Satu persatu ku terima hadiah dari Allah.. Alhamdulillah....
" Untuk melihat gemerlapan bintang, kita perlukan kepekatan malam untuk menghayatinya...."
Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Sunday, 10 November 2013
Saturday, 1 December 2012
♥ Majlis Bercukur Nur Aisyah Damia - PART 1
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Seawal pagi, beta bersama mak bonda ke asrama cik mimi pom pom untuk menghantar kain langsir (skirt labuh) untuk dia pakai waktu mengacarakan Majlis Penutupan Semester bagi tahun 2012. Harap-harap ok la kain tu bila dia pakai. Bukan apa, risau pulak tak ok sebab dia x pernah try pun pakai kain ikan duyung tu. Dengan berbekalkan baju yang di beli khas dari Bin Nurdin, diharap dia akan rasa lebih confident.. *cough! Memandangkan tadi dia tengah breakfast, so kami tinggalkan aje kat encik guard.
Lepas tu, kami bergegas ke pasar seksyen 16... capailah ape yang patut. Jam masa tu dah menunjukkan pukul 9.45 am. Beli ikan, sayur & buah tembikai + oren kecik2.. buah2 tu untuk ira, yela hari ni hari istimewa untuk puteri kesayangan ira. Tak tau nak bagi apa. Erkk..isy, mcm tak sempat sgt rasa pagi tadi.. tapi, dalam tak sempat tu banyak pulak iklan2 kat pasar tu. Mana taknya, jumpa cikgu sekolah ~ Puan Norizan, jumpa cik zah shahril.. Dan yang paling best, siap makan nasik lemak lagi.. siap sembang2 ngan org sebelah.. rupa-rupanya jiran Cik Nasir kawan ayah. Makin rancaklah kami berborak.. Pakcik tu kerja kat JAIS, bini dia pun ada.. Baik orangnya. Bila dah makan, kami pun angkat kaki.
Sebelum sampai umah, mak ajak ke seksyen 25 untuk beli bunga meja & ke kubur... mak aiii..memang tak sempat. Dah lambat sangat rasa, yela nanti nak potong tembikai lagi.. nak tukar baju lagi... uhuhuhuhu... mmg tak sempat! Sampai umah tadi pun dah pukul 10.25 am.. bergegas terus ke dapo untuk potong tembikai. Alhamdulillah, merah sangat tembikai tu.. memang rezeki ira.
Lima minit lagi nak ke pukul 11.00 am, beta dan cik liza blink blink bergegas ke seksyen 24. Tak sangka senang rupanya nak ke rumah mak ira. Betul2 dekat dengan up town seksyen 24. Masuk je simpang, dah nampak dari tepi kemah cantik kaler pink maroon. Alhamdulillah, masa sampai belum mula lagi marhaban.. masa tu org2 lelaki tengah baca tahlil, ira kata tahlil untuk arwah abah ira. Sempat juga kami meng-amin-kan. Tak lama lepas tu, geng2 makcik marhaban pun sampai. Dorang diimport khas dari Seksyen 17. Ok jugak suara-suara dorang.. dan yang paling best, boleh pulak makcik yang nak sunatkan & cukur Aisyah join sama. Suara dia, perghhhh..bukan main sedap lagi.. mesti geng marhaban tu rasa tergugat kan... uhuhuhu... sedih sgt sebab tak bawak video cam. Memang frust sangat2... kalau tak, ada juga kenangan sepanjang majlis. Meriah sangat. Nak jugak merasa gunting rambut baby, sebab tak penah merasa pun gunting..tapi, seganlaa.. Keluarga ira semua baik-baik. Jadi takde lah rasa tersisih sangat. Bila tengok ira, memang happy sangat rasa.. senyum dari awal majlis sampai habis, kalau muke sedih pun mungkin masa Aisyah nak disunatkan kot.. adoii.. memang kami semua cuak masa tu. Ira kata, itu first time tgk acara sunat & bercukur. Beta pun same, itu yang seriau tu! Masa nak sunatkan Aisyah, Radzi kena kuar kejap. Yela, mane bole tengok kan... malu la Aisyah..huhu. Bila habis je sunat, barulah babahnya boleh masuk.. Lepas tu barulah rambut Aisyah dicukur. Ada la dalam 20 minit nenek tu membelek kepala Aisyah. Yang bestnya Aisyah tidur dengan lenanya. Mungkin sebab lega dah minum susu.. :D (Sedih sgt bila beta tertinggal handphone yang sedang di charge kat umah, tak boleh la beta nak tangkap gambar tuan puteri... memang sedih sangat2!!)
Bila semua dah selesai, perut pun sudah diisi, sampailah masa untuk beta dan dayang cik liza blink blink berangkat. Aisyah sedang dimandikan masa ni, so tak dapatlah nak muah muah dia... miss lagi!! da la kat spital ari tu kena culik ngan kakak nurse. Tak pe, yang penting hari ni dapat pegang Aisyah lame sgt2.. terubat juga rindu ni.. hehehe.. Ya Allah, boleh pulak masa nak balik ira bagi lauk pauk + hadiah birthday.. Nak nangis pun ade masa tu. Tapi, ku tahankan juga ayaq mata ni supaya tak meleleh.. setelah salam mak ira & saudara mara ira, kami pun balik... ermm.. sorry, tak ade gamba.. sebab x bawak kamera... kite rase sedih gile2 ni.. x pe, nanti beta akan mintak belas ihsan tuanku permaisuri Ira ye.. berapa baanyak sedih daaaaa..... dah, jgn cedih2 lagi... pi lap ayaq mata tu..huduh rupa org tua menangih!
Bersambung di part-2... jeng jeng jeng...
Bersambung di part-2... jeng jeng jeng...
Monday, 24 September 2012
♥ Happy Birthday To Me :P
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
7 September 2012 ~ Genaplah usiaku yang ke 32 tahun.. emm.. makin tua.. makin hampir untuk kembali pada Maha Pencipta. Cuma masa dan ketikanya sahaja yang tak tahu. Bersediakah aku? Tidak Ya Allah.. terlalu banyak dosaku pada-Mu. Berikanlah sedikit masa lagi untuk hamba-Mu ini.. Ku mohon pada-Mu Ya Allah..
Bersempena hari yang bersejarah ini, ingin sekali ku menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Tak salah rasanya kan.. :) Hadiah yang begitu bermakna sekali. Mudah-mudahan ia dapat memberikan satu suntikan semangat buat diri ini.
Ini adalah antara isi kandungan yang terdapat dalam buku ini. Subhanallah, terasa seolah-olah ada disana bila diselak satu persatu helaian buku ini.
InsyaAllah, akan ku telusuri setiap apa yang tercatat didalam buku ini sebagai peringatan buat diri sendiri. Sesungguhnya aku didalam memperbaiki diri Ya Allah.. Kau berikanlah kesempatan padaku... Hanya pada-Mu termpatku bergantung.. Hanya pada-Mu tempat ku memohon pertolongan.. Semoga Kau permudahkan perjalananku Ya Allah.. Aameen Ya Robbal a'lamin..
Thursday, 20 September 2012
♥ Naskah Cinta
Balik dari melawat Ira di PPUM, saye menerima hadiah khas datang jauh dari Cawangan Penang. Memang tak sangka dapat. Terharu sgt2. Beliau merupakan salah sorang guru mengaji di tempat keje saye. Walaupun umurnya masih muda, tapi mmg kagum sgt dengan personaliti beliau. Nama beliau Nur Haeirina Sharifudin, bekerja di makmal bahagian Industri Klasifikasi Tarif Dagangan. Kami panggil dengan panggilan 'Reen'. Mungkin Reen berpindah ke Cawangan Penang atas sebab mengikut suami. Terasa juga bila Reen x ada, kurang lagi seorang sahabat. Apa-apa pun, saye doakan Reen dan suami sentiasa bahagia. Moga rumahtangga yang dibina diberkati & dirahmati Allah selalu. Aameen..
Dibawah ni saye sertakan gambar ape yang terkandung didalam Naskah Cinta ini..
Dalamnya terkandung kata-kata hikmah.
Ada 4 buku : 1) Surah Yaasin & Tahlil
2) Surah2 Amalan
3) Al-Ma'thurat
4) Al-Asma Al-Husna & terjemahan
Insya Allah, segala ilmu & budi Reen akan ku kenang sampai bila2.
Subscribe to:
Posts (Atom)