Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Monday, 3 June 2013

♥ Sebab-Sebab Malas Beribadah


Pertama : Bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat.
Sebab pertama dari beberapa sebab yang menjadikan seorang malas dalam beribadah adalah bergelimang dalam dosa dan maksiat

Sufyan Ats-Tsauri pernah menuturkan, "Aku pernah tidak boleh menjalankan solat tahajjud selama 5 bulan. Hanya kerana 1 dosa yang dulu aku lakukan." (atau ucapan yg senada)

Bagaimana dengan kita?
Seorang muslim yang bergelimang maksiat dan terkhusus dosa kecil yang sering diremehkan dan dilupakan kebanyakan manusia adalah salah satu sebab lesu, malas dan meremehkan ibadah dan ketaatan. Jika seorang malas beribadah, maka ia terancam dengan kemurkaan Allah. Tahukah Anda, apa kemurkaan Allah tersebut ?

Sungguh Allah akan melenyapkan manisnya iman, tidak mengurniakan kepadanya kelazatan dalam ketaatan. Inilah murka Allah yang akan menimpanya, selanjutnya ia tidak mampu mengerjakan ketaatan dan ibadah, padahal meraih ketaatan dan ibadah adalah untuk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh sebab itu Allah swt berfirman

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (QS. Asy-Syura:30)

Maka dari itu, hendaklah seorang muslim menjauhi perbuatan maksiat dan dosa-dosa kecil yang dianggap remeh. Oleh sebab itu jauh hari Rasululloh saw mengingatkan kita dengan sabdanya,

“jauhilah dosa-dosa kecil, karena jika ia bertumpuk-tumpuk pada hati seseorang, maka ia akan mencelakakan orang tersebut.”

Jauhilah segala dosa kecil dan besar itulah ketaqwaan, jadilah engkau seperti orang yang berjalan di atas jalan berduri yang selalu waspada, janganlah engkau meremehkan dosa kecil, karena sebuah gunung itu tersusun dari batu-batu kecil.

Ke-dua : Tidak Faham Tentang Keutamaan Ibadah
Sebab kedua yang membuat seseorang malas mengerjakan ketaatan dan ibadah adalah melupakan kepentingan ibadah. Diantara bentuk kelalaian seseorang adalah melupakan dirinya bahwa ia adalah mahluk yang lemah, hanya karena kehendak dan kekuatan Allah sahaja lah ia menjadi kuat dalam menjaga dan mengerjakan ketaatan dan ibadah.
Seorang muslim harus mengetahui dan memahami bahwa beribadah dan beramal solih adalah sebab dan inti mendapatkan bantuan dan pertolongan Allah, sesungguhnya tekun mengerjakan amal soleh adalah cara meraih pertolongan Allah swt.

Allah swt berfirman; “dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Alloh benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”(QS. Al-ankabut:69)

Ke-tiga : Melupakan Kematian
Diantara sebab malas dalam beribadah adalah melupakan kematian dan kejadian-kejadian selepasnya. Sesungguhnya melupakan kematian dan kesulitan-kesulitan setelahnya adalah penyebab seseorang malas untuk beribadah, taat dan malas beramal soleh.

Seseorang yang melupakan kematian menjadi salah satu punca untuk malas beribadah, maka dari itu bagi setiap muslim sangat dianjurkan untuk tidak berlebihan dalam melihat segala kenikmatan keduniaan. Allah swt berfirman

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.”(QS. Ali Imran : 185)

Ya, Kematian adalah obat bagi orang yang panjang angan-angan, orang yang keras hatinya dan yang banyak dosa. Oleh sebab itu Rasulullah saw bersabda “perbanyaklah mengingati mati.”

Ke-empat : Tidak Tahu Besarnya Pahala Suatu Ibadah
Jika seseorang mengetahui betapa besarnya suatu ibadah, nescaya dia akan rajin mengerjakannya. Oleh itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk memahami keutamaan ibadah dengan membaca buku-buku yang menjelaskan akan keutamaan dan ganjaran ibadah itu. Kerana jika seseorang mengetahui keutamaan dan besarnya pahala bagi sesuatu ibadah ia akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.

Ke-lima : Berlebih-lebihan Dalam Hal Yang Mubah
Mubah adalah suatu perkara yang jika dikerjakan seorang muslim mukallaf tidak akan mendapat dosa dan tidak mendapat pahala. Contoh : makan dan minum, pakaian, kenderaan, belanja, melamun, dan lain sebagainya akan menyebabkan kita malas beribadah, kerana berlebih-lebihan dalam hal tersebut akan menyebabkan kita lesu, ingin mudah istirahat dan tidur.

Berlebih-lebihan dalam perkara mubah seperti dalam makanan dan minuman adalah penyebab kerasnya hati. Karena hati akan bersih dan lembut jika dalam kondisi lapar dan sedikit makan dan hati akan menjadi keras jika dalam keadaan kenyang, hal ini adalah sunnatullah yang tidak pernah berubah. Celakalah orang yang keras hatinya dan tidak ingat Allah. Bahkan seorang muslim yang bersungguh-sungguh dalam beribadah, mengerjakan kebaikan dan ketaatan bahkan berpenat dalam mengerjakan solat tahajud pun tidak akan merasakan lazat dan manisnya ibadah jika berlebihan dalam perkara mubah tersebut.

Ibnu Qayyum rahimahullah berkata “Banyak makan akan menimbulkan keburukan, banyak makan dapat menjerumuskan anggota badan untuk melakukan maksiat dan berat untuk melakukan ketaatan. Maka cermatilah keburukan ini.”

Wallahu ‘alam

Kredit : tabloid/majalah ummi edisi 9/XII/2000

♥ Tips untuk meningkatkan semangat ibadah,

 
Tips Ustaz Tate Qomaruddin (Memahami Fadilat Ibadah)
  1. Kenali dan fahami keutamaan (fadilat) setiap ibadah. Bacalah ayat-ayat Qur’an atau hadits sahih yang menerangkan keutamaan ibadah.
  2. Ubah lintasan hati untuk melakukan ibadah menjadi keinginan, lalu tekad. Caranya dengan selalu mengingat bahwa hidup kita belum tentu masih panjang.
  3. Sering mengadakan berkumpul (majlis, halaqah) untuk saling menasihati dan mengingatkan.
  4. Biasakan diri lihat bagaimana para sahabat dan tabi’in bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah (membaca sirah/perjalanan hidupnya).
  5. Bersikap sederhana dalam melaksanakan ibadah. Jangan memaksa diri secara berlebihan. Kerana ibadah yang baik adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
  6. Mintalah kepada orang tedekat untuk mendorong melaksanakan ibadah atau mengingatkan apabila kita lalai dalam beribadah.
  7. Berdo’a. Diantara do’a yang diajarkan adalah “Allahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika” (Ya Allah, bantulah aku untuk selalu mengingat-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk melaksanakan ibadah kepada-Mu secara baik).
Tips Dr. Setiawan Budi Utomo (Buat Kepelbagaian Dalam Ibadah)
  1. Perbesar kerinduan untuk "berkomunikasi dan bermesraan" dengan Allah SWT.
  2. Rasakan hati seperti kering, hampa, dan ada yang hilang bila berkurang ibadah.
  3. Jadikan ibadah sebagai media untuk merehatkan jiwa, penguatan mental, dan penguat dalaman.
  4. Cubalah melakukan penghayatan dalam ibadah untuk membuang kejenuhan.
  5. Tingkatkan dorongan mensyukuri nikmat untuk menyingkirkan kemalasan ibadah.
  6. Yakinilah ibadah sebagai sumber kekuatan, media pemujuk dan penggerak hidup.
  7. Hindarilah kemaksiatan lahir dan batin yang menghalangi kelazatan ibadah    
Tips Ustazah Helini (Amal Sebagai Pelaburan Abadi)
  1. Memahami tujuan hidup - Ibadah kepada Allah SWT adalah merupakan tujuan dari penciptaan kita. Apapun bentuk amal perbuatan kita harus dilakukan dengan kesedaran baahwa Allah SWT selalu berada bersama kita dan mengawasi gerak-gerik kita. 
  2. Memahami nilai dunia dibandingkan akhirat - Dunia bukanlah segala-galanya.
  3. Meyakini dengan sepenuhnya konsep perhitungan (yaumul hisab) - Setiap amal sekecil apapun ada nilai dan pertanggungjawabannya di hadapan Allah SWT.
  4. Mengakrabkan diri dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah
  5. Menghindari semua bentuk kemaksiatan dan dosa-dosa kecil
  6. Mengingat bahwa kematian itu datang secara mendadak
  7. Memohon pertolongan dan bantuan pada Allah SWT
Kredit :  tabloid/majalah ummi edisi 9/XII/2000

Thursday, 10 January 2013

♥ Ya Allah, Jagalah Dia Untukku..

 Tujuan Dalam Perhubungan
  1. Perhubungan kena jaga batas-batasnya
  2. Visi untuk cari redha Allah, mesti betulkan niat.
  3. Sandarkanlah hanya kepada Allah
 Hubungan Gagal?
  1. Kita hamba yang lemah, sandarkan pada Allah sepenuhnya
  2. Mungkin dia bukan yg terbaik untuk kita
  3. Mungkin cita-cita kita akan terhalang kerana ada dia
  4. Mungkin ada yang terbaik untuk kita
  5. Untuk mendidik kita dalam menjalankan hidup
  6. Boleh menjadi teguran dari Allah
Pemberian nafkah
  1. Kita rasa kerdil jika tanpa Allah, siapalah kita.
  2. Wajib memberi nafkah kepada orang dibawah tanggungannya.
  3. Allah tidak memberi beban
  4. Akhirat nanti akan dihadapkan Allah jika lalai
  5. Walau isteri bekerja dan berharta, menjadi kewajipan
  6. Isteri mempunyai hak mentadbir hartanya sendiri

Menunggu dengan tenang
  1. Belajarlah bertawakal
  2. Jika kita bertawakal dengan Allah, ibarat burung yang keluar mencari rezeki diwaktu pagi.
  3. Tawakal : perintah dari Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar & Mengetahui
  4. Ada kesungguhan dan cita-cita
  5. Jika kita dah bertekad, berserahlah pada Allah
  6. Minta lah pertolongan dari Allah
  7. mendapat perlindungan dari Allah
  8. Akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka
  9. Akan mencukupkan rezeki yang Allah kurniakan padanya
Bangkitkan Keberanian
  1. Rajin mengkaji, jgn hanya pandang luaran yang hanya cantik. Tapi lihatlah solatnya. Terutama bagi bakal isteri, kena kaji suami. Sebab suami akan jadi imam nanti.
Kesimpulan
Next book : Izinkan dia untukku. Allah akan aturkan yang terbaik untuk kita dan pasangan. Walaupun dia bukan jodoh kita, kita akan harap Allah menemukan dia dengan seseorang yang dapat membahagiakan dia dan lakukan yang terbaik untuk dia.

RM15.00 sahaja.
Terbitan Kemilau Publika

Saturday, 5 January 2013

♥ Liciknya Syaitan

Orang yg ber'sms' dgn kekasihnya
beralasan, "ala, mesej je, tak dengar
suara pun!"

Orang yg 'call' mendengar suara
pula berkata,"ala, tak jumpa pun!"

Orang yg berjumpa dgn kekasihnya
memberi alasan, "ala, tak pegang-
pegang pun!"

Orang yg berpegang-pegang pula
berkata, "ala, bukannya berzina
pun!"

Orang yg berzina pula masih ada
alasan, "takdelah sampai
mengandung!"

Wow ! Liciknya kau Syaitan

Monday, 17 December 2012

♥ Tips Hilangkan Panas Baran (Cara Rasulullah)

MENGUBAH POSISI
******************

⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|

BERWUDUK
***********
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|

MEMBACA TA'AWUZ
*******************
⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|

BERZIKIR
*********
⇨Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.

KAWAL LISAN
*************
⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

MINUM AIR
***********
⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.

BERKATA KEPADA DIRI
**********************
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

P/S : SUMBER : SOLUSI ISU 49

Saturday, 1 December 2012

♥ Majlis Bercukur Nur Aisyah Damia - PART 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seawal pagi, beta bersama mak bonda ke asrama cik mimi pom pom untuk menghantar kain langsir (skirt labuh) untuk dia pakai waktu mengacarakan Majlis Penutupan Semester bagi tahun 2012. Harap-harap ok la kain tu bila dia pakai. Bukan apa, risau pulak tak ok sebab dia x pernah try pun pakai kain ikan duyung tu. Dengan berbekalkan baju yang di beli khas dari Bin Nurdin, diharap dia akan rasa lebih confident.. *cough! Memandangkan tadi dia tengah breakfast, so kami tinggalkan aje kat encik guard.

Lepas tu, kami bergegas ke pasar seksyen 16... capailah ape yang patut. Jam masa tu dah menunjukkan pukul 9.45 am. Beli ikan, sayur & buah tembikai + oren kecik2.. buah2 tu untuk ira, yela hari ni hari istimewa untuk puteri kesayangan ira. Tak tau nak bagi apa. Erkk..isy, mcm tak sempat sgt rasa pagi tadi.. tapi, dalam tak sempat tu banyak pulak iklan2 kat pasar tu. Mana taknya, jumpa cikgu sekolah ~ Puan Norizan, jumpa cik zah shahril.. Dan yang paling best, siap makan nasik lemak lagi.. siap sembang2 ngan org sebelah.. rupa-rupanya jiran Cik Nasir kawan ayah. Makin rancaklah kami berborak.. Pakcik tu kerja kat JAIS, bini dia pun ada.. Baik orangnya. Bila dah makan, kami pun angkat kaki. 

Sebelum sampai umah, mak ajak ke seksyen 25 untuk beli bunga meja & ke kubur... mak aiii..memang tak sempat. Dah lambat sangat rasa, yela nanti nak potong tembikai lagi.. nak tukar baju lagi... uhuhuhuhu... mmg tak sempat! Sampai umah tadi pun dah pukul 10.25 am.. bergegas terus ke dapo untuk potong tembikai. Alhamdulillah, merah sangat tembikai tu.. memang rezeki ira. 

Lima minit lagi nak ke pukul 11.00 am, beta dan cik liza blink blink bergegas ke seksyen 24. Tak sangka senang rupanya nak ke rumah mak ira. Betul2 dekat dengan up town seksyen 24. Masuk je simpang, dah nampak dari tepi kemah cantik kaler pink maroon. Alhamdulillah, masa sampai belum mula lagi marhaban.. masa tu org2 lelaki tengah baca tahlil, ira kata tahlil untuk arwah abah ira. Sempat juga kami meng-amin-kan. Tak lama lepas tu, geng2 makcik marhaban pun sampai. Dorang diimport khas dari Seksyen 17. Ok jugak suara-suara dorang.. dan yang paling best, boleh pulak makcik yang nak sunatkan & cukur Aisyah join sama. Suara dia, perghhhh..bukan main sedap lagi.. mesti geng marhaban tu rasa tergugat kan... uhuhuhu... sedih sgt sebab tak bawak video cam. Memang frust sangat2... kalau tak, ada juga kenangan sepanjang majlis. Meriah sangat. Nak jugak merasa gunting rambut baby, sebab tak penah merasa pun gunting..tapi, seganlaa.. Keluarga ira semua baik-baik. Jadi takde lah rasa tersisih sangat. Bila tengok ira, memang happy sangat rasa.. senyum dari awal majlis sampai habis, kalau muke sedih pun mungkin masa Aisyah nak disunatkan kot.. adoii.. memang kami semua cuak masa tu. Ira kata, itu first time tgk acara sunat & bercukur. Beta pun same, itu yang seriau tu! Masa nak sunatkan Aisyah, Radzi kena kuar kejap. Yela, mane bole tengok kan... malu la Aisyah..huhu. Bila habis je sunat, barulah babahnya boleh masuk.. Lepas tu barulah rambut Aisyah dicukur. Ada la dalam 20 minit nenek tu membelek kepala Aisyah. Yang bestnya Aisyah tidur dengan lenanya. Mungkin sebab lega dah minum susu.. :D (Sedih sgt bila beta tertinggal handphone yang sedang di charge kat umah, tak boleh la beta nak tangkap gambar tuan puteri... memang sedih sangat2!!)

Bila semua dah selesai, perut pun sudah diisi, sampailah masa untuk beta dan dayang cik liza blink blink berangkat. Aisyah sedang dimandikan masa ni, so tak dapatlah nak  muah muah dia... miss lagi!! da la kat spital ari tu kena culik ngan kakak nurse. Tak pe, yang penting hari ni dapat pegang Aisyah lame sgt2.. terubat juga rindu ni.. hehehe.. Ya Allah, boleh pulak masa nak balik ira bagi lauk pauk + hadiah birthday.. Nak nangis pun ade masa tu. Tapi, ku tahankan juga ayaq mata ni supaya tak meleleh.. setelah salam mak ira & saudara mara ira, kami pun balik... ermm.. sorry, tak ade gamba.. sebab x bawak kamera... kite rase sedih gile2 ni.. x pe, nanti beta akan mintak belas ihsan tuanku permaisuri Ira ye.. berapa baanyak sedih daaaaa..... dah, jgn cedih2 lagi... pi lap ayaq mata tu..huduh rupa org tua menangih!

Bersambung di part-2... jeng jeng jeng...

Monday, 24 September 2012

♥ Happy Birthday To Me :P

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 

7 September 2012 ~ Genaplah usiaku yang ke 32 tahun.. emm.. makin tua.. makin hampir untuk kembali pada Maha Pencipta. Cuma masa dan ketikanya sahaja yang tak tahu. Bersediakah aku? Tidak Ya Allah.. terlalu banyak dosaku pada-Mu. Berikanlah sedikit masa lagi untuk hamba-Mu ini.. Ku mohon pada-Mu Ya Allah..

Bersempena hari yang bersejarah ini, ingin sekali ku menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Tak salah rasanya kan.. :) Hadiah yang begitu bermakna sekali. Mudah-mudahan ia dapat memberikan satu suntikan semangat buat diri ini.

Ini adalah antara isi kandungan yang terdapat dalam buku ini. Subhanallah, terasa seolah-olah ada disana bila diselak satu persatu helaian buku ini. 


InsyaAllah, akan ku telusuri setiap apa yang tercatat didalam buku ini sebagai peringatan buat diri sendiri. Sesungguhnya aku didalam memperbaiki diri Ya Allah.. Kau berikanlah kesempatan padaku... Hanya pada-Mu termpatku bergantung.. Hanya pada-Mu tempat ku memohon pertolongan.. Semoga Kau permudahkan perjalananku Ya Allah.. Aameen Ya Robbal a'lamin..