Tuesday 28 February 2012

♥ Talkin Buat Diriku

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

۞ •.¸.•*۞*•.¸.•* ۞ *•.¸.•* ۞*•.¸.•*۞ •.¸.•*۞*•.¸.•* ۞






Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan BAQA' dan QIDAM, Tuhan yang berkuasa 



mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk 


menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang 


kubur sebagai sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan 


sebesar-besar petanda kepada orang yang masih hidup.


Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati, tiap-tiap makhluk semuanya akan rosak dan binasa..


Sesungguhnya di Hari Kiamat akan diberi balasan pahala dan dosa bagi kamu, berbahagialah


sesiapa yang dimasukkan ke dalam Syurga dan dijauhkan dari azab Neraka jahanam,


kehidupan dunia adalah palsu belaka..


Ya SAYA Bin IBU SAYA, Ya SAYA Bin IBU SAYA, Ya SAYA Bin IBU SAYA...

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji ALLAH yang mana kamu ada bawa bersama-sama


dari dunia ini.



Kamu sekarang sedang berada di sempadan Akhirat dan menuju ke Alam Baqa'.


Tinggallah kamu di sini sehingga Hari Kiamat.

Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu, sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi

kamu, kamu tinggalkan harta kekayaan, pangkat, darjat, gelaran, kebesaran dan kedudukan

yang engkau banggakan di dunia.

Sesungguhnya sudah terpisah segala perkerjaan dan amalan dunia melainkan 3 perkara yg

engkau bawa untuk mengadap ALLAH Azza Wajalla. Sedekah jariah yang kau berikan dengan

ikhlas hati semata-mata kerana ALLAH, ilmu yang bermanfaat yang engkau amalkan di dunia

dan anak yang soleh mendoakan bagi kamu.

Ya SAYA Bin IBU SAYA...

Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahad yang sempit dan gelap gelita ini.



Setelah 7 langkah kami meninggalkan kamu, maka akan datang kepada kamu 2 orang

Malaikat yang serupa dengan kamu bernama MUNGKAR dan NAKIR untuk menyoal kamu


dengan perintah ALLAH.



Maka janganlah kamu takut serta gentar, jawablah dengan lidah yang fasih dan lancar kerana

 mereka juga makhluk ALLAH seperti kamu.

Mereka akan bertanya:


"MANNU ROBBUKA?" Siapakah Tuhan yang engkau sembah dengan sebenar-benarnya?

"WAMAN NABIYUKA?" Siapakah Nabi kamu?



"WAMA DINUKA?" Apakah agama kamu?


"WAMA QIBLATUKA?" Kemanakah kiblat dan penghadapan kamu?

"WAMA IMAMUKA?" Apakah ikutan kamu?

"WAMA IKHWANUKA?" dan siapakah saudara-saudara kamu?

Ketika itu jawablah dengan lidah yang lancar lagi yakin:


"ALLAHU ROBBI" ALLAH Tuhan yang aku sembah dengan sebenar-benarnya,

"WA MUHAMMADUN NABIYI" Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassalam Nabiku,



"WAL ISLAMU DINI" Islam agamaku,


"WAL KAABATU QIBLATI" Kaabah itu kiblat dan penghadapanku,

"WAL QUR'ANU IMAMI" Al-Qur'an itu pedoman dan ikutanku,

"WAL MUSLIMUNAWAL MUKMINUNA IKHWANI" dan tiap-tiap orang Islam

adalah saudara-saudaraku.

Ya SAYA Bin IBU SAYA .. 

Jangan sekali-kali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kita di dunia iaitu lafaz dua


kalimah syahadah dengan ungkapan:


"Ashhadu allaa ilaaha illallah" Aku mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang aku 


sembah sebenar-benarnya melainkan ALLAH; 

"Wa ashhadu anna Muhammadu rasulullah" Aku mengaku bahawasanya


Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH.


Wahai sekalian hamba ALLAH, ketahuilah oleh kamu, bahawa mati itu adalah benar


, soalan Mungkar dan Nakir adalah benar, azab dan nikmat kubur itu benar, semua manusia 


akan dibangkitkan semula di Hari Kiamat benar, akan diberi balasan 


Syurga dan Neraka itu juga benar.


Siksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi.

Jika kamu berdosa, ular SIJATUL AKRAR akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur


lebur segala urat dan daging kamu.



Nikmat kubur pula, diluaskan kubur kamu sejauh mata memandang.


Dihimpit bumi umpama anak kecil di dalam pelukan ibu kamu.

Maka tinggallah kamu di sini dengan aman dan sentosa hingga Hari Kiamat.

Kami serahkan kamu kepada ALLAH yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang untuk

memberi balasan di atas apa yang telah kamu lakukan.

Ya SAYA bin IBU SAYA... 

Mudah-mudahan dicucuri rahmat dan diberi keampunan ke atas kamu.


Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kami merayu dan memohon kepadaMu supaya jangan 


Engkau siksa mayat ini di atas kemegahan penghulu kami 


Nabi Muhammad Sollallahhu 'Alaihi Wassalam.


Subhana robbika robbil 'izati amma yaa sifun wassallamu 'alalmursalina walham 


dulillahi robbil 'alamin.


JADIKANLAH INI SEBAGAI IKTIBAR UNTUK KITA SEMUA. APABILA TIBA JANJI ALLAH, 


KITA AKAN DIBAWA KE ALAM BARZAKH DALAM SEKELIP MATA TANPA KITA DUGA. 





♥ஜ♥(¯`•.¸ღ  Semoga kekayaan hari ini menjadi amal utk bekalan ke sana ღ¸.•´¯)♥ஜ♥


No comments:

Post a Comment