Showing posts with label Ustaz Zaharuddin. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Zaharuddin. Show all posts

Friday, 4 January 2013

♥ Lelaki Ini Tidak Layak Bergelar Suami

Wahai wanita..antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu.

Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

Saturday, 24 November 2012

♥ Fadilat Al-Kursi

Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda nabi "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan ( mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”.

Namun jangan tersilap memahami hadis ini bahawa tiada tanggungjawab, kewajiban dan larangan yang perlu di buat dan jauhi ye. Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.
 

Saturday, 1 September 2012

♥ Lihatlah Dia..


~ ♥ Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman kate: Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. Jika ingin lihat amanahnya, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu. Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara dengan org lain jantina yg dia sukai.