Friday 22 June 2012

♥ Solat Sunat Rawatib


Tadi jalan kat FB Chinta Qenduri, terjumpa pulak jadual ni... Kongsian dari sahabat Hazirah Hasim

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

1 comment:

  1. Husna kredit to madihah sebgai rujukan pencarian waktu haram untuk solat sunat fardhu...

    ReplyDelete