jualah yang Maha Penyayang justeru pemberian nikmat yang tidak mungkin dapat dihitung. Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah sejauh mana dia telah memberi - perhatian, kemaafan, doa, pertolongan, masa dan pengorbanan. Siapa yang paling cinta dialah yang paling banyak memberi!
  7. Kita semua ialah orang 'berada' selagi berada di dunia. Kita sentiasa 'ada' untuk memberi, kerana Allah sentiasa memberi untuk kita boleh memberi!
  8. Dengan doa, kita mengharap sebaik takdir. Dengan usaha kita melaksanakan sebaik tadbir. Tadbir yang baik akan menggamit takdir yang baik... Allah tidak akan mengecewakan hambaNya.
  9. Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'kesempurnaan' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk redha, sabar dan memaafkan. Sidia adalah 'alat' Allah untuk mendidik kita!
  10. ketika kita inginkan doa dimakbulkan dengan cepat... tidak terlambat, sebaliknya Allah dengan kasih sayangNya akan memakbulkan doa itu pada ketika yang TEPAT!
  11. Ya Allah, kurniakanlah kami sifat ramah mesra, kerendahan diri dan ketulusan budi di alam NYATA... bukan di alam maya. 
  12. Di kejauhan kelihatan seolah-olah segalanya kerana cintakan Nabi, namun bila didekati... rupa-rupanya hanya kerana kepentingan duniawi. Hasad menjadi lebih buruk, apabila berhujahkan agama!
  13. Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada melakukannya dengan terpaksa. 
    a) Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta... terasa kemanisan semasa melakukannya. 
    b) Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa... terasa kelegaan selepas melakukannya. 
    Sebelum sampai ke tahap kemanisan, laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan. Mujahadah itu awalnya susah... tetapi akhirnya indah!
  14. Guru ada dua, pertama yang terserlah kepandaiannya. Kedua, yang ingin 'memandaikan' kita. Pilihlah guru yang ingin 'memandaikan' kita. Bagaimana mengenal antara keduanya? 
    a) Guru yang terserlah kepandaiannya... diri terasa ingin menghargainya. 
    b) Guru yang 'memandaikan' pula.... diri terasa dihargai apabila bersamanya!
  15. Kita buat baik, bukan kerana kita sudah menjadi orang yang baik... tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik!
  16. Guru yang baik, membuat kita terasa 'kecil' bila melihat keluasan ilmunya. Tetapi guru yang hebat, diri terasa 'besar' bila kita dihargai dengan ketinggian akhlaknya!
  17. Untuk melakukan kebaikan sukar, untuk menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan jauh lebih sukar, namun untuk melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan adalah suatu yang paling sukar.
  18. All is well. Jika hujan, syukur. Jika panas, sabar. Yang penting 'cuaca' diri kita... sejauh mana hati ingat Allah. Ya Allah, bantulah aku sabar dalam sukar. Amin ya Rabb.
  19. Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya. Pertama, kerana kita tidak benar-benar inginkannya. Kedua, kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!"Ya Allah, kami malu meminta syurgaMU dengan tangan yang berdosa dan mengaku cinta dengan hati yang alpa... namun kami tetap mencintaiMU walaupun cinta itu sering terganggu!"
  20. Perkahwinan bukan sahaja menagih kebijaksanaan memanfaatkan PERSAMAAN tetapi memerlukan kesabaran menguruskan PERBEZAAN.
  21. Apabila cinta 'demam', tanggung jawablah yang akan menjaga perkahwinan sehingga cinta pulih semula! Perkahwinan diserikan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab.

Friday, 28 December 2012

♥ Ketika Hati Dirundung Sedih

  1. Meneguhkan kembali keimanan kepada Allah
  2. Memperbaiki amalan dengan melakukan hal2 yang diperintahkan Allah dan menjauhkan dari segala hal yang dilarang Allah
  3. Memperbanyakkan berbuat kebajikan terhadap sesama makhluk
  4. Mempersibukkan diri dengan pelbagai kegiatan yang memiliki nilai manfaat
  5. Tidak terlalu banyak mengingati dan memikirkan beban-beban dimasa lalu dan yang akan datang, tetapi lebih fokus terhadap hal yang sedang kita hadapi saat itu
  6. Memperbanyakkan berzikir kepda Allah s.w.t.
  7. Mengingati betapa banyaknya nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan, baik berupa nikmat yang zahir mahupun yang batin
  8. Selalu melihat orang yang kehidupannya dibawah kita dan mengindari dri melihat orang yang kehidupannya diatas kita
  9. Berusaha menghilangkan penyebab-penyebab kesedihan dan bersungguh-sungguh dalam meraih kegembiraan
  10. Berlindung dan berdoa kepada Allah s.w.t. berdasarkan tuntutan Rasul.

Sunday, 23 December 2012

♥ Kata-Kata Hikmah : Prof Muhaya

  1. Setiap hari tingkatkan kesedaran ketuhanan dan turunkan kesedaran keegoaan
  2. Semoga cuti panjang ini digunakan untuk refleksi diri dan keluararga, mencari inspirasi dan melakukan transformasi diri ke arah takwa dan masuk zon Allah. Selamat tinggal kebanggaan dan kemungkaran
  3. Alangkah berdosanya manusia yang tidak manjalankan amanah. Jika berlaku kerosakan harta awam kerana kecuaian kita bayangkan berapa ramai manusia kita harus minta maaf sebelum meninggal dunia untuk elak susah di mahkamah Allah nanti. PAra penjawat apa saja jom jalankan amanah dan ingat apa kita tinggal untuk keturunan kita dan apa yang menunggu kita di kubur nanti. Contoh banjir kerana perparitan yang teruk, renung tugas siapa .
  4. Eluk di upload dan di dengar dalam kereta semasa perjalanan masa bercuti ini. Lihat bagaimana bahagia keluarga kita nanti. Siapa yang tak ambil tindakan tak akan dapat hasil. Beli CD kosong , upload dan rancang bahan didengari dalam kereta. Jangan lengah dan ubah tabiat malas mencari ilmu. Jom ubah dan jadikan kereta taman syurga
  5. Lihat percakapan dan perbualan kita itulah dunia dalaman kita. Lihat apa kita tweet. itu buah dari akar pemikiran kita
  6. Maksud HAdis- Sesiapa yang memperbaiki keIslamannya akan mendapat 700 kali ganda kebaikan amalannya. Cara memperbaiki amalan ialah belajar dan mengamalkan. Imam Suhaiab Webb- Tv Hijrah. Jom buang tabiat sia sia dan mula cari ilmu ugama- jadikan menonton reflection tv hijrah oleh Imam Suhaib Webb kewajipan kita setiap hari. jika tak faham Inggeris ada translation . tiada alasan. cuba rekod . watch tv by design 
  7. orang mukmin akan bahagia sentiasa kerana setiasa takwa dan syukur. hanya orang bersyukur yang bahagia

Saturday, 8 December 2012

♥ 5 Mutiara Kata Untuk Mu

1) Jadi wanita cantik kadang2 sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul2 cinta padanya.

2) Bersedekah kepada orang miskin, itu bererti satu sedekah sahaja. Sementara bersedekah kepada kaum kerabat, itu bererti dua sedekah ; iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

3) Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

4) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

5) Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kita akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kita akan mencapai yang tertinggi.
P/S : Bersyukurlah apa yang kita ada...

Wednesday, 19 September 2012

♥ Kata - Kata Untuk Hari Ini 1


Saat kau bahagia, pujilah Allah,
 Saat kau kesusahan, mintalah pertolongan Allah,
 Saat kau kesunyian, beribadahlah kepada Allah,
 Saat kau menderita, percayalah kepada ketentuan Allah,
 Setiap saat, bersyukurlah kepada Allah.

 USAH TERLALU KAGUM dengan teknologi TANPA WAYAR sedangkan 
setiap hari kita berkomunikasi dengan ALLAH tanpa wayar.....

✿ Orang yang MERASAKAN dirinya TIDAK BERDOSA...itulah PETANDA dia 
BANYAK DOSA -Imam Al-Ghazali-

✿ If you constantly think of the worst, 
if you find that you're negative, 
if you don't believe that you can ever achieve anything, 
if you constantly complain, 
if you always see the worst in situations, 

if you regularly put others down,
if you're just a negative person you will develop
negative energy and in the end you'll
only attract more negative situations into your life.




 PESAN BUAT SUAMI ISTERI: Bila hati rasa tidak tenteram, bila jiwa rasa bercelaru, bila kerja serba tak menjadi, bila tidur tidak lena... itu tandanya sesuatu yang tak kena berlaku kepada diri & keluarga. Muhasabah segera & kembalilah kepada Allah & RasulNya, insyaALlah hidup kembali ceria, berjaya & bahagia... Amiin.

✿ "Sesiapa yang tidak menyayangi, maka tidak akan disayangi"
( Hadist Riwayat Bukhari & Muslim )