Showing posts with label Buat Mereka2. Show all posts
Showing posts with label Buat Mereka2. Show all posts

Friday, 4 January 2013

♥ Lelaki Ini Tidak Layak Bergelar Suami

Wahai wanita..antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu.

Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

♥ Orang Tua Memang Tak Faham!


Salam Jumaat... Moga kita semua di rahmati dan diberkati Allah. Ada info saya nak kongsi mengenai Orang Tua kita..."ORG TUA MMG TAK FAHAM" Tapi, anak2 juga tak faham org tua ok.  

Di antara pengharapan Ibubapa yg tak terucap ialah :

1.Jgn derhaka kpd kami
2.Jaga kami bila kami dah tua
3.Jika tak mampu nak bantu, jgn susahkan kami
4.Tegurlah kami dgn lembut
5.Jgn bodohkan kami walau kami jahil
6.Jgn heret kami ke neraka dgn buat dosa
7.Jgn minta yg kami tak mampu beri
8.Jgn contohi tabiat buruk kami
9.Ushalah utk jadi lebih baik drp kami
10.Jika kamu gagal, itu tanda kami gagal
11.Taati Allah walaupun kami dah mati
12.Doakan kami bila kami dah tiada
13.Jgn sia2kan hidup kamu
14. Belajar utk bersyukur
15. Kawal kegunaan komputer
16.Jgn paksa kami berpesan berulangkali
17.Jgn malukan keluarga, bangsa, agama
18.Kami kecil hati jika anak tak bantu bila kami mohon bantuan
19.Jadilah lebih baik drp kami
20.Walau apa berlaku, kami ttp syg kamu.

Renung2kanlah..Sayangi Ibu Bapa anda dan balas jasa mereka selagi mereka masih hidup ni :)


Di Petik Dari Blogger : Adam Hawa

Thursday, 3 January 2013

♥ Aku Bukanlah Yang Terbaik


"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri- 

“Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti (pahala yang diterima) pelakunya.” (Riwayat Tirmizi)

Apabila diri sentiasa berkata, "aku tidak punya apa-apa untuk diberikan...". Mungkin itu memang benar, kita tidak punya HATI! - Ustaz Pahrol

Saturday, 17 November 2012

♥ Latest Boycott Card From Inminds.co.uk.



 Begitu banyak pertanyaa berkaitan boikot McD dan apa hubungannya dengan israel. Untuk memudahkan sahabat-sahabat maka saya rumuskan dalam Slide ini. Semuga tiada keraguan terhadap 'Connection' di antara McD dan Israel
  ( Petikan Dari : http://www.facebook.com/aqsa.syarif )
JANGAN SETAKAT CAKAP AJE..!!
JOM PAKAT BOIKOT..!!

Sunday, 23 September 2012

Saturday, 15 September 2012

♥ Jangan Perasan


DiCopy paste sebijik darihttp://blogustazsufi.blogspot.com/2008/10/jangan-perasan-ep1.html

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Akhirat nanti, ramai ahli ibadah terkandas dari memasuki syurga disebabkan 1 dosa syirik. Antara syirik yg boleh ada dlm hati manusia iaitu takabbur.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya takabbur seberat biji sawi"
Takabbur dikategori sbg syirik kerana ia membelakangkan kebesaran Tuhan. Lihat diri sendiri yg hebat, yg kuat ibadah, yg beri sedekah, yg kaya raya, yg pandai berbicara, yg cerdik akalnya dll. Lantas lupa bahawa segala-galanya adalah dtg dari Allah Ta'ala. Kehebatan itu dipinjamkan sementara utk diuji semata-mata didunia.
Dalam tarekat, kita disuruh buangkan segala perasaan hebat, pandai, kuat, berharta dll yg menghalang diri dari tawadhu', merendah diri dihadapan Tuhan, menghayati perasaan kehambaan.

Kosongkan hati, umpama pelakon dipentas dunia, umpama pena dihujung jari, umpama bayang-bayang kayu disungai yg tidak ada apa-apa kesan. hanya mengikut susunan Tuhan.

Kerana inilah ahli sufi bersungguh-sunguh membersihkan hati dari sebarang sifat ke"tuan"an dan menghiaskan hati dengan sifat ke"hamba"an. Inilah yg lebih utama.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.